3 Okt 2014

[WASPADA] Penginap Homestay Dirakam Dengan CCTV


Rakam aksi bogel guna CCTV

IPOH - Seorang ahli perniagaan dikenakan wang jaminan RM28,000 di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam, selepas mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan merakam gambar bogel lima wanita dan tiga lelaki di sebuah inap desa di Taman Canning, di sini, Julai lalu.

Lim Lai Heng, 42, yang juga pemilik inap desa tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini yang dipasang di bilik air tingkat atas rumah berkenaan.

Dia didakwa mengaibkan lapan sekeluarga berusia antara 17 hingga 53 tahun dengan sengaja merakam gambar mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam 27 Julai 2014 di Ipoh Garden Homestay.

Berikutan itu, Lai Heng didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman mencadangkan supaya ahli perniagaan terbabit dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Stephen Su memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM2,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya memberi kerjasama baik dengan polis sepanjang siasatan dijalankan.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menetapkan wang jaminan RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan memberi syarat tambahan supaya Lai Heng tidak mendekati mangsa.

Menurutnya, jika tertuduh mendekati mangsa, secara tidak langsung, jaminan akan terbatal secara automatik. Beliau turut menetapkan 10 November ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, Lai Heng yang memakai kemeja biru dan berseluar panjang hanya menundukkan wajahnya di dalam mahkamah ketika peguam bela memohon jaminan ke atasnya dikurangkan.

Dia turut membalut kepalanya dengan kain dan menutup mukanya menggunakan beg ketika tiba di mahkamah semalam. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Sekarag di mana saja kita sudah tidak ada lagi kebebasan...

Tapi ada baik nya utk kita senantiasa berhati hati dalam apa jua pergerakan tindakan tingkah laku adat sopan.....

Dan ia elok di jadikan Ingatan bahawa Allah juga melihat apa yg kita zahirkan apa yg kita rahsiakan dan apa yg kita usahakan...


Tanpa Nama berkata...

Naik kan harga kamera dan peralatan sebanyak 20 sen supaya gejala ini dpt di hapuskan

Tanpa Nama berkata...

dzamn yg serba cnggih dgn tknolgi trkini kebebsn mnusia x trjamin lgi. ada baiknya krjaan mngkji smula akta ksalhn sprti ini kpd hukmn bert iaitu sebatn dn premis dsita slma 5 thn x dbnrkn operasi ursniaga penginpn.

sa`ad berkata...

Manusia itu mulia kerana di beri aqal untuk memikir ketika hendak melakukan sesuatu perkara.Oleh kerana dia di tidak mengawal nafsu yang ada padanya,maka jadilah dia lebih hina darpada binatang. Ikut hati mati,ikut rasa binasa,ikut nafsu lesu.
Sepatutnya kita kena ikut jalan Iman,baharulah aman