16 Mei 2015

Aduhai... Pro-UMNO Dalam PAS Mahu Najib Diberi Peluang...


Berilah peluang pada Najib, kata Haron Din

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan PAS Kelantan senada dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikekalkan berdasarkan mandat yang rakyat dalam pilihan raya.

Kata Haron, Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini, lapor Berita Harian.

“Berilah peluang kepada Najib perbetulkan apa yang perlu,” Haron dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, semua terpulang kepada Umno dan BN sama ada mahu memandang serius pandangan luar mengenai kedudukan Najib atau sekadar menutup telinga sahaja.

Kelmarin, Hadi menyatakan Najib tidak perlu berundur, sebaliknya terus mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan.

Mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Haron berkata, beliau masih menunggu hasil siasatan sama ada kes itu benar-benar berlaku, atau sekadar spekulasi dan persepsi semata-mata.

“Jika betul Najib melakukan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan… beliau kena bertanggungjawab.

“Selagi belum ada bukti, saya mahu bersikap tunggu dan lihat. Namun jika terbukti apa yang dilakukan dalam 1MDB kerana kesilapan sendiri maka wajarlah perdana menteri membayar harga yang tinggi untuk itu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Rais: Pandangan ala Islam ala Melayu

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai mengucapkan terima kasih kepada Hadi ekoran mengeluarkan “pandangan yang ala Islam ala Melayu” yang mahu Najib dikekalkan.

Najib diasak banyak pihak dalam isu 1MDB, terutamanya oleh bekas perdana menteri 22 tahun Tun Mahathir Mohamed.

“Jadi, di situ (kritikan Mahathir) barangkali sahabat lama yang baharu terasa. Haji Hadi punya komen (pertahankan Najib) itu pun relevan.

“Kita harus berterima kasih kepada Haji Hadi kerana mengeluarkan pandangan yang ala Islam ala Melayu,” Rais dilaporkan sebagai berkata.

ULASAN GB

Jadi pelik bila membaca "statement" Musyidul Am PAS seperti yang dilaporkan di atas.

Beliau berkata, "Najib berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan seperti yang sudah diikrarnya kerana tiada yang manusia sempurna di dunia ini"..

Memanglah tiada manusia sempurna di dunia ini... oleh sebab itu maka beliau meminta Najib diberi peluang untuk membetulkan keadaan. Jika demikian halnya maka PAS tak perlulah berjuang untuk menentang UMNO, tak perlu sertai politik... kerana kita boleh bagi peluang kepada Najib, kita boleh bagi peluang kepada UMNO sampai kiamat untuk membetulkan keadaan????

Nampaknya Hj Hadi dan Haron Din seia sekata untuk memberi ruang kepada Najib. Maka itu tidak hairan di kalangan ahli-ahli PAS ada yang menganggap bahawa kedua pemimpin tertinggi PAS itu adalah pro-UMNO ... dan kebetulan mereka berdua adalah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan". Sementelah lagi Haron Din telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa tahaluf siyasi bersama rakan komponen Pakatan Rakyat perlu disemak semula, satu kenyataan yang amat disenangi oleh UMNO.

Kumpulan pro-UMNO kini sedang cuba untuk menguasai PAS di dalam pemilihan nanti untuk menyingkirkan mereka dari kalangan progresif yang merupakan pro-pakatan rakyat.

Keputusan di tangan perwakilan nanti untuk memilih pemimpin samada di kalangan pro-UMNO atau pro-pr.

25 ulasan:

Unknown berkata...

dapat kontrak gomen berpuluh juta kot... wakaka

Tanpa Nama berkata...

Puak ni dari mula taktik mereka jaja perkara wala wala wala supaya semua beres tu mencapai matlamat tetapi tak jadi
Banyak yang tak jadi pengikut walaun al malaun ni malu mereka terpaksa mereka gunakan taktik menggelar orang yang bukan bukan
Puak walaun al malaun pun bukan nya ikhlas sangat pun

PokAmid berkata...

Apa kata Almarhum TGNA dulu kpd yg pro-UG?
Takkn dah lupa kot!!

Tanpa Nama berkata...

memang mengarut org tua nie... tu pun ada kutu dok wala buta perut kat geng nie kununnya ulamak terhebat...bunyi pun ahli syurga...merekalah lebih lebih islam dari orng lain...

zab berkata...

Saya bukanlah selalu membaca blog orang UMNO, tapi pagi ni saya terbaca tulisan Zainuddin Maidin atau ZAM.

Tajuk entrinya cukup jelas yakni pimpinan ulama PAS perlukan UMNO untuk kekal berkuasa. Dan saya boleh bersetuju dengan tulisannya kali ini.

Itu satu petanda jelas ke mana arah puak UG ni. Ahli ahli PAS dan perwakilan, ingatlah Allah, istikharahlah sebelum memilih dan istighfarlah semasa memilih. Pilihan kita amat jelas, sama ada inginkan pimpinan yang diredhai Allah atau pimpinan yang diredhai UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh. Najib terbukti seorg pemimpin yg sgt teruk dan bakal menghancurkan negara. Pemimpin yg berjiwa besar sewajibnya dgn rela berundur bila dilihat membawa lebih byk keburukan.

Bagaimana seorg yg digelar ulamak sanggup menyokong pemimpin yg ternyata zalim, boros dan lanun perompak duit rakyat terus-terusan merosakkan negara?.

Adakah ularmak2 spt ini yg dikatakan ularmak durjana sanggup menjual agama demi kepentingan diri dan dunia?. Semoga Allah buka hijab pengkhianat2 agama dan bangsa ini. Janji Allah itu pasti.

Tanpa Nama berkata...

.

Tidak ada manusia yang sempurna. Najib pun tak sempurna tapi mustahil tidak ada yang lebih baik dari Najib. Mustahil tidak ada yang lebih handal dari Hj Hadi.

Kita bukan melihat kesempurnaan manusia sebab semua manusia termasuk Haron Din dan Hj Hadi pun bukan manusia yang sempurna. Sebab itu lah mereka yang walak pada Hj Hadi adalah orang yang buta dan tuli.

Lalu tak perlu lah pro Ulamak membaruakan orang lain yang tidak sehaluan dengan Tuan Presiden kerana Tuan Presiden pun tak sempurna dan apa lagi tidak ada kebaikan nya pada parti. Tak kurang juga barua nya dan kerana itu tak salah jika ada yang ingin mengantikan Hj Hadi.

Ini bukan hal rumah tangga atau hal syarikat. Ini hal negara. Ibarat kapal armada kalau terlajak nak berpatah balik, kapal armada tersebut terpaksa ambil beluk jarak yang jauh.
Kita tak ada masa untuk bagi peluang pada Najib untuk memperbetulkan keadaan. Najib adalah tikus yang cuba memperbaiki labu yang di rosakkan oleh Pak Lah khususnya UMNO sendiri.

Banyak pihak tidak menafikan cara Najib memperbetulkan keadaan dengan menjadikan rakyat sebagai korban. Dari GST hingga TH. Bukti apa lagi yang Harun Din nak tunggu. Sampai bangunan TH di jadi cagaran?

Terima lah ketidak sempurnaan kita ini dan kerana ketidak sempurnaan kita ini lah kita hamun ulamak seperti Haron Din dan Haji Hadi.

Di umur kita melewati 50an lah kita sepatutnya telah mendekati pada kesempurnaan kerana begitu lah keadaan yang kita sangat ingin kan bila kembali kepada yang Maha Sempurna. Ilmu Haron Din Ilmu tangkap jin bukan Ilmu menuju kepada kesempurnaan.

Kegagalan dan kemusnahan PAS bila pemimpin dan ulamak PAS sendiri tidak ada keyakinan mampu buat lebih baik dari Najib dan UMNO.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

bbaik ngn BN ni buleh msuk TV mcm kazim..wat la siri ceramah...dpt 2-3 tv...masyuk..!!! allah nk tunjuk..iman yg kuat pun..terbarai ngn godaan dunia..setidak2nya nk riak...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan Mat Sabu. Sekiranya Najib perlu di beri peluang untuk kali ke dua, kita perlu juga memberi peluang kepada rakyat. Najib yang berjiwa besar perlu membuktikan yang jiwa nya besar dengan bubarkan Parlimen. Bukan dengan menguna ulamak upahan untuk menyatakan sokongan kepada nya.

Yang paling sukar nak diterima Islam PAS dah ada pulak ala ala melayu. Nabi Muhammad saw orang melayu ke?
Jangan lah cakap ala ala melayu kan lebih tepat ala ala umno ?

Tanpa Nama berkata...

Aku melihat apa yang berlaku dalam PAS sekarang adalah lebih kepada krisis identiti. PAS sekarang seakan-akan menerima akibat daripada apa yang pernah dibawakan oleh pimpinannya dahulu...

1. Caci maki... dalam ceramah yang dahulu memang kerap UMNO/BN dicaci maki, kini melanda PAS apabila caci maki bertebaran sesama ahli dan pimpinan...

2. Label melabel...dahulu UMNO/BN dilabel dengan pelbagai gelaran, kini label melabel bermain di bibir orang PAS

3. UMNO/BN haram...dulu menyokong UMNO/BN haram...kini boleh menyokong bilaman pimpinan atas kata boleh...

PAS sekarang sedang menerima akibat daripada tindakan lampaunya...sebab itulah biar sederhana jangan ikut sedap bicara.

Tanpa Nama berkata...

itu la dia d kan ular d semak kena hati 2 kalau tidak pas akan hancur drp perjuangan asal ingat lah pesanan alm.tgna.

Tanpa Nama berkata...

Inilah tongkat umngook yang nak rebah....

Tanpa Nama berkata...

Tak pa kita ambik la dosa2 umno yg mengkhianati rakyat dgn cukai mcm2 termasuk terbaru gst....sorang sikit....hj hadi dh banyak buat pahala xpa lah dan saya kira hj ni tak banyak soalan dgn Allah terus dihumban dlm syurga.....

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini sokong sakan pd TSKI..

Sbbnya..projek fulus ESOS komisyen ddlm GELAP!


Sekarang..
Beriya2 pulak sokong PM paling boros & RAKUS, brp pulak yg mrk dah kongsi dan REMBAT!?


Sebab itu..
Isunya adalah umpan-RASUAH!?

Kerana RASUAH dan ingin mnutup RAHSIA bangkai-RASUAH itu..mrk sggup brbuat apa shj hatta mnabur FITNAH!!?

Mrk tlh sgt jls mnjd ularrrMak yg trgamak menJARAH keringat serta derita ummah brsama2 setan RAKUS yg tlh pon sama2 kita kenali!?

RASUAH?
RASUAH??
RASUAH???

Itulah "punca" mrk mnjd ularrrMak as-SUK yg kini sgt2 jls didepan mata kita semua!!!!?

Berapa RATUS juta???
Berapa Billlion kah yg tlh mrk sggup kongsi-SONGLAPkan bersama2?????

Tanpa Nama berkata...

Selepas mengajar kitab "Label Lil Insani" malam tadi, seorang anak murid tok bertanya, "Masa mengundi nanti, tok nak pilih siapa Presiden? Us Ahmad Awang ke atau Hj Hadi?".

Tok pun jawab, " Tentulah tok pilih tok guru Marang sebab dia ada banyak kelebihan dari Us Ahmad Awang".

Anak murid tok tanya, " Apa kelebihan dia tok?".

"Pertama, dia dulu ada rekod menggerakkan pemuda untuk menyingkirkan Presiden kita Asri Muda". Marakbar Asri begitu popular sehingga kini berjangkit kepada dirinya".

"Kedua, Dia satu2nya presiden jemaah kita yg berani memperlekehkan presiden sekutu kita Kak Wan, dia kata Kak Wan tak layak jadi MB. Semua tahu Kak Wan tak pernah kalah btanding Praya. Guru kita pernah kalah. Semua tahu, Kak Wan adalah pelajar terbaik sewaktu dia belajar bidang perubatan, guru kita tak pernah dapat gelaran itu sewaktu mengaji. Kak Wan lebih lama dari guru kita jadi Presiden. Kak Wan berani bertanding di luar gelanggangnya di Permatang Pauh dan menang di Kajang. Guru kita mana pernah keluar dari Marang? Itu pun guru kita pernah kalah. Ertinya, dalam keadaan begitu pun guru kita berani lekehkan Kak Wan yg mana sebelum ini tiada presiden kita yg tergamak buat begitu? Sbb tu tok respek dia.

"Ketiga, Guru kita ada perisik yg boleh menyiasat pengedar pil kuda. Apa pun yg perisik begitu umpama wahyu yg terus diguna pakai oleh guru kita. Ertinya, guru kita amat mempercayai orangnya dan itulah tanda solehnya guru kita".

"Keempat, guru kita sudah dua kali masuk mahkamah kerana menfitnah. Us Ahmad Awang tidak pernah merasa masuk mahkamah atas sebab fitnah".

"Ke lima, guru kita amat baik dengan Najib sehinggakan dia marah benar jika sesiapa mahu najib letak jawatan. Dia kata Najib cuma ada kelemahan bukan penyelewengan, zalim atau rasuah jauh sekali menyusahkan rakyat atau terlibat dengan kes jenayah". Mana ada presiden kita sebelum ni yg suka orang zalim lama memerintah kecuali guru kita di Marang?"

"Ke enam, guru kita pandai buat silap mata. Dia tunjuk Hudud, tapi yg dia bawa ke Parlimen bukan hudud sepenuhnya, cuma enakmen mahkamah syariah bkaitan pemantapan hukuman dlm mhkamah syariah saja. Undang2 jenayah syariah takde pun". Paling tok respek, dia mahu bekerjasama dengan perompak untuk laksanakan hudud. Ada sesiapa pernah terfikir macam tu? Guru tok je.

Banyak lagi sebenarnya...tapi setakat itu pun tok rasa Us Ahmad Awang tak boleh lawan guru tok di Marang tu. Tok yakin, guru tok mesti menang sbg Presiden nanti kerana sudah ramai belajar dan menadah kitab "Label Lil Insani" yg tok ajar, tentulah mereka cerdik seperti Ismail kerbau tu...

Tanpa Nama berkata...

Sgl polemik2..

Sprt AUTA pilkuda
FITNAH broka n BARUA
kes WATIKAH 3penjuru
Putar U-Turn PONTENG
Engkar janji
Hudud

Semua yg kat atas itu hanya & HANYA lah isu yg sengaja diJAJA utk mnutup sgl "RAHSIA" gelap-SONGLAP lahapnya mrk mnelan bangkai-RASUAH!!?

Krn RASUAH mrk wajib mngikut SKRIP dgn sgl belit-PUTAR-onar dan FITNAH!

Itulah "kerja" ularrrMak as-SUK agar umat samar-KELIRU mnuju kdlm GELAP krn mrk sgt2 TAKUT kpd CAHAYA sbnr7 KBNARAN yg sgt7SIMPLE lg TERANG!

Ingat
Ingatlah

Ingat FITNAH....ingatlah RASUAH!

Onar-FITNAH itu adalah krn RASUAH!!?

Mrk sgt7TAKUT skiranya "RAHSIA" bangkai-RASUAH gelap mrk bongkar & PECAH!?

Biar pecah diKUBUR..krn mrk lebih TAKUT kpd "rahsia" RASUAH itu pecah drp takutkan Allah!!!?

Sbb itu mrk mati2an SOKONG hamno..

Selagi hamno berkuasa selaggi itu mrk PERCAYA "rahsia" RASUAH mrk akan SELAMAT trpelihara!?

Tanpa Nama berkata...

.

Dia lah. Ya, dia lah.

Siapa lagi yang jumpa Anwar bagitahu kalau PR menang yang jadi PM Tengku Razaligh. Iyaa, dia lah.

Dia tak ada buat apa-apa pun tapi nak tentukan siapa yang jadi PM. Sekarang dia ini lah yang kata Najib berjiwa besar. Masa dia sokong Tengku Razaliegh mana pergi jiwa besar Najib?

Macam ini ke orang yang ngaku jumpa Rasullullah saw?

Tanpa Nama berkata...

Dah jelas pemimpin bermasaalah & tidak berwibawa, nak beri peluang macam mana lagi? Nak tunggu sampai negara muflis ke?

Tanpa Nama berkata...

Saranan kepada Harun Din. Mengapa tak guna Darul Shyifaknya yang terkenal itu untuk mengubati "penyakit" yang dihadapi Najib sekarang? bukankah katanya Harun Din boleh berkomunikasi dengan segala jenis jin diatas cherkawala. Mintalah saja bantuan pada jin itu carikah 42 billion untuk menampong wang yang telah "dihilangkan" oleh Najib. Tolong jangan biarkan Najib merana!

Tanpa Nama berkata...

“Sebab itu mereka minta nak dia. Kalau dia ada situ, BN tetap akan kalah. Mereka nak kekalkan kepimpinan Najib. Bukan saja gambarnya tidak ditunjuk di Permatang Pauh, tetapi di Rompin pun tidak tunjuk,” katanya merujuk poster kempen pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Ketika diminta mengulas hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata ia akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menumbangkan Umno.

“Itulah harapan mereka. Kalau Najib terus sebagai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka mudah mengalahkan.

Tanpa Nama berkata...

Ketika diminta mengulas hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata ia akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menumbangkan Umno.

“Itulah harapan mereka. Kalau Najib terus sebagai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka mudah mengalahkan.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini, aku menghormati ulamak ini, tetapi kini, aku semakin meluat terhadapnya. Terima kasih, Tuhanku kerana menunjukkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Cakap Hj Hadi arah mana pun tak betul maksud nya. Kemudaratan tindakan Najib bukan pada parti. Kalau pada parti memang lah tujuan nya untuk memudahkan PR menumbang UMNO BN

Tapi sekarang dah memudaratkan negara. Tidak menguntungkan sesiapa yang akan menang atau jika UMNO BN di tumbangkan.

Orang macam Tun kena fikir pasal negara bukan pasal parti. Hj Hadi sokong Najib bukan untuk PAS sebab tumbang Najib tumbang lah Hj Hadi. Dan Hj Hadi tidak ada kemampuan untuk berfikir tentang negara kerana banyak isu besar tidak mendapat respon dari segera dari Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Yg komen ni jek

Tanpa Nama berkata...

dgr tu puak UG.

BERI NAJIB PELUANG

jika derhaka, bermakna derhaka kpd mursyidul am, derhaka kpd ulamak seterusnya derhaka kpd Islam.

najib perlu diberi peluang 20 tahun lagi utk mem'betul'kan keadaan.

rosmah juga perlu diberi peluang serupa sbb byk lagi wang belum dibelanjakan.

PAS perlu ditukar kpd NGO Back Bencher UMNO. setaraf perkasa dan pekida

mursyidul am patut ditukar kpd Mahaguru setaraf Omar Din.

PAS DALAM KENANGAN