Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.
Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.
Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.
Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.
Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.
Zahida sebelum ini juga didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan seorang menteri Kabinet.
Menurut Norr Azman dalam dakwaannya sebelum ini beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan telah diburu pihak polis, hingga direman empat hari.
Noor Azman pernah membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.
Zahida dalam laporan itu juga menjelaskan, Noor Azman diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.
Pada 29 Februari 2012, Azman mendedahkan beliau tidak diberi wang secara tunai dan tidak pernah diberi wang jumlah besar tanpa ditemani Zahida tetapi hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida.
Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain, namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.
4 ulasan:
bagi zahida 150k tahi gg jer tapi mmg maruah tapak kaki sbb kantoi fitnah.
kes Pecah Amanah dan bila kena reman 4 hari sudah tentu ada lapuran Polis Tetapi lapuran Polis mengatakan lapuran palsu tak pulak kena reman Selepas kes selesai adakah tindakan akan di ambil
Kes Pecah Amanah Jumlah RM 230 juta Ada lembu lembu kena reman ? Ada yang salah guna duit reman?
Anwar dah masuk Penjara Kes Khir Toyo apa citer?
Apa sebab Zahida kalah? Peguam handal sibuk roadshow kah kah kah
Menteri umno pasang artis x pa..kalau pemimpin pembangkang...siaplah...7 hari 7 mlm dlm buletin tv3 suku...
Umno banyak duit.
Rakyat lah mangsa nya tanggung umno bazir wang rakyat.
Catat Ulasan