29 Apr 2015

Akhirnya Mohd Yusni Lakukan Pusingan U....


Pemuda PAS PP tarik balik boikot PRK Pmtg Pauh

Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Timbalannya. Khairil Nizam Khirudin, malam tadi.

"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh.

"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Khalil dan Khairil.

Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah AMK negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan melampau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

AMK Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan tersebut atau membuat permohonan maaf.

Selain itu, Yusni berkata tindakan pihaknya membantu jentera Pakatan pada PRK ini tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu.

Walaupun AMK belum menarik balik kenyataan dan memohon maaf, Pemuda PAS akan tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar mempertahankan kerusi itu, katanya.

Malah, Yusni berkata, pihaknya juga hanya akur pada Majlis Syura Ulama apabila sebelum ini yang menetapkan bahawa PAS masih lagi kekal di dalam Pakatan.

"Kita tetap dengan pendirian kita pada masa sama tetap nak pertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas dari Pakatan.

"Kita ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan PAS masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kita akan akur," tegasnya lagi.

Selain itu, Yusni juga berkata, beliau turut bersedia untuk memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.

"Saya bersedia dan tahu prosudernya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.

"Saya atau (PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Begitulah kisahnya...

Akhirnya KP PAS Pulau Pinang melakukan U-turn dan kini baru bercakap soal "PAS masih dalam Pakatan".

Kan dah labuh muka para penyokongnya seperti Ketua Pemuda PAS Marang, KP-KP Pemuda PAS Selangor dan lain-lain individu yang mempertahankan tindakan Yusni untuk boikot PRK Permatang Pauh sebelum ini.

Selama ini beliau bersama konco-konconya termasuk dari kalangan beberapa pimpinan terutama yang bergelar ulama telah menghentam habis-habisan mereka yang mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat seperti tuntutan muktamar.

Malah di dalam pemilihan muktamar kawasan-kawasan yang sedang berlansung, habis semua golongan progresif dicantas, kerana dikatakan menjadi agen PKR dan DAP. Diatur segala strategi di semua peringkat.

untuk hanya menaikkan mereka dari kalangan ustaz disamping mengenepi mereka yang berbaik-baik dengan parti komponen PR.

Seolah-olah PAS dah macam kuat sangat untuk berjuang sendirian.

PR tak rugi apa-apa tanpa PAS, tapi PAS paling banyak kerugian tanpa PR. GB bagi contoh di Selangor pun cukup. Tanpa PR, kerusi PAS Selangor dari 15 akan jadi 5 kerusi sahaja. Bagi kerusi parlimen, tanpa PR, PAS akan jadi seperti dulu-dulu, tinggal 1 atau dua kerusi sahaja. Renung-renungkanlah.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perangai sama dgn umno suka U turn..
tapi ini lagi hebat koner baring dan sombong..

puak2 nih elak teranjang keluar je..
inilah wajah parasit rosak PAS

Tanpa Nama berkata...

Lain diluar lain pula didalam. Undi sape nampak. Laknatu Allah laknatu allah

Zaki berkata...

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (sebahagian Al-Baqarah: Ayat 120).
Rumput ditebas ke paras tanah. Rumput tiada lagi tapi akarnya masih segar. Hanya menunggu hujan utk tumbuh biak semula.

Tanpa Nama berkata...

Pas dulu parti islam semalaysia
Pas skrg parti amat sombong.....dialah alim...dialah islam...dialah ahli syurga...orang lain boleh blah.....

Tanpa Nama berkata...

.

Kalau hendak sangat dan ada keikhlasan (berniat baik) aturkan supaya AMK berjumpa dengan Hj Hadi selepas PKR menang

AMK kena bersuara lah untuk mengadakan pertemuan dengan Tuan Presiden Jumpa je Tuan Presiden bukan kisah pun apa tujuan AMK samada yang zahir atau yang batin

Lagi pun yang muda lah kena jumpa yang tua kan Dah jumpa jangan minta maaf dan cium lutut je Dapatkan penjelasan mengenai masalah lain

Tanpa Nama berkata...

Koner baring siap wheely lagi.

Tanpa Nama berkata...

Pegi mampus dengan Pas,mneyampah aku tenguk muka2 peminpin hularmak Pas,Dari peminpin atas sehingga ke abwah kecauli golongan tak ulamak.

Malaysiabaru berkata...

Tinggal lagi 7 hari...

The damage has been done!

Atau sebab duit org derma dah masuk maka pemuda pas meleleh air liur nak tumpang rembat!!!

Mata duitan! Bukannya mata alquran!!!

Tanpa Nama berkata...

GB,
MEREKA2 YG BERPEGANG PADA KATA2 "BUKAN TUJUAN UTAMA MEREKA KE PUTERA JAYA DAN YG PENTING HUKUM ALLAH DITEGAKKAN" INI LAH YG SELALU MENGINAYA PENGUNDI. PENGUNDI MAHUKAN KEMENANGAN TETAPI MEREKA2 INI TIDAK BERCITA2 UTK MENANG. BUKANKAH SIA2. BUKANKAH MENGINAYA PENGUNDI. ADALAH LEBIH BAIK MEREKA MENJADI BADAN DAKWAH DPD MENIPU PENGUNDI.

Tanpa Nama berkata...

ISLAM

ISLAM = CAHAYA

ISLAM = CAHAYA TERANG = LURUS

CAHAYA yg bnar7TERANG sgt7LURUS yg mnjdkan sgl2nya amat7SIMPLE & MUDAH

CAHAYA yg bnar7TERANG-LURUS yg lg sgt7meMUDAHkan dijiwa-HATI shbt2nya itu....CAHAYA CAHAYA CAHAYA yg sgt7MUDAH mnyuloh sgl sudut yg GELAP samar-BELIT-PUTAR-U-turn-keliru ddlm kehidupan yg seolah2 "KOMPLEKS dan rencam" dpt djdkan sgt7TERANG-JELAS lg MUDAH sbg jawapan...


BAYANGkan/visualise bgmn ciri2-CAHAYA yg tlh nabi SAW suloh pancarkan kdlm HATI shbt2nya dibwah ini...mnjd sbnr7PENAWAR-OBAT yg sgt7MIRACLE dgn 'menawan' hampir 3/4 jiwa-DUNIA pd ketika itu...sbg pnyelesaian-TOTAL kpd masaalah2 ddlm kehidupan ummah..


Adakah "SYSTEM/deen" yg lain slain drp CAHAYA, sbnr7CAHAYA-LURUS-SIMPLE-yg-sgt7TERANG yg mampu/dpt mngatasi seindah7CAHAYA-SUCI yg tlh pon nabi SAW pancarkan sprt dibawah ini..

SAKSIkan..

--ssuci7CAHAYA kjujuran...sincerest to the core

--smurni7CAHAYA keikhlasan...honesty to the core

--sbening7CAHAYA kesucian...purest/TRANSPERENCY to the core

--setiggi7CAHAYA amanah...INTEGRITY to the core

--sbnr7CAHAYA keadilan...fairest/univrsal JUSTICE to the core

--shebat7CAHAYA bakat...talent/MERITOCRACY to the core

--stulus7CAHAYA pngHAMBAAN...being SERVANT/humble to the core

--skudus7CAHAYA CINTA-kaseh-SAYANG... giving-LOVING-sharing to the core

........DAN smua itu brpaksi ddlm.........

--smutlak7CAHAYA KBNARAN-HAQ...the ABSOLUTE-TRUTH to the core!

Sbnr7 sbnr7 sbnr7CAHAYA yg sgt7MUDAH sgt7LURUS lg sgt7SIMPLE yg diatas itu tiada & TIADA sape yg dpt mnandingi SUCI serta "KEINDAHAN"nya didonia ini..dan itulah sbnr7PASRAH=sbnr7SURRENDER=sbnr7ISLAM kpd ALLAH yg tlh disuloh dipancarkan serta diTERJEMAHkan dgn sgt7SIMPLE-sgt7LURUS skali kdlm HATI shbt2 nabi SAW yg tak perlu pon ijazah-MA-PhD yg berjela2 dan berbelit- 'berputar2' sprt yg dberikan oleh suku sakat apco-UNESSCO itu!?


INSAFIlah..

Semua ciri2 CAHAYA-miracle yg sgt7MUDAH sgt7LURUS lg sgt7SIMPLE diatas itu adalah sbnr7 "RESEPI"-miracle, apb bnar7 mmancar ddlm HATI pasti akan dpt mnyelesaikan smua MASAALAH kehidupan ddlm ummah..

..lantas mnjd The EXCELLENT-MIRACLE-best-OF-the-BEST yg trtggi & tiada lg yg lebih TINGGI lg drp sbnr7CAHAYA-kePASRAHAN-ISLAM itu yg mampu/dpt utk mnandinginya---has been proven....CONFIRM!!!

CAHAYA-miracle-SIMPLE yg diatas itu hanya hadir kpd mrk yg bnar7PASRAH=bnar7surrender=bnar7ISLAM sprt nabi SAW & shbtnya2 bukan bukan & BUKAN pasrah=surrender kpd 'upah-pngkat-title2-GELARAN' yg diiktiraf sprt MA PhD drp apco-UNESSCO itu...ATAU mndpt-NOBAT sbg hullamak no.1 no.2 @ no.3 ddlm donia?

CAHAYA-lurus-SIMPLE itu hanya diberi kdlm HATI org2 yg tiada & TIADA w.pon skulimit mementingkan-DIRI-parti-kluarga-kroni SELAIN hanya kpntingan mutlak smutlak7CAHAYA-KBNARAN-"ILAHI"..

CAHAYA smutlak7KBNARAN itu mngajar..

"Aku tiada & TIADA mminta2 GANJARAN-gelaran-title-UPAH drp ssama mnusia KERANA ganjaran-UPAHku hanyalah drp ALLAH smata2.." (26;109)...(26;145)

Sama2lah kita bnar7MENGHAYATI sbnr7CAHAYA-INDAH lg sgt7SIMPLE itu yg sgt7LURUS yg tak pernah "U-Turn" BENGKOK-putar-BELIT bersama2 onar "niat" jahat serta tindakan2 yg JELAS sekali HAMBAR-mngelirukan yg sgt2 terang skali sgguh mngecewakan!

Yak berkata...

Ini lah wajah wajah KHAWARIJ PAS. Agamanya hebat tapi akalnya singkat. Mendabik dada sayalah pejuang. Abdullah bin Ubai menang kita yang kecundang.

air gunung berkata...

GB.
Cer tgok hujah geng2 pelik ni.
Dan2 patuh MSU.kah kah kah.
Itulaaaahh kerjenya.berlindung dlm jubah ulamak.
Lepas dah bosan tgok telor,dijentik laaaaa.
Hujah sendiri kosong.bnyik tong jer kuat.
Bila dah x der modal nak kona terus bersabda berfirman
qala alghazali suyuthi assyatibi ibnu taimiyah.
Hadoiiiii.ape la nak jadik dgn bebudak PAS sekarang.org anta bljr benda lain dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

Prinsip yang boleh diubah2... Memang bebal...

Hehehehe

Farah Ariffin berkata...

Jangan biar Yusri berkempen.Takut gunting dalam lipatan.

Timnajib Jomfikir berkata...

Biaq pi lah dgn mereka tu..so pity..
Budak2 tadika baru main politik, pegang jawatan.pemikiran mereka kontot..

Tanpa Nama berkata...

Dr M: BN mungkin menang Pmtg Pauh, Rompin

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh mungkin menyebelahi BN – tetapi bukan disebabkan kekuatan parti itu.

Sebaliknya, kemenangan itu mungkin secara kebetulan kerana pihak lawan kini bermasalah, kata Mahathir.

“Saya nampak ada peluang di Permatang Pauh pun kerana parti lawan berpecah.

“Bukan kerana Umno kuat tapi kerana parti lawan berkelahi sesama sendiri dan dia kalah,” katanya kepada pemberita.

Beliau melihat, BN juga mungkin mempunyai peluang sama dalam pilihan raya kecil Rompin.

“Kita ada peluang menang kerana PAS lemah,” katanya lagi selepas satu syarahan di German-Malaysian Institute di Kajang.

Tanpa Nama berkata...

Majlis Syura Ulama yang tetapkan PAS masih dalam Pakatan Titik

Selepas ini jangan cakap jadi tunggangan DAP lah Anwarisma lah PAS tak di hormati lah

Nak buat apa apa dapatkan persetujuan dulu Nak komen Nak bercakap apa benda jangan untuk parti masing masing

Majlis Syura Ulama yang tetapkan PAS masih dalam Pakatan Titik

Tanpa Nama berkata...

Berhati-hati dgn manusia yg suka cakap u-turn ni. Mereka ini ibarat musang berbulu ayam, musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan.

ASALKAN BUKAN UMNO. ABU!!!

Hazim berkata...

Kalau manusia jenis ni yg kita groom utk jadi pemimpin PAS masa depan, PAS akan jadi macam parti yg belah sana tu..
Diletak di belakang menyondol-nyondol. Diletak di depan menyasor-nyasor. Pandai tak boleh diikut. Bodoh tak boleh di ajor.

Malaysiabaru berkata...

Mahathir kata BN akan menang...
Menang tipis di permatang

TENGOKlah apa ko dah buat yusni jaafar!

Berapa jut umno bayar ko! Buat u-turn lagi u-turn?

Tolong jgn malukan golongan ostad... Sebab perangai Yahudi ustad ni lah yg akn buat budak PASTI terikut ikut nantiii

Tanpa Nama berkata...

Nabi Muhammad SAW pun tak paksa org buat salah minta maaf kepadanya...Org yg busuk hatinya sampai bila bila pun mcm tu. Org kalau jiwanya bersih takdelah perangai mcm "walaun" (pinjam panggilan dr seorang blo gger) sorang ni.

Zaki berkata...

Ini lah keldai keldai hasil usha unmo sering berulang alik ke kaherah selama ini.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Tahniah ustaz kerana berjiwa besar dan berani dalam membuat keputusan demi kebaikkan PR. Jadikan ini sebagai jambatan untuk bermaaf-maafan. Bukalah mata dan hati untuk menjaga kepentingan rakyat keseluruhan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi musang berbulu ayam udah le...boleh percaya ke...

Tanpa Nama berkata...

Bahaya....mrk akan sabotaj mcm dun sg acheh dulu....BAHAYA...MINTA BERHATI2...MRK AKAN HASUT PENGUNDI....BAHAYA....HATI HATI...AMARAN...

Tanpa Nama berkata...

Ape2 pun hati2 dgn kp p.pinang..bleh jdi bebagai2 !!!

Tanpa Nama berkata...

Md Yusni ni was-was & bodoh pula. Dulu belajak mana? Jordan ka? Loklak. Jadi org bawah kena ikot lah arahan pimpinan pusat. Bangang betoi. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Terbaik, pas ni parti politik ker?????

Tanpa Nama berkata...

Munafik ini memang pemimpim pas Sekarang dan masa depan.

Pas memang dah lama dimunafiki

Tanpa Nama berkata...

Jadilah ahli politik yang budiman
Dah rosak teruk Maka eluk lah Yusni letak jawatan supaya pengantinya yang memperbetulkan keadaan sebab mustahil Yusni nampak salahnya sendiri

Tanpa Nama berkata...

Sudah banyak kali membuat onar kepada PAKATAN RAKYAT so ANDA semua kena kenal diantara KACA dan PERMATA...INI jenis kaki PEMBOHONG DAN PUTAR ALAM TAPI HATI NAMPAK tidak TELUS kepada PR. SO BUANG SAJA KETUA yang begini...TUKAR ORANG LAIN... PEMBOHONG BRSAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. Jemaah Islam perlu seperti pesan Imam Hassan Al-Banna menjadi pohon pokok yang berbuah lebat. Jika di baling batu ia akan memberikan buah.Kalau setakat orang kutuk biasalah. Nabi Muhammad S.A.W pendakwah terulung bahkan maksum juga telah melaluinya. Seorang Yahudi buta tetap disuapkan oleh Rasullulah S.A.W dengan makanan walau dari mulut yang sama tidak berhenti mengeji dan mencaci baginda."Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." Ali-Imran : 159

Zaki berkata...

Oh baju baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Seragam diberi semasa berguru.
Hadiah dari pembesar negara ku.

Oh baju baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Sering berkunjung bicara pertivi.
Sehingga akhirnya aku simpati.

Oh baju baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Habis berguru perjuangan menunggu.
Perjuangan keramat Islam dan melayu.

Oh baru baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Disusup masuk dengan cermat.
Tugas diberi mengaburi umat.

Oh baju baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Hujah dipatah dipergunakan kalimat.
Tersimpan rapi niat tersirat.

Oh baju baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Usaha berabat berbekal cekal.
Kini digelar kumpulan bebal.

Oh baju baru ku.
Diluar hijau didalam biru.
Kejayaan dijanjikan harta dan pangkat.
Terasa masih dilimpahi rahmat.

ihsan berkata...

Hgpa mai la penang.. mai sembg dgn puak2 kp pas ni.. tnya dulu hti budi depa..