Papagomo diperintah bayar ganti rugi kepada peguam bersabit artikel berbaur fitnah
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.
Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.
Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.
Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.
Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.
Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.
Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.
Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.
Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri. – Bernama, 15 Januari, 2015.
ULASAN GB
Papagomo setakat ini telah kalah tiga kes di mahkamah, pertama dengan seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Nor dan diperintahkan untuk membayar RM500,000 kepada ahli perniagaan tersebut. Baca SINI.
Selepas itu papagomo kalah lagi dan diperintahkan membayar RM800,000 kepada DS Anwar Ibrahim. Baca SINI.
Dan kini papagomo kalah lagi di tangan peguam Mohd Shukri.
Banyak lagi kes mahkamah sedang menunggu untuk menghukum papagomo. Sebelum ini GB ada mengulas dan "jangkaan" GB menjadi kenyataan di mana "precedent" yang ada memudahkan saman-saman lain terhadap papagomo.
GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.
Sekarang beliau tidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri.
"Precedent" ini akan memudahkan saman-saman yang lain terhadap papagomo terutama saman-saman daripada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.
Diantara kes-kes yang menunggu ialah saman dari Husam Musa, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, AJK Pemuda MCA, Chong Sin Woon, bekas isterinya Bellina Omar Sharifuddin Chin dan banyak lagi.
Sekalipun beliau cuba untuk mendapat perlindungan dari para menteri dan polis sendiri, namun ia sesekali tidak akan dapat menyelamatkan beliau dari dihukum dengan Hukum Kebenaran dan Keadilan.
Ulasan GB sebelum ini:
Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..Selagi beliau tidak bertaubat dan meminta maaf terhadap orang-orang yang menjadi mangsa fitnahnya beliau akan terus ditimpa kehinaan. Begitulah juga untuk sekalian macai UMNO yang mengikuti jejak langkah beliau.
Menteri-menteri termasuk Najib tersenyum riang seolah-olah berbangga dapat bergambar dengan penjenayah yang bernama papagomo itu. Kerana papagomo banyak membantu mereka dan UMNO dalam kerja-kerja menabur fitnah terhadap Anwar dan pakatan Rakyat.
Apatah lagi hampir kesemua menteri-menteri berkenaan adalah terdiri mereka yang buta IT. Jadi dilihatnya "kepakaran" papagomo menggunakan IT menghasilkan tulisan dan video fitnah bagi memburukkan pembangkang sebagai satu aset berguna untuk mereka.
Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Papagomo PASTI hancur binasa walaupun dikelilingi menteri dan pendana menteri. Hanya menunggu masa dan ketikanya kecuali beliau bertaubat nasuha.
5 ulasan:
Jaga jangan sampai dia pulak yang terlepas ke Australia Ramai kawan dia tu
Mou halap pak menteli tolong baya itu saman, banyak soli lo. Itu toke judi jugak moleh tolong sama lu pun sula kantoi maaa.
tarak apa wo lia atak manyak kawan menteli-menteli bole kasi tolon bayar saman wo ! Alhamdulillah syukur hukum kebenaran & keadilan dibayar cash lagi di dunia daa ! Syukur kita nak tengok mangkuk tandas ni tersungkur :)
Ini pun Pak Sanggup !
Sanggup masuk mahkamah Ketua Ketua kawan dia berdekah dekah Kah Kah Kah
Pak sanggup masuk api neraka
Pak sanggup ni terlebih sanggup Orang suruh fitnah kan Anwar dia pulak habis semua orang dia fitnah
Maka jadi lah Papagamo PAPAKEDANA
Catat Ulasan