17 Mac 2015

Rafizi Bidas JPM Perguna Nama Agong Dalam Isu Beli Jet Peribari Najib


Jangan libatkan Agong dalam pembelian jet peribadi baharu Najib, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyelar jawapan kerajaan yang mengatakan pembelian jet peribadi baharu menjimatkan kos dan mendedahkan kos pembelian jet peribadi baharu Datuk Seri Najib Razak itu bernilai RM465.4 juta.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menyelar tindakan Jabatan Perdana Menteri semalam yang mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk "menghalalkan" pembelian jet peribadi baharu itu.

"Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang di-Pertuan Agong terlibat di dalam lawatan rasmi ke luar negara berbanding dengan perdana menteri,"
kata Rafizi yang juga naib presiden PKR pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Semalam, Rafizi mendedahkan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan, pentadbiran Najib membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya.

Rafizi mendakwa, jet berkenaan ialah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.


"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi mencabar Najib memperincikan setiap perjalanan jet peribadi milik kerajaan dan siapa yang menggunakan pesawat tersebut sebagai menyokong jawapan membabitkan penggunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya mencabar Najib memperincikan setiap perjalanan jet peribadi milik kerajaan dan siapakah menggunakan jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet (BBJ) dan Airbus Commercial Jetliner (ACJ 319) sedia ada.

"Berapa kali sebulan jet ini digunakan hingga jumlah jet sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi," katanya.

Rafizi berkata, alasan menyatakan pembelian dibuat bagi menggantikan jet lama kerana terlalu berusia juga tidak diterima pakai kerana tempoh penggunaan sebuah jet komersial antara 20 hingga 25 tahun bila diselenggarakan mengikut jadual seperti amalan industri penerbangan.

"Jet BBJ yang dimiliki kerajaan Malaysia hanya berusia 16 tahun dan tidak digunakan sekerap jet komersial kerana digunakan sekali sekala bagi keperluan rasmi kerajaan.

"Saya menasihati perdana menteri berterus terang dan tidak menggunakan pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengelak daripada menjawab isu ini," katanya. – TMI


Jet peribadi baharu untuk jimatkan kos, kata blog Umno

Sejurus selepas Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendedahkan pembelian jet rasmi baharu oleh Putrajaya, blog pro Umno Mykmu.net tampil mendedahkan keputusan membeli jet peribadi itu untuk menggantikan pesawat tetamu paling kehormat (VVIP) jenis BBJ373-700NG yang berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan tinggi.

Mykmu.net yang memetik sumber kerajaan berkata, jet peribadi baharu itu bukan hanya untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi akan turut digunakan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan lain.

"Penggantian seperti ini amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia bukan perdana menteri sahaja VVIP, tetapi ada juga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

"Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana kerajaan mempunyai 6 buah jet tidak tepat, sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang uzur, " tulis Mykmu.net.

Menurut blog pro Umno itu, sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong layak mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada segi teknologi dan keselamatan.

"Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn Bhd kerana syarikat itu yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat kerajaan ACJ319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit," tulis blog tersebut.

Menurut Mykmu.net, sistem tender secara terbuka tidak sesuai diguna pakai dalam pembelian jet kerana ia membabitkan ciri-ciri spesifik tertentu.

Blog itu turut menyifatkan tuduhan pembaziran Rafizi tidak berasas sekiranya setiap tahun kerajaan menukar pesawat peribadi dan sepanjang rekod pentadbiran Najib menjadi perdana menteri, inilah kali pertama beliau membuat keputusan untuk menukar jet baharu.

"Menurut sumber yang sama, pesawat lama sedang dalam proses untuk dijual, tetapi tidak semestinya untuk digunakan, tetapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi tunjukkan di mana berlaku pembaziran," soal blog itu sambil membandingkan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang juga tidak menggunakan proses tender dalam penganugerahan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.
-TMI




16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 Mat Dah Bahalol kan budak Bacul


Sendiri nak entot suroh orang lain tanggung

Entot Tuya tak nak bayar ; keturunan Barua sememang begitu


Badan besar , semua nya besar. Buat habis bhoras saja.

Tanpa Nama berkata...

Salam 1Penipu

Kalau nak jimatkan kos sepertimana hujah pencacai UMNGOK suruhlah anak badak naik Malaysian Airlines.....

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas gi mana? Yg ada cuma Dr.Hatta yg dimusuhi kaum ulama.

Tanpa Nama berkata...

KAEDAH KAEDAH MENGABURI MATA RAKYAT MASIH DIPERGUNAKAN OLEH PEMINPIN PEMINPIN INI.UNTUK KEPERLUAAN RAJA,RAJA YANG SURUH TETAPI SEBALIK PEMINPIN TERTENTU BOLEH SAPU DUIT KOMISEN.PERANGAI YANG MACAM INI RAKYAT NEGARA INI SUDAH JELAK.PEMINPIN PEMINPIN BANGSAT INI HARUS DINYAH DARI BUMI INI.MACAM KES AL TANTUYA DENGAN KAPAL SELAM NYE .MANA CERTA RASUAH .SIAPA PUN TIDAK DITANGKAP.JADI PADA KAMU SEMUA PEMERINTAH KERAJAN YANG RASUAH INI KAMI DOAKAN SEMOGA ADA GEROMBOLAN YANG BERANI YANG MENENTANG SERTA MEMUSNAHKAN KAMU DAN ZURIAT KAMU SATU HARI NANTI.AMIN

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tahu kebenaran jatuhkan UG dan UMNO, kebenaran akan terserlah, insyaallah

Malaysiabaru berkata...

Guna nama AGONG Haram... Tapi kalau guna Nama ROSMAH adalah Halal..

orgkampongok berkata...

Satu atau dua jet mungkin sudah memadai...tetapi 6 dah boleh buat satu fleet flying company tuh...ini benar benar pembaziran..tiada siapa yg rasional otaknya dlm kabinet yg menyanggah pembaziran ini...Allah sela mat kan mesia tecinta

Tanpa Nama berkata...

Pas Suka jer boleh buat hudud seluruh negara dengan sokongan umno. Apa nak peduli duit gst ker jet ker? Yang penting Ada hudud.

Tanpa Nama berkata...

Sedih sungguh duit rakyat lesap macam tu je Lesap sebab berbelanja ikut nafsu

Sebuah syarikat penerbangan murah hanya mengunakan pesawat yang di jual oleh syarikat penerbangan lain dan kini syarikat tersebut membuat keuntungan lebih berganda dari MAS

Beli pesawat peribadi untuk kegunaan orang kenamaam ini kalau tak selalu di gunakan rugi Dan kalau selalu di gunakan lagi rugi Yang terus rugi ialah rakyat

Presiden Indonesia hanya naik pesawat komersial berkelas Ekonomi untuk lawatan resmi Kerana Presiden akan di soal oleh berbagai egensi supaya duit rakyat tidak di salahgunakan

Tanpa Nama berkata...

Presiden Amerika Syarikat menggunakan Air Force One dan jet penerbangan awam sahaja.

Mengapa pula pemimpin negara kecil memerlukan terlampau banyak jet untuk shopping dll? Akhirnya rakyat juga yang tanggung hutang kera-jaan.

Tanpa Nama berkata...

YDP Agung guna pun pergi dan terus balik Habis kuat tiga empat hari dan memang pun atas sebab lawatan resmi bukan suka suka main golf

Orang lain guna bawak merayau rayau Cuti PM di batal tapi pesawat boleh terbang tanpa PM

MP BN tahu tapi senyap Dia orang pun buat tapi level dia orang lah Kalau dia orang sendiri berjimat guna duit rakyat mesti dia orang tak puas hati Mana ada berani MP BN istihar harta

Tanpa Nama berkata...

Ada lah sekali dulu Najib menunjukkan yang dia boleh menguna pengangkutan awam Dan masa praya Najib sanggup guna beca untuk menuju ke pentas Ini semua dapat di lakukan kerana masa yang di ambil cuma beberapa minit sahaja

Kalau naik kapalterbang paling dekat Najib boleh turun ke airport seterusnya ia lah 40 minit Tu tak kira check in check out nya Itu pun Najib dah rasa tak sanggup rakyat memerhati dia dengan serong

Lagi satu pesawat ini lah yang akan di gunakan oleh rombongan pengantin perempuan untuk bertandang ke negara pengantin lelaki nya

Tanpa Nama berkata...

Salam admin;
Sejak akhir2 ni, tuan byk memperkatakan tntg buruknya PAS dan ulama2 nye,sy memerhatikn tuan juga menjadi penghubung antara rakyat dgn para pemimpin dlm isu2 semasa terutama dlm hal hj. Hadi..adakah segalanye benar atau tidak terhdap segala isu yg dibangkitkan oleh tuan, Allah shj yg maha mengetahui.
Yg pasti kita semua akan ditanye di mahsyar kelak tntg kerja buat kita ats dunia ini.
Allah yg lebih mengetahui segalanye.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS pun kena jugak tempuh mahsyar kan ? Timbangan untuk Ulamak ni tak sama macam kita orang biasa Tapi kalau di lihat tindakan Ulamak membarua kan orang Guna duit Harakah untuk keselesaan peribadi Membelakangi keputusan muktamar rasa rasa perlu ke di tanya di mahsyar ?

Orang yang benar benar beriman dan takut pada Allah tahu benar atau tidak

Adakah mahkamah pun salah atau tak salah memutuskan kenyataan Hj Hadi berhubung pil kuda adalah fitnah ?


Maka tak perlu lah kita buat apa apa sebab hanya Allah yang mengetahui segala gala nya Tak payah lah PAS buat muktamar

Tanpa Nama berkata...

Dlm masa rakyat kelantan masih dlm kesusahan kerajaan sewenang wenangnya berbelanja mengikut hawa nafsu.

Tanpa Nama berkata...

Agong pada nama saja.