21 Apr 2015

Zahid Perlu Pecat IGP Segera!

Gambar terbaik banner PECAT IGP semasa protes oleh #Kitalawan

Zahid sanggah Khalid, tindakan bantah salib gereja satu hasutan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan, bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menteri dalam negeri itu dilaporkan portal Malaysiakini memberi persetujuan yang tegas apabila ditanya sekiranya tindakan penunjuk perasaan itu, yang meminta salib gereja diturunkan, bersifat hasutan.

“Sudah tentu! Ya, ya,ya!” beliau dipetik berkata.

“Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka.” Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan disiplin juga akan diambil kepada ahli parti yang menyertai bantahan di gereja itu semalam.

“Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam Umno, kita perlu. Hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya,” katanya menurut portal itu.

The Star Online juga memetik Zahid berkata kepada media selepas satu acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) hari ini, "jika sesiapa menyentuh mana-mana agama, mereka tertakluk kepada Akta Hasutan".

Terdahulu, Khalid berkata tiada elemen hasutan dalam protes semalam kerana isu berkenaan tidak melibatkan agama Kristian.

"Kami tidak melihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh mengenai agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

"Kami mengkaji keseluruhan isu dan ia bukan berunsur hasutan kerana ia bukan mengenai agama Kristian.

"Salib itu diturunkan susulan terdapat permintaan daripada masyarakat. Tidak terdapat keganasan," kata Khalid, sambil menambah yang perkara itu dianggap isu masyarakat dan sudah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kerajaan negeri Selangor.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baru itu semalam, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana ia dikatakan mengancam Islam, sebagaimana dilaporkan The Star Online.

Salah seorang dari pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Khalid.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu merupakan satu cabaran kepada agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

Abdullah berkata hari ini, penduduk menemuinya bagi membincangkan perkara itu pada Sabtu, mengatakan mereka tidak selesa dan rasa sensitif dengan isu itu.

Bercakap mengenai keterlibatan abangnya itu, Khalid berkata, beliau hadir bagi menenangkan penunjuk perasaan dan memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang keganasan.

Beliau juga berkata, beliau tidak akan berkompromi sekiranya sesiapa didapati bersalah, walaupun jika ia melibatkan adik-beradiknya dan anak-anaknya.

ULASAN GB

Jika sebelum ini #Kitalawan telah menganjurkan demo PECAT IGP kerana IGP yang didakwa tidak profesional, maka kini berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.... memang wajar Khalid dipecat.

Khalid Abu Bakar tersilap langkah ... apabila membela abangnya, Abdullah Abu Bakar bersama kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu menuntut salib yang dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mencabar agama Islam.

Zahid perlu berani untuk bertindak kerana PDRM adalah di bawah kementeriannya. Sudah sampai mamsanya Khalid Abu Bakar yang tindak-tanduknya begitu berat sebelah dan pilih kasih, dipecat dari jawatannya.





6 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Rupa-rupanya undang-undang di Malaysia macam cerita kartun atau cerita yo-yo.
Tafsiran undang-undang di Malaysia ikut suka hati sahaja. Tafsiran undang-undang bukan lagi dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. Seorang KPN yang tiada standing dalam undang-undang pun boleh mentafsir undang-undang ala dia. Kalau dia kata ADA, maka ADA walaupun ianya TIADA.
Adakah Malaysia sudah berpatah balik ke Zaman Batu di mana hanya yang BERTENAGA (KUASA), cakapnya sahaja yang BENAR walaupun BOHONG?
Patutlah geng lawan# dok tuntut KPN dipecat sebab beliau telah bertindak di luar bidang kuasa beliau. Aku ingat KPN ini kena masuk kelas semula di Akademi Polis Kuala Kubu Baru dan bermula sebagai Inspektor Percubaan.
Kebenaran tetap akan muncul seperti mana kata admin. Yang manusia yang dok fikir yang lain tu BODOH sebenarnya diri beliau sahaja yang BODOH.

Tanpa Nama berkata...

Rupanya Keselamatan Malaysia ni ikut sedap mulut Ketua Nya. Ingat PM saja macam tu. Ketua POLIS negara pun sama camtu.

Lepas ni semua kat2a dia memang HUKUM nya WAJIB Tidak PERCAYA. dah jatuh bagi gua Haram pada sesiapa yang percaya kata kata KETUA POLIS NEGARA ni.

Kalau dah KP boleh buat sesuka hati macam mana pula yang berada di BAWAH nya........senang aje dia sebut " kes tersebut sudah dikira selesai ....."

Tanpa Nama berkata...

Memang Khalid ini BODOH

Tanpa Nama berkata...

Bukan Taman Medan je yang sepatutnya turunkan salib atas alasan penduduk nya majoriti Islam Satu Malaysia majoriti penduduk nya Islam

KPN taraf Gerak Khas RTM 2 hehe

Tanpa Nama berkata...

Kalau Khalid KPN boleh memgecuali kan abang nya dari tindakan undang undang kemungkinan besar ramai pegawai polis berjawatan juga pernah atau akan berbuat demikian Yang kencing berdiri sorang yang kencing berlari dah tentu tentu ramai

Alasan kehadiran abang bagi menenangkan penunjuk perasaan dan memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang keganasan bukan lah isu Isu nya ialah membuat orang lain marah terutama orang kristian

Memang benar bila gereja berada di sana ia nya adalah ancaman apa lagi tekanan hidup disebabkan GST dan harga barang naik

Yang Islam buka kaunter punggut zakat Yang kristian buka kaunter bagi yang nafas dah tersekat sekat

Majlis Agama dok sibuk keluarkan hukum mencari sebab GST dibolehkan tapi tak bersedia untuk menguruskan bantuan untuk lebih efficient Kerana GST orang susah bertambah

Kepada Allah kita kembalikan



Tanpa Nama berkata...

Siapa besar antara Menteri Dalam Negeri dgn Ketua Polis Negara. Siapa pembuat dasar, dan siapa pula agensi pelaksana?
Rakyat Malaysia sedang memerhati perjalanan undang2 di tangan pihak yg diberi t/jawab. Lahirkah cahaya terang di bumi Malaysia atau kelabu asap?