8 Okt 2014

Harakahdaily Perlu Belajar Dari Pak Shukur


Elak buat kenyataan jejaskan imej parti Oleh: ABD SHUKUR HARUN

SESEORANG itu dilihat kebodohannya apababila ia membuka mulutnya.

Ini sebuah pribahasa klasik Inggeris yang sangat dalam maknanya, iaitu bagaimana seseorang itu tanpa disedarinya boleh memperlihatkan kebodohannya apabila ia berkata-kata.

Adakah ini bermakna seseorang itu perlu lebih banyak membisu saja, tanpa menyatakan apa-apa akan apa yang terjadi? Tentunya tidak begitu. Ini kerana sama ada ia seorang tokoh politik, atau tokoh pelbagai bidang yang lain, boleh saja memberikan pandangan, asalkan munasabah, cukup dengan fakta dan alasan kukuh, selepas lama difikirkan.

Dalam hal ini, secara umum, antara golongan yang paling banyak bercakap ialah ahli politik. Mereka bercakap siang dan malam, di medan ceramah, di pelbagai mesyuarat, seminar, dialog ketika bertemu rakyat, membuat kenyataan akhbar atau bercakap di depan sidang media, di face-book, twitter dan pelbagai lagi.

Maka itu, kata-kata mereka itu akan diikuti oleh rakyat dan tentunya rakyat menilai kualiti, atau daya intelek seseorang tokoh politik itu. Ini menyebabkan sang tokoh itu terdedah kepada penilaian masyarakat dari sudut imej dan persepsi.

Ini berlaku kerana sang tokoh adalah milik parti yang dianggotainya, tidak kira statusnya dalam parti itu, justeru media – lebih-lebih lagi media musuh politiknya – akan segera mengaitkan kenyataannya itu dengan partinya.

Sama ada kenyataannya itu adalah pendapat peribadinya atau suara partinya, namun rakyat mengasosiasikannya dengan parti yang dianggotainya. Maka itu, pendukung parti politik perlulah waspada akan hal ini, supaya kenyataannya itu tidak menjadi beban kepada parti yang didukungnya, yang mengakibatkan persepsi dan imej buruk kepada partinya sendiri.

Di Malaysia, tidak kurang riuh rendahnya kenyataan politik pelbagai pihak yang menyebabkan suasana politik di negara ini menjadi jungkir balik, kata orang Indonesia.

Hampir setiap hari ada saja kenyataan yang kadang-kadang ‘mengerikan’ apabila rakyat mendengar dan membacanya, malah ada yang jadi bahan tertawaan kerana lucu, tidak munasabah, malah, mengarut.

Di kalangan PAS sendiri, pelbagai kenyataan yang serupa itu sering bermunculan, menghantar isyarat bahawa sesetengah pendukung PAS mempunyai kecenderungan luar biasa untuk membuat kenyataan.

Sehubungan itu, timbullah isu wala’ dan tidak wala’ atau setia dan tidak setia ahli kepada parti dan pemimpin, di mana isu ini telah sekian lama berlegar di kalangan ahli PAS, atas pelbagai sebab tertentu. Isu yang sangat merimaskan ini rupanya semakin dibubuh baja, direndangkan dan disegarkan, tanpa memikirkan akibatnya yang boleh mencederakan parti itu sendiri.

Maka itu, jika isu ini tidak ditangani dengan bijaksana dan berkesan, ia akan menyebabkan berantakan sesama ahli, yang akhirnya partilah yang rugi.

Menurut pendapat saya, masih tetap ada di kalangan pimpinan dan pendukung PAS yang mahukan isu wala’ ini diselesaikan segera kerama menyedari kesan buruknya. Oleh itu ia perlulah disokong.

Berhubungan dengan pelbagai kenyataan yang keluar dari segelintir pendukung PAS, saya tertarik dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin mengulas mengenai dakwaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengatakan wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama. Hanipa menyangkal kenyataan Nik Abduh itu, malah menganggapnya sebagai pandangan peribadi semata-mata.

Menurut Ahli Parlimen Sepang itu, walaupun pihaknya mengakui sayap ulama parti itu sering dikritik sejak kebelakangan ini, tetapi itu tidak bermakna ia didalangi negara luar untuk menjatuhkan imej parti Islam itu dan pemimpinnya.


"Saya rasa kuasa besar dunia pun ada banyak masalah lain hendak difikirkannya daripada (merancang) konspirasi," kata Hanipa.

Seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad pula menganggap Nik Abduh membuat andaian tanpa asas kukuh.

Katanya, situasi konflik di negara Timur Tengah tidak boleh diramalkan akan sama berlaku di Malaysia. "Kena ada asas untuk buat andaian. Asas dia apa? Kalau kata usaha hendak jatuhkan ulama (PAS), siapa yang nak jatuhkan?" kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid berkata, teguran yang dibuat ahli PAS dan pihak luar terhadap Majlis Syura tidak bererti mahu menjatuhkan badan tertinggi PAS itu.

"Kepimpinan ulama dijamin dalam perlembagaan (parti), tetapi janganlah menganggap pelbagai pandangan berbeza itu sebagai usaha hendak menjatuhkan kepimpinan ulama, kerana berbeza pendapat itu perkara biasa,” katanya.

Berhubung dengan dakwaan wujudnya konspirasi itu, maka sudah tentu pelbagai pihak menuntut pembuktian yang nyata jika ada. Oleh itu, sebarang dakwaan ia mesti didukung oleh asas yang kukuh dan munasabah, bukan agak-agak atau berdasarkan bacaan politik yang naïf. Jika ada bukti yang kukuh, barulah boleh dipercayai.

Sementara itu, perlulah diakui hakikat bahawa PAS yang kini sudah berusia 60 tahun memiliki sejarahnya yang unik. Ahlinya mencapai 1.3 juta orang dari pelbagai golongan, latar belakang pendidikan, ekonomi, keluarga, budaya dan tradisi yang membentuk pelbagai cara berfikir dan pandangan.

Tetapi walaupun wujud warna warni kepelbagaian mereka, namun selepas mereka menyertai PAS, mereka sangat istiqmah dengan dasar dan perjuangan parti. Tidak ada siapapun yang berhak mencabar wala’ atau kesetiaan mereka, walaupun diakui ada segelintir pendukung PAS –sepanjang sejarahnya - yang tersingkir dari jamaah atas pelbagai sebab tertentu.

Dengan itu sewajarnyalah diterima hakikat kepelbagaian pendapat dalam jamaah dalam usaha mendapatkan keputusan terbaik. Ini kerana Seerah Nabi SAW sendiri menyerlahkan hal ini. Cuma apabila sesuatu telah diputuskan oleh parti, maka semua pihak wajib mematuhinya.

Oleh itu, jika semua ahli matang berpolitik, memahami fikul-waqie, mamahami kaedah dan struktur parti, saya kira pelbagai kenyataan kontrovesi dan tidak munasabah tidak akan bermunculan lagi.

Sewajarnyalah setip ahli sentiasa memikirkan secara positif akan hal ini, bagaimana hendak memperkukuh parti, meningkatkan perpaduan supaya dapat menyerlahkan imej dan persepsi cemerlang kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat sedang memerhati dan mengadili PAS.

Begitulah hendaknya dan ini adalah sebuah harapan.

ULASAN GB

Tulisan Pak Shukou Harun di atas diterbitkan oleh harakahdaily sendiri. Dan GB tertanya-tanya apakah pengarang dan penulis di harakahdaily ada membaca tulisan Pak Shukur berkenaan.

Ini kerana GB lihat mutakhir ini, Harakahdaily lebih banyak menerbitkan berita-berita dan laporan-laporan yang berat sebelah - hanya tertumpu kepada senang cakap - kumpulan UG.

Sampai berita kononnya ada usaha peringkat antarangsa nak jatuhkan Ustaz Hadi pun ada di Harakahdaily.

Yang ada kenyataan dari Nasruddin Tantawi, Khairuddin At-Takiri, Iskandar Samad dan yang sekumpulan dengannya, yang dilihat selama ini sebagai golongan yang sentiasa cuba mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat.

Malah seorang pengarang Harakahdaily telah terus terang menyerang Lim Guan Eng kerana pendirian DAP terhadap isu empat exco yang menyokong TSKI sedangkan apa hak pengarang tersebut berbuat demikian? Bukankah sepatutnya pimpinan PAS yang bersuara? Tumpang semangkuk untuk kucacir-kkacirkan Pakatan Rakyat. Lebih sudu dari kuah dan menampakkan dengan jelas sindrom UG begitu ketara pada Harakahdaily.

Apa pasal jadi begitu? Silap gaya tulisan Pak Shukur pun nanti diharamkannya dari harakahdaily.

GB dah ulas sebelum ini, petikan:

Semenjak isu Selangor, ini, GB mendapati Harakahdaily menjadi lidah kumpulan UG, menjadi begtu senget laporannya dengan tidak memberikan laporan dan berita seimbang terhadap suara-suara yang berbeza di dalam pimpinan parti.

Ia cuba memperbodohkan para ahli dengan menyiarkan kenyataan hanya dari tokoh-tokoh UG. Baginya wala itu hanya kepada Presiden dan ulamak, tidak kepada keseluruhan Jawatankuasa PAS Pusat yang telah diberi mandat oleh muktamar. Langkah harakahdaily itu juga, sama seperti UMNO, sebenarnya cuba untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Seorang YDP kawasan ada menghubungi GB dengan bernada kesal menyatakan bahawa wala bagi mereka hanyalah kepada pemimpin yang bergelar ulama, jika pemimpin bukan dari kalangan ulama, mereka tidak akan wala. Bagi GB sikap itu amat bertentangan dengan hadith yang meminta kita untuk wala tak kira pemimpin itu ulama atau bukan ulama.

Rasulullah saw pernah bersabda:

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI







7 ulasan:

Amuraria berkata...

apakah harakah dudah doperlembu oleh geng 'ug; ? minta jauhi bala geng itu ,syukur masih ada insan macam oak shukur ini ,tentang sampai mati gerombolan pro 'ug' & jangan lupa ABU !

Amuraria berkata...

harakah dulu kuat maki hamun sampai hilang banyak pembaca ,tapi kini berubah sikit tapi dah dipengaruhi pulak geng 'perpaduang' yang cintakan umporno walau mereka lupa kot dulu kena main dengan parti dajjal itu ! ABU !

air gunung berkata...

GB.
Kita neh kalo hati penuh dgn kesombongan,angkuh,org lain rendah aqal ilmu dan pengalaman dr kita,kita jer yg pandai ilmu agama.hukum hakam,agak2nya boleh ker terima nasihat teguran keritikan org lain.akhir2 ni dah semcm jer pemimpin PAS ni.Lg pelik group belajar agama.Muda plak tuh.sdlm mana mereka mengusai ilmu alat dn akhlaq utk ishtihar dr ulamak or alim la katakan.setahu aku yg jhil neh para Ulamaa' itu ialah mereka yg hatinya sentiasa takut gerun or taqwa kpd Allah s.w.t.kalo dok tuduh x der bukti or berkepentingan diri tuh mari dari hati yg taqwa ker?lps tu senang jer lebel org munafiq,barua,x walaa'.sampai aku heran dan terfikir Parti PAS ni mender eaa?kalau diikutkan kenyataan sesetgh mereka(pas)mcm agama jer.x ikut or undi Pas x Islam.(isalam itu Pas & Pas itu Islam)mcm islam tu 4 Pas.not islam 4 all.tang Pas 4 all tu plak tak tau la plakk aku heheh semenjak semenjak geng2 ulamaa' wannebe dok bising skrg neh

Anti Syiah berkata...

sombong bongkak takabur riak ujub adalah sifat iblis.

iblis dulu bukan setakat ulamak tapi ketua malaikat. bukan 60 tahun beribadat tp beribu tahun.

tp apabila iblis cuba memakai pakaian Allah iaitu kesombongan, maka dia jatuh menjadi sgt hina.

Allah nk heran ke dgn amal ibadat iblis beribu tahun tu? kalau takat 60 tahun lagilah Allah tk heran.

adakah dgn menjadi ust saja, maka sudah dianggap ulamak? dgn berselindung gelaran ulamak maka tk boleh ditegur konon mereka sj yg tahu agama.

umat islam malaysia amat malu kerana PAS sudah merealisasikan pandangan mahathir terhadap ulamak.

mahathir kata ulamak diangkat begitu tinggi hingga mereka berada dalam kelas esklusif yg tidak boleh berlawan pandangan dgn mereka.

beza pandangan dianggap menentang ulamak pewaris Nabi.

yg meletak ulamak dan imam sgt tinggi maksum dan tidak boleh disanggah sikit pun ialah SYIAH.

ada roh syiah ke dlm PAS?

Awanama berkata...

Minta izin WM untuk iklan

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Awanama berkata...


Rugi rugi Utusan pun Utusan akan terus beroperasi

Awanama berkata...

Harakah daily atau al Hadi daily?