27 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Jerebu Dulu Boleh Darurat, Banjir Dah 119,000 Orang Tak Isytihar Darurat


Jumlah mangsa cecah 119,000, Kota Baru makin kritikal

Jumlah mangsa banjir di 7 negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang ini.

Di Kelantan, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Baru naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586 orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata limpahan air sungai itu merebak ke beberapa kampung berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Semua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya 7 pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

Bagaimanapun menurut portal itu, bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

"Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan Jalan Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

"Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu.

MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil dibuka semula kepada semua kenderaan.

Keadaan di Pahang pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 pada tengah hari.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang).

Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya Segamat dan Muar.

Katanya 6 pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.

Di Kedah, jumlah mangsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi.

Di Perlis, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini.

Di Perak, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut jurucakap MKN Negeri Perak. – Bernama

RAYUAN DARI KUALA KRAI



KEADAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN



YANG MENGHARUKAN
Dengan berkaki ayam, Sultan kelantan turun mencemar duli
tidak bermain golf...










ULASAN GB

Cukup-cukup pelik. Jerebu dulu yang tidak sampai meliputi satu negeri dan tidak melibatkan ramai rakyat boleh diisytiharkan darurat, sedangkan banjir kali ini melibatkan beberapa buah negeri dan melibatkan lebih 100,000 orang tidak diisytiharkan darurat.

Sudah seminggu puluhan ribu rakyat tak balik ke rumah, tersadai di pusat pemulihan banjir. Segala-galanya musnah ditenggelami air... rumah - barangan - kelengkapan - kenderaan (kereta, motorsikal, basikal dan lain-lain) ditinggalkan malah banyak yang musnah dianyutkan oleh banjir, pun tidak diisytiharkan darurat.

Ahl-ahli Keluarga, anak-anak, suami dan isteri bersepah dan ramai juga yang terpisah....

Bukankah bencana tersebut lebih jauh hebatnya dari jerebu yang rakyat masih boleh duduk bersama di dalam satu rumah?

Apakah jenis mentaliti yang ada di kalangan pak menteri kita di negara ini?

Please lah wahai Najib, wahai Muhyiddin, wahai Mustapa Mohd, wahai menteri-menteri UMNO-BN... hentikanlah berpolitiking demi mengelakkan kezaliman dilakukan ke atas rakyat. Jangan kerana yang ramai terlibat itu rakyat Kelantan maka mereka dipinggirkan dan dizalimi...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasal nak bagi pas buat dun, supaya tak cukup sokongan untuk buat pas malu

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah dibawah kepimpinan TGNA kelantan terhindar bala, MB UG sekarang perlu muhasabah....wallahualam

maae berkata...

Apa merepek ni ? Ini bencana dan tiada siapa inginkan nya. Allah SWT yang tahu.

Bayangkan musibah ini Kerajaan Pusat yang menanggung. Sebelum, tengah dan selepas banjir !

Masih menghina dan mengumpul dosa ? Hebat sangatkah pemimpin2 PR ? Hanya tutup mata sebelah terhadap "kesayangan anda yang sentiasa dalam kemungkaran?"

Buat lah sesuatu yang baik...

Tanpa Nama berkata...

terharu dgn keprihatinan raja2. daulat tuanku!!

ambo90 berkata...

Dalam keadaan sebegini pun masih ada rakyat Kelantan yang otaknya tak mampu berfikir, tak mampu melihat mana kaca mana permata. Sudah sudah ler.....Jangan jadi bengong wehh !

sabit berkata...

ALLAHtaala hanya menguji pd mereka yg tahan diuji oleh ALLAH.. ALLAH tidak menguji kita sbb ALLAH tahu kita yg tak dilanda banjir masih tidak tahan ujian dari ALLAH.. setiap manusia yg hidup di muka bumi perlu muhasabah diri... sebagai contoh Mcmna lah solat aku skjp tadi... entah diterima ALLAHtaala atau tidak

Tanpa Nama berkata...

Nak katakan mcm mana pun lu tak isitiharkan darurat maka negeri BN yg dilanda banjir akn terima akibat.

JANGAN HANYA NAK CONQUER BALIK KELANTAN NEGERI YG LAIN LU ABAIKAN. KELANTAN LU DPT 4 NEGERI LAIN JATUH KE TANGAN PR DI PRU YG DTG. SO BETTER LU BUAT KERJA DAN JANGAN MENYESAL NANTI KALAU ISU BENCANA BANJIR BAHAN POLITIK PR DI MASA AKN DTG.

Tanpa Nama berkata...

Kiter trima qada dan qadar ilahi...sma2 kita bantu apa yg boleh

Tanpa Nama berkata...

Sbg MB PAS kelantan Ahmad Yaakob sewajarnya mulakan inisiatf DARURAT mohon ikhsan krjaan pusat utk istihar DARURAT demi keselamatan ummat..

Sbg presiden PAS pula, hj Hadi juga spatutnya lebih prihatin sprt mana sblum ini dilihat MESRA dgn Najib & Muhyiden utk memohon DARURAT on-the-SPOT demi umat melayu-ISLAM yg mnjd centre-POINT ddlm prjuangan mrk trutama diTrngganu/Klantan..

Adakah kpntingan individu yg sgt berNAFSU utk menunggu sidang DUN mnjd agenda UTAMA...dan kini jls tlh pon trJERAT trperangkap dgn NAFSU serakah diri sendiri yg LANGSUNG tidak mmberi PRIORITY kpd kpntingan-UMAT!?

"mrk cuba meNIPU ALLAH & meNIPU org org yg berIMAN...ttpi TIADAlah yg mrk TIPU melainkan diri mrk SENDIRI ttpi mrk TIDAK meNYEDARInya.."-al-Baqaroh Ayat-9

GB..
TIADA & TIADA "NIAT" yg mampu @ dpt kita sembunyikan drp'NYA..sama sprt "NAFAS" yg kita wajib pasrah sePASRAH7nya menyedut dgn SUMBER dan ketentuan AZALI drp'NYA jua..



Unknown berkata...

Kau orang nak kita semua mapuskah untuk jib isytiharkan darurat ? Banyak belanja wang negara walaupun memang rakyat mangsa banjir layak dapat bantuan sepertimana yang termaktub dalam garis panduan bagi diisytihartkan darurat. kesianlah jib yag berusaha melebur duit negara 1MBD dikepulauan Cayman untuk menarik keuntungan kepada negara, nanti bertambah bankraplah negara dalam pada masa ni pun ringgit dah merudum. Jib tahulah mangsa mangsa banjir tu tahu nak hidup. Mangsa banjir tak tuntutpun yang kita nak sibuk buat apa - jib dah balik mai jenguk mangsapun sudah terhibur dihati mangsa dapat tatap muka banana muntri. Melayu mudah lupa, habis banjir ni lepas 2 -3 bulan org dah lupa dah !!!

5sal berkata...

memang x pelik masa jerubu dulu(muar n ledang)darurat sebab daerah tu masuk dalam negeri dia(muhidin).Kelantan ni bukan negeri dia wat nak istihar darurat. begitu la juga ngan nik amar tu senada ngan muhidin tu.nik amar tau nak cakap pa masa merebut tim presiden dulu dia yang calon kan diri dia sendiri.dia jenih apa tau.dalam tubuh badan seketul daging yang warna coklat.ada kah daging tu masih lagi coklat atau dah 'hitam' dia duk kira dia tak ambik tau rakyat sedang berperang ngan air bah.dia bercakap bagi pihak umno tak perlu darurat.nak tunggu sampai rakyat kelantan jadi mayat baru nak darurat kot? UG/GU tetap bersama umno berpisah tiada.kalau baca komen ni jangan marah macai2 UG/GU yang wala' tu