16 Nov 2014

Faekah & Lain-lain Pembantu TSKI Terima Bayaran RM700,000 Seorang Disiasat


Khalid Terkejut Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawainya

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000.

Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

"Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah)," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.

Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu - menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan," katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

"Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit," kataya.

Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

"Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI," tulis Dr Xavier di laman Twitternya.

Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut. -mstar


Siasatan pampasan k’tangan Khalid diserah kepada MBI

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan audit pampasan membabitkan kakitangan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserahkan kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk tindakan lanjut.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak audit terlebih dahulu membentangkan laporan audit berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan di luar bidang kuasa MMKN dan akan diserahkan kembali kepada pihak MBI.

Menurutnya, MMKN sudah dimaklumkan berkenaan hasil siasatan pihak audit dan akan dibentangkan dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil jika ada sebarang keputusan melanggar peraturan.

Beliau menambah, sama ada ganjaran atau pampasan itu akan ditarik juga akan dibincangkan.

“Hasil siasatan memang ada perkara tidak dipatuhi dalam pemberian itu dengan jumlah begitu besar dan luar biasa yang perlu disemak semula,” katanya selepas majlis perasmian program Gerak Gempur Aedes dengan tema ‘MB Terjah, Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah, Gombak, hari ini.

Semalam, Khalid menjelaskan beliau mengikut prosedur sedia ada dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya ketika dalam pentadbiran termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar, Arfa’eza Abdul Aziz.

Katanya, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri sebelum ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan.



Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Persoalan itu dibangkitkan Xavier dalam akaun Twitter miliknya @xavierjayakumar.

Azmin berkata, perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat exco minggu lalu selepas pihak audit selesai membuat siasatan.

Katanya, hasil laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI minggu ini dan tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco.

"Keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid hari itu adalah keputusan yang diambil dalam Lembaga Pengarah MBI.

"Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimaklumkan tentang hasil siasatan audit dan kita akan bentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil sekiranya ada sebarang keputusan melanggar peraturan sedia ada," katanya.

Katanya, keputusan mesyuarat itu termasuk membincangkan sama ada Khalid dan bekas pegawainya perlu memulangkan semula wang berkenaan kepada kerajaan negeri.

"Langkah yang perlu ini akan dibincangkan," katanya.

Khalid semalam semasa program turun padang DUN dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

"Ia merupakan pemberhentian secara sukarela di mana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan menteri besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri," katanya dipetik laporan berita portal AntaraPos.
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ape mcm tghh

Tanpa Nama berkata...

wah !!!!!

kalau bebudak kerja di bawah tanggung jawab berhenti dapat duit 700,000/- se orang pun boss tak tahu , sudah sah lah boss kerja makan gaji buta dan tak ber tanggung jawab...

mana boleh kata tak tahu , walhal siang malam mentedarah keringat rakyat.

baik saja jadi nelayan kat laut tak balik balik kata tak tahu tangkap ikan.

apa sudah bahalol kah melayu melayu zaman ini ????

Tanpa Nama berkata...

TSKI DH CKP SRH SPRM SIASAT DGN TELUS DAN CEKAP..APALG SIASAT LA.. KORNG KAT SINI JGM LEBEY LA..

Tanpa Nama berkata...

Yang Khalid kata dia tak tahu boleh diterima sebab kelemahan manusia Mustahil boleh tahu semua apa lagi disembunyikan dan apa lagi Khalid sedang menghadapi kemelut yang besar Masa bos tak focus dan menghadapi kemelut lah orang bawah buat kerja macam ni

Beliau (Khalid) memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

Kenyataan yang ini menyakitkan hati Nak bayar 5% pun tak salah kalau ikut cara yang telah di tetapkan Tapi cara Khalid cakap pasal cuma 2% je dari RM112 juta Tapi RM 2.5 juta besar bagi rakyat yang susah

RM700,000 ialah bayaran untuk bersamaan dengan 8 tahun punya gaji untuk jawatan dia orang

Tanpa Nama berkata...

TSKI
itu org lah lobang ESOS pecah

-itulah jugak yg disokog hadi awang
-nik aziz yg senakhoda dgn hadi pon sokong org 'suci' ni jugak!?

skrg satu persatu dah mula barai
-700000 duit umat tu kena HUDUD tak?
cer tanya nik aziz & hadi??

Tanpa Nama berkata...

patutle faekah bkn main bodek tski ni, tu le hrg yg diprolehinye

Tanpa Nama berkata...

Boleh lah cakap macam tu CEO pun ada yang buat macam tu Ikut suka hati Mana melayu nak maju lepas tu asyik asyik nak salahkan melayu rakyat bawahan

Tu sebab Azmin kata pulang kan balik Pembayaran sepatutnya di buat mengikut rasional bukan ikut bayaran luarbiasa Tidak munasabah Gaji memang dibayar ikut cara sah tapi yang lain lain seperti saguhati yang diputuskan ikut budibicara

Mereka letak jawatan sukarela bukan atas desakan perbadanan Kalau atas desakan dia orang boleh demand

In respond to

Anonymous said...
TSKI DH CKP SRH SPRM SIASAT DGN TELUS DAN CEKAP..APALG SIASAT LA.. KORNG KAT SINI JGM LEBEY LA..

NOVEMBER 16, 2014 AT 6:59 PM

Tanpa Nama berkata...

Mana president pas mulia berilmu tinggi?

bat8 berkata...

Anon 9:54

Sdra terlupa fakta paling penting. TSKI kata bayaran pampasan itu mendapat kelulusan lembaga pengarah MBI. L3mbaga pengarah MBI 3 orang je: MB, Setisusaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Maknanya TSKI yang menjadi pengerusi mesyuarat lembaga pengarah MBI yang meluluskan pampasan ters3but. Takkan Setiausaha kerajaan atau p3gawai kewangan negeri yang pandai2 buat keputusan.

Jadi agak2 le nak menegak benang basah pum!

Tanpa Nama berkata...

Saudara bat8 7:21 AM
Saya punya komen 9:54 PM bukan untuk menegakkan benang Tanggungjawab tetap tak terlepas walaupun khalid kata dia tak tahu

Dan dalam hal ini saya berpihak pada situasi pada tak tahu dan bukan pada orang yang bernama Khalid Kerana ada kemungkinan amat besar Khalid sendiri yang mempengurusi mesyuarat tersebut seperti yang saudara katakan Ini hanya dapat kita ketahui jika ada kenyataan dari pejabat MB yang mengatakan Khalid sendiri yang mempengurusi mesyuarat tersebut

Meletakkan pada situasi 'tidak tahu' Khalid menghantar proxy untuk mewakilinya dalam mesyuarat tersebut yang di wakili oleh orang yang sangat di percayai oleh Khalid Saudara tentu tahu orangnya dan perkara ini di ungkit bukan dendam pada Khalid Dan orang ini lah yang kuat mempengaruhi Khalid dan yang memulakan konflik antara Khalid dengan pemimpin parti

Tapi kalau Khalid sendiri yang hadir dan dia sendiri yang meluluskan maka sisa baki rasa hormat yang saya ada pada Khalid pun sudah tidak ada lagi

Tanpa Nama berkata...

hahha...lawak la ko ni..SPRM tu sape..beruk mne?? tu kan agensi umno...blom siasat dh tau ape result nyer...kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

so TGHA lu rasa pendeketan untuk berprasangka baik boleh selesaikah isu rasuah Tan Sri Khalid? Ingat Ilmu agama dan hadis sahaja tidak cukup beb untuk hidup di dunia yang sekarang penuh dengan tipu daya muslihat musuh. Hanya gabungan mantap ilmu Al - Quran, hadis dan ilmu dunia sahaja mampu menangkis muslihat dan tipu daya musuh.

bat8 berkata...

Terima kasih atas pencerahan sdra. Jazakallah hukhaira...