27 Nov 2014

Jika Tak Rugi Bersama PR, Kenapa Gantung Dua YB Itu?


PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden

Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.

"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.

Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.

"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.

Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.

"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.

Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.

Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.

Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.

Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.

"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."

Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.

"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.

Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.

"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.

"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.

"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. -TMI

ULASAN GB

Kalau tak rugi bersama Pakatan Rakyat, mengapa digantung keahlian dua YB yang bertindak menyokong keputusan PR?

Bukankah tindakan dua YB itu (YB Shaari dan YB Hasnul) itu adalah betul manakala keputusan MSU & Presiden salah jika berdasarkan kenyataan TITM di atas?

Ada yang berkata mereka berdua itu laju sangat sehingga mendahului pimpinan tertinggi.

Dah kalau keputusan pimpinan itu lembab sehingga berpusing-pusing membuat U-turn berkali-kali sehingga nak masuk sungai bukankah wajar kedua-duanya yang sedar mengambil keputusan sendiri demi untuk menyelamatkan jemaah?

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan dan dari kenyataan TITM di atas jelas menunjukkan tindakan kedua ADUN berkenaan adalah BENAR dan tindakan Presiden & MSU adalah SALAH!.











30 ulasan:

Amuraria berkata...

hubaya hubaya jangan nanti lain cakap lain bikin & pusing tak tentu hala ! ABU & lawan geng pro-'ug' sampai mati !

Tanpa Nama berkata...

Biar generasi yg akan datang menghakimi mereka

Tanpa Nama berkata...

Gulungan depa sja buat betul...org lain buat walau pun betul dikatakan x betul...dasar ulama' apa jenis mcm ni..tu org meluat sgt2 kt pas...

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah bahalol.

PAS sedar , tanpa Pakatan Rakyat tinggal lah ahli ahli bahalol beberapa kerat dalam PAS. Rakyat yang waras akan tinggal kan PAS tidak sanggup di bodoh oleh orang orang PAS yang rata rata tidak bijak dan munafik.

Tanpa Nama berkata...

Ayoiyo!!! Itu kluk klek serupa presiden punya cakap sudah berjangkit ka?

Saya ada senyum juga baca ini hal.

Tanpa Nama berkata...

dlm baik sempat menipu! yg pas letak calon d sg aceh, k dmsara tu apa? sudah acapkali bila praya pas bagi baik punya bom pd ubn. org tgh sibuk cari undi, pas keluarkan isu hudud, fitnah calon rakan dsb.

org zuhud kalau makin tinggi kedudukan bukan makin besar mahal kereta!!!

Tanpa Nama berkata...

hadi ke london ini mangkok pon ikut kelondon

hadi kaki fitnah pakai sorban mangkok nih pon dah syiok pakai sorban

jgn ragu jgn disangsi lg bhw mangkok nih adalah geng fitnah br ug ug

fitnah belit u-turn adalah amalan si mangkok2 ug yg 'suci' ini

hanya sibebal dr lebai2 ug yg tolol shj yg maseh mndewa2 kan ulammmamak aka ularrrmak yg dah kenyang ini

mampos idup balik seekor pon drp ulammmamak aka ularrmak2 sorban dr morsyiddool hinggalah kpd msu sikit pon gua dah tak prcaya lg

gii mamposs gii jahannam lg bagosh

Unknown berkata...

Lucu sungguh tatkala kepimpinan yg khianat ini masih dengan sombongnya berkata tiada sedikitpun kerugian padanya hasil dari tahaluf siasi yg bersifat songsang yg sedang ia jalani itu..tidakkah mereka telah dikhabarkan dengan jelas bahawa peningkatan sokongan melalui jumlah undi yg dapat kepada puaknya adalah semata2 kerana untuk memenangkan PR ..tidakah juga puak ini diberitakan dengan jelas dimana tarafnya dlm " tahaluf siasi" nya itu ..dan yg terbaru berkenaan kes ponteng mesyuarat presiden PAS..sebelumnya kes MB selangor..tiada akalkah untuk mereka berfikir walau sejenak ...mereka bukanlah kuasa pemutus untuk ditaati keputusannya..hatta dua adunnya sendiri lebih mentaati PR dari mengikuti ketuanya ..kamu hanya berfungsi sebagai pak turut dlm halatuju yg " dimuafakatkan" dan " disepakati" oleh DAP dan PKR..lihatlah penghinaan yg kamu terima tatkala kamu cuba membawa " rakan tahaluf" kamu untuk mengikut pada keputusan kamu...

Tanpa Nama berkata...

Wala' jangan wala' kepada presiden biar presideng cakap klu klek pung. Langkah sumbang presideng bermula semasa PRU
13 dari DUN Kota Damansara sehinggalah kepada kes pil kuda dan fahaman marxis.
Lantak kau kepimpinan PAS aku satu keluarga tak mahu beri undi pada PAS selagi tiada pembaharuan dlm kepimpinan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin TITM sudah muhasabah diri dan beliau sedar apa yang berlaku dalam Pas sekarang,belaiu sedar bahawa ramai oarng yang dah tak suka dengan golongan Ug dalam Pas dan berjangkit pula pada TGNA.Srkiranya beliau teruskan juga penyakit Wal'yang tak tentu hala Pas akan malap seumur hidup.Nasib baik masaih diberi peluang lagi unutk mengulas isu ini,Jangan pula selepas ini TITM buat U tuirn pulak,jawabnya sendirilah fikirlah.

Kuda Perang berkata...

Digantung kerana bersalah melanggar disiplin parti... bergerak secara berjamaah kena ikut keputusan jamaah... jgn ikut pandai sendiri walaupun diri sendiri memang pandai...

Apa yang susah sangat tak boleh nak taat kpd keputusan jamaah... di mana adab2 jamaah yg kamu pelajari...

Tanpa Nama berkata...

Unknown

Tak payah dok sibok pasai PAS. Hang orang UMNO. Penyakit UMNO lagi nazak berbanding dengan PAS. PAS paling teruk pun akan balik keasal mereka, menjadi parti nyamuk.

Masaalah UMNO lagi parah. Rumah PPRT hang pun mungkin terancam. Disana sini orang menolak UMNO. UMNO mempunyai segala-galanya untuk risau akan kehilangan, dari Najib hinggalah kepada macai-macai yang berkeliaran di alam maya.

Takkan kuat dan kuatnya UMNO, jika PAS pecah. Kalau PAS pecah dengan bantuan macai-macai seperti hang, masaalah UMNO tak juga pulih. Masaalah UMNO bukan kerana PAS. Masaalah UMNO adalah ciptaan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dengan disokong oleh macai-macai seperti hang.

Jadi tak payah la nak mencucuk jarum supaya orang PAS bergaduh. Paling2 s3ngkuk hang boleh membantu UMNO ialah hang pi tolong 15 orang perwakilan pemuda UMNO dari Kota Bharu yang buta huruf tu supaya boleh membaca, mengira dan berfikir dengan betul. Ini lagi berfaedah dan membantu UMNO.

Bila mereka ini dah boleh membaca dan menulis, UMNO juga untuk kerana mempunyai ahli-ahli yang berkualiti. Semua perkara bermula dari s3dikit. Jangan pandang rendah sumbang 15 orang si buta huruf ini kepada UMNO nanti.

- Nasihat dari kawan yang berjuang untuk melayi dan Islam juga

Tanpa Nama berkata...

Demi kebaikan PAS dan mengubati penyakit tenat yang dihadapinya,beberapa kerat pemimpin Pas perlu dilucutkan jawatanya bermula dari ketua agong dan beberapa orang kananya. Apabila tiada orang orang seperti ini dalam Pas, proses pemulihan boleh berjaya.

Tanpa Nama berkata...

hello kuda perang

blamasa mereka melanggar disiplin parti?

Pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Presiden berpusing-pusing buat keputusan, asyik U-turn... apa ke jadahnya nak ikut?

Dalam solat pun bila imam sentiasa silap dalam bacaan/pergerakannya wajar ditegur "subhanallah".... bila ditegur pun tak sedar, maka patut mufarakah... dan orang lain boleh ke depan jadi imam.

adab jemaah? wala kepada pemimpin adalah bersyarat... bukan wala membabi buta.

Tanpa Nama berkata...

Jika 2 adun Pas dihukum gantung ahli....maka presiden Pas pun patut digantung jawatan kerana terlebih awal menyokong TSKI tanpa hujjah kukuh...yg kini ada masalah dgn meluluskan RM2.6 juta golden handshake....

Tanpa Nama berkata...


Sekarang sudah terserlah tindakan YB Saari Sungib dan YB Hasnul adalah betul kerana mereka melakukan istikharah.

Exco PAS yg bersama TSKI telah meluluskan pembayaran pampasan RM2.6 juta kpd orang2 TSKI. Mereka kata tak tahu apa yg mereka luluskan.

Lulus cadbury buta. Mereka ini yg patut digantung.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Kuda Perang, Orang yang melanggar disiplin parti dan tidak mengikut keputusan jemaah ialah Presiden sendiri iaitu Tg Hadi Awang. Keputusan Muktamar PAS 2008 yang bersetuju kekal dalam PR tak pernah berubah sehingga sekarang. Entah kenapa tiba-tiba si Presiden ini nah bersama dengan UMNO, apa cerita? Ingat ya, keputusan muktamar adalah kepurusan jemaah.

Si UNKNOWN ni pula, tak payah layan. Dia ni orang UMNO yang suka menyebuk di sini. Kan lebih baik kamu ke blog orang-orang kamu sendiri seperti MYKMU. Ha.. di situ kamu nak melalak teruk-teruk pun, itu kamu punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

Tuang presideng bile nak hukung.? Tak ikot kata jemaah?

Tanpa Nama berkata...

Wakil pemuda umno lagi bahlol. 15 org buta huruf. Tu belum masuk yg buta hati dan minda

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:47

Saya bukan apa, cuma kesian kat Unknown dok buat kerja bodoh yang tak berfaedah bagi diri dia dan UMNO. Malah dia akan menjauhkan lagi ramai orang dari UMNO. Kesian juga kat dia kerana dia pun melayu macam kita juga.

Dia ingat orang PAS yang melayari internet ni mempunyai pemikiran seperti 15 orang perwakilan UMNO dari Kota Bharu yang buta huruf tu - senang2 boleh termakan dengan dakyah purba dia tu. Dia silap....jadi kita nas8hatlah dia elok-elok. Jangan dok buat kerja sia-sia. Kerja adu domba ni kerja syaitan!

Tanpa Nama berkata...

Toksah layan kuda perang wala xtentu pasal.bodoh bertingkek tingkek

Tanpa Nama berkata...

Pas is a gone case selagi ada geng presideng n ug n taksub ulamak berkepentingan. Ok bye!

Unknown berkata...

Yesss kuda perang mmg bahalol sebab dia tu kuda kayu kpd pas.Matanya buta telinganya pekak tentang kebodohan tuannya yg cakap tak boleh dipakai.Bernafsu tamak walaupun ekor serban dan jubah meleret hgga ketanah.Bukalah mata kau sikit jgn asyik nk jd kuda pas sja...bahalol

Unknown berkata...

terima kasih atas sifat kasihanmu kepadaku..aku cuma memperlihatkan pada kamu betapa jelik dan khianatnya para kepimpinan PAS yg bersifat khawarij yg sering menipu daya pada sesiapa yg terperangkap didlm usaha mereka itu..adu domba bukanlah sifatku..kamu begitu sombong sehingga setiap lisan yg dilafazkan hanyalah bersifat mencela dan mendoakan azab kepada sipemerintah..apakah sifat itu membuatkan kamu diangkat darjat dan kemuliaan disisi Allahswt ? hanya yg taasub akan berkata puak PAS dimuliakan didlm "tahaluf siasyi" ? yg tercela itu..kini sebahagian dari kamu turut mengacukan lisan yg buruk dan jelik kepada "tuang presideng" nya sendiri..dahulu aku juga beranggapan insyaAllah PAS mampu memimpin pada "tahaluf siasyi" yg baru dijalin..tetapi tatkala berkata si "tuang presideng" ..tiada diangkat seorang presiden pada Pakatan Rakyat (PR)..yg ada hanyalah "muafakat". antara puak kami bertiga ( rujuk sejarah).setelah selesainya mesyuarat pertama antara puak yg "bertahaluf" itu..maka aku menjangka ini merupakan satu lagi tipu daya mereka ..kerana aku mengetahui tiada "tahaluf siasyi" .. tiada juga "muafakat".. dan tiada " kerjasama"..melainkan semata2 mahu memuaskan nafsu untuk berkuasa ..(syarat sah paling utama dlm apa jua tahaluf adalah diangkat seorang pemimpin@ ketua)..sedang PR halatujunya di"muafakatkan" sekurang2nya dari dua pihak dan satu lagi wajib menurut (kalau dapat semua lagi bagus)...inikah syariat islam dlm memeterai sesuatu "kerjasama"?.. jika kamu benar2 sihat akal fikirnya..desak kepada kepimpinan yg penuh tipu daya itu supaya buat semula " tahaluf siasyi" yg sebenar yakni dilantik presiden untuk dimuafakatkan..ditaati dan di jayakan halatujunya..itu lebih diredhai Allahswt..dlm banyak persoalan DAP dan PKR terlebih dahulu "bermuafakat" untuk PAS ikuti..kes festival oktober..touch a dog..perihal MB selangor..urustadbir dipenang dan selangor PAS tiada hak langsung selain dari menurut..inikah kamu katakan"tahaluf siasyi" yg dipandu syariat ?..ingat kamu bukan "bertanding" siapa diantara kamu dan sipemerintah yg lebih jelik..lebih banyak kemungkaran ..yg lebih buruk dll..aku bukan penurut sipemerintah tanpa batas..aku juga bukan pembantah pada PAS tanpa panduan..

Tanpa Nama berkata...

Tahaluf siyasi PAS dengan Perikatan dan Semangat 46 memang tak merugikan PAS sebab PAS tak buat kerja bodoh macam yang PAS buat masa tahaluf dengan PR sekarang ini Kekuatan PAS sekarang tak sama dengan kekuatan PAS dulu

Sekarang ramai yang dah menyampah dengan Haji Hadi dan minta Haji Hadi berundur Sebab Haji Hadi lah kekuatan PAS sekarang dah jadi macam dulu

Haji Hadi ni kena test Kepimpinan PR kena bermesyuarat seberapa segera dan bagi tarikh se awal awalnya kepada Haji Hadi Kita tenguk berapa kali dia tolak



Tanpa Nama berkata...

jgn salah anggap kuda perang tu warhorse. kuda perang sebenarnya ialah blonde horse... hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah teknik 70an yg lu gunakan tu dah tak blh digunapakai utk zaman sekarang. Lagipun kena ingat zaman sekarang ada org bukan ulama dari golongan profesional fasih al - quran dan hadis cuma tak sehebat golongan ulama. Lagipun hanya golongan profesional mampu membawa islam kedlm masyarakat dengan menggunakan keadah zaman skg bukan keadah 70an dah tak blh pakai dah. Mungkin era 70an kebanyakkan golongan profesional buta al quran dan hadis tapi zaman sekarang bukan lagi mcm begitu beb.

KALAU LU TAK HORMAT GOLONGAN PROFESIONAL, APA CARA LU NAK LAKSANAKAN HADIS RASULLULAH SAW YG BERKAITAN EKONOMI, KESIHATAN, PENGURUSAN HARTA, POLITIK DLL YG MEMERLUKAN PENJELESAN LEBIH SCIENTIFIK. JANGAN CAKAP KITA MESTI IKUT SUNNAH RASULLULAH KALAU CARA PUN LU TAK TAHU. FIKIRKANLAH.

Tanpa Nama berkata...

Gantung keahlian ostad hadi dan koncu koncu nya jika Pas benar benar tdk mengamalkan taksub dan maksum imamiah syiiah....ada brani MSU ?...Pas perlu ada satu undang dan bukan byk kasta....faham!

Tanpa Nama berkata...

orang pas kutuk pemimpin pas....
org pkr kutuk pemimpin pas..
org umno kutuk pemimpin pkr dan pas...
semua hangpa bodoh .....
org DAP tak kutuk pemimpin depa sendiri walaupun KIT SIANG MALAM dan GUAN ENG PIG buat salah...
hangpa melayu celaka nak menjatuhkan pemimpin melayu sendiri... puak ulamak hangpa kencing atas kepala... puak main jubuq hangpa puja dan jilat .... haramjadah blok ni...dok puja kajang movie yg tak menjadi..
dok berebut nak jadi MB hingga lupa tujuan pr yg asal apa kejadahnya..semua dah lingkup..lepas buat taik dan kencing kawan dok tuduh kawan tak setia.... pegi mampos la dengan kroni anak bini....

bat8 berkata...

Pemikiran standard 15 perwakilan UMNO dari Kota Bharu yang buta huruf.

Kata ahli DAP tak kutuk peminpin mereka, puak UMNO hang pun sama jugak dengan geng DAP. Maknanya UMNO = DAP! ....mm2 x 5 jugak!

Lagi mau sembang kencang.....