Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, dipenuhi ratusan penyokong dan pengikut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengikuti perbicaraan kes saman RM2 juta terhadapnya.
Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.
Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya.
Abdul Hadi tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi
Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.
Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.
Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.
Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.
Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden PAS itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda. -BH
TERKINI: Perbicaraan di tangguh ke 23 November 2014.
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan satu hari lagi pada 23 November depan untuk tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan.
Sebelum itu, Hj Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan.
Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini.
Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.
‘Saya tidak kenal plaintif’, kata Hadi dalam kes saman calon PKR
"Saya tak kenal langsung plaintif. Macamana saya nak fitnah dia?!" kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kandang saksi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.
Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan keterangan sebagai saksi utama terhadap saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Dalam saman itu, Shamsul mendakwa Hadi menuduh beliau menjual pil kuda.
Hadi memasuki kandang saksi kira-kira jam 10 pagi ini bagi memberikan keterangan dengan diiringi para penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah itu, termasuk isterinya, Datin Seri Zainab Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Sebelum Hadi memberikan keterangan, Adun Bandar yang juga Ketua PKR Terengganu, Azan Ismail, memberikan keterangan sebagai saksi plaintif.
Hadi selesai memberikan keterangan kira-kira sejam kemudian.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa kemudiannya menangguhkan perbicaraan kepada 23 November ini.
Hadi disaman Shamsul kerana mendakwa ada calon PKR semasa pilihan raya umum ke-13 lalu menjual pil kuda, iaitu sejenis dadah.
Dakwaan itu dibuat Hadi dalam ceramahnya di Alor Limbat, Marang, Terengganu menjelang pilihan raya itu.
Ekoran itu, PAS meletakkan calonnya juga di tiga kawasan DUN yang sepatutnya ditandingi calon PKR bagi pihak Pakatan Rakyat termasuk Bukit Besi. Ini disusuli tindakan saman oleh Shamsul.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul.
Bagaimana pun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.
Ketika Hadi menghadapi saman dari bekas calon PKR ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, tetapi dalam kandang tertuduh.
Anwar sedang merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi membebaskannya ekoran keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas beliau. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
22 ulasan:
dari raut muka orang orang PAS jauh beda dari muka Anwar Ibrahim dan penyokong nya dari segi muka orang bijak berfikir dan pemakaian.
apa kah sama orang orang bahalol dan orang orang berfikir ?
Pulak dah
Parok nise
Tak nak komen banyak...kopiah saja..mana serban?
Putrajaya hanya se orang wartawan di benarkan masuk
Tganu hanya seorang wartawan yang hendak masuk
Boleh ka kita pi sokong org buat fitnah terhadap org lain. Dalam Islam ada ka ayat yg boleh kita buat mcm tu.
Ataupun ada nas yg mengatakan Tok Guru saja yang boleh buat fitnah.
Sepatutnya kita kena support org yg kena fitnah, bukan pi support org yg buat fitnah.
Sapa makan cili,maka terasalah panasnya.kalu tak buat kenapa bising-bising.Jangan membazirkan wang dan masa banyak lagi kerja yang kita kena buat,sebelum dijemput kealam baqa.
lihatlah bagaimana Allah swt memalukan seseorang yang kononnya diangkat sebagai ulama dunia...jawapannya adalah..."saya tidak kenalpun plaintif,bagaimana saya hendak memfitnah dia?"...
yer itulah sebenarnya yang patut diamalkan di dalam Islam,jangan suka suka memfitnah apatah lagi tidak pernah kenal batang tubuh orang yang difitnah..
jawapannya kononnya mcm alasan,tetapi sebenarnya adalah 'pernyataan' yang menyimbah mukanya sendiri.
hadi kata mcm mana nak fitnah kalau tak kenal. org bangang je bleh caya ckp sipenipu. walaupun tak kenal secara peribadi tp calon pkr tu ada sorang je. kalau hadi sebut calon pkr, sapa lagi?
pegilah hadir sidang parlimen westminster tu. marang kan dlm England...
Kalau Hadi kenal orang itu tentu digelarnya barua, spt 2 ADUN PAS kat Selangor tu.
Eh, Hadi Awang President PAS ada berapa orang? Jika lidah tidak dikawal, tanggunglah akibatnya.
Dari fitnah dia akan membuat berbagai bagai kesalahan satu demi satu Dia di uji antara kebenaran ilmu nya dengan survival politik nya termasuk menantu nya
perangai manusia dia tidak akan berbohong dan fitnah sekali tetapi dia akan mengulanginya sekali lagi dan berkali kali Macamana kes liwat siri kedua
Buat baik berpada pada Buat jahat jangan sekali Samada jangan buat lansung pada orang yang berfikiran positif atau tak cukup buat jahat sekali bagi orang yang berfikiran negatif
slps satu fitnah dia buat fitnah kedua pula ketiga..n seterusnya,
dia berani tipu allah, lalu allah tipu dia berkali ganda..n akan terhambur drp mulutnya tiada lain lg selain fitnah
tak caya tuggu jer..
dia tak akan sedar bhw mulutnya itu tiba2 secara 'automatik' akan memutar2 fitnah lagi, lagi dan lagi..
kes pilkuda patut pi repot kat polis
dia pi repot kat media n tv3
dia buat fitnah bukan pd 2 @ 3 org
dia buat fitnah pd org SATU DUNIA!!
dia buat fitnah 'barua' pon satu DONIA jugak!!!
hadoii ..hadoii..hadoii
We all masih hormat lu if u letak jawatan dan dirombak majlis syura mengikut kesesuai masa kini. Walaupun lu tak bawa fahaman syiah tetapi sebahagian daripada amalan syiah dahpun meresap kedalam parti yg berjaya dikesan oleh golongan profesional PAS.
Please resign or tubuhkan parti islam baru sebab we all tak boleh terima budaya taksub kepada ulama sebab ia adalah salah budaya syiah dan dikhuatiri nanti PAS terpesong dari matlamat asal dari memperjuangkan islam kpd memperjuangan agama syafie dengan 3 mazhab ahli sunnah wal jamaah diharamkan begitu shj. Wallahualam.
Calon pkr kat terengganu ada 3 orang masa pru13 jd kenapa sorang je yg saman?lagi dua orang tu tak rasa malu ke hj hadi kata ada calon pkr jual pil kuda?ke terasa pedas bila mkn cili?hahahaha...
Berani bersumpah ni, kan semua org dgr dia ckp kat tv n surat kamar..... tp skrg tak mengaku lak
respond to anon oct 29 7.09 am
Dah tentu lah DUN kawasan untuk PKR tapi dirampas oleh PAS dengan meletakkan calun PAS Guna alasan pil kuda untuk menghalalkan tindakan
Pi tengok utube video ceramah TGHH yang dikatakn membuat fitnah pil khuda dulu kalau keliru. Jangan nak tunjuk pandai kalau benda semudah pi tengok video yang dimaksudkan pun xboleh buat.
Kang kalau kata bodoh tak dak akai, marah pulak. Kalau xtau apa xyah menyampok. Nampak diri xcerdik.
Dah tengok bro...kt minit yg ke brape hj hadi sebut nama calon bukit besi hahaha...mcmmana hakim nk buat keputusan nanti hahaha...cerdik sungguh calon ni...patut yg dua org lg 2 saman la jugak...yg kata org x cerdik belum tentu cerdik hahaha
Lupa nk tambah skit lg...anon 1054 marah nampah hahaha...
Budak tadika pun boleh kenal calon pkr tu...poster ada di mana2 dan masa penamaan calon tentu dah tahu bahawa itu adalah calon pkr...inikan pula presiden parti...klu mcm tu lebih letak jawatan sbb pemikiran politik terlalu dangkal...
Sebab musabab kita belajar, Allah kurniakan ilmu hingga lah kita bole mengajar, kembangkan ilmu , menjadi pemimpin / idola, ikutan & sanjungan, hingga kadang2 timbullah sifat takbur & pantang ditegur.
Kalau ada yang bertanya soalan, kadang2 dikatakan 'bodoh', 'itu pun tak tau', dsbnya . Jarang yang berkata, 'alhamdulillah, dgn soalan ni, saya cuba jawab dgn ilmu yg diberi Allah, semuga semua dapat manfaat'.
Haman kan sombong bila dikurniakan Allah harta melimpah ruah , katanya 'ini usaha aku' .
Jadi, sesiapa saja boleh ditimpa penyakit ni. Yang berilmu , lain caranya, yang tak berilmu lain pula . Termasuk pengikut2 .
Tak salah merendah diri & mohon maaf atas keterlanjuran kita terutama kata2, walau kita pemimpin, ketua, ayah, ibu
bapa, suami2 , isteri2 dll.
Catat Ulasan