6 Okt 2014

[PENTING] Google Street View Ancam Privasi Orang Awam: Bagaimana Cara Atasinya?


Baru-baru ini dilaporkan Google Street View kini sudah memetakan 90% jalan-jalan awam di Semenanjung Malaysia.

Langkah Google berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI, lapor astroawani.com

Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Sementara itu, admin amanz.my menyatakan,

"Semalam kami mengembara secara maya menggunakan fungsi ini dan kami menyedari ada gambar kenderaan milik kami yang tidak dipadamkan nombor pendaftarannya secara penuh oleh pihak Google. Mengikut undang-udang, pihak Google harus mengaburkan muka individu dan setiap nombor kenderaan yang dipaparkan di dalam Street View.

Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda.

1) Buka laman Google Maps. Taipkan alamat atau taman rumah anda di kotak carian.
2) Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View
3) Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
4) Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.
5) Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Awat yang takut sangat ni? Awat yang dok salahkan benda yang mati? Yang buat jahat tu manusia dan google map pula yang disalahkan? Adakah ini warisan sifat pemimpin kita?
Naikkan harga minyak secara tak sengaja dengan alasan mengurangkan subsidi? Mengurangkan subsidi kerana untuk mengelakkan penyeludupan minyak ke negara jiran? Mana pergi anggota keselamatan negara yang amat dibanggakan? Jadi orang yang berbuat kesalahan tidak diambil tindakan dan orang yang tidak berdosa dimangsakan pulak. Apa punya polisi ni?
Teringat aku pada insiden yang berlaku di Gua Gunung Keriang. Bila aku dan anak-anak buah ingin memanjat Gunung Keriang dan melawat Guanya. Kami dilarang oleh sekuriti (guard) yang dok jaga kat bawah dan bila aku tanya alasannya kenapa? Dia menjawab sebab untuk mengelakkan kecurian. Dia kata orang yang memanjat gunung ini telah mencuri barangan dan kelengkapan (seperti lampu di sepanjang gua). Aku tak sampai hati nak kata kat dia sebab aku tahu bila berhujah dengan orang bermentaliti seperti ini, tiada kesudahannya. Yang dia dok jaga apa, jaga tak bagi orang panjat atau dok jaga tak bagi orang curi. Yang dia dok di bawah sepanjang hari, tak kan orang boleh curi sebab laluannya mesti melalui pondoknya. Fikir-fikirkanlah. Begitu juga dengan hal kenaikan harga minyak. Marahkan penyeludup, rakyat Malaysia dimangsakan. Cuba laksanakan hukum tembak sampai mati bagi penyeludup seperti yang berlaku di negara Cina, barulah penyeludupan tak berlaku. Kan penyeludupan itu umpama perbuatan mengkhianati negara. Rasuah pun serupa sahaja.
Jadi apakah kita perlukan Pemimpin yang berfikiran seperti Hassan Malek ni?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dgn orang yg tiada internet, atau cuma ada internet kelajuan rendah, atau internet kelajuan tinggi dgn kouta bulanan ciput nak melayari Google Street View ?

Tanpa Nama berkata...

Anti fitnah. Cakap pasal Google cukup lah. Tak usah melalut.

Tanpa Nama berkata...

Aku kurang paham bila yg komplen pasai google street view konon memudahkan perompak.malah ada yang kata google street view ni macam live streaming.kelakarnya.benda ni memudahkan.kadang2 yang komen tu umah depa xmasuk pun google street view tu.tapi depa yang lebih2 menggelupur.bila nak ke destinasi hgpa kata google maps punca sesat.dah nk mudahkan hgpa plak komplen macam2.pdhai dri sendri xreti gunakan teknologi.klu bab plat,muka xdikaburkan tu aku setuju sgt lah g repot kt google utk kaburkan semula.