Kata macam-macam, tapi ahli PAS sudah sejuta'
PAS hari ini menolak dakwaan bahawa sokongan pada parti Islam itu merosot ekoran pelbagai kritikan diterimanya akhir-akhir ini.
Malah, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awan, keanggotaan parti itu kini sudah mencecah lebih sejuta orang, termasuk penyertaan terkini 8,000 anggota baru.
“Dalam keadaan orang sibuk kata pada PAS macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang.
“Ini menjadikan keahlian PAS sudah mencecah seramai 1,000,300 orang,” menurut status Facebook pemimpin nombor satu PAS itu.
Kenyataan itu juga menyebut ramai golongan muda berpendidikan tinggi menjadi golongan teramai menyertai PAS.
“Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS,” katanya.
Hadi juga berkata mereka masih mendapat sokongan bukan Islam walaupun “dikepung dan disekat dengan pelbagai cara oleh Umno”. -mk
ULASAN GB
Tak tahu apa lagi kita nak cakap apabila Presiden PAS dihinggapi dengan "sindrom penafian", bahawa sokongan masyarakat terutama bukan Islam terhadap PAS sudah merudum seperti dilaporkan sebelum ini.
Penyakit ini biasanya dibawa oleh pemimpin UMNO yang akan berhujjah ramai yang sertai UMNO walaupun UMNO dilanda pelbagai kritikan dan masalah. Tak sangka pula Presiden PAS juga mengamalkan sikap itu tanpa mahu bertindak melakukan koreksi terhadap apa yang menimpa PAS hari itu. Itu sebab agaknya Haji Hadi berdiam diri terhadap pelbagai isu yang melanda PAS seperti isu percubaan membakar kereta AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta, isu Dr Dzulkefly ditumbuk waktu suboh, isu perpecahan yang melanda PAS, dan lain-lain.
Haji Hadi akan mencari hujjah untuk menjustifikasikan apa jua keadaan negatif yang menimpa PAS, sama kes dengan isu pengeluaran watikan untuk menjadi calon PAS di dalam PRU13 dulu dengan melemparkan fitnah pil kuda dan komunis, merendahkan kebolehan Dr Wan Azizah, Presiden PKR di Parlimen kerana nak mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan seumpamanya.
Kini dinyatakan pula kononnya ahli PAS bertambah.... mungkin laporan dari Setiausaha Agong untuk beliau menyatakan begitu.
Katakanlah benar ahli PAS bertamabah beribu-ribu seperti didakwa, apakah kerana ia faktor "menyokong ulama"? Atau kerana penyertaan itu adalah kerana "golongan muda" mahu menyelamatkan PAS daripada hanyut akibat dari sikap ulama yang sekarang ini dilihat sebagai kumpulan elit yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh disentuh?
Allah saja Yang Maha Tahu. Namun "keangkuhan" dengan sindrom penafian Presiden PAS itu amat mengecewakan. Ia tidak lansung membawa kebaikan kepada PAS.
Sebagai penutup GB perturunkan satu anekdot ringkas mengenai kisah Hassan Al-Basri, seorang ulama terkemuka yang pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah saw. di bawah ini.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
···
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.
saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dari sifat mazmumah walau sehebat manusia.
moga kita trhindar dari sikap bangga diri,sombong,ujub dgn amalan kita sendiri. sekali2 jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kau"
Jika Hassan Al-Basry, ulama yang terkenal itu boleh menerima kritikan dan teguran apakah yang menghalang Haji Hadi, Naib Ketua Ulama Sedunia dan sekalian ulama dalam PAS daripada menjadi sepertinya?
25 ulasan:
walaupun ahli Pas sejuta, Presiden Pas satu yang tak sihat perlu disingkir, Pas memerlukan rakyat Malaysia
Bila ahli Pas dah sejuta, masa terbaik Hadi disingkirkan dari Presiden, diganti pemimpin lebih baik
thumbs up GB!
....
UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..
Sumber Berita
>>> Klik Di Sini <<<
inilah yang dikatakan...bil dah benci...apa yang dibuat..semua salah...kenapa perlu sampai semuanya dipertikaikan??? Tenangkan hati..lapangkan jua...
Bila kesalahan itu berlaku berulang2 apatah lg oleh seorg ulama, mengapa x blh dipertikaikan? Hanya yang TAKSUB akan mmperthnkannya.
Dah termakan banyak pill kuda Sampai Tak siuman? Tuang guru baruA main bilangan ahli? Umno sudah menang dengan 3 Juta ahli.
Barua Bodoh punya parti pilih barua bodoh punya presideng. Dah Tak Ada Manusia lain yang siuman yang tak cakap fitbah selain drpd barua ini? Bukan Ada 1 Juta ahli ? Yang lain kenapa diam sokong (wala) barua yank cakap fitnah?
Bukan TGHA yang tulis tu
TGHA tak ada masa nak update FB
Dah buat semakan ke dari nombor siri sijil ahli PAS sejak ditubuhkan tahun 1951 dahulu, berapa yang dah meninggal dunia, yang telah keluar parti,yang dipecat, yang ghaib dan sebagainya. kalau ikut nombor siri sijil yang dikeluarkan ya lah dah mencapai 1 juta. dah 64 tahun tak kan tak da yang meninggal dan yang keluar parti ?
Itu dulu...waktu hj hadi serius bersama pr, tapi skrg tak mcm dulu lagi...yg sokong pas memang ramai...yg sokong hj hadi dah makin kurang dari hari ke hari...hj hadi perlu ditukarkan..
Bila Saiyidina Abu Bakar dilantik manjadi Khalifah, dia berkata aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu...Bila Sayidina Umar dilantik menjadi Khalifah pula dia berkata kalau dia betul bantulah dia dan kalau dia silap tegurlah dia. Maaf kalau tak lengkap dan mohon dibetulkan. Tak kan Tuang Presideng tak boleh ditegur kut ???
Hmmm....parti diktator macam nazi dan komunist Tak boleh do tegur.
Yang suka buat fitnah barua pill kuda pil pula saja
Jangan jadi bodohla, fokus utk rakyat. Kalau nk lawan ke nk tukar ke biarlah muktamar yg putuskan. Agak2 kalau TGHA lagi, greenboc nk komen apa ye...
Angka tu sebelum pemutihan atau selepas pemutihan? Ikut nombor sijil je kot.
Umno ahli 3 Juta, rakyar msia 27 Juta, Manusia satu dunia 7,000 juta.
So apa hebat Sangat pas ini? Syok sendiri?? Apa guna Ahli 1 Juta tapi presideng sudi kalah pru???
Brapa peratus dari 1 juta itu sokong TGHA dan brapa peratus dari 1 juta ygmahu TGHA letak jawatan.......itu yg penting
Gb apa ada kisah, yg perlu di tanya ialah apa komen mursyidul am dll pemimpin pas yg taksub jika TGhA kalah!
203 270 Like ??
Tapi atas meja pen pun tak ada hehe
Orang lemah je yang guna taktik macam ni Kalau di biarkan jadi UMNO buat program parti tapi ada konsert
Nak gelak pun ada
Macam tu punya ramai sampai 8000 anggota baru eluk lah pukul Dr Zul lagi sekali Bakar kereta Dr Hatta sekali lagi Cakap Barua berulang kali
Merayu pada ahli ahli PAS jangan lah bodoh kita di sama kan dengan bodoh ahli UMNO Cukup lah dalam UMNO ada NFC
Hj Hadi tiba tiba kata sedia di cabar selepas nama lain di calunkan
Adakah Hj Hadi tak payah di calunkan kerana menyandang jawatan Presiden ?? Secara automatik Hj Hadi di calunkan untuk pertahankan jawatan Harap ada yang sudi memberi penjelasan
Jika perlu di calunkan semula Hj Hadi yang kena cabar sebab PAS telah mencalunkan Husam
Dalam tambah ahli dan jumlah ahli 100 000 300 orang pun Hj Hadi dan UG takut dengan PASMA
Tuan Presiden orang bagitahu sokongan merundum supaya Tuan Presiden ambil tindakan koreksi Tapi Tuan Presiden tak buat apa apa Nanti jangan marah dan naik angin bila tak ada yang nak calunkan jadi Presiden lagi
Kalau ahli PAS sudah se juta nampak gaya bangla dan myanmar sudah boleh undi BN lah gaya nya.
Tegur boleh tegur...... nama pun teguran. Kalau org yg ditegur tidak menerima teguran kita..... jgnlah kita pula hilang pertimbangan. Tak semua teguran kita org terima.... tak semua teguran kita kpd anak sendiri pun diikuti sepenuhnya....
HjHadi sidah lama nampak PKR masih bawa katektor UMNO Dan DAP semakin lantang menentang hudud. Mengapa HjHadi semakin hilang pecaya pada Anuar? Cari jawapannya
Catat Ulasan