5 Apr 2015

[VIDEO & GAMBAR] Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk


Seorang juruterbang helikopter yang menjadi saksi di udara berhubung tragedi korban enam penumpang dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada petang Sabtu, menceritakan dia melihat pesawat malang itu menjunam hingga ke tanah dan mengeluarkan asap hitam.

Mahu dikenali sebagai Kapten Lee, dia yang ketika itu membawa penumpang dari Senai, Johor ke Subang memberitahu laluannya sama dengan helikopter tersebut dan sempat berkomunikasi antara mereka untuk memaklumkan keadaan waktu dan ketinggian.

Katanya, menjadi suatu yang biasa sebagai juruterbang untuk memerhatikan mana-mana kapal terbang atau helikopter yang berada di sekelilingnya.

“Jadi sampai sahaja di Kajang, saya nampak satu helikopter IGB memang keluar dan menuju ke Kajang sedang turun. Bila saya nampak, saya sambung terbang.

“Dalam dua tiga minit, bila saya pandang balik helikopter tu, saya nampak ia dah menjunam, muncung helikopter ke bawah dan saya perhatikan sampai helikopter tu jatuh ke tanah, keluar asap hitam,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Tambah Kapten Lee, pada ketika kejadian cuaca kelihatan cerah walaupun hujan panas, namun dia menafikan adanya hujan ribut.

“Berdasarkan pengalaman saya, yang jatuh tu bukan disebabkan cuaca. Terpulang pada siasat.

“Rasa ngeri. Selepas kejadian, saya terus maklum kepada pengawal di menara kawalan,” katanya yang terpaksa meneruskan perjalanan bersama penumpangnya.

Semalam, helikopter jenis S365 milik IGB Corporation, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. -therakyatpost


Najib arah siasatan penuh nahas helikopter di Semenyih



SEMENYIH: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu siasatan penuh rapi dan menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang.

Perdana menteri menjelaskan bahawa mengikut prosedur beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa selagi belum disahkan oleh pihak forensik.

"Namun berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, tragedi ini membawa kehilangan dua orang yang begitu besar sumbangannya kepada kerajaan, parti dan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih di sini malam ini.

Najib yang nyata sedih dengan tragedi itu, menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kehilangan yang amat besar buat diri dan keluarganya memandangkan Jamaluddin adalah kenalan sejak zaman universiti lagi selain amat rapat dari segi sejarah perjuangan dan kerjaya politik.

"Saya anggap Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang yang berkebolehan tinggi, banyak jasanya kepada kerajaan, parti dan negara. Ramai kenalannya di dalam dan luar negara," katanya mengenai Jamaluddin yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

"Jamaluddin telah memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat," kata Najib sambil menambah kata, Jamaluddin juga terus banyak memberi nasihat dan pandangan kepadanya walaupun tidak lagi menjadi duta.

Najib, yang dilihat cuba menahan sebak pada sidang media itu, berkata: "Oleh itu kehilangan beliau adalah satu tragedi besar buat saya dan saya amat sedih atas apa yang berlaku."

Selain semasa di universiti, Najib berkata beliau dan Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rompin, turut seiring ketika pembabitan awal dalam UMNO dan seterusnya dalam dunia pentadbiran kerajaan.

Bercakap tentang Azlin yang disifatkan sebagai 'Chief of Staff' di Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata pegawainya itu berperanan menentukan pelbagai perkara penting dalam hal-ehwal pejabat itu.

"Secara peribadi beliau telah bersetuju meninggalkan kerjayanya dalam bidang korporat untuk berkhidmat dalam kerajaan sebagai khidmatnya untuk negara," katanya.

"Beliau telah bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan disenangi semua pihak, ketiadaan beliau satu kehilangan besar bagi saya," kata Najib.

Perdana menteri berharap keluarga mereka tabah dan bersabar menempuh dugaan ini dan ketentuan Ilahi.

"Saya dan semua rakan berdoa apa yang telah berlaku itu, sekiranya telah disahkan nanti, kita berdoa kepada Allah supaya roh mereka dicucuri rahmat," katanya.

Perdana menteri berharap sumbangan Jamaluddin dan Azlin kepada negara selama ini dapat dicontohi masyarakat.
-astroawani








14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu mrk yg trkorban ini juga ada yg pernah mnyaksikan mayat2 berguguran diMEMALI

Mrk juga pernah melihat mayat ddlm peristiwa JENALIK

Tak lupa mayat nahas helikopter yg mlibatkan TanSri Yahhya & isterinya

Mrk juga pernah mlihat mayat Teoh Beng Hock & Sarbaini yg mlibatkan SPRM yg sgt2 mnyedihkan itu

Trmsuk lah mayat Kugan yg mati swktu ddlm tahanan polis

Kini tibalah pula giliran mrk..DAN giliran sape lg slps2 ini klu bukan kita?

Mulia ATAU hinanya kematian ssorg itu bukan drp kaca mata ssama manusia, tetapi hanya lah dr dsisi'NYA jua..

Tanpa Nama berkata...

Seandainya dpt benar2 berbakti setulus2 hati dgn penoh KASEH utk mmberi mmberi mmberi DAN terus mmberi sprt nabi2..

Seandainya dpt mnyuloh cahaya keinsafan agar sentiasa berusaha utuk mudah lagi mmudahkan SERTA lapang lagi melapangkan tekanan @ bebanan tanggungan RAKYAT-marhaein..

Seandainya hak2 yg mnjd milik RAKYAT diberi seafdal2 tempat..benar2 TULUS mnjaga amanah dgn TERANG dan jelas berani "membunuh" sel2-barah FITNAH songlap @ rasuah..

Seandainya majoriti RAKYAT tlh pon "merasa" terhutang budi kerana JASA seindah2 sjujur2 serta seikhlas2nya itu, tentu sekali HORMAT akan dtg dgn sendiri..DAN kematian pemimpin2 yg sebegini akan mnjd KEHILANGAN besar yg akan ditangisi..

Alam2 serta sluruh bintang2 bulan & matahari HATTA ikan2 dilautan pon akan mngiringinya dgn kesedihan trhadp INSAN mulia sebegini sbg lambang seorg pemimpin yg TIADA "niat" sklumitpon mncari laba demi mmentingkan diri..

Apb hanya RAKYAT-marhaein tlh benar2 brtahta serta lekat diHATI, negara akan MAKMUR dan bahagia kerana ssama RAKYAT akan bersatu berkongsi sama2 tulus KASEH utk saling MEMBERI serta mnabur seikhlas2 budi..

Demikian itu lah perjalan suci UNIVRSAL azali yg tlh dirintis oleh semua nabi2..mrk TIDAK tahu meminta2 yg mrk TAHU hanyalah mmBERI dgn seikhlas2 hati..

Tanpa Nama berkata...

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa beberapa hari sahaja tiga penyokong Najib telah meninggal dunia. Selepas ini siapa pula? Bahkan Fir'aun yang mendakwa dirinya 'tuhan' pun mati lemas dalam laut kerana menderhaka kepada Allah !

GST telah menjadi bala ke atas pentadbiran Najib kerana Najib dan kroni-kroninya telah memaksa rakyat menerima GST untuk menambah penderitaan rakyat. GST menaikkan harga barangan dan perkhidmatan melampaui batas menyebabkan rakyat bertambah miskin tetapi pemimpin BN dan kroni BN bertambah kaya dan hidup serba mewah kerana penderitaan rakyat.

Sesungguhnya Allah menerima doa dari orang-orang yang dizalimi:

Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama." Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

Ramai orang berkata mati itu adalah ketentuan Allah dan saya bersetuju tetapi kita semua mesti ingat bahawa kematian adalah peringatan kepada manusia supaya manusia tidak menindas rakyat dengan GST dll !

Tanpa Nama berkata...

Yang komen kat atas ni betul2 budget suci. Ini hal kematian kenapa nak kaitkan dengan politik dengan GST. Semoga yg anon menulis kat atas ni insaf dan musabahah diri tu...ajal kita kita tak tau..macammana. Kalau anon ni mati dikaitkan dengan apa pula ya?Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Jika Anwar tidak dipenjarakan dan menjadi tetamu jemputan majlis resepsi perkahwinan itu dan berada sama dlm helikopter tersebut, tentu amat gembira sakan orang2 UMNO. Sayangnya perkara itu tidak terjadi.

Tanpa Nama berkata...

Kematian makhluk telah ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, kematian adalah peringatan kepada pemimpin-pemimpin BN yang masih hidup supaya tidak menindas rakyat dengan GST !

Bertaubatlah sebelum terlambat dan hapuskan GST kerana rakyat miskin dan sederhana sedang menderita sekarang kerana GST.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak suka di kaitkan dengan politik Najib jangan masuk campur Cukup sekadar buat lawatan Jangan nak beri 'arahan' pada Bomba atau Polis buat siasatan Belum di arah pun Bomba dan Polis dah buat

Dan jangan ambil kerja pihak yang berwajib yang sepatutnya mengumumkan hasil siasatan dan pengesahan

Jika tak pasti jangan buat ucapan takziah terlalu awal secara umum

Belajar lah dari Indonesia menghadapai nahas airasia

Bila Najib kata dari 'maklumat yang boleh di percayai ' macamana Bomba atau Polis nak umum hasil siasatan jika apa yang Najib kata tak betul

MH 370 Najib boleh tunggu berminggu

Tanpa Nama berkata...

Kalau sy mati kaitkan kematian sy dgn GST sbb sejak GST tak bersemangat doa umur pjg !

Tanpa Nama berkata...

@ Anon 2:52 PM,

Komen 'doa orang dizalimi' itu adalah sebagai peringatan kepada manusia yang masih hidup.

Bukankah orang yang telah meninggal dunia akan disoal-siasat di alam Barzah dan di mahkamah Allah tentang kebaikan dan kejahatan mereka semasa mereka hidup di dunia ini?

Adakah menjadi kesalahan menyeru manusia membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan?

Saya mohon Anon 2:52pm pergi belajar agama Islam sebelum Anon 2:52 membuat komen budget suci !

Jeman berkata...

Sah macai umno ko ni.. doa org teraniaya psl gst jgn pndang rendah..

Jeman berkata...

Macai umno kafir harbi ke ni?

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullahalaziim

Tanpa Nama berkata...

saya pernah terima satu mesej juga mngatakan banjir yang berlaku di kelantan adalah balasan Allah dan hendaj menyucikan tanah Kelantan dari maksiat. Kita tidak terima tohmahan ini kerana bencana alam dan qada qadar tiada kena mengena dengan apa yg berlaku di Kelantan. Jadi jangan rosakkan akidah hanya kerana kita teraniaya dengan GST