PAS masih perlu Umno demi laksana hudud
PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya.
Tanpa sokongan daripada DAP dan PKR mengenai hudud, PAS kini tidak hanya memerlukan agensi kerajaan seperti polis dan Jabatan Penjara, parti itu juga amat memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang itu.
Bagaimanapun, Amar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan, menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN.
"Kami tidak sesekali menghulurkan tangan menyertai Umno - kami tidak akan terperangkap dengan Umno buat kali kedua - cukuplah keperitan yang kami lalui sebelum ini," katanya.
Pada 1973, PAS bekerjasama dengan Umno dalam BN, tetapi berpecah kepada empat kumpulan serpihan yang dianggap hampir membawa kepada hukuman mati dalam politik ketika itu. -mk
ULASAN GB
PAS mengharapkan UMNO akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud.
Apakah UMNO akan menyokong sedangkan sudah terang-terang UMNO akan menentang Rang Undang-undang berkenaan? Buktinya:
Ia diperkukuhkan lagi dengan adanya ugutan MCA:
Jika sudah diketahui pendirian UMNO BN tentang hudud dan jika Nik Amar mengharapkan UMNO BN menyokong hudud bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang itu nanti, bererti jawapannya sudah diketahui, Nik Amar sudah tertipu dengan UMNO jika UMNO pernah berjanji dengannya untuk menyokong Rang undang-undang hudud berkenaan!
Memang bangang jika masih percaya dengan UMNO....
GB tertarik dengan komen ini:
soalnya skrg bukan sokong tak sokong hudud. tapi bijaksanakah dalam siasah untuk mengutarakan (mengusulkan) hudud pada waktu ini?
Apakah sepatutnya keutamaan PAS masakini? Hudud bukan keutamaan tetapi buktikan urustabdir kerajaan yg baik, buktikan sistem siasah dan iktisad yang mapan sehingga boleh jadikan Kelantan sebagai role model sistem pemerintahan. Barulah orang respek.
Hudud dengan sendirinya akan disokong oleh masyarakat Islam sendiri malah bukan Islam jg apabila perkara-perkara utama dapat dilaksanakan.
16 ulasan:
UG ni memang bangangah beb... entah berapa kali nk kena tipu dgn UMNO... sampai ke kiamat bangangnya.... pergi settlekan masalah banjir tu dulu .... rakyat menderita skrg ni... itu hikmah Allah turunkan ujian banjir... tahu apa yang patut di prioritaskan untuk rakyat... bukan hudud...
Stuju dgn anta sheh...ana tgok pas dn umno ni snasib dpt presiden...alahai...sesuai dgn lgu antik mlyu tudung periok....adakah tudung priok prioriti orng mlyu...ha..ha
Seandainya umno sedia terima hudud..
bersediakah kaki2 SONGLAP ddlm umno utk disiasat dan RELA utk diPOTONG??
brp RIBU org kaki songlap ddlm umno yg menyebabkan HUTANG negara ratusan BILLION..brp PULOH ribu tangan pula yg akan KUDUNG???
Sanggupkah..
sanggupkah kaki2 SONGLAP yg TERANG2 memiliki harta diluar kemampuan mrk itu akan MENYOKONG hudud???? ATAU..
...terangNYATA tipu AUTA & sandiwara semata2
MENGAPA
MENGAPA & MENGAPA..
MENGAPA..maseh brkhayal brMIMPI minta SOKONGAN drp umno klu BUKAN semata2 utk meNIPU ummat serta meNIPU diri sendiri!??
albangang wal bebal puak UG ni...
percaya sgt ngan umno...
Pak Samad pernah berkata pada pemimpin umno satu masa dulu ada satu telinga dan dua lidah,sekarang UG/GU pun macam tu gak lah,tak boleh ada teguran dari akar umbi,tak wala'ni sekarang tim mursyidul kata kertas tahaluf siyasi dgn dap dah koyak.ok la.boleh la joint umno.bolehlah sokong persempadanan semula tu.nak tengok berapa kerusi pas akan dapat pada pru14 nnti?boleh mp pas jadi menteri terutamanya UG/GU yang kemaruk sangat nak jawatan tu.tapi tak tau wat keja.duduk lah dewan rakyat jadi penonton.bila luaq dewan depa la juara.terutama mp temerloh ngan takiri.makan tidoq goyang teloq.tu yang boleh.tu belum ada presideng GU ustaz taliban ngan ketua D/U pahang kalu da dalam dewan jadi haru la.Maaf la GB bahasa kasaq sikit.pasai depa ada satu telinga dua lidah.
Bila orang Bahalol di angkat jadi pemimpin , apa mungkin kemajuan dapat di laksana kan ???
Ekonomi negeri tidak di utama kan , mska rakyat hanya perlu ber harap tanpa usaha.
Bahalol saja.
Muslihat politik pun lu tak dpt nak bèzakan. Come onlah mintalah tunjuk ajar golongan profesional yg mahir dalam sains politik. Ingat hidup di dunia tidak akn lengkap hanya ada ilmu al - quran dan hadis shj. Ingatlah kalau ilmu dunia tak penting tak akn cerita seorg nabi ditegur oleh malaikat jibril kerana selalu bergantung kpd harta baitulmal sebelum diajar ilmu pertukangan besi yg penting untuk hidup di dunia ni.
Ikut cara lain pulak Buat cara lain
Dah tahu buat buat tak tahu yang cara ini payah tapi di ulang ulang Macam ada yang tak kena bila minta sokongan Islam dalam PKR Boleh cakap wajib dan berdosa
Mana mungkin PAS tak tahu yang mereka bukan hanya memerlukan PKR tetapi termasuk UMNO
PAS tak berjaya laksanakan nya tapi berjaya menunjukkan orang Islam berpecah
Tapi tak mustahil ada dalam UMNO yang macam menyambut permintaan PAS ni Setakat tu lah Tapi itu pun PAS kata kita tak boleh tolak begitu saja Ya lah nak sambung talian hayat beb sehingga pru
Dia ni tak dapat bezakan berurusan dengan Parti atau Kerajaan.Umngok hanyalah sebuah Parti manakala Kerajaan yg ada sekarang adalah Kera-jaan yg memerintah.
Apakah pendapat nik aziz skrg nie??? Minta pencerahan..
Sebenarnya Unmo bukan nak tipu Sangat tapi setakat main politik standard. Pas yang boleh nak main politik tapi Tak paham rule of games.
kaki songlap yg banyak terdapat dlm umno mmg patut dipotong tangan jika sabit kesalahan. sebaliknya org yg benar2 susah dan mencuri demi kelangsungan hidup dikecualikan drpd hukum potong tangan. mrk patut dibantu
umno yg selama ini tak pernah sokong hudud tiba2 buat u-turn semata2 nak porak perandakan PR kerana umno tahu dap akan menentang pas habis2an dlm soal hudud. bila PR pecah dgn mudah ubn akan kekal kuasa. bab ini puak2 yg tak arif politik dlm pas tak akan faham
Kalau lah betul UMNO hendakkan Hudud, Malaysia sudah pun melaksanakan Hudud sejak 20 tahun dulu. Kuasa di tangan UMNO; dulu, kini dan selamanya.
Sebagai seorang Islam saya sokong Hudud 100%. Tetapi saya sedih melihat usaha-usaha bengong UG. Esok, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Wisdom tak ada.
Dia m s u maka Kira UG mulia. Tengok anak dia dah paham
Sifirnya mudah je klu musuh sokong ada perkara x kenalah tu..ni budak tadika pun faham
Catat Ulasan