25 Apr 2015

Akhirnya YDP PAS Pmtg Pauh Hadir Semasa Penamaan Calon


Pakatan ‘bersatu’ selepas Wan Azizah kemuka nama bertanding Permatang Pauh

Di saat calon mengemukakan nama mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempamerkan imej yang semuanya berjalan dengan lancar dengan gabungan itu.

PR pagi ini memperlihatkan perpaduan sepenuhnya apabila calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan ke pusat penamaan calon.

Beliau tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti pada kira-kira jam 8.50 pagi disertai para pemimpin PR dan penyokong.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, serta puluhan wakil rakyat lain daripada gabungan itu.

YDP PAS Kawasan Permatang Pauh Omar Hassan, yang sebelum ini mahu PKR menarik balik kenyataan menentang rang undang-undang ahli persendirian mengenai hudud, juga dilihat di khalayak ramai berdiri bersama Dr Wan Azizah dan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim; Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Nurul Iman.


Di barisan hadapan adalah sekumpulan pemuda berbaju t hitam #KitaLawan menjerit "reformasi" dan "hidup rakyat".

Calon Bebas Salleh Ishak tiba di pusat penamaan calon 8.25 pagi diikuti oleh calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin pada jam 8.46 pagi.

Pemimpin PKR dan PAS malam tadi terlibat dalam perbincangan berhubung permintaan PAS Permatang Pauh PAS agar Dr Wan Azizah secara terbuka memohon maaf dan menarik balik pendirian parti itu mengenai isu hudud.

Tiada permohonan maaf dibuat tetapi nampaknya isu perbalahan berjaya diselesaikan secara baik.

Ahli jawatankuasa PAS pusat dan timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang Mujahid berkata, hasil pertemuan antara pemimpin PAS negeri; Mohamad, Omar dengan Dr Wan Azizah dan Azmin adalah positif.

Beliau berkata, PAS kawasan dan akar umbi menerima Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dan PR.

"Seperti yang saya selalu berkata, keputusan parti pusat akan diguna pakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK Permatang Pauh, pagi ini.

Beberapa kompromi dicapai dalam pertemuan tetapi Mujahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Ada kompromi tetapi tiada permohonan maaf dibuat. Adalah sukar untuk berbuat demikian apabila anda tidak boleh menentukan ‘faultline’ itu," katanya.

Mujahid berkata, jentera PAS di Permatang Pasir, yang anggotanya beliau bermesyuarat pada Khamis, bersedia untuk digerakkan.

PAS mempunyai jentera pilihan raya yang kuat di Permatang Pasir, di mana bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar memenangi undi dalam pilihan raya umum 2013.

Sementara itu, Azmin berkata mesyuarat malam tadi berakhir dengan baik dengan kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menumpukan usaha mereka dalam kempen.

"Setiap Bahagian gembira mendengar penjelasan daripada pihak lain. Tidak ada permintaan meminta maaf. Hanya penjelasan.

"PAS meminta penjelasan, PKR juga meminta penjelasan. Kami menerima penjelasan dengan baik," katanya.

Azmin juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang menghantar orang-orangnya dari negeri-negeri utara bagi membantu kempen PR di Permatang Pauh

ULASAN GB

Sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak. Jangan terlalu cepat untuk membuat keputusan sendiri yang akhirnya terpaksa membuat pusingan U.

Tindakan tegas pelu diambl terhadap Ketua Ulama PAS Permatang Pauh yang sebelum ini telah mengeluarkan "fatwa" songsangnya yang kemudiannya digunakan oleh media UMNO kononnya "haram dan berdosa" untuk mengundi calon yang menolak hudud sedangkan sudah dijelaskan bahawa permasalahan hudud adalah permasalahan khilafiah yang mana Ketua Dewan Ulamak Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi sendiri berfatwa supaya ditegakkan dahulu kehidupan Islam, bukan hudud.

6 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Untuk menegakkan Hudud, mesti ada kuasa di peringkat pusat, Bila ada kuasa kuasa, baru kita boleh melakukan transformati pada pasukan penguatkuasa dan kehakiman.
Kalau tak ada kuasa, macam mana kita boleh wujudkan satu pasukan penguatkuasa (polis, askar, kastam, imigresen, ... ) yang berintegriti, telus, bertanggungjawab dan transparent?
Kalau tak ada kuasa, macam mana kita boleh mewujudkan satu badan hakim yang adil dan berani membuat berdasarkan undang-undang sama ada perlembagaan atau Islam itu sendiri?
Kalau tak kuasa, macam mana kita nak mentarbiahkan semua pegawai kerajaan terutama yang Islam ni agar menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka semata-mata kerana Allah swt?
Apabila pegawai kerajaan yang Islam tu mempunyai sifat yang terpuji di sisi Allah swt, maka mudahlah kita mentarbiah pulak yang bukan Islam. Kemungkinan besar pada masa itu, kita boleh mengajak orang bukan Islam memeluk Islam. Jangan lupa Islam bukan untuk orang Melayu sahaja. Bagaimana kita boleh menjadi contoh kepada bukan Islam sedangkan kita ni pun terumbang ambing sifatnya?
Sahabat, masjid dan surau di Malaysia ini lebih mulia dari masjid Nabawi di Madinah? Kalau nak tahu, pi tanya ustaz kenapa masjid/surau di Malaysia tinggi tarafnya?

awekaste berkata...

TERBAIK

Tanpa Nama berkata...

Fatwa camner, haram ke halal nak undi nih.. adoyai...

Azam berkata...

Hmmm... ydp pas permatang pauh serius orangnya... dikala orang lain melakar senyuman... gaya beliau nampak sedikit berbeza...

Tanpa Nama berkata...

Ok lah sementara ini kita reda kan keadaan Kita terima kehadiran YDP Permatang Pauh walaupun apa yang telah berlaku sepatutnya dapat di elak

Mungkin setelah Wan Azizah dan Azmin berjumpa baru dia rasa dirinya di hormati Tenguk lah gambar dan dia sebenarnya lebih dihormati sekiranya dia tidak membuat masalah remeh

Tanpa Nama berkata...

.

semasa usul UG ada tak ahli ahli Permatang Pauh minta UMNO minta maaf atas peristiwa Memali ?

Tidak ada guna nya PKR berbincang dan minta maaf dari PAS Permatang Pauh setelah ada ahli PAS yang berkempen rumah ke rumah supaya jangan undi Wan Azizah seperti lapuran dari Tulang Besi

PKR perlu ambil serious perkara ini supaya tidak berlanjutan Tapi apa jaminan dari YDP kerana bukan semua ahli akan patuh pada kehendak YDP disebabkan terlampau wala pada pro Ulamak UG .

Tenguk muka YDP macam masih terkejut se olah olah tak sangka apa yang di sampaikan oleh Azmin dan Mujahid tentang penglibatan Hj Hadi dan kuncu kuncu dalam isu UG dan MB Selangor

Semudah itu pertelingkahan kedua dua pihak selesai tanpa peranan Hj Hadi yang menghormati keputusan akar umbi Maaf jangan lah hendaknya Hj Hadi sembunyi sembunyi seperti sikap nya terhadap rakan dalam PR

Kesilapan YDP Permatang Pauh ialah Permatang Pauh ada lah Parlimen yang di wakili oleh Anwar bertahun tahun dan Wan Azizah satu ketika dulu Apakah hubungan YDP dengan Anwar atau Wan Azizah atau kepemimpinan PKR Permatang Pauh pernah tersandong atau tidak ada ikatan langsung kerana YDP bertindak seperti tidak kenal hati budi Wan Azizah dan Anwar Dan pendirian mereka berdua dalam isu hudud Jika YDP Kawasan lain yang bertindak begitu kita faham lah

Memang apa yang terjadi adalah pengajaran tetapi penilaian orang pada YDP tentu mengeciwakan dan YDP telah memberi satu peluang kepada lawan di dalam atau di luar parti