15 Apr 2015

[BERGAMBAR] Siapa Edar Buku Hina Pemimpin Progresif PAS?


Kenyataan ‘sarcastic’ Nasrudin Tantawi di FB

Sebuah buku yang didakwa cuba menjatuhkan pemimpin PAS telah didedarkan menjelang Muktamar parti itu pada Jun ini.

Buku itu menyenaraikan lima pemimpin PAS yang didakwa sebagai parasit yang mahu menjatuhkan pemimpin golongan ulama dalam parti itu.

Mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Pengarah Pilihan PAS Pusat; Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat; Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Hanipa Maidin serta Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi.

“Parasit, sifatnya menumpang pada tubuh dan menghisap segala zat pada tubuh itu, Parasit kenyang, namun tubuh yang ditumpang itu semakin rosak dan lunyai,” antara isi kandungan buku itu.

Buku bertajuk ‘Siapa Perosak Sebenar PAS’ itu telah dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di akaun Facebook.

“Siapa terbitkan buku ini? Siapa yang membiayainya? ni dah mula main kasar ni.

“Saya harap ahli PAS tidak menyebarkannya,” tulis Ahli Parlimen Temerloh itu.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun dianggap sebagai sarcastic atau kiasan kerana Nasrudin merupakan penyokong kumpulan ulama dalam PAS yang tidak sehaluan dengan pemimpin liberal atau dirujuk golongan Anwarinas.

PasMA dikatakan ditubuhkan untuk menggantikan PAS dan mendapat sokongan DAP dan PKR yang tidak senang dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -FMT

ULASAN GB

Anehnya, beliau berharap ahli PAS tidak menyebarkannya, tetapi BELIAU sendiri yang memuatnaik di dalam FB.

Wartawan portal FMT pun tahu bahawa Nasruddin berlakon... berpura-pura taK tahu, menganggap kenyataannya sebagai sarkastik.

Buku itu berlambangkan logo PAS PUSAT. Sudah beredar sejak beberapa hari lepas. Tiada penafian dari Pejabat Agung PAS Pusat seolah-olah membiarkan buku itu terus diedarkan tanpa sekatan.

Inilah kerja kumpulan ulama/UG selama ini... baling batu sembunyi tangan.... menabur fitnah.... untuk menguasai kepimpinan parti menjelang pemilihan 2015.

Kemunculan TUC, El-Haraki, Keli Laut, Huzir Sulaiman dan beberapa orang yang lain yang menyerang kumpulan progresif dalam PAS adalah justifikasi terhadap penaburan fitnah dan pembalingan batu sembunyi tangan itu, berselindung di sebalik mendokong kepimpinan ulamak.

Namun, jika menang sekalipun, berkatkah kemenangan mereka secara itu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan...

p/s Ada yang menyatakan ia dilakukan oleh UMNO. Jika benar demikian, maka yang patut dipersalahkan ialah kumpulan pro-ulama kerana selama ini bukankah pro-ulama yang telah menyerang kumpulan progresif habis-habisan? Malah point-point yang ada di dalam buku itu kebanyakan ialah point-point yang pernah disebarkan oleh pro-ulama PAS melalui media sosial. Tahniah pro-ulama yang kini telah mendapat sokongan padu dari rakan seangkatan anda, UMNO!

32 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

30 kawasan sudah beri keputusan. Selebih lagi..bila nak mesyuarat? Cepat2lah mesyuarat..aku nak lihat, peringkat kawasan ahli2nya cerdik atau kelabu asap..

Tanpa Nama berkata...

UMNO mula jatuh bila utamakan koperat,singkir profesional, Profesional menyertai Pas, Ulama pula singkir profesional....

Tanpa Nama berkata...

Idea hebat dari ulama muda UMNO, untuk membantu Ulama Pas?

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah bijak setanding UMNO dengan dalil dalil dalam bentuk buku tulisan

Ini gaya mereka ysng ber Otak UMNO dalam PAS saja


Ini gaya bebudak Amanat Pil Kuda yang kualiti pemikiran tahap Jamban


Sudah boleh teka dan agak siapa punyea kerja yang buat bebende bodoh ini

Tanpa Nama berkata...

Sila nafikan wahai TGHH and the geng ..
Jika buat-buat tak tahu, benarlah PAS bukan saja ganti UMNO, tapi sudah jadi lebih dari UMNO.
tq

Tanpa Nama berkata...

Setan2 sedang bergembira merayakan kejayaan bertambahnya ahli2 nya...

Tanpa Nama berkata...

Greenboc Bhai, ramai blogger non partisan dpt info ni kerja UMNO nk melaga2kan PAS. Geng ulama rileks je tapi lu org pulak lebih2. Sudah2la bhai kukuhkan parti. Gua bkn ahli PAS tp gua suka prjuangan PAS yg brsumberkan quran dan sunnah. Jgn meroyan ye greenboc bhai... Gua perati je modus operandi lu org...

Tanpa Nama berkata...

lantak kao la ostad nak buat apapun. kau kan dah naik vellfire, jgn masuk hell fire dah le...

Tanpa Nama berkata...

Nasihat saya kepada Admin,
Anda adalah ahli PKR, tentulah anda kagum sangat dengan Ketua Umum anda. Sesiapa sahaja yang bermasalah dengan boss anda tentulah menjadi musuh anda. Tapi tak payahlah anda kutuk-kutuk TGHH. Beliau mengajar agama sejak tahun 70an lagi. Boss anda tentu tak mampu mengajar agama walau buka satu kitab. Belum bandingkan dengan ibadat-ibadat lain lagi. Jangan kita bergaduh dengan orang yang Allah sayang lebih dari diri kita, kerana Allahlah yang paling berkuasa. Rebutlah kasih-sayang Allah dengan solat 5 waktu secara berjemaah di masjid atau surau. Lepas itu tentu sokongan anda akan berubah.

pok amid littor berkata...

Nakhoda tidak terasa apa-apa walaupun bahtera dah mula bocor

Tanpa Nama berkata...

PAS tak mahu tinggalkan pakatan. Dalam masa yg sama tindakan sesetengah pemimpin mcm dah berpatah matang dgn pakatan. Apakah mereka menunggu kerosakan maksima dlm pakatan barulah nak umum berpisah dgn pakatan dan berkahwin dgn UMNO? Atau mereka mahu jadikan PAS mesra UMNO tp masih tetap dalam pakatan? Apa2 pun, terbitnya buku begini adalah signal jelas ttg wujudnya kumpulan UMNO FRIENDLY dalam PAS kerana berpolitik sebusuk ini hanya amalan UMNO. Tahniah UMNO, pernah saraf ini hampir anda menangi.

Tanpa Nama berkata...

Huahahaha! Hebat malaun ni punya komen. Dia tuduh admin org PKR, di perlekeh Anwar Ibrahim tak reti agama, dia puji Hadi sbb kealimannya, pastu guna nama Allah swt untuk tunjuk baik. Memang sah perangai UG.

Tanpa Nama berkata...

PAS tak mahu tinggalkan pakatan. Dalam masa yg sama tindakan sesetengah pemimpin mcm dah berpatah arang dgn pakatan. Apakah mereka menunggu kerosakan maksima dlm pakatan barulah nak umum berpisah dgn pakatan dan berkahwin dgn UMNO? Atau mereka mahu jadikan PAS mesra UMNO tp masih tetap dalam pakatan? Apa2 pun, terbitnya buku begini adalah signal jelas ttg wujudnya kumpulan UMNO FRIENDLY dalam PAS kerana berpolitik sebusuk ini hanya amalan UMNO. Tahniah UMNO, pernah saraf ini hampir anda menangi.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak diharap ostad vellfire! Tgk muka pun tak bijak. Aku ingat dia kempen kat tganu rasuah pengundi dgn minyak percuma! Bodo!

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 10:56pm

Begitu riak kamu dng merasakan tok guru kamu itu lebih di sayangi oleh Allah.....kononnya.... mana kamu tahu.....

Jika benar Allah syg kpdnya dia tdk akan begitu syg kpd jawatan dan sanggup melihat pas hancur demi kerana mempertahan donia....

Tanpa Nama berkata...

Ini perkara kecil je Tu pasal buku tersebut di biar beredar PAS tak akan mati sebab buku tersebut Tapi Islam dalam PAS yang mati !

Dalam hal ini biar pun UMNO yang punya kerja kotor yang untung ialah puak Hj Hadi Kenapa UMNO menyebelahi Hj Hadi Buat lah buku yang memburukkan Hj Hadi dan geng geng UG Jangan harap lah Semua orang tahu kalau buat buku macam ini fakta tentang Hj Hadi tak boleh di nafi

Geng UG tak yakin boleh menang lah ni
Lepas serang rakaman suara transkrip sms sekarang buku

Salah kalau buku ini di katakan untuk muktamar kerana walaupun dapat pencalunan tertinggi geng UG sedar masih ramai ahli yang tidak berpuas hati terhadap geng UG Tu sebab buku ini untuk ahli ahli Kerana tak guna menang kalau rata rata ahli menolak nya

Parasit pada tubuh masih boleh di selamatkan tapi pelesit yang bawa sekian pelesit luar masuk dalam badan lagi teruk beranak pinak sehingga apa yang di buat dah macam pelesit tapi tak mengaku mereka yang buat

Tanpa Nama berkata...

Bukan kutuk TGHH. Hanya tunjukkan guru agama yang 'hebat' ini kadang kala tidak pamer akhlak ulamak yang sebenar. Betul DSAI tak pandai mengajar agama tetapi beliau tidak
khianati perjanjian dengan rakan.

Tanpa Nama berkata...

Ahamd Awang pun hebat sama macam Hj Hadi Dia pun mengajar agama mungkin lebih dulu dari Hj Hadi Dan orang yang Allah sayang tak benarkan dia mengajar di mesjid rumah Allah dah jadi rumah Hj Hadi

Kurang nya Hj Hadi ialah Hj Hadi tak bijak dan kurang sabar Cakap Hj Hadi dah tak boleh pakai Hj Hadi fail kitab Fitnah dan munafik Segala ibadat rosak !

Tanpa Nama berkata...

Ingat kan Mat Sabu menduduki parasit tangga pertama tapi rupa nya Dr Hatta
Tahniah Dr Hatta hehhe Rasa nya Dr Hatta dapat point lebih sebab kereta kena bakar

Kalau nak kata parasit Buku ini ada lah parasit yang nyata Sejak bila lah ahli PAS boleh di hasut cara macam ini

Tanpa Nama berkata...

Mana nak dpt buku ni....best jugak...boleh buat bungkus nasi kandaq penang...vellfire satu...xda gst...ikat tepi...

Tanpa Nama berkata...

Yang tuduh ahli setia "barua" tu siapa? Yang tuduh orang lain "jual pill Kuda" tu siapa ?

Semua fitnah niat jahat Tanpa bukti.

Ini ajaran agama apa???

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Presiden PAS, Mursyidul Am dan MSU tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyebelahi pengedaran buku tersebut atau membuat penafian, kenapa senyap? Dimanakah kualiti anda semua dlm mengendalikan kebobrokan dlm parti? Jika perkara seumpama ini berlaku dlm parti sendiri pun gagal ditangani, apakah kualiti yg anda ada untuk mentadbir negara yg terdiri dari pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya? Nampak sangat otak anda amat lembap!

Tanpa Nama berkata...

Sokong 200%.. Klu tok guru dia baik sangat tidaklah dia bersekongkol dengan umno.

Tanpa Nama berkata...

Sepanjang kenali pimpinan Hadi, ia tidak terlepas dari kontroversi. Sejak Amanat Hj Hadi dan hingga ke sekarang Hadi terus menerus melakukan kejutan. Sejak 2008 terbukti beliau bukan lah seorang ulama tapi lebih berminat dalam politik untuk kepentingan anak cucu dan menantu. Sedikit sebanyak nampak gak tuduhan UMNO dulu yang menyatakan pembinaan masjid Rusila satu helah untuk kutipan derma dari ahli ahli dan penyokong. Mungkin,...ye, mungkin ada kebenaran. walualam.
Sejak 2008 Hadi juga menjadi penggerak GENG UG dalam PAS. Ini terbukti bila Hasan Ali terkantoi dalam membuat rundingan dengan Khir Toyo dan geng bagi menubuhkan kerajaan campuran UMNO/PAS dan ada usha mahu tendang DAP dan PKR. Hadi dari dulum lagi tidak bertindak sebagai seorang ualama. Kenapa bersandiwara dengan kawan yang menghulurkan persahabatan. Sejak akhir akhir ini, terbukti memang beliau tunggu masa, mwenunggu muktamar dan saya boleh agak selepas mukatamar dan kalau dia menang maka PAS akan masuk BN. Setelah itu nanti PAS akan jadi parti hantu yang akan ditelan oleh UMNOBN. Sayonara ahli ahli PAS dan penyokong yang kena tipu. Ini lah politik Malaysia.

ombak berkata...

puak2 yg edar buku ni mesti puak yg x caya pada janji2 Allah. Hukum apa yg Allah janjikan pada sesiapa yg membangkitkan fitnah dari tidurnya. X gitu?.

C++ berkata...

Bhai GB...

El-Haraki kata dier ader bukti bahawa benda nih dicetak sendiri oleh Jebon... Tapi itu cakap dier jer... ntah betul atau tidak...


C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

along7275 berkata...

http://myinvitepay.com/?ref=278253

GU sudah mula bertindak....AWAS...
harap PRO team jangan ikut rentak mereka....istikamahlah....

Sam Sung berkata...

Nak jadi ulamak kene jadi ahli parlimen ke?kene pakai vellfire ke?kene pakai serban besar ke?kalau x de semua tu..x jd ulamak ke

sb dehlawi berkata...

jijik aku dgn perangai ulamak pas ni..

sb dehlawi berkata...

kpd pengkritik greenboc....satu je aku nak bgtau...lu orang baru je dalam blok ni....greenboc dah lama perjuangkan pas for all, bukan pas for ug. . kami org pas sejati lah. kami dokong pakatan rakyat yg di perjuangkn almarhum tgna.

Tanpa Nama berkata...

Pas sgt pelik skrg,ckpyer berpusing2 .buku ni versi fitnah cetakkan ,fitnah fb tuc tu tak siasat.sedih sgt2 sedih dgn apa yg berlaku sekarang.PAS dah hilang roh jemaahnyer.

Jeman berkata...

Bedol.. byk sgt bukti yg geng UG ni sendiri yg rencanakan porak peranda ni.. bantuan macai UMNO xkan kemana klau UG ni x sambut.. refer muktamar yg lalu n jgk posting2 fb/blog diorg sindri, media statement nik amar n the geng.. btw fund masuk dr Nasha n Hassan Ali.. nntilah aku dpt bukti jelas aku fwd kt bhai GB