27 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Banjir Terburuk, Mana Tentera Amerika Yang Datang Dulu?


N Sembilan pula dilanda banjir

Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas.

Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini. Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik.

Di Kelantan, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam.

Cuaca di Kota Bharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak.

Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi.

Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di tempat pemindahan, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,258 mangsa dan Hulu Terengganu 180 orang. Mangsa banjir di semua kawasan terjejas ditempatkan di 95 pusat pemindahan.

Banjir di Terengganu kini sudah meragut empat nyawa.

Di Johor, jumlah mangsa banjir juga bertambah kepada 1,104 orang daripada 896 malam tadi dengan Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu terjejas, menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor.

Lima lagi daerah yang terjejas ialah Muar, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Kluang. -BERNAMA


Banjir : Mayat mangsa bot terbalik ditemui


KEMAMAN: Salah satu daripada pasangan yang hilang selepas terjatuh dari bot penyelamat yang terbalik di Kampung Geliga Che Akob tiga hari lalu berjaya ditemui.

Mayat mangsa Norhayati Sulong dijumpai pasukan mencari dan menyelamat kira kira jam 4.25 petang tadi iaitu kira - kira 700 meter dari tempat bot penyelamat itu terbalik.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa pulang ke khemah operasi oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan penemuan mayat terbabit.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari Rabu, mangsa dan suaminya, Suhaimi Awang, kedua-dua berusia 37 tahun, hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob.

Kejadian berlaku apabila bot penyelamat yang dinaiki mereka bersama tiga penumpang dan dua anggota bomba terbalik akibat terperangkap dalam pusaran arus deras di Kampung Geliga Che Akob.

Abang mangsa, Razali Sulong berkata beliau bersyukur penantian mereka sekeluarga berakhir dengan penemuan mayat adiknya.

Mereka turut mengadakan solat hajat dan bacaan yassin bersama penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat.

“Hari ni kita ada buat solat hajat di penempatan bomba. Jadi Alhamdulillah lepas sembahyang Jumaat tadi kita mendapat khabar berita dimana satu jenazah sudah ditemui.

“Jadi kita pastikan mayat itu dengan adik beradik. Dah disahkan, itu adalah Norhayati yang telah lemas pada hari yang dinyatakan,” tambah beliau.

Beliau berkata mangsa sebelum ini ada menunjukkan sedikit perubahan ketika menempah perabot kayu jati daripada isterinya yang menjalankan perniagaan di Johor Baharu.

"Dia kata dia nak tempah perabot semua warna putih dan dia kata saya rasa selesa dengan perkara itu. Jadi memang kita jangkakan perkara ini akan berlaku," kata Razali.

Razali dan keluarga bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam usaha mencari dan menyelamat adiknya.

Pada masa sama mereka berharap suami mangsa dapat ditemui tidak lama lagi.

Mayat Norhayati yang dijumpai petang ini adalah merupakan penemuan kedua mayat mangsa banjir di Terengganu selepas penemuan mayat remaja berusia 14 tahun, Nurrashidah Baharuddin.

Nurrashidah lemas di Sungai Kesom selepas tergelincir dan jatuh di sebuah sungai yang berdekatan dengan Kampung Kesom Che Nordin, Manir, Kuala Terengganu semalam.
-astroawani


N SEMBILAN DILANDA BANJIR





PELBAGAI



VIDEO BANJIR LANDA NEGERI SEMBILAN
Di Kuala Senaling, Kuala Pilah



VIDEO KEADAAN BANJIR SELURUH NEGARA










ULASAN GB

Beberapa bulan lalu, negara digemparkan dengan kehadiran tentera Amerika di pantai timur Malaysia. Pelbagai spekulasi timbul, ada pihak yang mengkaitkannya dengan kehilangan MH370 sewaktu itu.

Pemuda UMNO Terenggan sendiri terpinga-ppinga dengan kehadiran tentera Amerika itu di negerinya.


Namun Kementerian Pertahanan pantas menafikan dan mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran tentera Amerika itu untuk latihan gabungan yang beroorientasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan Dalam Senario Banjir.


Kini negara sedang dan bakal menghadapi banjir terburuk di dalam sejarah, mana dia anggota tentera yang dikatakan telah melalui "latihan gabungan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan Dalam Senario Banjir" tersebut?.

6 ulasan:

Amuraria berkata...

semua auta pak kasa daa ! pakai dengak la 'laporan' dari sang pengelentong ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Tungku seye belik deri peris dulu ya....

Tanpa Nama berkata...

Seye pung..still di new zealend...keyuh2 besikel.

Tanpa Nama berkata...

Banjir ini bawa berita baik , suburbkan tanah tanah dan bersih kan kotoran di buat manusia.

Tanpa Nama berkata...

Menteri sewel Malaysia pernah menyatakan, pengurusan banjir Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.Mungkin Amerika terlalu malu untuk membantu Malaysia, tak setaraf ibarat orang bisu cuba mengajar budak budak universiti berpidato. Pengurusan APCO mungkin boleh membantu.

Tanpa Nama berkata...

Tolong lah wahai Panglima Tentera Jangan lah buat kami memandang ATM seperti sama dengan SPR dan SPRM

Jaga lah maruah Tentera kerana kamu lah benteng terakhir rakyat dan negara

Kami tak lupa bagaimana Panglima kamu di ragui apabila memberi penjelasan semasa kehilangan MH370

Kerja Tentera tak sama dengan kerja lain yang lebihkan makan gaji kerana pengorbanan mereka tak ternilai