15 Jan 2015

Ini Dia Wajah-wajah Sebenar "Pak Sanggup" Bunuh Altantuya


Wajah dua pegawai polis yang menjadi Pak Sanggup bagi misi membunuh Altantuya, Sirul Azhar (kiri) dan Inspektor Azilah Hadri (kanan) mula tersebar hari ini.



Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) tersebut selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya

Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.

Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah.

Polis sebelum ini telah mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober tahun lepas.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh selepas menyemak rekod dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Setakat ini memang Imigresen sahkan dia ke luar negara iaitu Australia dan dia ke sana bulan sepuluh tahun lepas.

Australia pula dilaporkan tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar, demikian lapor malaysiakini.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.


Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa

Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.

Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul.

Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:

* Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas.

Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.

Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.

Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

* Mengapa dan siapa Azilah telefon?

Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya?

* Mengapa motif tidak dijelaskan?

Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu.

Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu?

Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media.

Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.

* Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai "kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan?

Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri?

* Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?

* Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu?
(Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan)

* Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya?

Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasat oleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara.

Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.

Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak bulan lepas.
-mk




ULASAN GB

Cukup aneh. Sirul Azhar semacam sudah tahu bahawa beliau akan menerima hukuman mati walaupun sebelumnya Mahkamah Rayuan telah membebaskannya.

Selepas itu, dia berjaya meloloskan diri lari ke Australia. Dia semacam sudah tahu (atau diajar?) supaya lari ke Australia kerana di Australia tiada hukuman mati di dalam undang-undangnya. Lantaran itu Sirul selamat dan hanya akan dilepaskan oleh Australia jika Malaysia berjanji untuk tidak melaksanakan hukuman mati berkenaan.

Kedua, persoalan "motif pembunuhan Altantuya" masih kekal misteri.

Siapa watak sebenarnya mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya bunuh ALtantuya?

Mengapa saksi-saksi penting tidak dipanggil dan macamana Razak Baginda boleh dibenarkan lepas dan tingal di luarnegara sedangkan perbiraaan kes Altantuya yang melibatkan dirinya masa itu masih berjalan?

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kes pembunuhan Altantuya semakin menghampiri penghujungnya. Mungkin Razak Baginda adalah dalang di sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Selain drp kes Al-Tantuya ada bbrp kes lg sgt-sgt mengecewakan rkyat dimana sulohan CAHAYA sbnr2 keadilan sengaja dipadam-GELAP segelap2nya demi kekejaman dan kezaliman yg nyata brmaharaja lela keatas..
--Teoh Beng Hock
--Sarbaini
--Adik Aminurasyid
--Kugan
--dll

Rakyt yg waras dah dpt mnjangka sgl mcm kecurangan cacamarba bejat-bobrok serta porak-peranda yg akan trjd kpd negara ini dibawah gerombolan haramjadah setan2 yg tlh pon dikenali..

Yg PELIKnya..
Ada segelintir yg PRASAN mengaku sbg ulamak FAKEH suci ingin berkolabrasi HUDUD dgn sizalim haramjadah yg dah pon trkenal sbg puak setan2 yg dikenali!?

Siapa yg sbnr2nya LEBIH jahat serta mnjd yg sbnr2nya LEBIH bodoh..lu org sume pikir laa ssendiri???

Adjie123 berkata...

Sirul is the smart guy.... by running away to Australia, the Altantuya case is still not closed..

Tanpa Nama berkata...

Ada ke spesies ulama fakeh dlm negara..setahu hamba yg ada ulama umno, ulama pas, ulama wahabi, ulama takfiri, ulama, sunnah, ulama shiah, ulama tradisional, ulama kontemporari, ulama fundamentalist, ulama koservatif, ulama bebas... masing-masing berpolarisasi mengikut doktrin mazhab ...justeru timbul ketidakseragaman pendapat yg menyebabkan masyarakt sering tersilau & terpukau. FS21

Tanpa Nama berkata...

Kes menghina Sultan dan Alvin Tan kedua dua paspot indvidu tersebut tidak di perbaharui supaya mereka menyerah diri

Yang sorang lagi mana ?
Hawai kot ?

Tanpa Nama berkata...

Begini lah nasib pasukan keselamatan negara

Sirul dan Azilah kerana Menurut Perintah
Zaidi kerana di katakan tidak Menurut Perintah

Bersama rakyat demi perubahan

Tanpa Nama berkata...

Siapa watak sebenarnya mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya bunuh Atlantuya?

Tanya Daim
Kadir Jasin kata hasil siasatan selidikan dan maklumat Daim tepat kerana mempunyai sumber yang cukup baik

Tanya Tun Mahathir
Pengaruh dia masih kuat dalam UMNO

Kalau betul lah orang nya yang pernah membantu seseorang untuk mendapatkan biasiswa maka malang sungguh Malaysia

Kes Liwat Anwar mereka boleh tak masuk campur dengan alasan keperluan politik Tapi ini tak ada kena mengena dengan politik

Tanpa Nama berkata...

Sampai ke tali gantung jadi Pak Sanggup

Sanggup berpisah dengan keluarga
Sanggup menanggung salah orang
Sanggup hidup segan mati tak mahu
Sanggup ikut perintah manusia dari perintah Tuhan

Dengan semua kesanggupan ini Pemimpin UMNO sanggup bela raja judi

Unknown berkata...

Di manakah letaknya maruah Australia jika sanggup membenarkan orang yang telah disahkan oleh undang-undang negara jiran sebagai seorang penjenayah (pembunuh) tinggal di bumi mereka?

Unknown berkata...

Kedua-dua kes ini sepatutnya membuka mata dan minda pasukan keselamatan agar dapat mengenali yg mana satu intan dan yang mana satu kaca.

Tanpa Nama berkata...

I think he was guided to escape that way. By whom? You may guess.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Sdr Mustapa, tapi malangnya disiplin pasukan itu adalah mesti patuh arahan pegawai atasan.

Tanpa Nama berkata...

Dasar perundangan Australia membantah hukuman mati. Sekiranya Australia memulangkan pesalah untuk dihukum mati, maka maruahnya sendiri akan tercemar kerana melanggar dasar sendiri. Yg sepatutnya dipersalahkan adalah pihak imigresen kita yg boleh menyebabkan lolosnya penjenayah untuk keluar negara. Tentu ada dalang disebalik semua ini.

Tanpa Nama berkata...

Satu demi satu musibah timpa negara dlm era PM 1Msia ...isu ekonomi, keselamatan, kemelut sosial, alam sekitar, kemelut agamawan... Yang pastinya PM menghadapi ujian & dugaan...& juga, yang pastinya para ulama akan terus berkelompok berpolarisasi berkem mengikut rentak politik & aliran mazhab. Yang parahnya, sebilangan besar generasi melayu islam abad 21 akan terus menari mengikut rentak politik pecah-belah dlm keadaan qalbu yg bercelaru..terpukau & tersilau. FS21

Tanpa Nama berkata...

Malam raya nanti dia balik lah tu

Tanpa Nama berkata...

Yang tak bayar hutang PTPTN dikawal ketat tak boleh ke luar negara.

Anti Fitnah berkata...

Inilah akibatnya bila kita bersuhabat dengan setan. Habis madu sepah dibuang.
Utk saudara mustapha m, kenapa nak salahkan Australia? Kan undang-undang depa mcm tu. Kenapa harus depa menghormati undang-undang kita sedangkan kita sendiri mempermainkan undang-undang kita? Kita tak perlu mempersalahkan sesiapa pun sekiranya sirul tu tidak dibenarkan keluar negara, kan?
Jangan asyik menuding jari kat orang lain seperti geng UMNO, PERKASA, ... dan sewaktu dengannya agar kita tidak diperlihatkan sebagai spesis yang TIDAK CERDIK.

Tanpa Nama berkata...

Elok lah mereka dua orang ini biasa kan diri dengan kain kapan.

Unknown berkata...

dua ekor bahlul ni....tk der otak ..untuk berfikir....ikut arahan bodoh pun ikut jugak....patut tnya la dulu....yg nk dibunuh tu penjenayah ke apa...klu bukan ...jgn la ikut arahan...klu org suruh terjun lombong ko pun ikut...tu bahlul namanya....klu ada orang yg arah diorg buat kerja terkutuk tu....napa tk sebut je kat mahkamah nama dalang tu....ni yg pelik...bin ajaib....peguam diorg ni pun ngok jugak....mkn upah buta kot