22 Apr 2015

[VIDEO] Terkini: Mursi Dihukum Penjara 20 Tahun


Mahkamah di Mesir, pada hari ini (21/4/2015), telah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara ke atas Muhamad Mursi, presiden Mesir pertama yang terpilih secara demokrasi tetapi digulingkan oleh tentera pada tahun 2013. Beliau dihukum penjara bersama 12 defendan yang lain.

Mursi dinyatakan bersalah atas dakwaan memerintahkan penangkapan dan penyiksaan terhadap demonstran yang menentang dirinya pada 2012. Ketika itu dia memang masih menjawat sebagai presiden. Bagaimanapun mahkamah mengetepikan tuduhan bunuh terhadap Morsi berhubung kematian seorang wartawan serta dua penunjuk perasaan lain pada 2012.

Mursi sendiri terpilih sebagai presiden dalam pemilihan umum setelah revolusi yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak pada 2011. Beliau hanya sempat memerintah selama setahun kerana digulingkan oleh tentera di bawah pimpinan Jenderal Abdul Fatah al-Sisi, yang kemudiannya terpilih sebagai presiden dalam pilihanraya umum 2014.

Sejak digulingkan Mursi, yang berasal dari kelompok Ikhwanul Muslimin, sendiri telah ditahan. Pertubuhannya juga dilarang di Mesir dan menjadi buruan oleh pihak keselamatan. Ratusan pendukungnya terkorban sementara ribuan lainnya dipenjara. Peguam Mursi menyatakan mereka akan mengemukakan rayuan. Sementara bagi para aktivis anti-Mursi mereka menyatakan hukuman penjara ke atas Mursi belum memuaskan hati mereka.

"Ini kejutan... kami berharap dia diputuskan bersalah dalam dakwaan pembunuhan," kata Ramy Ghanem, peguam seorang aktivis anti-Mursi, "Tetapi hukuman ini juga tidaklah buruk sangat. Kami berharap dia dipenjara seumur hidup, tetapi 20 tahun juga tak jauh bezanya."

Di Mesir, hukuman seumur hidup bererti dipenjara 25 tahun.

Sebelumnya mahkamah di Kaherah telah menjatuhkan hukuman mati bagi pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan 13 orang lainnya. Mereka didakwa terlibat dalam demonstrasi yang berlangsung di Mesir pada 2012-2013.

Sementara itu Ikhwanul Muslimin mengajak para pendukungnya untuk mengadakan demonstrasi pada Selasa.

"Pemimpin kudeta memperalatkan sistem kehakiman," demikian bunyi pernyataan rasmi Ikhwanul Muslimin terhadap hukuman ke atas Mursi.

Pertubuhan itu menyatakan bahwa "Sisi menggunakan sistem kehakimah sebagai senjata untuk melawan kehendak rakyat, demokrasi, dan revolusi yang sah, yang terwujud dalam diri Presiden Muhamad Mursi."








6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau pasal Morsi

Morsi di pilih Rakyat dan ikut kuat ajaran Islam

Lahanat Soljal buang Morsi takut Islam jadi kuat

Morsi ini Pemimpin Islam Quality Baik , Berani Kerana Benar

Lahanat akan KIOK dalam hina , tunggu saja

Tanpa Nama berkata...

Anwar 5 tahun tapi kerana fitnah liwat

Mursi 20 tahun kerana dakwaan memerintahkan penangkapan dan penyiksaan terhadap demonstran

Dua dua zalim Dan dua dua pemerintahan Islam

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Islam will win.
9:33.
Hey world!Let's United!
Fight For Freedom.

Tanpa Nama berkata...

Syabas kepada Pemimpin UMNO kerana berjaya mengembangkan pahaman UMNO di luar negara Pahaman ini hanya akan di ikuti oleh negara negara Islam yang lain

Dengan hanya satu 'panggilan talipon' Mursi boleh di bebaskan

Tanpa Nama berkata...

Jangan take sides..pergolakan di negara teluk biar dia orang selesai sesama mereka..sikap & perangai bangsa arab ada dijelaskan dlm quran..lihat saje sikap arab dlm isu palestin..70 tahun palestin dibiarkan dikeronyok oleh yahudi..arab tidak ambil peduli..dlm kes Yaman sekelip mata mereka bergabung hentam Yaman..beli senjata berbillion dari barat guna utk perang sesama mereka..lihat saje OIC...57 buah negara tak mampu nak bersepakat mengambil inisiatif memperkasa deenul Islam & ummah seantero benua..anihnya ramai org kita taksub pakai dress code ala-arab..hantar pulak anak bangsa pergi belajar di negara teluk yg kaya dgn sikap & pemikiran fanatik.yg menebal..

Tanpa Nama berkata...

nasib baik tak dihukum mati...kesilapan stategik ikhwan yang tak dipelajari PAS kerana menyokong membuta tuli--kesilapan kerana mencampuri urusan negara lain-cth syria dan krg membantu palestin==menentang ahmadenajad secara terbuka semasa sidang nam--sekarang tiba masanya anda berada dipenjara==anda membawa pengikut anda untuk dibunuh oleh tentera--anda tidak memiliki kesabaran yang cukup anda telah memasuki perangkap zionis dan amerika,demiakian perancangan mereka untuk anda...sayangnya semua revolusi telah berkecai, andasemua tidak belajar dari revolusi iran