21 Nov 2014

Kartunis Zunar Mahu Saman Syarikat Money Online (MOL)


Kartunis politik, Zunar bercadang memfailkan saman terhadap syarikat pembayaran dalam talian, MoneyOnline (MOL) kerana mendedahkan butiran pembeli buku kartunnya yang dijual melalui laman web beliau, www.zunar.my.

MOL atau nama penuhnya, Money Online merupakan salah satu syarikat teknologi popular di Malaysia, yang menawarkan platform pembayaran internet.

Menurut Zunar, syarikat berkenaan telah memberi butiran pembeli kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman apabila disuruh berbuat demikian melalui surat, dan perkara tersebut dilakukan tanpa pengetahuannya.

Beliau diberitahu perkara itu melalui email yang diterima pengendali laman webnya pada Isnin lalu yang menyatakan MOL telah menyerahkan segala resit bayaran melalui talian kepada polis sehinggakan mereka dapat menyelongkar setiap butiran tersebut.

“Tak boleh buat macam ini, ini tindakan untuk menakut-nakutkan pembeli buku kartun saya,” ujarnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini ketika hadir memberi keterangan kepada polis.

Tambah Zunar ia merupakan pengkhianatan syarikat tersebut terhadapnya, sedangkan beliau menjalankan aktiviti perniagaan yang sah.

Malah katanya, buku yang diharamkan sebelum ini juga telah ditarik balik pengharamannya oleh Mahkamah Rayuan.

“Ini pengkhianatan terhadap saya, saya akan mempertimbangkan perkara ini sekiranya ia menganggu perniagaan yang saya jalankan ini, apa-apa pun saya tidak akan berhenti melukis, perjuangan saya baru bermula,” jelasnya.

Pada 9 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menolak pengharaman buku kartun 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun karya kartunis politik Zunar. Panel tiga hakim yang membuat keputusan itu berpendapat, buku kartun itu tidak mengandungi sebarang ancaman yang boleh menggugat keharmonian. -KD




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik di orang ni, dgn kartun takut, dgn ALLAH tak takut.....

Tanpa Nama berkata...

Setuju.

Tanpa Nama berkata...

Apakah hak dan kuasa polis menceroboh maklumat perniagaan? Jika polis tidak memiliki waran dari mahkamah, nyata sekali polis telah melangkaui had & hak kuasanya menceroboh privasi awam. Siapakah yg berniat dlm isu kebocoran maklumat itu, MOL atau polis? Apa komen guni petai, kita tunggu...

Tanpa Nama berkata...

Polis bertindak macam kartun Beli buku kartun lah Bukan beli video prono

Satu ketika dulu sebuah majallah antarabangsa telah menemu bual DSAI dan sehingga ada yang ingin dapatkan majallan tersebut terpaksa mendapatkan nya di Singapore Kerana majallah tersebut tidak ada di pasaran Malaysia Semua gerai dan toko buku tidak menjual nya Mustahil majallah tersebut habis dijual dalam sehari dan tidak ada kenyataan editor yang majallah tersebut telah di rampas pihak berkuasa Rupa nya majallah tersebut telah dibeli oleh KDN kesemuanya sekali

Kalau Kerajaan dan Polis tidak mahu buku tersebut dibeli oleh orang ramai pihak KDN sepatutnya membeli kesemua buku kartun tersebut Ini menyelamatkan polis jadi kartun

Hanya di Malaysia kartun boleh mengancam dan menggugat keharmonian

maae berkata...

Dia lupa diri nya selalu "menganyam individu tidak di sukai dan kerajaan". Tidak salah pula ?

Islam itu jelas jika beliau penganut nya yang taat (dengar) dan tunduk.

Tanpa Nama berkata...

Puak melayu umno mana takut akan Allah mereka takut katun takut media takut pak lawak takut pak guru agama takut tak bertempat maka celakalah mereka kerana takutkan selain dari Allah

Tanpa Nama berkata...

Mesia semua pon bole

Tanpa Nama berkata...

TAK APALAH SINCE UMNO TAKUT DENGAN KARTUN NANTI TIBA MASA KENA INTERVIEW OLEH MALAIKAT DI ALAM KUBUR, DIA "TANYA SIAPA TUHAN KAMU" JAWAPAN YG DIBERIKAN OLEH SEMUA ANGGOTA BADAN KECUALI MULUT IALAH "KARTUN" SEBAB TAKUT KEPADA KARTUN MELEBIHI DARIPADA TAKUT KPD ALLAH SWT, AUTOMATIK LU SUDAH SYIRIK KPD ALLAH SWT SECARA TIDAK LANGSUNG.

Amuraria berkata...

macam pm mesia kata lah ini kerja haram jadah daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Dari sudut mana katunnya boleh mengancam ketenteraman awam? Hakim pun mengatakan buku itu tidak dibuktikan boleh mengancam ketenteraman awam. Waraslah bila berfikir, jangan lebih teruk dari katun.