30 Okt 2014

Blog Pun Kena GST - Blog GB Bakal Ditutup?

Menurut maklumat dari melvister.com, pemilik laman blog (web) atau forum turut kena GST bermula 1 April 2015.

Setelah pelaksanaan GST dijangka akan dilaksanakan mulai awal bulan April 2015, kesemua pemilik blog (website) atau forum yang menjana pendapatan menerusi platform tersebut tidak akan terkecuali untuk membayar cukai GST.

Manakala, platform online yang tidak menjana menjana pendapatan atau dibina sebagai untuk tujuan peribadi tidak akan dikenakan GST.

Seperti sedia maklum, pelaksanaan GST yang menggantikan sistem cukai sedia ada iaitu SST adalah berkonsepkan menyeluruh dan adil dimana semua perkhidmatan/ perniagaan secara online mahupun offline wajib membayar cukai tersebut.

Admin blog Kelab Greenboc belum lagi membuat keputusan samada akan meneruskan blog ini atau tidak apabila GST dikenakan kelak. Sebenarnya, pendapatan dari blog tidaklah sebesar mana, sekadar membantu membayar talian streamyx/broadband yang umum mengetahui harga internet dan jalur lebar di negara ini adalah terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Setelah sekian lama berjuang di pesada siber, berkemungkinan besar ramai para blogger akan terpaksa menutup blog masing-masing, apatah lagi selama ini, perjuangan para blogger ini sekalipun diakui telah banyak membantu khususnya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya, namun tiada rancangan khusus dari parti untuk membela dan menyokong usaha para blogger ini. Cukup malang nasib kami... tapi apakan daya... hanya Allah tempat kami berpaut selama ini.

Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Siakapkeli.com melaporkan, melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.


Menurut blog tersebut, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TIDAK! JANGAN TUTUP!!!

Tanpa Nama berkata...

Celaka punya kerajaan ayahanda najib sampaikan pendapatan internet pun kena gst. Ini i 1 of the forex trader kena impaknya juga. Ini dah tahap melampau dah.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu usaha nak matikan perjuangan rakyatlah katakan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tutup Blog, berjuang habis-habisan menutup peluang BN menang PRU14 nanti

Jeman berkata...

tutuplah GB.. pimpinan Pas trutama puak UG pon bkn hargai perjuangan blogger slama ni.. ada duit buat beli vellfire je pon...

Tanpa Nama berkata...

Kalau perniagaan online yang bertapak di luar negara macam mana, I.e. Amazon.com, Agoda.com?

Tanpa Nama berkata...

What kind of madness is this?!!
Sangat2 tidak rasional bila dengar blog kena gst!
Kemaruk betol nak kumpul duit!

Tanpa Nama berkata...

Jd GB kena up kan lah fee untuk orang berniaga yang guna blog GB

Yang masuk bagi komen nak jual kayu api ke jual tanah ke sebelum siarkan bagitahu anda akan di kenakan fee sebanyak jumlah sekian Sila masukkan ke dalam akaun berikut

Kalau tak jangan siarkan Blogger mana yang bertahan lama adalah yang akan beruntung

Tanpa Nama berkata...

Dan sebarang komen dari saya yang di siarkan oleh GB akan di kena kan bayaran apabila GST di laksanakan

Jangan marah Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Kalau sampai segala benda kena gst
boleh percaya ke bontot sialpol free free gitu je masuk mahkamah

Li berkata...

Kalau sales atau turnover dalam satu tahun kewangan kurang dpd rm500 ribu, jgn jadi bodoh utk voluntarily register gst.

Ali Wowberita berkata...

GST = gasak sampai tinggal tulang...hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Apa maksudnya "platform online yang tidak menjana menjana pendapatan"? Bagaimana dengan affiliate? Adakah bermaksud produk sendiri sahaja?

Tanpa Nama berkata...

tak cukup lagi ke gaji pak cik menteri ni sampai blog pun dikenakan GST? Elok GEMPUR SAMPAI TUMBANG saja kerajaan Be End ni.

Tanpa Nama berkata...

Syabas kepada kaum pandai yang sokong kerajaan BARANG NAIK.

Nanti bersama orang ibrahim kasar salah dap atas isu gst dan kenaikan harga barang.

bat8 berkata...

Ali

Inilah takrif GST yang paling tepat.

Kita harap cai-cai UMNO bol3h faham dengan takrif ini. Mereka juga akan kena gasak sampai tulang sama seperti orang lain juga. Antara cai-cai UMNO dan kita, merekalah yang paling bangang dan bahalol kerana menyokong dan redha kena gasak sampai tulang.....hahaha.

Bayangkan p3nyokong tegar membuta tuli dikampong-kampong te4kial-kial bila kena gasak sampai tulang. Betul BR1M naik tetapi berapa lama jumlah itu m3mbantu. Selepas duit BR1M tu habis, hari-hari mereka kena gasak sampai tulang seperti kita yang tak sokong GST!

Tanpa Nama berkata...

GB teruskan perjuangan!!!Jatuhkan BN, UMNO dan UG

Tanpa Nama berkata...

Minta menteri KJ bg pdgn kpd menteri2 yg tk fhm erti rakyt yg menderita. Dgn beban kos sara hidup yg tinggi.

Tkde cara lain ke kerajaan ni semua tax...rakyat baru nk blaja berblog dan berFb..
Kj menteri yg buka minda dan yg cerdik sikit dalam BN