6 Feb 2014

TOL Tangguh Tapi Insurans Bakal Dinaikkan, BN Perbodohkan Rakyat

BN perlu beku kenaikan insuran kereta, rakyat sedia terbeban

Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyifatkan pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan ke atas syarikat takaful adalah tambahan yang membebankan rakyat.

“Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, namun kenaikan insuran 15 peratus adalah kenaikan yang tinggi.

“Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda,” kata Azrul yang dipetik daripada kepada Keadilan Daily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan kenaikan premium insuran takaful 15 peratus membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan bas ekspress, bermula 15 Februari ini.

Azrul berkata, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

“Di bandar ada pengangkutan awam, jika ingin berjimat. Tetapi, penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam dan terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

“Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika enggan bayar, pengguna tidak dapat cukai jalan. Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan dan penduduk bandar turut terbeban.

“Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ini cukai jalan pula akan dinaikkan,” katanya. -selangorku


Pembangkang Gesa Beku Kenaikan Insurans Kereta


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan membekukan pelarasan kadar baharu insurans kenderaan yang dijangka akan berkuat kuasa 15 Februari ini.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) berkata, kenaikan kadar premium insurans akan meningkatkan lagi bebanan rakyat khususnya ketika peningkatan pelbagai kos lain.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengeluarkan arahan segera agar kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta-merta dengan mengambil kira kesusahan rakyat sekarang.

"Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, keatas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu


4 ulasan:

peasra tentera berkata...

jgn ada pemikiran nak duit dari rakyatt saja.... maju kan negara malaysia wahai pemimpin pemimpin... kemana hala tuju rakyat malaysia kalau peluang pekerjaan makin terhimpit... jgn fikir jadi pemimpin ini kira seronok ajee... anda akan disoal dikemudian hari akan kemana hilangnya duit rakyat walau pun nilainya 1 sen anda akan di soal. kalau cakap sebesar zarah mungkin pemimpin2 tak faham.. ingatlah buat masa sekarang malaysia hanya negara nak membangun... bukan negara maju....

Awanama berkata...

kalu janji-janji dr pemimpin2 umno (melayu penipu) jgn percayalah. selepas prk kajang nanti kita sama2 tengok. dah banyak bukti dan janji2 digula-gulakan untuk rakyat.

Awanama berkata...

Inilah permainan silap mata BN. BN sudah tak pandai cari pendapatan dari sumber lain; yang ia pandai ambil wang daripada rakyat.

Naikkan premium insuran untuk bayar kepada konsesi lebuhraya RM 400. Inilah hasil perjanjian bodoh kerajaan BN zaman Mahathir.

Tak kenyang-kenyang lagi ke makan hasil tol tu. Bukankah kutipan bertambah setiap tahun kerana kenderaan sentiasa bertambah.

Awanama berkata...

Wahai Najib Razak, segala kebaikan yang engkau lakukan kepada rakyat, kami berterima kasih, tetapi segala kezaliman yang telah engkau lakukan didunia ini terhadap rakyat, akan kami claim balik di akhirat nanti. Moga kamu dipermudahkan utk bertaubat sebelom ajal memanggil mu. Moga Allah mengampunkan segala dosa dosa mu..