Bekas setiausaha agung Umno dedah ‘skandal’ Bank Rakyat dalam buku baharu
Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.
Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.
Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.
Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.
Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.
Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.
"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.
Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.
Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.
Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.
Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.
Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.
Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri, Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya. -TMI
Sabbaruddin hanya geram dengan Hasan Malek, bukan Rosmah atau pun Najib
Lokasi : Zam Zam Cafe & Satay Club, Damansara, Selangor
Acara : Pelancaran buku "MEMBONGKAR SKANDAL DEEPAK & BANK RAKYAT"
Tarikh : 4/3/2015
Saya masih belum berkesempatan membaca habis buku Membongkar Skandal Deepak dan Bank Rakyat ini tetapi daripada bacaan yang telah saya buat dan melalui kenyataan yang diperolehi daripada Tan Sri Sabbaruddin Chik dalam sesi sidang media dapat saya membuat rumusan berikut :
1. buku ini tidak bertujuan menjatuhkan kepimpinan Najib Razak
2. Sabbaruddin Chik sendiri tidak mengetahui bahawa Menteri KPDNKK, Hasan Malek ada lah sepupu kepada Rosmah Mansor and the board of directors was not intimidated by Rosmah.
3. Pihak Lembaga Pengarah Bank Rakyat telah menuntut Deepak membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM5 juta sebagai "show of sincerity" dalam membuat pembayaran balik pinjaman berbaki RM32 juta dan baki nya dibayar secara ansuran.
4. Hasan Malek telah mencampuri urusan pentadbiran dengan 'memaksa' Pengerusi Bank Rakyat dan lembaga pengarah untuk menerima pembayaran melalui 120 keping post dated cheques. Cara begini bukan amalan Bank Rakyat dalam menuntut pembayaran semula hutang.
5. Setelah berlaku perselisihan faham mengenai skim bayaran balik pinjaman Deepak, Menteri KPDNKK tidak memperbaharui kontrak Pengerusi Bank Rakyat . Kini setelah hampir setahun setelah kerusi Pengerusi dikosongkan , masih belum ada pengganti yang dilantik oleh Menteri KPDNKK.
6. Jelas Sabbaruddin Chik begitu geram dengan tindakan Menteri KPDNKK memecat beliau tanpa pertemuan empat mata dan tanpa memberi peluang membela diri. Beliau juga kecewa Perdana Menteri yang beliau kenal rapat tidak langsung menunjuk minat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada beliau.
Buku ini kini boleh diperolehi dari Pustaka Mukmin, Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan harga RM30 senaskah.
-jinggo-fotopages
12 ulasan:
"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kalau Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Baru boleh diterajang dari jawatannya apa hebatnya setiausaha, menteri pencen merangkap Pengerusi Bank Rakyat perlu dipertahankan ?
Tambahan pula Sabbaruddin Chik adalah orang Mahathir dan Mahathir pula seara terang-terang menentang kepimpinan Najib.
Apakah ada simpati dari ahli UMNO Baru berkaitan dengan pemecatan Si Sabbaruddin itu ?
Jawapannya tidak ada simpati kerana peraturannya amat jelas mana-mana perompak yang kuat akan dilemahkan dan yang lemah akan diterajang keluar dari meja bulat.
Ada Najib dan Rosmah kesah ?
patutlah ada menteri cap ayam dalam kabinet najib... sepupu rosmah rupanya...
patutlah bangan sampai tak boleh diajar
makna nya kes dato'sabaruddin kira ok lagi laa.bersyukur laa kerana tidak di hina dan di fitnah serta dimasukkan kedalam penjara.kalau takut diserang badai,jangan berumah ditepi pantai.
Berapa banyak bank kn bg pinjam kerana y.a.b Dato seri najis.?... Esok lusa dlm sejarah petronas menjurus ke arah bankrap...? Najib Najib ...
Semua harta negara dibahagikan kepada kaum ketabat mereka sahaja.
Baru kena sikit dah rasa hina. Tak siapa terhutang budi pada bekas setiausaha, nak suruh orang kenang budi, biasalah umno timb. Presiden lagi dihina.
Sepupu Bahalol pun boleh jadi Nenteri
Nanti Nenek dan Atok 1 Mat Dah Bahalol pulak jadi Menteri.
Mesti boleh jadi punyea.
Kalau 1 Mat Dah Bahalol dah buat pon.
Taraf bekas SUA UMMO tak setaraf Deepak Jasa berkhidmat dengan UMNO jadi tak bernilai langsung dan yang lebih termalu ialah Deepak tu bukan nya melayu
Jangan lah malu 1DMB pun ahli UMNO bukannya ambil tahu siap dapat sokongan ketua bahagian Lagi lah pulak Ahli UMNO tak baca buku skandal bank Dia orang baca skandal artis dan berminat dengan penerangan kes Liwat
Taraf buku ini taraf cehkai di bandingkan dengan buku kartoon yang dirampas sebelum di lancar Yang ini kena lah malu
Orang2 kampung mana kisah.
Dapat BRIM senyum & puji Najib & UMNO memanjang.
Hasaan Malek juga bekas Guru Besar saja.
Tajuk kurang tepat
Macam Deepak yang buat hal
Sepatut 'Skandal Sepupu Rosmah & Bank Rakyat'
Catat Ulasan