Kuala Lumpur: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.
“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.
Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.
“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.
Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.
Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.
Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.
“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?” ujar beliau.
Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.
“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?
“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.
Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.
“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.
“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi. Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.
“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,” tambah beliau.
Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.
Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.
“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “ tegasnya.
Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.
“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.
Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.
“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.
Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. -FMT
Masalah dalaman PAS punca (Jualan) Harakah jatuh
Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.
“Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya,” katanya pada program ‘Harakah dalam bahaya’ dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.
Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan “adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam.”
Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.
“Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.
“Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ,” katanya.
Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.
“Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.
“Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.
Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR. -FMT
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalanlah... terdedah segala pekung yang tersimpan...
Pom pang pom pang nak debat isu LBT, serang rakan-rakan dalam Pakatan ... kini Allah dedahkan rupadirinya yang sebenar.
GB dah lama tahu tapi tak berapa berani nak mendedahkan. Almaklum GB ni ahli kerdil. Tak mampu nak lakukan macam Cikgu ishak Surin dan Dato Tarmizi Mohd Jam lakukan semalam.
GB pernah menulis untuk Harakah sewaktu Harakah berpejabat di Jalan Pahang lagi. Semasa itu belum wujud Harakahdaily. Sebagai seorang ahli PAS yang komited yang mahu berita-berita PAS tersebar luas ke seluruh negara, GB menulis berita-berita untuk membuat liputan aktiiti-aktiviti PAS di negeri yang GB tinggal. Ada juga berita-berita yang jadi Headline mukadepan Harakah waktu itu. Semasa itu GB menggunakan mesintaip buruk yang dibeli sendiri... hantar berita dan tulisan ke Harakah, walaupun lansung tidak dibayar sesen. Ketika itu GB hanya berbekalkan keyakinan Allah membantu GB. GB mencari duit dengan cara menjual Harakah dan kaset-kaset ceramah. Semuanya itu sudah menjadi sejarah.
Apabila dunia berubah dengan kehadiran internet GB beralih menjadi penulis maya... GB memulakan dengan nama pena "Mahazalim". Masa itu belum ada haraakahdaily, malaysiakini, Malaysian Insider, FMT dan sebagainya. Setelah setahun, tiba-tiba GB diuji Allah dengan sakit tenat yang menyebabkan Laman Reformasi kendalian Mahazalim ketika itu terpaksa diserahkan kepada orang lain. Pengendali mahazalim selepas GB berjaya menjadi seorang YB!
Ketua Pengarang harakah Sdra Ahmad Lutfi Othman, ketika itu Ketua Pengarang DETIK ada mewawancara GB melalui email. Boleh baca: Nostalgia : Wawancara DETIK Bersama "mahazalim"
Setelah pulih dari sakit tenat, rahmat Allah s.w.t. luas dan GB dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dan alhamdulillah kini GB berblog di sini...
Berbalik kepada cerita Harakah. Jualannya merudum. Malah ranking Harakahdaily juga turut merudum. Disebarkan kempen "Satu keluarga Satu Harakah"...namun bagi GB kempen itu akan menjadi sia-sia jika tidak ada perubahan bkan saja dalam pengurusan Harakah, malah di dalam parti sendiri. Seperti kata Cikgu ishak, “bukan Harakah sahaja dalam bahaya malah PAS lebih dalam bahaya”.
Mengurus & memimpin adalah tugas dan kerja orang profesyenal. Bila tak dipimpin dan tak diurus oleh mereka yang profesyenal, jadilah sepert Harakah, jadilah seperti kerajaan PAS di Terengganu dan Kedah yang sempat diperintah cuma sepenggal... Berbeza dengan kerajaan Kelantan dibawah TGNA, berkeupayaan untuk bertahan berpenggal-penggal, sekalipun TGNA bukan dari kalangan profesyenal tetapi TGNA sentiasa meyakini dan bekerjasama dengan golongan profesyenal, tidak angkuh dan sombong seperti yang ada sekarang. Renung-renungkanlah!
GB ada hujjah yang banyak untuk menyatakan begitu, akan bersambung di kesempatan yang lain.
Tentang Mustapha Ali ni, dah lama GB suruh tukarkan iaitu sejak tahun 2011 lag. Boleh baca ulasan GB di : Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti
28 ulasan:
Memang kita ada internet dan baca dari blog tapi ada yang masih terus membeli Harakah kerana menyokong perjuangan PAS se mata mata Tapi semangat nak membantu perjuangan PAS terbantut bila bermula kisah dan gambar Nasharudin yang mengikut Najib Tentu Nasha ada kuncu kuncu dan kawan yang masih dalam PAS atau yang perangai sama macam Nasha Mustafa
Lg satu psl ust mokhtar senik tolak abu...ape maksud....sokong umngok la
Tuan GB,
Aku bukan x beli harakah, nak baca harakahdaily pun dah naik meluat. Kecewa sungguh dgn Pas skrg. Aku suspect mustapha ali, nasarudin n UG gang ni sleep agents UMNO. Sorry la tuduh, tp. Nampak dah true colors diorg ni. Cuma Nasaruddin nmpk dulu. Yg lain ni baru2 nak nampak. Yg paling bodoh kat sini org yg menurut terutama so called ulama. Suruh wala' ceh! Memalukan islam puak2 ni..seriously aku cukup kecewa! Aku nak lihat perubahan..somebody or group dlm pas kena buat revolution. Tp bukan mcm MIC... Khalid samad sorang x cukup. Itu pun dia dok cuba cover2 lagi.masih wala' kot..
memang terang2 kebodohan dan kebahlulan tarmizi md jam tu - tak tahu nak lapor kerana takut langgar prinsip PR!!!!!! Patut le kena pecat. Harakah tu PAS punya ke PR punya??? Kena jaga prinsip PAS yg dah sedia termaktub dlm perlembagaan ke nak jaga prinsip PR??? Kalau dah itu pun tak tahu pegi kawan dgn lembu je la
Hamba pernah jadi pemimpin kecil pas peringkat pemuda pas dungun tahun 80an - 90an . pernah bermusyuarat Dgn MA TGHD. BC dn nama besar pas TRG . sampai Bab kewangan .... Kutipan ceramah sepanjag siri ceramah 3 bulan masa tu . soalan hamba kenapa kutipan 20 ribu sedangkan catatan pemuda hampir 200 ribu. Kemudian belanja 20 ribu . jadi senangnya penyata kewangan . saya bertanya saya kena marah ..
Kerana saya org baru . TGHH Dan MA xterkata pa senyap. Lepas beberapa minggu saya dilebel Toruk oleh Bendahari pas.akhirnya saya keluar dari pimpinan . Islam ITU amanah . Islam ITU brrsih drp pecan amanah . apa komen anda
MA dgn skandel balak . mengkayakn kroni dn saudaramara hingga pas jatuh kpd BN 2004. Xada langsung ciri ciri pimpinan Islam . kepala Pas ekor BN .... Perut pun BN
Kami mahukan penghijrahan! Sebelum masalah ini semakin membengkak, tolonglah pulihkan PAS & Harakah dengan segera. Jika tidak, semakin bertambahlah mereka yang enggan mengundi PAS & membeli Harakah.
memang terang2 kebodohan dan kebahlulan tarmizi md jam tu - tak tahu nak lapor kerana takut langgar prinsip PR!!!!!! Patut le kena pecat. Harakah tu PAS punya ke PR punya??? Kena jaga prinsip PAS yg dah sedia termaktub dlm perlembagaan ke nak jaga prinsip PR??? Kalau dah itu pun tak tahu pegi kawan dgn lembu je la
Anonymous 1:28 AM
Anon 1:28 memang jelas bodoh dan bangang.
Muktamar PAS setiap tahun suruh kukuhkan PR tapi yang puak UG sentiasa mencabul resolusi itu.
PAS sebagai seuah kapal kecil yang berada di dalam kapal besar Pakatan Rakyat. Kapal kecil bocor tak mengapa jika kapal besar kukuh. Tetapi jika kapal besar bocor semua tenggelam.
Logik itu pun tak faham jugakah?
Kamu yang sebenarnya berotak lembu...
masalah besar ,surat kabar besar ! gila kuasa besar ! kemelut besar ! last spenda besar kah kah kah ! ABU jangan lupa !
Setopa Ali dok rok secetong
Pemimpin PAS dari kalangan yang digelar Ulama sudah gagal mentarbiahkan pemimpin mereka yang kononnya lebih Islami dari yang lain khasnya dari kalangan ahli ahli professional. Bagaimana nak laksana sebuah negara kebajikan sedangkan pekerja akhbar resmi parti pun tidak di beri kebajikan. Semua orang tahu pekerja mesti dibenar pencaruman KWSP. Kalau ini pun mereka gagal laksana bagaimana nak jaga negara Malaysia.
Elok lah Mustafa yang bercakap pada saya lebih berculupar mulut dari LGE letakkan jawatan dan kembalikan Harakah kepada mereka yang tahu menguruskan nya.
Sedikit demi sedikit terserlah sikap mereka yang bergelar Ulama dalam PAS. Mereka kini lebih berminat untuk melompat masuk trailer BN yang penuh sarat dengan 14 parti nyamuk yang tidak mendapat sokongan majority rakyat pun yang kononnya diwakili oleh mereka. Kebanyakkan pemimpin yang guna SERBAN BESAU tidak langsung fikir kebajikan rakyat Malaysia atau ahli PAS. Mereka lebih penting kepentingan anak cucu dan MENANTU. Sudah lah PAS. Baik aku sokong DAP. Sekurang kurangnya mereka patuh pada Undang2 dan peraturan.
Apabila seseorang itu hidup dengan mengejar KEMEWAHAN dan bukan KEPERLUAN, maka spesis ni akan menjadi serupa dengan spesis UMNO. Lihat saja pada "barangan mewah" yang ditonjolkan oleh puak agama dalam PAS, yang kononnya PEJUANG ISLAM. Fikir-fikirkan dengan sejelas-jelasnya.
KEMEWAHAN tu milik SYAITAN. KESERDAHANAAN tu tuntutan Allah swt.
Tuan-tuan sekelaan yg ada dizini..Gwe merayu janganla mencele-cela idolisz Gwe prof media emeritus Mustaffa yaa Ali.....sampainye hati u olds..hibaaaa hati akuaaaa!..sampainya ati u olds Mengguris-guris perasaan aaku...Sssob-sob!!
Senang citer broooo... MA tak islamic soo apa tunggu lagi, baik belah secara terhormat sebelum dibelahkan !
Saya pernah ke kedai buku di jalan Pahang untuk membeli buku keluaran Harakah..kedai yg cantik tapi sudah pukul 10 pagi masih tidak dibuka..Bertanya pejabat harakah berdekatan....barulah salah seorang kakitangan membuka kedai...waktu bernia pukul 9 pagi ...tapi hampir 10 pagi kedai masih berkunci....
Sejak haji hadi n the ug geng buat perangai, aku dah tak beli lagi paper harakah dan blog harakahdaily pun aku dah delete dari senarai bookmark hp aku...dah naik meluat tengok cara hj hadi n the geng ug skrg mentadbir...kpd yg akan kata aku ni geng cybertrooper umno yg menyamar...aku cuma nak kata pala hotak kau berjambul...aku membesar kat tepi tmn melewar, himpunan rakyat x pernah miss turun dan dpt gas pemedih mata dan air asid gatal, tp skrg dah rasa tak stim lagi dgn pas ni...kecuali jika hj hadi dan geng ug diundurkan dgn segera...
Salam semua.
Anda semua pembeli harakah. Sekarang dengar pula cerita penjual harakah iaitu saya semdiri.
Saya bukan ahli pas tapi sokong perjuangan pas. Sebab itu saya jual harakah sejak tahun 1991. Masa paling top jualan harakah ialah mulai era reformasi, jualan setiap terbitan boleh capai hingga 800 - 1,000 naskah.
Biar pun kena rampas oleh KDN beberapa kali, saya tetap jual juga.
sejak 5 tahun kebelakangan ini jualannya merudum dengan teruk sehingga hanya di bawah 50 naskah setiap terbitan.
Tahun 2012 hingga 2014 saya hanya boleh jual 20 naskah sahaja setiap keluaran.
Saya tolong jual sahaja, tidak ambil satu sen pun untung. Hanya tolong dapatkan untuk rakan-rakan yang dahagakan harakah.
Kini tahun 2015, saya hanya dapat jual 15 naskah sahaja setiap keluaran. Kenapa tinggal 15 naskah sahaja yang laku dijual?
Walau pun berdepan dengan serbuan oleh KDN, saya jual juga. Kenapa?
Tanya Mustafa Ali
Anon 30 January 2015 at 1:49 AM; insiden duit derma kena songlap memang selalu jadi di Ganu. Nampaknya memang gejala syaitan yang sepatutnya Allah tarik kuasa memerintah dari PAS Ganu tu sebelum hancur seluruh parti PAS. KWSP tak leh nak bayar...rahmat apa untuk semua ape bende parti Islam hoi. Belum lagi memerintah Malaysia dan ada kuasa penuh. Mampus kita rakyat bawah-bawah ni. Kena Al-Quran, Hadis dari ULAR MAK semua kena patuh...kalau tak derhaka dan pengkhianat huhu. Mesti ada sesuatu yang Stopa tu pegang sampai Hadi tak berani jentik Stopa. Apa gaknya ye?
Kenapa gatal Sgt nok kahwin dgn PKR. Dok fikir pjg sebelum buat dasar . skg anuar dicela dap dimaki . apa ke jenis .... Dok boleh pegang buku
Budak Bshalol di angkat pemimpin ; common sense lah pasti hancur jadi nya.
Bagai Keldai di suroh belari setanding Kuda...
Orang orang Melayu saja
sekarang ni tenguk muka najib boleh tahan lagi Tapi bila tenguk muka muka puak ug terutama presiden sakit hati
rupanya cop hitam kat dahi tu sama jenis hitam nya pada dahi saifol
Memang Tuhan uji kita Usaha kita supaya Islam dapat diterima oleh kaum lain (bukan masuk Islam) rupanya di halang oleh ulamak UG
Akhirnya tembelang pecah jugak dgn Esos dgn duit kutip derma last2 nanti dah brp juta pulak hularmak telan umpan dok ulangalik ulangalik London tu
khianat fitnah dan rasuah krn rasuah lah trgamak putar belit buat khianat dan jugak fitnah
Wala pemimpin pas adalah wajib, ini kerana hanya pas Ada ulama. Dap itu hanya communist cina agenda yahudi, pkr pula hanya boneka Amerika dan turkey secular. Hanya pas yang suci mulia, wala tu wajib.
Kepada penyokong pas ug, betul Tak?
Really? Nanti penyokong tuan presideng akan belasah tuan kerana tidak wala.
Hehehe
It has been gone case. UG successfully breaks down pr dan parti mulia from inside. Unmo will continue win next 2-3 pru, dap may lost pp too. Not to mention slgor and kltan.
Blame who? Blame the members always wala wala wala without logic thinking.
Kereta hellfire besar mahal. Jadi lar orang tu macam hellfire kilat. Dia naik hellfire tu pergi tangkap Judi haram dan buat statement cina masiat Judi. Tapi dia diam jer masa raja Judi Phua tu besar cerita?!
Parti munafik, terang terang dengan orang atas yang Pakaian suci mulia tapi buat kerja kotor politik. MUNAFIK
Standard lar Gaya kerja anmo. Sekarang parti suci mulia orang atas pakai suci mulia pun ikut?
Sesungguhnya anak2, harta benda menjadi finah pada kita.
Masa harta tak banyak, anak2 masih kecik, manusia (pemimpin esp termasuk PM dulu2 & Dr Mahathir), ni biasanya ikhlas kerja kerana Allah.
Bila peluang2 cari harta terbentang, orang lain pula berebut2, anak2 pula membesar di zaman canggih ni yang perlu harta, kemewahan, maka yang mula2 ikhlas/zuhud tu bole berubah.
Mulale ceramah sana sini bahawa harta tu tak salah di sisi agama , kalau digunakan untuk agama. sedangkan masa guna proton murah dulu2, ceramah sana sini bahawa harta akan jadi fitnah. Betul tu.
Sekarang Velfire boleh digunakan untu dakwah, tak sakit badan sebab selesa , nak dakwah sana sini kalau badan sakit2 macam mana kan?
Pendengar dulu2 masih ingat, mereka memerhati, tapi pendakwah2 mudah lupa, termasuk pemimmpin mcm Dr M dll tu.
Mereka jadi tontonan. Kalau artis pakai tudung rende2 berlebih2, kereta RM500K, org tak heran.
Kat Msia ni kalau pakai innova baru pun kira ok kot,bawa pun paling laju 110km/jam, bkn bole bawa pecut. ok le tu utk pendakwah2.
Tapi velfire & alpart 2nd hand pun bknnya sampai >RM200k pun, kan kan.. tapi sbb kereta2 tu melambangkan kemewahan di Msia ni, jadi lah fitnah.
Mcm pendakwah2 pakai motor besor >RM20k, pun jadi fitnah. Pakai le yg ard RM5k ke.
Entah lah ..sekarang zaman fitnah semakin teruk, dgn fbnya, cctvnya, it nya .. Allah lah yang tau cerita sebenar.
Nak puaskan hati semua manusia, mana bole.
Catat Ulasan