8 Okt 2014

GST Untuk Bolehkan Najib & Rosmah Belanja Lebih Boros Lagi?


Mahfuz selar Rosmah guna pesawat untuk kepentingan peribadi Adam Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang enggan mendedahkan kos penerbangan yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia.

“Secara jelas, isteri Perdana Menteri telah menyalahgunakan kemudahan dan harta milik kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Pada 27 Ogos lalu, Rosmah telah terbang ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.

Sebelum ini, gesaan yang sama dibuat oleh Anthony Loke apabila beliau meminta pihak kerajaan mendedahkan tujuan penggunaan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.

Gesaan dari dua ahli parlimen tersebut dibuat berikutan penerbangan Rosmah ke Qatar pada Mac lalu mencecah kos RM426,489.46.

Anthony turut terkilan kerana pihak menteri di Jabatan Perdana Menteri enggan memberikan jawapan terperinci.

“Mengapa butiran dan kos terperinci itu dirahsiakan, dan adakah ia bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pihak kerajaan,” soalnya.

Dalam satu jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyatakan bahawa pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia merupakan pesawat rasmi kerajaan.

“Ia hanyalah digunakan atas urusan Perdana Menteri dan segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran yang bersesuaian dengan perkhidmatannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos.-FMT

ULASAN GB

hairan kita. Rakyat dihenyak terus-terusan dengan GST dan kenaikan harga minyak. PM dan isteri perhabiskan wang negara dengan menaiki jet peribadi...

Apa malangnya negara Malaysia ini mempunyai seorang pemimpin dan isteri yang berperangai sedemikian rupa?

GB tertarik dengan satu plakard:









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

no nama berkata...

akhirnya rakyat malaysia setuju bahawa mahadir lebih baik dari pak lah. pak lah lebih baik dari najib. najib lebih baik dari pm selepas najib.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua salah dap LGE dan anwar. Tak percaya Tanya hellfire. Laps yang dia boleh jadi saksi dan bukti.

Tanpa Nama berkata...

Di yg dikata pencuri diganti penyamun. Kalau tukar dlm kelompok tu jugak tak jauh bezanya keluar kandang harimau masuk kandang buaya. Selagi sifat tamak rakus BN/UMNO tidak ditukar selagi tulah rakyat seperti menanggung biawak2 hidup.

Tanpa Nama berkata...

Najib memang tidak pedulikan rakyat.
Najib memang tidak pedulikan rakyat.

Ahmad Basri berkata...

Wahai ahli2 umnob,bolih kh kalian fikirkan apa suami najib (bigama) lansaikn dari kantung rakyat memudaratkn kalian?
Sew bilik satu malam kt dubai sama dgn pendapatan 3-5 tahun satu keluarga sederhana (rm 100 k samalam),berjet ke negeri arab sama dgn pendapatan 12-20 tahun keluarga malaysia (rm 400k) dn baru ni ke indo dn singapura di anggar sama dgn 6-10 tahun pndapatan kluarga malaysia.
Kenapa kalian sanjung pemimpin yg tk beramanah demikian?

tausuo berkata...

Jika cerita ini benar,Gue yg dhoif terlintas bahwa orang yg tak boleh bercakap benar munkin orang yg murkai Allah. MasyaAllah, didunia lagi. GUE INGAT DI AKHIROT SAJA, MULUT ORANG BEGINI TIDAK BOLIH BERKATAKATA.Bisa pada hati rakyat dicukakan lagi dgn sikap tidak mahu berterus terang.manusia 2 yg nyawa belum sampai Ketenggolok seperti AMBRIN BUANG dan SPRM, SILA AMBIL PERHATIAN.

Tanpa Nama berkata...

aniaya lah rakyat , yang pasti seksa kubor amat menyakit kan..

jawab lah bila dalam kubor ; semua akan mati satu hari...

bagi can lah lagi 40 tahun , umur 100 pun mati jugak.

alhamdullillah , rakyat dapat pahala bonus dari pengANIAYA mereka !

Tanpa Nama berkata...

Kaum siapa sokong kuat kepada pembazir ini? Kenapa semua benda nak salahkan cina !?!?!?

Tanpa Nama berkata...

Dia xkan fikir bab akhirat sekiranya dia berwadah disebelah situ pasti Hudud dah lama dibenarkan percaya lah.....

Tanpa Nama berkata...

Allah turunkan pemimpin yang zalim untuk kaum yang zalim. najib dilantik oleh rakyat. rakyat bermasalah, pemimpin mereka juga bermasalah. Ni hukum alam. ayat kegemaran GB.


orang besar lain atas najib (ramai u know who) juga wajib disalahkan kerana tak mau menegur kemungkaran depan mata.