15 Nov 2014

[GAMBAR] UMNO BN Tak Ketawa Tetapi Phobia Dengan Kartun-Kartun Zunar!


Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar

KUALA LUMPUR 12 NOV: Kartunis Zunar berkata, lebih 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 memberi kesan mendalam kepada kerajaan sehingga semua karyanya ditarikbalik dan diharamkan.

Meskipun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berupaya menghalang beliau daripada terus mengkritik kerajaan melalui medium kartun.

“Saya ini artis dalam menghasilkan karya kartun. Saya hanya melukis apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan. Mereka buat rasuah, saya cuma kartunkan sahaja, dan bukan saya punca rasuah itu.

“Ini hak saya dan undang-undang tidak boleh haramkan pemikiran saya untuk menghasilkan karya saya dalam ‘mengkartunkan’ kerajaan,” ujarnya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Loke Yew, hari ini.

Hairan dengan kerajaan yang disifatkan terlalu takut dengan kartun, Zunar menegaskan beliau akan terus berkarya dan segala halangan tidak akan menjejaskan hasil karya beliau.

Bahkan katanya, beliau gembira apabila rakyat menerima kartun yang dihasilkan dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan. Zunar dalam pada itu turut mengingatkan kerajaan bahawa kartunis politik mempunyai peranan dalam sesebuah negara demokrasi, termasuk di Amerika Syarikat.

“Saya pernah dipanggil dalam forum kartunis di luar negara, ada kartunis di sana mengkritik (Barrack) Obama. Malah Presiden mereka memberi anugerah ke atas kritikan itu, bukannya mengenakan tindakan undang-undang seperti yang kerajaan Malaysia lakukan,” ujarnya.

Pada 6 November lalu, tiga pembantu Zunar ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Putrajaya kerana menjual dua buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “.

Pengendali laman web sesawang miliknya, www.Zunar.my turut dipanggil polis untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque sebelum ini pernah ditemuramah dalam satu forum di San Fransissco, Amerika Syarikat kerana karya yang dihasilkan.

Beliau juga merupakan kartunis Malaysia yang menerima anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa. -KD


SUARAM: Ketawalah, bukan siasat Zunar

Pengarah eksekutif NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Yap Swee Seng mengutuk tindakan pihak berkuasa yang menyiasat kartunis politik Zunar bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut Yap, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque, dituduh menghasilkan karya kartun yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Katanya lagi tindakan ke atas Zunar melanggar hak kebebasan dalam perlembagaan.

“Kami menuntut pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk menegakkan hak Zunar seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

“Hentikan semua gangguan terhadap Zunar, pembantunya, para pencetak, dan semua pemilik kedai buku (menjual buku tersebut),” katanya dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Semalam peguamnya Latheefa Koya berkata, polis memulakan siasatan terhadap Zunar disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, yang sebab siasatannya didakwa masih belum jelas.

Seorang pengendali laman web Zunar, yang enggan namanya disebut, juga dilapor dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan.

Siasatan itu dibuat selepas tiga orang ditahan tiga minggu lalu kerana menjual buku Zunar di Istana Kehakiman Putrajaya, tempat rayuan akhir kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung.

Mereka bertiga disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zunar berkata, kerajaan Malaysia takut dengan kartun walaupun negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada sangat terbuka terhadap kartun politik.

“Jadi kenapa kerajaan Malaysia takut sangat kepada kartun?” soalnya.

“Ketawalah macam di Amerika, pemimpin mereka ketawa melihat apa yang dilukis mengenainya. Jadi ketawa sajalah."
-mk













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

bat8 berkata...

GB

Yang selalu kita dengar manusia takut dengan bayang-bayangnya. Dengan bayang-bayang orang lain dia xtakut. Maknanya orang itu begitu takut jika kesalahannya diketahui orang, s3hingga bayang-bayangnya pun disangka orang.

Ini takut dengan katun?.....hahaha. Ini satu penyakit baru. Aku tak pernah dengar. Kalau manusia takut dengan bayang-bayangnya aku faham. Tapi manusia takut dengan kartun ni aku naik pening, tak tahu apa maknanya.

Yang aku pasti ni mesti penyakit baru sebab kita tak pernah dengar kajian saintifik yang pernah ditulis orang. Aku agak ini penyakit lagi teruk dari penyakit orang yang takut dengan bayang-bayangnya.

Tanpa Nama berkata...

bebudak bahalol mana boleh terima realiti , hidup malas di suap bagai khinzir dalam kandang.

bila bekerja pun makan cukai rakyat saja , otak bahalol tidak beri manfaat besar pada negara melainkan mentedarah habis keringat rakyat.

zunar ini pun bukan bahalol makan gaji buta duit rakyat macam bebudak bahalol.

Amuraria berkata...

sang pengkhianat ,perasuah ,pengelentong,penyeleweng,penyangak & pembohong mana boleh terima kenyataan kebenaran bukan fitnah walau kartun ! ABU sampai mati!

Tanpa Nama berkata...

bukan kartun masalah nya

tapi lakaran rosmah yang begitu rupa
Rambut yang besar dan dada yang terlalu menonjol

Jika Zunar adjust bikin kecik sikit masalah selesai