18 Nov 2014

AJK 8033: Yang Mana Tulin Yang Mana Klon? -updated


Teluk Intan - Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya.

Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain.

Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada. Bagaimanapun, pengadu iaitu ejen insurans berkenaan tidak ditahan dan hanya diambil keterangan. -SH


Lensa laman sosial: Satu nombor, dua kenderaan?

SHAH ALAM, 18 NOV: Di sebalik keghairahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan ‘strobe light’ pada kenderaan, pengguna kenderaan kini dikejutkan dengan pemilikan nombor pendaftaran pendua pada kenderaan berbeza.

Beberapa keping gambar mula dikongsikan sejak kebelakangan ini yang menyaksikan timbul pertikaian dan kekeliruan kepada pemilik kenderaan.

Sejak dua hari lalu, beberapa laman sosial memuat naik sekeping gambar dua kenderaan model Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran AJK 8033.

Salah sebuah kenderaan berkenaan berwarna merah sementara sebuah lagi berwarna merah gelap.

Salinan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan AJK 8033, Mohd Rizal Arbaine di Balai Polis Teluk Intan turut dikongsikan di laman sosial.

Turut menjadi mangsa adalah seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Wish di Sabah yang berkongsi situasi sama di laman sosial Facebook Sukan Star TV (SSTV).

Menurut pemilik kenderaan berkenaan, keretanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran JLT 4488 dijumpai kakak beliau di Kelantan dengan nombor pendaftaran yang sama tetapi berwarna hitam.

Beliau turut berkongsi gambar cukai jalan beliau yang tamat pada 31 Ogos 2015 dan didaftarkan di Sabah, sementara sebuah lagi model dengan cukai jalan bertarikh 31 Ogos 2014 di Semenanjung.

Katanya, beliau menerima empat keping saman dan sudah membuat empat laporan polis.

Pelayar laman sosial turut berkongsikan sekeping lagi gambar model Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WPS 533 yang turut menjadi mangsa klon nombor pendaftaran.

Menurutnya, model asal adalah berwarna hitam dan berada di Kuala Krai, Kelantan milik majikannya.

Lebih mengejutkan, pemilik turut menerima satu notis saman kerana didapati memandu melebih had kelajuan di Kuantan daripada nombor pendaftaran sama dengan model Vios berwarna putih.

Turut memiliki nombor pendaftaran sama adalah model Honda Civic ES dengan nombor pendaftaran WKU 6111 pada dua kenderaan berbeza dengan warna kenderaan putih dan kelabu.

Sementara model Honda Accord Euro-R CL7 dengan warna hitam dan merah turut ditemui dan masing-masing didaftarkan dengan nombor pendaftaran WRX 2622.

Tidak terkecuali dua buah motosikal daripada model yang berbeza, namun mempunyai nombor pendaftaran sama iaitu WVW 2337.
-selangorku



ULASAN GB

Memang pelik. Dua buah kereta sama jenis, sama warna, sama nombor plat, yang satu tulin yang satu lagi klon.

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

JPJ can you please stand up and answer!

Daripada kamu sibuk mengejar kereta bercermin gelap dan nommbor plat kononnya tak ikut spesifikasi, atau membuat kenyataan bangang nak orang yang mati di jalanraya hanya sekian ribu orang pada sekian-sekian tahun, terlebih dahulu beri jawapan terhadap kes di atas.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





19 ulasan:

Amuraria berkata...

banyak dalam jpj ni ego,bongkak & sombong tapi kerja macam nak mampus tak konsisten & telus ! ABU !

melayu celik berkata...

Setiap kenderaan memiliki nombor identiti masing2 dan mempunyai geran yg mengadungi nombor identiti kend tersebut. Ini bermakna tdk mungkin dua kend berkongsi geran yg sama. Utk menentusahkan kend mana yg btol silalah bawa kend tersebut utk pemeriksaan di JPJ berhampiran. Hya org xberilmu shja akan bertempik, mencaci, memaki, menyalak menuduh yg bkn2. Kita ade undang2, sapa yg slh kita blh heret kemuka pengadilan. Jgn hya skdr mnjdi 'keyboard warrior' shj menyalak xtentu hala. Gunalah akal, hya akal yg membezakan manusia dgn Haiwan.

Tanpa Nama berkata...

Entah-entah kedua-dua kereta itu pun klon juga dan ada kereta lain yg tulen pendaftarannya. Kemungkinan besar sistem komputer JPJ telah diserang oleh pepijat Y2K. Kita nak 5000 orang mati di jalan raya.....hehehehehe..

Tanpa Nama berkata...

bebudak bahalol pun boleh dapat kerja dalam JPJ mana tidak hasil nya juga Bahalol.

Makan gaji buta tu kira Standard.

mentedarah kopi siang malam sampai lupa hari ber tukar , umur makin tua yang penting ada gaya asal kan rakyat papa.

orang orang Melayu semua nya pun , biasa aja bah !!!

Tanpa Nama berkata...

Asalkan nombor plet ikut spesifikasi cukup la. Tak payah nak saman @ tangkap siapa2.

Tanpa Nama berkata...


JPJ kena ukur jarak dan besar kedua dua plat tersebut Yang mana ikut spec yang itulah yang tulin

Jadi dua dua tulin Cukai jalan pun tulin Kereta pun tulin Ini bukan kes tulin atau tidak Ini kes menipu Salah seorang membuat aduan palsu dan melibatkan seseorang mengeluarkan roadtax untuk yang kereta yangmdua

Nak tangkap musang tertangkap anjing sendiri


Ina90 berkata...

Anon 01.47 : Hya org xberilmu shja akan bertempik, mencaci, memaki, menyalak menuduh......./ awak kena tahu kenapa manusia melalak. Undang2 memang ada tetapi tidak menyebelahi yg benar, itu masalahnya yg menyebabkan ada yg mengaummmm !

Azie berkata...

GB, x sangka ada juga yg pernah alami masalah yg sama dgn saya. saya beli kancil 2nd no plat PDF***. kes pertama, saya ada terima surat dr JPJ menyatakan kereta saya kena sita sdgkan kereta tu ada bsm saya. suami saya tunjuk segala surat & bukti geran semua baru JPJ percaya no plet saya telah diklonkan dgn kancil juga. Ke-2, dapat pulak surat saman dr bank mengatakan x bayaq loan kereta pulak dah sedangkan saya beli cash. kancil saya kena tarik sudahnya. suami saya ambik lawyer fight pulak dgn bank tunjuk segala dokumen & akan saman pihak bank sekiranya masih sekat kereta saya. Akhirnya bank tutup kes setelah mereka akur & faham yg sebenarnya no plet saya telah d klon & digunakan utk buat pinjaman loan kereta. mmg geram masa betul tu. sampai skrg suami kata kena berjaga2 takut jadi lg. alhamdulillah setelah 10 tahun berlalu xde kes baru lg. Adakah ada sindiket org dlm JPJ & ulat?

Tanpa Nama berkata...

KITA TUNGGU JER KP JPJ YANG BIJAK TAKLAKSANA TU BAGI KOMEN

Tanpa Nama berkata...

skrg zaman it.
Pekara2 mcm ni kena diwar2kan, supaya terbongkar mana2 yang tak betul, selama ni yang ramai tak tau.

Tanpa Nama berkata...

Dah 10 komen KP JPJ tak bagi komen penjelasan termasuk komen 4:40 PM

Dulu pun pernah masuk akhbar Utusan gambar kenderaan di jalanraya sebelah menyebelah Ingat tak berulang lagi tapi dah zaman pakai komputer pun bolos jugak

Anon 1:47 PM ni bukan kesilapan komputer yang kita menyalak kan Macamana kalau kereta 4:40 PM di gunakan untuk rompakan ?

Tanpa Nama berkata...

Komen sarkastik pun kau tak faham, kesiannya kat kau ni.

Tanpa Nama berkata...

Mcm ni saman ekor takleh pki le. Mkn klon jugak..

Tanpa Nama berkata...

Kete/moto temasek...byk dh kat malaysia..kastam n jpj je buta...

Waris berkata...

Salah sebuah kereta pasti kereta seludup dari singapore. Roadtax boleh reprint oleh pegawai jpj sendiri.

Malaysia boleh maaa...

Tanpa Nama berkata...

Pendaftaran butir-butir setiap kenderaan sudah ada dalam sistem JPJ. Tapi malangnya orang JPJ sendiri yang belot. Kalau berlaku ada 2 kenderan memakai no. pendaftaran yang sama, sudah tentu ia dapat dikesan apabila nak baharui cukai jalan.

Tanpa Nama berkata...

Apa susah sangat cek shj e/no dan c/no kedua dua kenderaan tersebut tahu lah yg mana tulin dan yg mana palsu tak boleh lari. katakan e/no dan c/no sama hantar puspakom buat ujian guna asid akan diketahui juga ori dan palsunya.
Tang cukai jalan mudah ada dalang dalam JPJ. Bila kenderaan asal hidupkan cukai jalan yg klon akan beli pendua cukai jalan guna org dalam JPJ lah.
Semua ini dah jadi cerita lapok. Bukan baru skrg berlaku dah betahun tahun syendiket ini bergerak. Ada dua kemungkknan berlaku pertama kereta lari finance yg ditarek oleh penarik kereta dan dijual kepada org lain harga murah. Kedua kereta dari Singapore. Kalau dari singapore kita boleh tahu sebab spek dia tak sama dgn yg di Malaysia. Peg Penyiasat PDRM kena cerdik lah dalam menyiasat kes ini jgn cincai.

Tanpa Nama berkata...

benda ni dah lama berlaku. penjual kereta ambil kereta dari singapura dan klonkan nombor pendaftaran. masih boleh ambih roadtax/insurance tanpa dikesan.aku rasa roadtax/insurance ni mmg x centralised.cuma dikesan kalau check nama pemilik di jpj..org yg beli kereta no. plate klon pon sudah sedia maklum yg no plat dia klon tapi sbb kereta import yg dibeli harga lebih murah, terus saje ambil risiko

Tanpa Nama berkata...

bahaya ni, boleh menyebabkan kematian di jalanraya kalau JPJ tak ambil tindakan