9 Mac 2015

Siapa Sebenarnya Mahu Hj Hadi Digulingkan?


Hadi Awang boleh dicabar

GEORGE TOWN: Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.

Menurut Mujahid, secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.

“Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi,” kata Mujahid.

Beliau berkata, cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

“Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu,” katanya.

Mujahid, yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.

Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti.

“Begitulah tanggapannya akan berpecah…tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.

“Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah. Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding. Kita harus kembali kepada semangat bersaing,” katanya. -FMT

ULASAN GB

Berkali-kali GB sudah ulas sebelum ini bahawa tiada kesalahan apa-apa dan tidak berdosa untuk sesiapa pun bertanding melawan Haji Hadi. Cuma golongan pentaksub saja yang berlebih-lebihan cuba menghalang pertandingan itu berlaku. Dituduhnya mereka yang cuba bertanding jawatan presiden itu sebagai "anti-ulama". Sungguh dasyat.

Malah dituduhnya mereka itu mahu "menggulingkan" Haji Hadi sebagai Presiden lalu dikaitkan senario-senario yang mereka temui untuk dijadikan "bahan-bukti" kononnya sudah ada kumpulan yang merancang "penggulingan" itu.

GB sudah menyemak apa yang dikatakan akuan bersumpah (printscreen WA) dan juga rakaman audio yang dikatakan ada pemimpin PAS yang mahu menggulingkan Hadi.

Tidak ada satu perkataan pun di dalam kedua-dua "bahan-bukti" itu ada menyebut perkataan "guling". Yang sibuk menggunakan perkataan "mahu gulingkan Hj Hadi" hanyalah kumpulan pro-ulama sendiri. Berarti sebenarnya golongan pro-ulamalah yang mahu Haji Hadi digulingkan kerana "kullu kalam ad-dua" (setiap perkataan adalah doa). Siapa yang menyebut perkataan guling itu dialah sebenarnya mendoakan Haji hadi digulingkan.

Maka jika Hj Hadi tergeuling dari jawatan Presiden, maka pro-ulamalah yang menyebabkannya.

Saya tertarik dengan hujah seorang wartawan SUbky Latif (seorang yang kuat mmenyokong ulama) sendiri di dalam akhbar Harakah, yang menyatakan isunya ialah mencari pengganti, bukan untuk mengguling Presiden..

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cabaran!! siapa berani calon jawatan Presiden?

Tanpa Nama berkata...

Apa masaalahnya jika calon pengganti Hadi lebih baik dan disukai dari Hadi, Pas bukan ketandusan pemimpin

Tanpa Nama berkata...

dulu semasa Amanat Hadi,UMNO benci Hadi, Tapi kini selepas idea UG Hadi, UMNO menyukai Hadi....

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh tukar presideng ker? Dia boleh fitnah barua pill kuda, orang lain Tak boleh tarik balik sokongan?

Dia ini presideng parti politik democracy atau diktator seperti komunist/nazi?

azid barja berkata...

Kita nakkan presiden yg:
1. Mempertahankan kalimah Allah dari disalahgunakan.
2. Memperjuangkan hukum hudud Allah ditegakkan bermula di kelantan.
3. Tidak menggunakan kata-kata kesat kepada lawan, di dalam atau di luar PAS.
4. Tidak berbohong atau bersekutu dengan orang-orang yang selalu berbohong.
5. Tidak pernah melakukan maksiat atau didakwa melakukan maksiat.
Jika prasyarat ni pass bagi seseorang calun, dia layak jadi presiden. Tahaluf Siyasi dibolehkan selepas prasyarat ni pass.

5sal berkata...

calon bagi kerusi no 1 tu yang bukan dari golongan ulama kwan cadangkan dato' husam musa dan golongan ulama dato' tuan ibrahim bin tuan man. yang nak gulingkan hj hadi kena tanya altakiri la.sebab dia dalam gambar tu duk pegang gambar hj hadi kena pangkah.satu lagi nak tanya admin kes dr zul kena pukui tu ap cerita senyap ja tak ada respon pun dari orang no 1.ka dah 'buang' kes atau kes 'celah gigi'ja?

Malaysiabaru berkata...

A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi
A.B.U

Tanpa Nama berkata...

well said GB!

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap Presiden Pas sekarang tidak mampu memimpin Pas. Buktinya ialah beberapa isu besar yg kecoh berlaku dlm Pas, beliau hanya berdiam diri. Sama seperti Abdullah Badawi semasa menjadi PM dulu. Kedua dua pemimpin ini tidak mampu sebagai pemimpin. Kita tak patut melantik seseorang yg bukan ahlinya untuk memegang sesuatu amanah. Kalau kita lantik juga bermakna kita tergolong dlm di kalangan orang yg zalim. Syukur Abdullah Badawi sedar beliau tidak layak lantas menarik diri. TGHA bila lagi? lagi lama jadi Presiden nanti lagi banyak kekalutan yg akan berlaku. Memeti kata Zaid " Najib and Hadi are very much alike, the different is their clothes. Both want to rule forever".

Tanpa Nama berkata...

golongan Profesional dianggap kasta Paria/rendah dalam era pimpinan Hadi, wajar dipijak dan dihina...

Tanpa Nama berkata...

Hadi perlu diganti dalam pemilihan, jika tidak mahu undur diri....

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan UG menjadikan Timbalan Mat Sabu seperti musuh, sedangkan UMNO seperti rakan karib, beginikah pemimpin?

Tanpa Nama berkata...

UMNO, Hadi dan UG , sepakat berusaha menjatuhkan golongan Profesional dalam Pas....

Tanpa Nama berkata...

orang profesional dihina dalam Pas, adakah Pas hanya diundi Ulamak?

Tanpa Nama berkata...

Perpecahan dalam parti bukan kerana jawatan di cabar Sekarang ini pun kira PAS dah berpecah dua Pro UG dan Pro PR sedangkan Presiden nya ia lah orang yang menang tanpa di cabar Semua parti sama

Yang penting Presiden mesti lah bijak berani dan mempunyai kemampuan memimpin Macamana nak tahu ? Sebab itu perlu di cabar Masing masing dengan sendirinya akan menunjukkan kelebihan masing masing dan yang selalu memburukkan lawan tidak akan mendapat tempat di hati ahli

Tanpa Nama berkata...

Cari ganti ke Guling ke semua nya bersebab Masakan pokok bergoyang kalau tidak kerana angin

Kalau penyandang tidak bermasalah dan hala tuju parti berjalan dengan baik jika berlaku pertandingan maka selain penyadang ada tokoh yang lain boleh memimpin Harapan penyadang untuk kekal masih ada

Kalau penyadang dah buat hal maka ada keperluan di cari ganti untuk menyelamatkan parti maka eluk lah penyandang berundur Penyandang dah dilihat tidak mampu memimpin dan kepercayaan akan berkurangan Kalau penyandang menang dengan undi kecil bertambah lagi masalah Boleh kah Presiden menang dengan undi yang besar?

Ini lah antara satu sebab mengapa jawatan nombor satu tidak dipertandingkan

bat8 berkata...

Azid

Saya ada masaalah dgn no.2. Awat presiden tak buat hudud di Terengganu semasa menjsdi MB. Hudud Terengganu ditandatangani oleh Sultan tahun 2001. HH ada hampir 3 tahun nak buat jika dia hendak tetapi mengapa dia berenti setengah jalan?

Ada masaalah? Masaalah apa? Apa pasal nak pergi kacau kelantan? Tak senang hati takut PAS Kelantan tak jatuh dalam PRU 14?

Aku sampai bila2 pun xredha HH kacau kelantan walaupun isu hudud. Dia seorang presiden yang gagal. Kat negeri sendiri pun dia xbuat hudud masa berkuasa, nak kecoh pasai kat Kelantan.

bat8 berkata...

Sebenarnya kumpulan dibawah bendera ulamak sekarang ads tak kurang dari 3 puak. Puak konservatif, puak UG dan puak lebai cari makan menggunakan taitel ulamak. Ketiga2 puak ini menggunakan atau memperdagangkan perkataan ulamak untuk meraih sokongan untuk mrncapai agenda mereka.

Antara 3 kumpulan ini, golongan konservatif adalah genuine. 2 lagi ada agenda mereka. Puak konservatif ini ikhlas dalam memperjuangkan Islam tetapi mereka gagal memahami realiti yg dihadapi oleh perjuangan menegakkan Islam. Meteka lebih suka PAS kekal sebagai sebelumnya menjadi sebuah parti orthodok yg terpisah dengan realiti.Antara tokoh aliran ini ialah Dato Dr Mahfodz.

Puak UG kita semua tahu. Ia adalah puak PAS Terengganu yang berminat untuk mengadai PAS kepada UMNO untuk keuntungan peribadi. Mereka berselindung disebalik mempertahankan kepimpinan ulamak, mempertahankan TGHH untuk mendapat sokongan ahli. Puak inilah yg paling kuat menyerang puak profesional.

Puak ketiga ni kerana nak cari makan sahaja. Mereja menggunakan taitel ulamak dan slogan2 Puak UG dalam ketja meteka. Business dan masyuuuk punya hal bagi puak ini. Puak ini lebih kepada menangguk diair keroh untuk mendapat pulangan ejonomi. Siala tokohnya?....klue: niaga umrah pun lunayan jugakk....hehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua Ahli PAS,aku UMNO tetapi tidak pernah berdendam dengan PAS.Tetapi aku sedih sebab PAS telah diresapi anasir-anasir perosak yang lebih mirip kepada PKR dan DAP.Ahli PAS mesti bersatu dan bersihkan PAS daripada anasir-anasir tersebut.Semoga anda semua berjaya mempertahankan prinsip Parti PAS.