19 Feb 2015

[BONGKAR] Sirul Azhar: "Saya Cuma Buat Apa Yang Diarah..."


Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya. -mk

LAPORAN SEBELUM INI

Sirul pertimbang bongkar kes Altantuya

Selepas ke Australia, bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – apa yang berlaku pada wanita itu?

Bulan lalu Mahkamah Persekutuan menyabut Sirul dan seorang lagi bekas anggota pasukan elit tersebut, Azilah Hadri dengan kesalahan membunuh dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.

Dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya.

“Saya belum putuskan untuk ditemubual,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:

“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”

Difahamkan bahawa beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul (atas), yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.

'Bertindak atas arahan'

Sementara itu, Sirul memberitahu bahawa dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.

“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

“Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya.

Menjawab soalan, Sirul berkata keadaannya OK di pusat tahanan dan dia dibenarkan menggunakan telefon dan Internet.

“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utusan (Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” katanya.

Dari jauh, duda 43 tahun itu bagaimanapun bimbangkan dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, akibat kesnya.

Kambing hitam

Bulan lepas, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Terdapat beberapa persoalan di sebalik kes itu, termasuk motif pembunuhan itu yang masih misteri.

Najib, ketika masih timbalan perdana menteri, bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tiada kaitan dengan kes itu.

Bekas pembantunya, DSP Musa Safri, yang memberitahu Azilah untuk membantu Razak Baginda (kanan) pada malam pembunuhan itu, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.

Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia.

Undang-undang Austalia tidak membenarkan ekstradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal
-mk


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini:

Persoalan "motif pembunuhan Altantuya" masih kekal misteri.

Siapa watak sebenarnya mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya bunuh Altantuya?

Mengapa saksi-saksi penting tidak dipanggil dan macamana Razak Baginda boleh dibenarkan lepas dan tingal di luarnegara sedangkan perbiraaan kes Altantuya yang melibatkan dirinya masa itu masih berjalan?

Kedua: Menjadi pengajaran kepada anggota polis yang lain dan mana-mana penjawat awam supaya TIDAK menjadi Pak Sanggup kepada mana-mana individu atau parti politik hatta menteri sekalipun kerana anda akan menanggung akibatnya di satu hari nanti. Itu hukum SUNATULLAH!


12 ulasan:

Amuraria berkata...

inilah dia 'the greatest cover-up' dalam sejarah negara, dan drama kelentong terhebat dalam mahkamah,banyak keraguan sangat & saksi-saksi terpenting di' tak payah panggil atau siasatkuak'! haramjadah puna kerja ! ABU jangan lupa !

Faqirulkhoir berkata...

Rujuk Amuraria 8.18, kepincangan dlm sistem perundangan teramat parah dan membahayakan kelestarian hidup rakyat. Semuga direnungi bersama samada mau meneruskan sesuatu yg begitu jelas keburukkannya, atauwa mau kembali kepada yg ditunjuk olih yg maha Esa.

Tanpa Nama berkata...

Undilah Calon BN UMNO dalam setiap kali pilihanraya, dulu, kini dan selamanya, inilah akibatnya. SALAH SIAPA?????

Tanpa Nama berkata...

PENJENAYAH PENAYAH YANG MEMPUNYAI KUASA INI TERUS DILINDUNGI OLEH PIHAK BERKUSA MALAYSIA .ORANG YANG MELAYU KESALAHAN YANG KECIL AKANDIHUKUM SEBERAT BERATNYE

Tanpa Nama berkata...

Bila menipu. Mereka fikir mereka hidup 1000 tahun. Baru beberapa tahun meraka sudah merasakan kekesalannya....

Unknown berkata...

Bila berlaku sesuatu yang menyusah kan, saperti GST, harga barang yang terus meningkat dan pelbagai lagi yang di utara kan, mereka akan di tempelak, "undi lagi parti haramjadah tu". Kebanyakan mereka seolah olah merasa menyesal. Tapi bila tiba PRU atau PRK, percaya lah parti haramjadah itu lah yang akan mereka pangkah. Bila kah agak nya sifat sifat orang ME-layu yang sedemikian akan berubah?

Tanpa Nama berkata...

Tuan Saadun, saya pun hairan kenapa orang Melayu sekarang begitu bangang dalam memilih kerajaan. Terlebih main karaoke agaknya dan mudah termakan guna-guna kerajaan.

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Bila teragak agak ni lah yang susah

Apa yang di dedah oleh Sirul di sana akan di balas balik oleh Azilah yang berada di sini Jadi ada kemungkinan ketika itu kita semua sengaja di kelirukan siapa yang cakap benar
Lebih lebih lagi bila Azilah ikut Safiee bersumpah di Mekah

Sirul kata begini Azilah kata begitu Sirul kata dia menerima arahan Bukan kah yang bagi arahan pada Sirul ialah Azilah Azilah boleh kata macam macam dalam keadaan dia menanti hukuman mati di laksanakan ke atas nya nanti

Ada pihak bertanya mengapa tak cakap semasa di siasat? Lepas di hukum mati baru nak dedahkan Sedangkan pihak tersebut boleh menyiasat dan mendapatkan keterangan dari Azilah tanpa menunggu Sirul yang buat pendedahan

Sebenarnya apa yang terjadi ke atas dua anggota tersebut adalah tanggung jawab Ketua mereka yang paling atas tapi kenyataan mengapa dulu tak cakap menunjukkan ketua mereka menjaga pihak lain dari berlaku adil kepada anggotanya sendiri

Hukuman mati atau penjara ke atas anggota tersebut tetap akan dilaksanakan walaupun pun orang yang memberi arahan di kena kan tindakan selanjutnya Tidakkah Ketua mereka ingin tahu siapa orang yang memberi arahan sekurang kurang nya dapat meringankan hukuman anggota nya sendiri

Sekiranya mereka tahu begini sikap ketua mereka terhadap mereka sudah pasti Atlantuya masih hidup

Tanpa Nama berkata...

orang jahil lantik orang jahat jadi pemimpin, ini bahananya. undilah umno/bn dulu kini dan selamanya, menempah neraka Allah membantu orang zalim melakukan kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

Inilah tandanya dunia di akhir zaman...salah akan jadi benar dan begitulah sebaliknya...yang benar akan dihukum,yang salah akan tersenyum

Tanpa Nama berkata...

Tidak hairanlah pemimpin serata dunia di zaman ini adalah dari kategori tidak amanah serta mengejar nama,harta dan pangkat semata mata...dengan wang,pangkat dan nama,manusia boleh beli nyawa manusia...kaburkan kebenaran,tegakkan kesalahan..yang tiada nama,pangkat dan wang,hanya menanti bala dihakimi dunia...pengaruh dajjal sudah tiba sebelumnya........

Dee berkata...

cakap je la, siapa mastermind tu.. kenapa nak tangguh2.. mahfuz katakan dua jam berlabon dgn sirul di ostolia.. tak kan tak dpt cerita BONGKAR lg.. semua org nak tau la.. kenapa sorong sentap nih..