4 Okt 2014

[VIDEO & GAMBAR] Saksikan Pemandangan Ibadah Haji Tahun Ini


Mekah – Umat Islam dari seluruh dunia tiba di Padang Arafah, barat Arab Saudi kelmarin untuk menu­naikan ibadat wukuf pada musim haji tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi me­nyatakan, hampir 1.4 juta jemaah dari 163 negara mengunjungi kota suci ini untuk mengerjakan haji.

Mereka bergerak keluar dari kota suci ini menuju ke Mina. Kebanyakan jemaah akan menunggu sehingga awal pagi semalam sebelum meninggalkan Mina untuk berhimpun di Arafah, menandakan ke­mun­cak ibadat haji.

Ketika wukuf di Arafah, jemaah haji akan melakukan ibadah seperti bersolat dan dan membaca al-Quran.

Bagaimanapun, sejumlah jemaah tiba awal di Padang Arafah lewat kelmarin termasuk Iman Izzidine, 42, yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat berada di tanah suci ini. Sukar untuk saya menggambarkan perasaan ini,” kata wanita itu.

Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi menempatkan seramai 85,000 anggota ke­selamatan dan beribu-ribu petugas kesihatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini. – AFP
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Subhanallah

2 juta tu sbb ada kuota Kalau tak ada kuota

CEO Siber berkata...

(( Rahsia Dibuka )) - UMNO Mahu Jatuhkan Azmin SEKALI Lagi!!

Walaupun akhbar Utusan Malaysia meletakkan gambar lucah Azmin bersaiz A4 di muka depannya, ia tidak pun releven oleh rakyat selangor, malah seluruh rakyat Malaysia sekalipun sgt yakin dgn kreadibiliti Azmin sbg MB Selangor yg baru...

Bukan itu saja, penyokong BN bertubi2 mahukan Azmin menjadi MB baru dgn 'menjilat' kembali khalid bg menidakkan Wan Azizah sbg MB yg baru...

Wan Azizah yg tidak dpt bertanding pada pru yg lepas hanyalah orang tengah Anwar utk menguatkan lg PKR di Selangor. Memadai hanya berada di dun... dan Nurul Izzah di parlimen...


UMNO nak buat apa skrg?
Adakah UMNO mahu meletakkan Video Lucah 3G Azmin di Muka Depan Akhbar pujaannya?... Cubalah...

Yg pasti semakin ramai penyokong BN yg sukakan Azmin selepas ini...

Sayang selangor.. sayang PKR...

TAHNIAH ANWAR... TAHNIAH WAN AZIZAH... :-D


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini

BaDiN berkata...

Subhanallah.Allahuakbar.Alangkah manisnya Kelazatan Iman bila Dijemput Allah ke sana.Jika jutaan ini boleh bersatu Di Arafah Kenapa tak boleh bersatu menentang Israel yahudi utk menangkan Islam di muka bumi ini.bagaikan buih buih di lautan tapi tiada kekuatan melawan sikafir yahudi.