21 Nov 2014

[GAMBAR & VIDEO] Banjir Terengganu Bertambah Buruk, Seorang Lagi Maut


Banjir di Terengganu bertambah buruk malam ini apabila 4,813 orang dipindahkan berbanding 3,863 orang petang semalam.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah dalam kenyataanya berkata sehingga 9 malam tadi, dua lagi pusat pemindahan banjir dibuka masing-masing di daerah Setiu dan Besut menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang dibuka kini ialah 38 buah.

"Di daerah Setiu, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Balai Raya Kampung Jelapang yang menempatkan 16 mangsa dari lima keluarga.

"Di Besut pula, pusat pemindahan yang baru dibuka ialah Surau Kampung Pengkalan Kubur yang melibatkan 43 mangsa dari 14 keluarga," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat banjir di negeri ini dengan menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau melayari laman web etindakan.terengganu.gov.my.

Sementara itu di Kelantan, jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kota Bharu dan Pasir Puteh meningkat kepada 130 orang malam ini berbanding 49 orang petang tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, seramai 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan 28 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong di daerah ini, manakala 25 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Puteh.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan bacaan 9.11 meter yang melepasi paras bahaya 9 meter.

Sungai-sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utamaditutup berikutan banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tiong di sini, menasihatkan mereka yang terlibat dengan banjir supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam rumah bagi mengelak kejadian pecah rumah.

Beliau menasihatkan penduduk supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan berpindah segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa dan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Azli Mohd Noor. - Bernama


Lemas dalam kereta


Permaisuri: Banjir di Terengganu meragut nyawa kedua apabila seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum terperangkap dalam parit yang dipenuhi air dalam kejadian di Kilometer 82.4 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Kampung Bintang), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa, Shamsul Mohd, 28, dari Kampung Putrajaya, Bandar Permaisuri, di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh tiang elektrik di bahu jalan.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kereta mangsa terhumban ke dalam parit yang dipenuhi air.

"Mangsa terperangkap di dalam keretanya dan dipercayai lemas sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Setiu.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya ini adalah mangsa kedua di Terengganu selepas seorang pelajar tingkatan satu ditemui lemas dalam telaga di belakang rumah datuknya di Kampung Jelapang, di sini, petang semalam.
-HM



UMT, UniSZA Isytihar cuti


KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana hari ini berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.

UMT mengumumkan hari ini sebagai cuti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian manakala UniSZA mengumumkan semalam dan hari ini sebagai cuti darurat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.

Kawasan kedua-dua universiti berkenaan dinaiki air sehingga kira-kira 0.4 meter.

Prof Dr Ibrahim yang mengumumkan cuti berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi ini berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian sepanjang jalan.

“Kita tidak dapat memasuki kampus dan saya mencadangkan kita ‘cuti peristiwa’ pada pagi ini hingga diberitahu kelak.

“Dalam pada itu, saya turut menasihatkan warga UMT supaya duduk di rumah (jika masih selamat), menguruskan keselamatan keluarga dan harta benda dengan sebaik mungkin,” katanya.

UMT mempunyai seramai 8,383 pelajar dan 1,500 kakitangan.
-BH







6 ulasan:

Awanama berkata...

Yahoo.........pesta banjir datang lagi, Trengganu Darul Banjir

Awanama berkata...

mati kerana lemas mendapat syahid akhirat.

Awanama berkata...

Kak Mah tak turun ke redah banjir bawak baldi dengan air mineral Siap dengan puteri umno sengket kan kain ke paras lutut

Ada tapi tak ingat banjir kat mana?

Awanama berkata...

Ni nak habaq sikit lah bila musim hujan berhari hari dan adakala air naik mana mana jabatan terutama pelajar beri lah kelonggaran pakai seluar

Risau tenguk pelajar yang pakai baju kurung semasa hujan lebat dan air mula naik

Awanama berkata...

banjir banjir ini bala dari ALLAH SWT.

moga2 penduduk islam hidup jangan menongkat langit , gila kan keduniaan dan jauhi aktiviti jaja jaja quran sunnah.

banyak2 taubat terutama para ulamak dunia.

Awanama berkata...

Apa pulak kena mengena dengan ulamak dunia ? Ulamak Geng Ustad lah ! Dari hudud tak dibentang di DUN oleh UMNO sehngga melanggar kesepakatan dalam PR
Seburuk buruk UMNO dari dulu tetap tak mahu hudud Dan hairan beriya iya pulak mereka nak berUG dengan banyak benda yang mereka buat merugikan PR semasa praya