12 Feb 2015

"Guling" Hadi: Mustafa Ali Tempelak Zuhdi Marzuki & Geng Mokhtar Senik


PAS akan siasat demo, Mustafa minta Zuhdi tidak ‘cirit birit’ mulut

PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".

"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS,"
kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Zuhdi dalam kenyataannya semalam mempertikaikan tindakan Mustafa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang menafikan adanya komplot menggulingkan presiden PAS itu.

Menurut Zuhdi, beliau sudah bersemuka dengan Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan melihat dakwaan dalam bentuk akuan berkanun dan bukti daripada aplikasi Whatsapp berhubung perkara itu.

Beliau menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes itu.

"Penafian simplistik Salahuddin dan Mustafa yang tiada komplot untuk menggulingkan presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini.

"Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti ‘menutup bangkai gajah dengan nyiru', disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah," kata Zuhdi dalam kenyataan medianya semalam.

Mustafa dalam kenyataannya hari ini mengaku beliau memberi jawapan "tiada konspirasi" ketika diajukan persoalan itu.

"Memang saya jawab tiada konspirasi. Apakah Zuhdi nak cadang saya kata ada konspirasi? Kalau saya jawab ada, ia jawapan paling bodoh dari segi akademik dan politiknya sebab ia memang tiada konspirasi,"katanya.

Mustafa berkata, apa yang beliau sebut dan dilaporkan itu tepat, iaitu tindakan demonstrasi tidak bagus untuk PAS.


"Belum berlaku lagi orang guna cara ini sejak kepimpinan ulama hingga kini, untuk tegur pemimpin. Takkan ini kita nak ikut.

"Tindakan ini tidak ikut semangat kepimpinan ulama yang bertindak secara profesional dan bukan emosi. Memang saya tak setuju cara ini," kata Mustafa.

Walaupun begitu, katanya, beliau mengarahkan Penolong Setiausaha Agung Khairul Faizi Ahmad Kamil menerima memo itu "dan apabila memo diterima, ia menjadi kewajiban saya menelitinya dan membuat penyiasatan".

"Ini adalah proses yang perlu diambil. Memo sudah ada pada saya sekarang," kata Mustafa.

Mustafa berharap tegurannya diterima baik Zuhdi dan berharap beliau menumpukan kepada amanah yang ditugaskan kepadanya iaitu sebagai pengarah operasi PPP.

Bagi beliau, setiap pemimpin PAS ada bidang tugas yang diberikan parti dan tidak perlu mengambil kerja yang bukan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Ahad lalu, ketika pemimpin PAS tiba di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu untuk bermesyuarat, sekumpulan pemuda dan ulama PAS dipimpin Noorzazilafadli dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Hadi.

Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh dari AJK PAS tidak menyokong presiden PAS. – 11 Februari, 2015.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan lagi...

Sebelum ini GB telah mengulas:

Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.

Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

Sekarang Setiausaha Agong sendiri dapat melihat dan dapat merasakan keceluparan dan kesamsengan mereka ini.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



11 ulasan:

Waris berkata...

Hahaha... orang tua ni sdg berlatih jadi jebon ke?

air gunung berkata...

Dah jelas budak sekolah mana yg dibawa utk mengeboo dlm muktamar dan wat perangai perkasa dlm PAS.kat sekolah dia ajar mender ni kot.kih kih kih.apa laa nak jd dgn bebudak kat pondik tuu.ajarlaa bebudak tu akhlaq berkhilaf dlm pendapat sebagaimana tradisi keilmuan itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Lihat, org yg pintar berpolitik dgn org yg mengaji jd ahli politik....peribahasa baru..cirit birit mulut...kekekekek n gatal tangan

Jeman berkata...

Zuhdi ni org suruhan UMNO dlm PAS.. minta pihak tertentu siasat apa tujuan dia masuk PAS.. agak pelik dia ahli PAS bole aman damai kerja dgn Universiti Malaya tanpa ditekan2 mcm org lain..

Tanpa Nama berkata...

Lagi pelik pas senang2 je terime dia jd ahli...hee

Unknown berkata...

Macam cipanzi pong ada...

Tanpa Nama berkata...

Hadi sudah tidak relevan.

Buat habis beras saja.

Tanpa Nama berkata...

Jangan terus-terusan sengketa...pandanglah kehadapan...tujuan dan matlamat telah ada...musuk kita kerajaan BN...Siap sedialah menuju kemenanga PRU14...INI LAH NOKHTAH KITA...Perjuangan wajib diteruskan...Lawan kemungkaran tegakkan keadila...Aminnn

Tanpa Nama berkata...

kalau betul lebih separuh dari AJK Pusat yang tidak menyokong Presiden maka eluk lah Hj Hadi bersara

Patutlah depa buat demo

Tapi kita tak sampai lah desak Hj Hadi Biarlah dia berundur secara ikhlas dan ikut suka hati dia bila dan berapa lama dia akan putuskan untuk berundur

Tanpa Nama berkata...

Mulut Longkang dah tak boleh pakai
Longkang dah tak berbau busuk dan air kotoran pun diuruskan oleh IndahWater

Memang kenalah dan tepat Mulut Cerit berit tu

Samada dakwaan mereka betul atau tidak mereka memang patut di kenakan hukuman Tindakan mereka seolah olah peraturan parti dah tempang dan meragukan

Tanpa Nama berkata...

Elok juga kalau betul Stopa tu ada akal kali ni...tapi apa pun siapa kenal dia dan geng Ganu tentu tahu perangai mereka, harus waspada kok main wayang je...lebih-lebih lagi bila Anwar dah tak de. Sebabnya ada yang pernah bercita ingin meninggalkan legasi mahu UMNO-PAS bersatu (atas dasar apa?) sebelum bersara. Waspada ye......:)