14 Apr 2015

Jika Sedia Bertanding Timb Presiden, Mengapa Tidak Untuk Parlimen Rompin?


PAS akar umbi mahu Tuan Ibrahim calon Rompin, kata akhbar

Ahli PAS di peringkat akar umbi menyifatkan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man calon paling layak memberi saingan hebat kepada Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Rompin, lapor Sinar Harian.

Ahli PAS Muadzam Shah Sofet Abdul Halim berkata, bagi PRK Rompin yang dijadualkan 5 Mei ini, akar umbi parti Islam itu tidak melihat soal pemilihan calon yang mengutamakan anak tempatan.

Namun, katanya, keputusan PRK itu nanti bergantung kepada kekuatan calon tersebut.

"Calon paling tepat Tuan Ibrahim," katanya merujuk naib presiden PAS itu.

"Jika tidak boleh, biar pemimpin pusat yang bertanding, seperti Salahuddin Ayub atau Dr Mohd Hatta Ramli.

"Kalau hendak berlawan bertinju biarlah berlawan dengan orang yang mahir bertinju, jika tidak siap sedia usung keluar gelanggang sahaja," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Sementara itu yang dipertua PAS Rompin Nazri Ahma‎d berkata, sebelum Januari lalu, kepimpinan kawasan memberi 2 nama kepada PAS negeri sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, 2 nama berkenaan membabitkan tokoh yang dikenali masyarakat setempat.

"Kemungkinan ia (nama calon) akan bertambah atau berkurang setelah diteliti kepimpinan negeri sebelum dibawa ke pusat," katanya.

Nazri pada masa sama menolak khabar angin mengatakan ‎beliau akan menjadi calon walaupun ada yang mencadangkan namanya, mengatakan beliau belum bersedia dan mahukan calon yang kuat membolehkan PAS beroleh kemenangan.

Beliau percaya terdapat beberapa isu nasional yang bakal mempengaruhi undi yang boleh memberi kelebihan kepada ‎PAS.

Antaranya, beliau berkata, membabitkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan isu kenaikan harga barang.

"Saya harap masyarakat tidak terbuai atau terleka sebaliknya memberi undi kepada PAS sebagai simbolik membantah isu yang membebankan rakyat.

"Populasi penduduk tanah rancangan Felda juga agak besar di sini yang melibatkan 17 kawasan kesemuanya. Isu kejatuhan saham FGV dan harga sawit rendah turut boleh mempengaruhi undi para peneroka," katanya.

Manakala, Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat semalam memutuskan akan mengumumkan calon mereka pada 20 April ini.

Menurut Sinar Harian, mesyuarat tersebut memutuskan Tuan Ibrahim sebagai pengarah jawatankuasa parti bagi PRK tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memutuskan bertanding di Parlimen Rompin kerana ia merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

Selain itu katanya, PAS juga bersetuju membantu calon PKR dalam PRK Permatang Pauh walau siapa pun yang akan dinamakan.

"Kita juga akan meletakkan jentera bagi membantu PKR di PRK Permatang Pauh diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu," katanya. –TMI

ULASAN GB

Tuan Ibrahim perlu menunjukkan kejantanannya untuk bertanding di Parlimen Rompin.

Beliau sudah mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk melawan Mohamad Sabu semenjak belum mendapat sebarang pencalonan lagi.

Dan hasil dari kerja-kerja golongan pro-UG yang berjaya mencalarkan imej-imej kumpulan progresif dalam PAS, kini beliau telah memperolehi pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan, justeru, Allah membuka ruang untuk beliau betul-betul tunjukkan keberanian dan kejantanan dengan kekosongan sebuah kerusi parlimen di Pahang iaitu di Rompin.

TITM sewajarnya menggunakan ruang itu untuk membuktikan bahawa beliau bukan sahaja pemimpin parti tetapi pemimpin untuk semua - sekurang-kurangnya untuk masyarakat Rompin, sebuah parlimen di negeri yang beliau menjadi Pesuruhjayanya.

Apakah TITM dan sekalian yang bergelar ulama hanya mahu bertanding di kerusi-kerusi yang selamat?

Jangan nanti ditempelak orang hanya bertaring di gelanggang sendiri tetapi bacul dan menggelupor di tengah padang....

19 ulasan:

Unknown berkata...

Elok lah Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi MP di Rompin. Tunjulah kejantanan.

along7275 berkata...

http://myinvitepay.com/?ref=278253

Setuju Tuan Ibrahim menjadi calon untuk Parlimen Rompin...yang penting melawan UMNO bukannya...sahabat didalam Parti...

Tanpa Nama berkata...

UMNO letak calun yang ada pendidikan tinggi agama dan berlatar belakangkan pemikiran professional ....

PAS KALAH !

Kekuatan PAS ialah imej serban dan ketayap bukan isu seperti GST 1MDB Imej PAS pulak dah tercemar menyebabkan pengundi tidak ada pilihan lain selain UMNO yang akan membawa penceramah seperti Ustad Kazim dan Penceramh Pencetus Ummah Konsert memang kesukaan orang Felda yang selama ini sunyi sepi

Pada orang FELDA kumpulan ini tak suka sebab Hj Hadi tuduh orang jual pil kuda tanpa bukti dan lemah Dan yang satu lagi tak suka sebab PAS ni dipimpin oleh MSU maka mereka ini tak wala'

PAS dulu kalah tapi imej serban dan ketayap tetap di pandang tinggi Kali ini kalah serban dah sama macam tanjak Ketayap dah jadi songkok

Tanpa Nama berkata...

Mrk ini adalah satu geng

Hasan Ali
Haron Din
Tuan Ibrahim Tuan Man

Dulu diawal2 90an mrk ini adalah org glamor di RTM, satu geng ddlm program forum perdana

Org2 yg glamor mcm depa nih elok jd menteri sprt Hassan Malek dan Ahmad Maslan, apa macam?

Tanpa Nama berkata...

Nak juga lihat bagaimana geng ulama nak tibai UMNO.Bahasa bagaimana depa nak guna jebon @ musang

Tanpa Nama berkata...

Isu GST dan Felda hanya sebagai modal shj untuk bertanding. Ketika lagi rakyat membantah awal2 lagi, dimanakah suara kamu?

Malaysiabaru berkata...

TITM tidak akn berani. Telur pun takde... Allah pun tk nk tengok muka org yg munafik..

Tuan Ibrahim confirm kalah.

Tapi pas mahu org kalah mcm tuan Ibrahim jadi timb presideng?

Tanpa Nama berkata...

Dedicated to tuan guru-guru yang teramat-amat kucayang!!
Tuan guru kita sudah ramai pejuang-pejuang politics yang telah kembali kerahmattullah yang semasa hayatnya tertanam keinginan kejayaan bertahaluf siyasi bersama-sama satu ikatan uhwah Pakatan rakyat,Dan kita mempunyai tujuan Dan matlamat besar,Sebagian dari mereka adalah Ulama-ulama yang terutama pencetus ikatan rakyat melalui satu kaedah bertahaluf siyassi.
Tuan
Matlamat yang baik kearah tujuan bertahaluf adalah jihad,kecenderungan untuk megubah satu sistem pemerintah yang kurang baik kepada yang lebih baik diatas principal democracy.Lazim kita tahu kerajaan yang ada,Pemerintah yang ada sekarang megamalkan sistem pemerintahan yang menekan rakyat,menindas rakyat,corak pememerintahan yang buruk ini adalah Akar umbi segala kejahatan.Kita sendiri tahu amalan riba sedang berlaku,maksiat dikalangan vvip berlaku,Perjudian disana-sini,lesen judi dan arak untuk syarikat croni,jenayah sehari-hari,jenayah aklaq sedang memuncak dikalangang pembesar-pembesar dan belia-remaja,penguasa betindak sesuka-hati,mahkamah seumpama kedai pacak-gadai/kedai-kopi,kenaikan cukai berlebihan,pembaziran Dan ketirisanpun akan berlaku.Tuan tangan-tangan yang memegang kuasa adalah tangan-tangan buruk Dan busuk,apa-apa yang berlaku hari INI, semalam,esok atau lusa adalah satu penindasan yang mereka rencanakan miskipun mereka pura-pura bertolakansur terhadap perkara tersebut.Tidak ada berlaku sebarang penhijrahan selagi kuasa pemeritahan berada dibawah tangan mereka.Semua jabatan dibawah naungan kerajaan menjadi badan-badan propaganda mengikut telunjuk mereka.jika peralihan kuasa tidak terjadi di pru14 maka selagi ITUlah rakyat akan ditindas semau mereka.jika pru 14 menjadi milik kita maka dengan itu semua boleh diolah dgan berlapang dada.Pantai Timur ke barat bolehlah menegakan syari'ah islamiah megikut keutamaan-keutamaan syariah.Oleh yang demikian kubermohon perhalusi dan teliti setiap keputusan untuk berkerjasama dengan pemerintah tentang perundangan syari'ah#hudud...
Tuan..
Bertindaklak umpama khalifah agar tidak berlaku perpecahan yang bisa sesama jamaah,rapatkan saf-saf agar tiada fitnah membungkam dijiwa.Acap-kali Dan sering barang-kali, apabila berlaku suatu krisis yang kritis terjadi jentera-jentera akar umbi kerajaan bergerak dalam senyap megatur ruang propaganda sedari Akbar umbi.Jika berlaku perpecahan pakatan rakyat adalah suatu yang merugikan,penat lelah selama ini suatu yang sia-sia,ada yang terkorban ada yang merinkuk dipenjara ada yang difitnah Dan ada yang diugut sebaigainya.Ketiga-tiga parti kompenen mempunyai pelapis kepimpinan yang baik bagi membimbing jenerasi akan datang...insaallah..daulah-daulah ilmiah Dan islamiah akan mekar satu hari nanti...ya satu hari nanti saatnya akan tiba.

Tanpa Nama berkata...

kena letak ulamak, baru presiden suka, menang atau kalah tak kisah, asalkan ulamak

GEBU berkata...

Ulama duniawi tak kan bertanding ditempat yg tak selamat sbb mereka pegang yg kemenangan datang dari manusia yg serba kekurangan tapi bukan dari Allah Yg Maha Kaya dan Maha Sempurna.

Pakanjang berkata...

Sokong.

Tanpa Nama berkata...

Pas tak boleh lawan UMNO, nanti UMNO tak sokong hudud..lawan mat sabu boleh....

Tanpa Nama berkata...

Ini lah dia Ulsmak PAS ber Otak UMNO sanggup hancur kan PAS dengan lawan Mat Sabu

Sudah ada per janjian belakang tabir tidak mau tanding Rompin sama UMNO

Tak perlu di masok surat khabar , tanda tanda dan raut muks sudah tahu

Ini lah Dajjal dalam PAS sebenar nya.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 UG geng umno ni bukan nak menang ddlm pru @ prk, mrk hanya berlakon semata2 nak bg umno menang dan peranan mrk sbg MUSUH dlm selimut yg memang ada 'skrip' akibat kenyang buncit dah makan UMPAN

Madey dah pon cakap terang2 dan dah tak berselindung lg dah..

Klu umno kalah & kuasa rkyat/pakatan dpt memerintah akan banyaklah nanti kepala2 umno yg masuk mahkamah..

..dan apa kurangnya dgn puak2 UG yg sama2 SONGLAP ddlm gelap itu pon juga WAJIB disiasat kemahkamah hatta isu FITNAH pilAyam pilKuda pilJati pilBalak pilEkzos pon boleh disemak semula?

..sbb itu hidup ATAU mati depa/UG itu sggup buat apasaja janji umno/BN terus brkuasa diputra Jaya!

Klu dah KEPALA boleh buat FITNAH u-turn maki HALAU ponteng serta mnodai JANJI, buat apa pon bg puak2 tu dah halal sokmo...dah takde etika aturan2=batas=had2=@ HUDUD langsung, bahkan lebih jijik drp setan yg dah pon dikenali!

Depa/kapla2 UG nih tau sgt2 bhw mrk tu dah terang2 bersalah sbb tu mrk lebih REDHA umno berkuasa drp RAKYAT aka PR mmerintah!?

Tanpa Nama berkata...

UNDI UMNO SAMA UNDI PAS,Hadi: Umno ajak runding hudud, PAS wajib terima
Hadi yang juga MP Marang berkata PAS menganggap sokongan Umno dalam isu hudud adalah ikhlas

Tanpa Nama berkata...

kalau bukan ulamak hanya layak jadi pengundi saja?

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya Rompin menjadi medan Ulamak menunjukkan kekuatan mereka bersama UMNO dalam PRU14?

Tanpa Nama berkata...

Undi bukan Islam mahu, Undi bukan ulamak mahu, jawatan hanya untuk ulamak, yang lain hanya pencacai?

Tanpa Nama berkata...

mengharapkan sokongan drpd kaki fitnah untuk menegakkan hudud,yg merengkokkan org yg baik2 ke dlm penjara.ntahla..