21 Dis 2014

Minyak: Rakyat Pula Kena Beri Subsidi Kepada Kerajaan RM274 Juta


Rakyat bayar harga lebih untuk RON95

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pengguna terpaksa menanggung harga tinggi untuk petrol RON95, sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama Disember 2014 jatuh ke paras kurang dari RM2 seliter.

Menurutnya, formula yang diumumkan oleh kerajaan BN sebelum ini menunjukkan harga RON95 kini telah jatuh ke paras RM1.98 liter tanpa subsidi.

Malah, jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan, maka harga RON95 bagi dua minggu pertama bulan ini secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter, katanya.

"Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin BN pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014.

"Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengiraan itu, beliau mendesak kerajaan BN agar tidak berdolak dalih dan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.

Rafizi berkata, jika harga RON95 yang akan diumumkan pada 31 Disember ini lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ia bermakna BN terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

"Selagi BN tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar, siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi,
" katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam laporan Bernama semalam menyebut, harga runcit RON95 dan diesel dijangka diturunkan di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Jan ini, sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

"Sekiranya harga minyak dunia terus mengalami penurunan selama tempoh 10 hari akan datang ini, saya yakin harga runcit RON95 dan diesel boleh ditetapkan pada harga di bawah RM2 seliter," katanya.

Harga runcit semasa bagi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing RM2.26 dan RM2.23 seliter. -mk


BN kutip RM274 juta cukai petrol dalam 45 hari – Rafizi

Kerajaan Barisan Nasional mengutip RM274 juta cukai petrol sejak 1 November hingga 15 Disember lalu, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, harga pasaran bagi RON95 menjunam daripada paras RM1.73 seliter kepada RM1.58 seliter, manakala harga diesel menjunam daripada RM1.87 seliter kepada RM1.71 seliter.

Dengan mengambil kira jaminan keuntungan syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel), harga bahan api itu sepatutnya masih rendah berbanding harga ditetapkan kerajaan, kata Rafizi.

Bagaimanapun rakyat, katanya, membayar lebih mahal bagi harga petrol RON 95 dan Diesel, masing-masing sebanyak RM2.26 seliter dan RM2.23 seliter.

“Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Katanya, ia berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

“Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol. Manakala bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel,”

“Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang tidak telus dan memangsakan rakyat.

“Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?,”
soalnya.
-KD


ULASAN GB

Setelah mengumumkan penghapusan subsidi minyak, dengan penurunan harga minyak dunia, nampaknya kerajaan UMNO BN tidak menurunkan harga minyak negara sepertimana yang dijanjikan.

Kerajaan melengah-lengahkan penurunannya sehingga 2015, tidak seperti apabila harga minyak dunia naik, serta-merta akan dinaikkan harga minyak negara. Malah di dalam beberapa kes yang lepas, apabila harga minyak dunia jatuh, tiba-tiba harga minya negara pula naik!

Kini rakyat yang dilihat terpaksa memberikan subsidi kepada kerajaan setiap hari.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan, sebuah kerajaan yang dapat tegak hasil pemberian subsidi oleh rakyatnya sendiri.... dan kerajaan subsidi tidak akan dapat bertahan lama...

6 ulasan:

Awanama berkata...

Minyak adalah penentu harga semua barang dan perkhidmatan Jangan naikkan sesuka hati sebab bila minyak turun tak semesti nya harga barang dan perkhidmatan turun Sebab ada pembekal yang telah membeli barang dengan harga baru dan ada juga yang mengaut keuntungan kerana masih ada stok di beli dengan harga minyak murah

kalau harga minyak turun tetapi harga barang tetap di jual mahal di sebabkan pembekal masih banyak stok yang di beli dengan kos yang mahal maka akan berlaku kekecuhan antara pembeli dengan peniaga

Kjaan utamakan pemodal Kjaan rela susahkan rakyat Kjaan tak ada penyelesaian yang bijak Kjaan ambil kesempatan dengan menguna keadaan ini

Kalau kjaan 100% ikut harga pasaran lagi kjaan pening kepala nak kontrol harga barang Kjaan silap hapuskan subsidi Kjaan jadi huru hara sekarang ini jika harga minyak RM 2.00

Amuraria berkata...

bila buat kerja haramjadah ! yang jadi amngsa ialah rakyat juga ! ABU !

Anti Fitnah berkata...

Padan muka aku ...
APA-APA PUN JANJI MELAYU MEMERINTAH .....
Haramjadah punya kenyataan.
Bila UMNO lemah, Cina pulak yang dipersalahkan sedangkan yang memerintah tu Melayu UMNO. Sampai bilakah Melayu akan sedar bahawa yang memperbodohkan Melayu selama ini ialah Melayu sendiri dan "Melayu" celup seperti Mahathir and the geng.
Yang menjualkan tanah rezab Melayu ialah Cinakah?
Yang mempermainkan kalimah Allah ialah Cinakah? ...
Kalau Ya jawapannya, maka memang "CERDIK" Melayu tu.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH DAN Melayu memang patut diHARAMJADAHkan kerana tak sedar-sedar malahan masih bersekongkol dengan pengkhianat bangsa serta asyik-asyik dok memainkan metos dengan menyalahkan bangsa lain. Kononnya bangsa lain seperti cina akan menguasai Melayu.
Mahathir dok memainkan metos bahawa Melayu telah berpecah kepada 3 iaitu UMNO, PAS dan PKR. Keadaan ini kononnya akan menyebabkan Melayu lemah. Adakah Cina lemah apabila terbahagi kepada MCA, DAP, GERAKAN, PKR, ... ? Beza antara Cina dan Melayu ialah Cina berfikir pada keuntungan dan keadilan manakala Melayu akan berfikir pada kehebatan bangsa. Apa kata ANDA???? Fikir dan nanti kita sambung bicara. Aku percaya kalau ditulis sebanyak mana pun, Melayu tetap tak akan sedar kecuali diajak dan diajar cara berfikir secara waras.

Awanama berkata...

Bila rakyat terdiri orang orang bahalol maka pemimpin lahanat happy sakan lah.

Awanama berkata...

Mangsa terbesar adalah cina Kerana segala isu orang kasar dan UG akan tunduh (fitnah) cina "anti religion"

Awanama berkata...

Nak kata mcm mana rakyat malaysia yg berfikiran 3rd class takkan setanding dengan rakyat 1st class yg lebih sensitif dengan isu ni plus berlumba -lumba pilih kerja white collar nak jadi tokoh corporate bukan masyarakat 3rd class yg pilih blue collar jobs alias kerja kelas bawahan.