21 Apr 2015

[BERGAMBAR] PAS FOR ALL Hanya Tinggal Kenangan Bhgn 2


Pas siasat aduan salah laku pemilihan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat akan membuka kertas siasatan berhubung laporan salah laku yang dilaporkan berlaku ketika Mesyuarat Pemilihan Pas Kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata,‎ buat masa sekarang pihaknya masih membuka peti aduan dan siasatan hanya akan dilakukan selepas 24 April (Jumaat) ini.

"Antara laporan salah laku yang telah rasmi diterima adalah dari Pas Puchong. Aduan tidak rasmi pula diterima dari Pas Kapar, dan Pas Kuala Selangor. Laporan rasmi akan diterima dari Pas Kuala Langat petang nanti.

"Selain itu kami turut terima aduan rasmi mengenai salah laku dari Pemuda Pas Tumpat di Kelantan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, antara aduan yang diterima termasuk laporan penggunaan borang yang tidak dipatuhi Pas Kawasan, dan nama calon yang sepatutnya bertanding tercicir dari senarai.

"Kesemua ini saya sifatkan sebagai satu perkara yang tidak adil. Mereka (Pas Kawasan yang terlibat) bukannya tidak tahu mengenai peraturan yang telah ditetapkan.

"... Mereka bukan tak faham peraturan, mereka cuma tidak ikut peraturan yang digariskan," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau turut menggesa Pas kawasan yang mempunyai aduan untuk menghantar laporan selewatnya pada Jumaat itu.

"Aduan hendaklah dihantar secara rasmi kepada kami. Ia bertujuan untuk memudahkan siasatan. Tarikh tutupnya adalah 24 April ini, sebarang aduan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan," katanya lagi. -SH


Hadi, Tuan Ibrahim dahului pencalonan presiden, timbalan presiden PAS

Gandingan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membolot hampir kesemua pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden PAS hujung minggu ini menjadikan kedua-duanya jauh meninggalkan pencabar masing-masing menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun ini.

Daripada 16 kawasan yang mengadakan mesyuarat agung Sabtu dan Ahad, 15 mencalonkan Hadi bagi jawatan presiden manakala Datuk Husam Musa hanya mendapat satu pencalonan.

Kesemua 16 kawasan itu pula mencalonkan Tuan Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden menyebabkan beliau jauh meninggalkan penyandang jawatan itu Mohamad Sabu.

Dengan pencalonan semalam, Hadi mendapat 60 pencalonan berbanding Husam mendapat 8, Ahmad Awang (3) manakala Tuan Ibrahim (1) untuk jawatan presiden sehingga kini.

Tuan Ibrahim pula jauh meninggalkan Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu, apabila mendapat pencalonan kesemua 16 kawasan yang mengadakan mesyuarat semalam, menjadikannya mendapat 59 pencalonan.

Mohamad sehingga kini hanya mendapat sembilan pencalonan untuk mengekalkan jawatan timbalan presiden.

Turut mendapat banyak pencalonan dalam mesyuarat hujung minggu lalu adalah empat pemimpin kumpulan ulama untuk jawatan naib presiden seperti Idris Ahmad (ahli Parlimen Bukit Gantang), Nasrudin Hassan (ahli Parlimen Temerloh), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (timbalan menteri besar Kelantan) dan Datuk Iskandar Samad (exco kerajaan negeri Selangor).

Ia membayangkan kemaraan kumpulan ulama di dalam PAS dengan mengalahkan pencabar mereka daripada kumpulan profesional.

Turut menjadi korban semalam ialah Dr Rani Othman, bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang ditewaskan bekas timbalannya Najhan Mohd Salleh, untuk jawatan yang dipertua PAS kawasan Kapar yang disandangnya sekian lama.
-TMI


APA KATA UST KAMAL KOH



TINGGAL KENANGAN, MENJADI SEJARAH






41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

President mulut sebut "barua", "jual pill kuda" Tanpa bukti, ahli ahli tetap cool sokong

Dah Tahu quality parti ini, munafik dan Penipu penikam.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya pkr Bantu pas terangkan pasal hudud . hudud ni hak Allah. Jangan fikir dunia saja suatu hari nanti kita semua akan kembali kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

rupa2nya puak serban yg dilihat jujur adalah yg paling khianat. pakaian hanyalah topeng utk mengaburi org.

konon tak kisah kalau kalah pru sebb nak cari redhaa Allah. tp bermati2an pulak nak menang dlm muktamar.

itulah tahap pemikiran golongan agamawdan pas. al-Qur'an dan hadis bukan lg mjadi panduan.

didunia menipu, diakhirat tanggung azab.

bg mrk yg keluarkan surat lyg, majalah parasit, label org, hina org, tuduh org, fitnah org, mungkir janji; tunggulah di akhirat nanti. tiada taubat nasuha yg boleh melepaskan kamu selain dari ampunan empunya diri.

penny wise, pound foolish. (tran: sen waras, ringgit bangang).

Tanpa Nama berkata...

aiiik nak salahkan pkr plak.
Apasal kamu tak salahkan Ketua Ulamak Sedunia Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan hudud bukan perkara utama dalam Islam? Ulamak PAS saja nyg lebih2 terutama ulama Kelantan kerana nak menutup kelemahan pemerintahan dan pentadbirannya.

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pro-ulama kini menjauhkan Islam dan PAS dari bukan Melayu/Islam

Tanpa Nama berkata...

untuk menang pro-ulamak sanggup main kotor untuk menang... cissss

Tanpa Nama berkata...

Aiik kena faham tu INI hak Allah.

Tanpa Nama berkata...

apabila bukan islam mula berminat kepada Pas, langkah terbaik menerangkan konsep tauhid kepada allah, tetapi bila Pas mula menekan isu hudud yang majoriti UMNO pun tak mahu, apalagi bukan islam lagi menjauhkan diri, usaha memperkenalkan tauhid yang dibawa TGNA gagal di selami TGHH,Nik Abduh dan segelintir ulama Pas

Tanpa Nama berkata...

TGHH membenci bukan islam, berbeza TGNA bersikap kasihan kepada bukan islam yang tidak tahu tentang islam, berbanding UMNO majoriti islam tapi menolak hukum allah

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap mcm tu. Kalau tak betul Nanti kena minta maaf pada TGHH .takut la kita pada azap Allah nanti

MOHD NORAMDZAN BIN MOHD YUSOF berkata...

Nak buek camno...

Tanpa Nama berkata...

Dulu... Org Pas dok peleceh PKR sbb pemilihan selalu kacau bilau.. Alah.. Serpihan UMNO.. Perangai mmg camtu..sekarang Pemilihan pas pun dah kacau.. Seghuper ajer dgn pkr.. So.. Moral if the story.. Jgn perasan hebat wahai org pas..kena akui.. Kalau bab politik dan jawatan.. Pak lebai cabut lebai..janji masyuk...

Tanpa Nama berkata...

tgna berpandangan luas. islam rahmat utk seluruh alam. hadi nampak islam utk melayu saja. itu bezanya. lepas ni pas yg dipimpin hadi & gang jadi mcm katak bawah tempurung

Tanpa Nama berkata...

Kenapa PKR pula yg perlu menerangkan fasal hukum hudud, bukankah PAS yg telah membuat ketetapan tanpa berunding dgn rakan pakatan terlebih dahulu? Inilah saranan paling bengong untuk menutup kelemahan dan silap langkah sendiri. Ini tidak, ada ruang musyawarah dia ponteng ataupun enggan hadir kemudiannya memandai-mandai buat keputusan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua salah ulama PAS yang gagal memahami fiqh politik. Sebelum ini, aku menghormati mereka, tetapi kini, aku telah mengetahui wajah sebenar mereka. Terima kasih Tuhanku kerana menunjukkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Sayup hati tenguk gambar gambar tersebut Sedih bila harapan rakyat berkecai dan lebih menyayat harapan untuk Islam maju di bantut kan oleh ulamak sendiri

Mereka dilihat berbangga dan yakin pada PAS !!

Perjuangan bagi pro umno berulamak ialah bila takbir dilaungkan Mereka yang telah melakukan seperti dalam gambar gambar tersebut bagi pro umno berulamak bukan nya perjuangan

Kita harap kehebatan PAS akan di tunjukkan di Rompin dengan gambar gambar seperti di atas Jangan pulak ke hulu ke hilir dengan tshirt tolak mat sabu

Mereka yang memakai baju mengibar bendera dan berlilit dikepala bukan kerana logo putih dan warna hijau tetapi kerana Islam tuntut pemimpin yang adil dan amanah

Nampak dengan nyata Kawasan PAS yang mencalunkan pro umno berulamak tidak menjadikan TGNA sebagai ikutan Dimana kah kedudukan TGNA di hati mereka sekarang?

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak betul ttg hj hadi tang mana tak betulnya?

Hj hadi bertanggung jawab sepenuhnya kerana membiarkan kita tak betul terhadap dirinya

hj hadi dah beri taklimat ke belum pada PAS Kawasan Batu yang tuntut penjelasan dari presiden?

Tanpa Nama berkata...

kalau hak Allah kenapa Allah bagi pada kita?

Hak Allah biar Allah yang jaga Dia maha pengatur

Cardir berkata...

tak reti berpolitik....apa2 pun biarlah sederhana dalam segala hal...orang tak benci...

Tanpa Nama berkata...

Calun calun yang mengalahkan pro TGNA hehe baru punya hihi tidak ada kekuatan kerana pro TGNA yang menang pru ialah sokongan dari orang bukan Islam yang selain kerana sebab PR individu individu tersebut mendapat kepercayaan dan keyakinan dari bukan Islam

Bagi mereka individu individu yang menang pada bulan jun adalah orang yang tak boleh di percayai

Tanpa Nama berkata...

Kini, Pas for UG! Nafilah tp itulah yg sdg berlaku.

Reply

Miz3April 20, 2015 at 7:06 PM

Saya simpati dengan tuan mso. Terus-terusan makan daging saudara sendiri.
Peringatan sesama muslim..di akhirat nanti kita akan di hisab sepenuhnya di mahkamah Allah Taala. Maka bersamalah kita insaf dan bermuhasabah diri.
Terpulang kepada tuan mso untuk upload atau tidak komen saya ini.

Reply

Wan RosliApril 20, 2015 at 8:04 PM

Maafkan saya MSO.. pd sy tuan sengaja membutakan mata.. golongan profesional sudah cuba diberi peluang sblm ini yg akibatnya mereka mula wala' kpd LKS dan DSAI.. sbg pemerhati politik yg berpengalaman takkan tuan tidak perasan perkara2 sebegini.. Apakah tuan mahu golongan sebegini naik kepala atau pijak kepala ulamak baru nak buat2 terkejut !!!..

Reply

Asrul SaniApril 20, 2015 at 8:10 PM

Puak-puak UG ni berperangai seolah-olah di rasuk syaitan....

Tanpa Nama berkata...

Terasa penat sekarang apabila memikirkan segala usaha mendampingi bukan Islam agar lebih kenal dan mesra dgn Islam seperti sia2 kini. Bukankah PAS juga yg beria2 menubuhkan DHPP yg terdiri drp yg bukan Islam dgn harapan mereka akan lebih memahami apa itu Islam apabila akhirnya ada yg berkata kita tidak perlukan sokongan Bukan Islam. Tunas kasih penyokong Bukan Islam terhadap PAS telah dipijak melalui kenyataan2 tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pemimpin PAS sendiri. Kini, islam, di Malaysia kembali dilihat seakan akan milik org melayu sahaja sdgkan ayat pertama dlm surah Al Fatihah jelas menyebut agama ini adalah utk sekalian Alam. Dalam UMNO hang nadim demi hang nadim telah dibunuh kerana bimbangkan kebijaksanaannya akan memperlihatkan kebodohan mereka yg sedang berkuasa. Dalam PAS kini, satu trend yg hampir serupa sdg berlaku, kemahuan mereka hanya para ustaz dan ustazah sahaja perlu memegang tampuk kuasa. Islamikkah cara begini. Kita akan menjawabnya nnt di sana. Allah Huakbar!

Tanpa Nama berkata...

Kalau pakatan pembangkang tak ada hubungan jadi yang rugi semua parti bukan PAS sahaja, DAP pun rugi, PKR pun rugi, jangan ingat PAS sahaja yang terjejas. Kata Amar Dari tajuk PAS Tak tertipu jika dengar nasihat Yusof

Pemimpin hipokrit!! Pandai cakap tiga tiga rugi Bukan PAS sahaja yang rugi Macam tu jugak bila pro Ulamak tidak mahu terima professional dalam PAS Bukan professional sahaja yang rugi pro Ulamak bahkan ahli ahli pun rugi

Kalau tak boleh terima cara dan pemikiran professional dalam PAS sendiri macamana pro ulamak nak terima pandangan dan nasihat dari DAP PKR yang luar dari PAS


Kepaea Allah kita kembalikan

Cardir berkata...

Betul ke ikut cara Islam.....perkataan ' barua' di tuju kepada ahli sendiri?...tak paham aku...

Tanpa Nama berkata...

Pkr kan Ada UST 2

Tanpa Nama berkata...

bodoh sombong...buat ape bertanding klu nk kalah...x ke bodoh namanya...

Tanpa Nama berkata...

apa macam pula dengan fitnah "barua" dan "jual pill kuda"??

Tanpa Nama berkata...

Hello anon 6:33

memanbg PKR ada ustaz2. Tetapi mereka patuh kepada fatwa dan pandangan Ketua Ulamak Sedunia Sheikh Yusuf AL-Qardhawi yang menyatakan bangunkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan hudud.

Ulama PAS jer dah tertipu dengan UMNO suruh jalankan hudud dulu untuk pecahkan Pakatan Rakyat... bebal...

Tanpa Nama berkata...

Perjanjian syaitan UMNO dan PAS?

Umno tak akan hancurkan.PAS kerana kewujudan PAS pun atas izin umno.dan di syaratkan untuk menjadi sebagai 'punching bag' kekal setia bagi pemimpin umno maraih undi di kawasan2 melayu..

Sbb itu Hadi awang dan pemimpin tua dalam PAS berkata PAS bertanding bukan untuk menang! CUBA kita perhalusi dan renungkan dengan teliti tentang maksud Hadi Awang itu. PAS bertanding hanya untuk memberi umno kemenangan. Dgn bertopengkan demokrasi ciptaan.umno Sendiri. (siapa pengasas PAS dan adakah bekaS ahli ahli APU sertai PAS ini! )

PKR dan DSAI sedar wawasan itu sebab itu beliau mengambil keputusan nekad menongkah arus memecahkan watak anasir umno di dalam PAS dengan membuat operasi langkah kajang . Tujuannya tidak lain untuk membersihkan segala perjanjian syaitan. Antara Umno dan PAS.

Mmg drastik dan kerana itulah rumah tangga pas sehingga kini masih berantakan. Kerana ramai yg terkeliru, terkejut atau tidak percaya akan.kenyataan perjanjian itu.

Demokrasi pilihanraya ini hanyalah satu topeng lakonan untuk menghalalkan kuasa umno selagi ada bulan dan bintang.

Dan kerana perjanjian inilah kenapa Tengku Abdul Rahman terpaksa melepas kan Singapore dari malaysia. Kerana LKY tidak bersetuju dan membantah cara jijik yg di mainkan oleh pemimpin melayu untuk mengaburi dunia dengan slogan demokrasi.(saya beranggapan pemberian kuasa autonomi pada LKY di Singapore sebagai ganti untuk beliau merahsiakan pekara ini)

By hook atau by Crook. Umno dan PAS adalah perangcang segala lakonan demokrasi kita.

Walaupun aku fikir ia mengarut tetapi bila ada orang tua menceritakan
kes ini baru aku sedar. Begitu juga wawasan Tun Abd Razak yg mengadakan tanah rangcangan felda di seluruh negara. Tujuannya hanya satu. Keseluruan felda di seluruh.negara dapat membekalkan 68 kerusi tetap umno bagi parlimen.

Pekara ini bukan omong2 kosong tetapi inilah cara penjajah mengajar United Malay Nation Organisation untuk terus berkuasa di malaya tanpa sebarang kehilangan kuasa mudah kerajaan
persekutuan.

Aksi PAS menongkah arus hanya akan berlaku ketika umno mengalami kejatuhan seperti sekarang ini.

Fungsi parti PAS bukan untuk menegakkan negara Iskam tetapi sebagai penyelamat umno dengan menjual nama agama bagi mengaburi majoriti rakyat yg beragama islam.

Penubuhan pas hanya di kelilingi org2 umno sahaja tanpa penglibatan dari bekas2 pemimpin API APU. Wakil dari pejuang kemerdekaan yg lebih kepada penentangan agenda penjajah. Ini satu fakta bukan auta. Sbb ini adalah lakonan umno dari biro agama yg mendapat nasihat dan mandat dari UK.

16 September 2008 sepatutnya umno dan BN menjadi pembangkang di Parlimen. Tetapi Hadi awang bingkas menjadi talbarut sambil memaklumkan pada Pak Lah akan rangcangan PKR.
kenapa Hadi Awang berbuat sedemikian. Sedangkan.jika PR dapat ke Putrajaya mungkin Hadi Awang akan dapat jawatan TPM.
TETAPI kenapa Hadi Awang.menolak rezeki ini?

Tanpa Nama berkata...

Yang akan rosakkan PAS, orang pakai serban-kata bekas SB.
Ini hanya catatan ringkas. Dengan harapan supaya kita berhati-hati. Menurut sumber yang boleh dipercayai ,seorang Pegawai Kanan Cawangan Khas (SB) yang telah bersara berdasarkan pengamatannya memberitahu sumber tadi.

"Yang akan merosakkan PAS ialah orang yang memakai serbanJadi kena bijak dan berwaspada."

Tanpa Nama berkata...

itu yang heran tu macam tghh tak bersalah je mereka buat macam suci je....adakah mereka buta dan pekak..dah jelas jelas semasa tgna hidup islam disanjung dan dihormati tapi sekarang dek kerana perangai ustaz2 ug ni islam makin jauh di hati mereka..apakah Allah akan reda ini berlaku...sedih...sedih...memang sedih

Tanpa Nama berkata...

Pasal jadi talibarut 16 Sep tu ada dengar dengar dua tahun lalu Sebab itu dikatakan yang tindakan Hj Hadi adalah kerana cemburu Hj Hadi sanggup korban kan jawatan TPM asalkan bukan Anwar jadi PM Sanggup membiarkan Anwar dipenjara kerana fitnah liwat supaya dirinya lebih mulia dari Anwar Hukum kebenaran Kalau kaca lah tak akan jadi intan Jadikan lah Hj Hadi Presiden lagi Hj Hadi tetap buat somborono je mungkin lagi teruk angkuhnya!

Kita tak dapat maksud yang SB tu cuba sampaikan Yang rosakkan PAS bukan dia maksudkan ahli ahli PAS SB tak siasat ahli ahli Jadi yang dia maksudkan ialah Hj Hadi and the geng sebab yang satu lagi tak berserban Professional

Kata lah Hj Hadi menang Apa Hj Hadi nak buat ? Kita akan sokong jika Hj Hadi tidak teruskan usaha perpaduan dengan UMNO Masalah Hj Hadi cemburu pada Anwar itu dia orang berdua punya pasal Dan mereka mereka Kawasan yang sokong Hj Hadi and the geng tolong istihar harta saudara semua termasuk jumlah isteri yang ada

Tanpa Nama berkata...

Salah nya salah kita juga Dah tahu perangai Hj Hadi macamana kita diamkan Kita harap mana tahu Hj Hadi akan berubah sebab makin banyak umur makin banyak amalan Harap harap amalan Hj Hadi itu yang membawa dia ke jalan yang benar Rupanya tidak

Hj Hadi terlibat usaha untuk bersatu dengan UMNO masa TGNA lagi kita diamkan jugak Hj Hadi letak calun di kawasan PKR dan PSM kita sokong jugak Kemudian MB Selangor kita marah tapi tak buat apa apa

Allah menyebelahi Hj Hadi kerana untuk menguji bukan kerana doa atau amalan nya di terima Sekarang dah jauh macam ini apalagi di kuatkan oleh dajal dajal umno bukan dikuatkan oleh ilmunya Hj Hadi rasa dirinya bertambah hebat

UMNO akan guna PAS untuk menimbulkan ketakutan rakyat dengan isu agama sebab rakyat dah tak makan dengan isu perkauman

Kalau kita bersangka buruk pada Hj Hadi kan baik

Tanpa Nama berkata...

Walau Hadi menang pemilihan pun imej parti PAS terus tercela di mata masyarakat Islam dan bkn Islam krn mempunyai Presiden yg pembohong, pembelit perangai serupa dajjal.

Eloklah PAS dipimpin oleh ulamak pembelit spt Hadi krn dia pemegang tiket ke syorgaa.kah kah kah!!

Hj Hadi sepatutnya dikasihani krn beliau umpama ulamak yg sesat di hujung jalan hidupnya. Ditipu ilmunya sendiri akibat kesombongan dan keangkuhan diri.

otoote berkata...

PAS itu makhluk.....sifat makhluk adalah...ada awal ada akhir...
baibai PAS

Tanpa Nama berkata...

Pasal parti dan ketua yg tak tahu hujung pangkal buat kerja benar2 kerana Allah atau jaga periuk nasi sendiri..lebih gilakan vellfire dari takutkan hellfire..tak pasal2 kena tuduh kafir kerana tak menyokong..mudah sangat nak menjatuhkan hukum..sedangkan sendiri lebih banyak membawa keresahan dan keangankuhan tidak seperti ajaran nabi dan akhlak para sahabat..

Tanpa Nama berkata...

Geng2 ustaz tunjuk belang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Lepas pru 14.....kita ketawa kan kat gang ostad ni..bila hasil pru menunujukkan kemurungan pas.....kalau x faham.politik jngn berpolitik.......ooohh..lupa ....ahli syurga ....maaf ye..takut teman.......

Tanpa Nama berkata...

7:04 kamu cakap ikut nafsu ke fikiran

mohd shahran berkata...

Anonymous Anonymous said...
7:04 kamu cakap ikut nafsu ke fikiran
kalau cakap ikkut nafsu golongan ulamak pukimak
kalau ikut fikiran golongan ulamak celaka dan haram jadah

bat8 berkata...

Anon 10:10

Tang hudud hak Allah. Tak fitnah, melabel, berbohong, ponteng parlimen tu pun pemimpin hangpa buat kerana menunai hak Allah juga ke?