Rakyat Malaysia diminta supaya mendoakan kesihatan mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin uzur.
Perkembangan terkini, di laman sosial Facebook, “Hanya Di Kelate” menunjukkan gambar Nik Aziz, 84, yang terlantar di atas katil dan dikelilingi para tetamu termasuk anak-anak kecil yang menziarahi di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Di dalam status terbaru tertulis, ”Ya Allah, minta doa dari seluruh rakyat moga tok guru Nik Aziz cepat sembuh dan terus diberikan kekuatan. Tok Guru sangat uzur sekarang, teruskan berdoa untuk Murabbi Ummah ini.”
Sebelum ini ketika Kelantan sedang dilanda bencana banjir paling buruk dalam tempoh 30 tahun, Nik Aziz telah dimasukkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Krian kerana uzur.
Anak Nik Aziz, yang juga Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini turut berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya di akaun Facebooknya.
Menurut beliau, keadaan kesihatan ayahnya dikatakan semakin baik namun beliau masih ditempatkan di HUSM ekoran keadaan banjir yang sedang melanda Kelantan ketika itu.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali turut menziarahi Nik Aziz di hospital pada 27 Disember lalu, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menziarahi beliau beberapa hari kemudian di rumahnya sebaik saja keluar dari hospital. -FMT
3 ulasan:
Semoga Allah kembalikan kesihatan Tuan Guru Nik Aziz dengan seberapa segera. Aamiin!
bukankah anak TGNA sendiri mengatakan gambar ini gambar lama dan beliau uzur biasa.. mengapa GB masih siarkan seolah-olah nak sebar fitnah bahawa TGNA sakit teruk sangat.. apa muslihat GB?
Tuan Guru uzur Kerana keuzuran nya Tuan Guru lemah dan kesihatan nya terganggu
Uzur ini tak ada cara untuk di sembuh dan berapa lama semua nya ketentuan Tuhan
Doakan dalam keadaan Tuan Guru sekarang ini Tuan Guru di beri kesejahteraan dan ketenangan
Sempat mencium tangan Tuan Guru semasa lawatan ke Pejabat MB dan bertemu Tuan Guru di Mesjid Subang
Entah lah rasa macam ada hubungan kasih dengan Tuan Guru walaupun hanya bertemu dengan nya sebanyak dua kali
Permudahkan lah perjalanan Nya Ya Allah Jika di panjangkan umur nya Kau berikan lah kekuatan Mu kepada Nya dan beri kan lah kesempatan pada ku untuk bertemu dengan saudara ku ini di Sana Amin
Catat Ulasan