28 Apr 2015

Gambar Fitnah: Hamidah Diperintah Bayar RM150,000 Kepada Khalid Samad


Bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak. – TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


7 ulasan:

Unknown berkata...

TAK PATUTLAH HAMIDAH BUAT LAGU TU KAT ABANG SAMAD, PATUTLAH DIA MARAH SANGAT

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh dasar UMNO memang suka memfitnah, tentulah janggal kalau ada ahlinya tidak melakukan fitnah. Setelah melakukan fitnah, ada hati pula nak menipu di mahkamah. Bayar sajalah saman tersebut DAN hentikan terus tabiat dan amalan suka memfitnah itu.

Tanpa Nama berkata...

Hamidah ini kaya

150,000/- sikit aje ,

Boleh sedekah 150,000/- pada mangsa banjir kelantan semua melayu melayu pon

Alhamdulilah

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah para pencinta serta pentaksub UG, beginikah watak2 (hamidah) yg ingin sgt kalian gauli dan mesrai. Watak2 begini bukan sahaja terus terusan mempermainkan Islam malah pada mereka yg haram boleh sahaja menjadi halal demi kelangsungan hayat politik mereka. Atau kalian ada kekasyafan yg mampu menelah suatu masa nnt mereka akan menyanjung Islam atau kemewahan yg mereka pamerkan telah lama membutakan hati atau kalian sebenarnya adalah sebahagian drp mereka yg telah lama meresap dlm saraf parti ini. Ingat, kebatilan sentiasa berakhir dgn ketewasan. Tidak di sini, di sana pasti.

Tanpa Nama berkata...

RM 150,000 Kena kan GST RM 9,000 sekali Baru dia tahu GST tu menyusahkan ke tidak



Tanpa Nama berkata...

Rekod yang membanggakan UMNO Perak kerana berjaya menjadi Wanita Pertama Malaysia dalam kategori fitnah (Politik)

PAS telah di selamatkan oleh Ustad Ahmad Awang kerana tidak bersetuju dengan Harun Din untuk bergading dengan UMNO Perak

Tanpa Nama berkata...

Tak de apo aku nak ulas2 ..... aku sokong semua ulasan2 sebelumnya.

Di samping tu, jadikan pengajaran pada kita, jangan sekali2 suka memfitnah, menyebarkan & menyokong fitnah memfitnah ni.

Kalau dah terbuat & terikut2, bertaubat & kembalilah padaNya, sebelum terlambat .