28 Okt 2014

[LIVE - GAMBAR] Rayuan Liwat 2 Di Mahkamah Persekutuan


Kawalan ketat ketika mahkamah bersiap dengar rayuan Liwat II

Empat tahun selepas perbicaraan Liwat II bermula, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berusia 67 tahun akan tahu hari ini atau esok sama ada Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan hukuman ke atasnya dan dipenjarakan.

Pasukan peguambela Anwar telah mengemukakan 35 alasan dalam merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang mendapati MP Permatang Pauh itu bersalah atas tuduhan liwat - sabitan kedua bagi tuduhan tersebut dalam tempoh 10 tahun.

Pihak pendakwaan pula telah mengemukakan empat alasan untuk menambah tempoh hukuman penjara itu, di mana ia merasakan tempoh lima tahun penjara yang dijatuhkan ke atas ketua umum PKR itu sebagai tidak cukup berbanding dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan hukuman sebat yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pilihan raya kecil dijangka diadakan.

Malaysiakini membuat liputan langsung perbicaraan tersebut.

LAPORAN LANGSUNG

12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan dengan itu, membuat sabitan adalah tidak selamat.

Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.

12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.

Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.

Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.

Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.

12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela.

Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."

Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.

Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar.

Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada di kondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.

12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.

Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.

Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.

12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.

Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.

11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.

Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.

Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.

Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.

Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.

Menurutnya, seorang yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.

Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.

11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.

Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya.

Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.

11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.

Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.

11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.

Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).

Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).

"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.

"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.

Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.

Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.

Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima.

Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.

11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.

Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.

"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.

10.25am: Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.

Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti.

Mahkamah berehat seketika.

10.10am: Gopal berkata KY gel muncul semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan ke atas Saiful.

Peguambela itu berkata jika minyak pelincir merupakan satu bahan bukti yang penting, Jude tidak akan menyerahkannya kepada Saiful pada 28 Jun (2008), hanya untuk Saiful memberikan kembali kepada pegawai polis yang lain pada hari berikutnya.

Ini, katanya, terlepas oleh hakim perbicaraan (di Mahkamah Tinggi).

Gopal berkata keterangan Saiful bahawa dia dalam kesakitan dan dia telah menyimpan air mani di dalam dubur selama beberapa hari.

Dalam pemeriksaan balas, Saiful berkata, dia diminta oleh Anwar untuk memakai KY jelly pada duburnya, dan Gopal seterusnya mengemukakan apa yang dinyatakan oleh saksi itu semasa memberi keterangan secara tertutup.

Gopal berkata, Saiful berada dalam kesakitan di dubur dan juga di perut.

Kewujudan gel itu, tambahnya, telah menimbulkan keraguan dan kekurangan kredibiliti.

Arifin bertanya mengapa kekurangan kredibiliti. Gopal mengatakan jika gel itu telah digunakan, dia tidak akan mengalami kesakitan, menyumbang kepada persekitaran gel yang diserahkan kepada pihak polis.

10am: Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, gel itu dikemukakan dan ditandakan, kata Gopal.

Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan bahawa mereka melakukan perbuatan itu (liwat) di atas karpet dan dia memakai gel itu pada bahagian sulitnya (dubur).

Gopal menunjukkan satu dokumen yang tiada dalam rekod rayuan, dan beliau berkata, 'keadaan barang kes (senarai barang yang dirampas) tidak termasuk KY Jelly itu.

Ini, katanya, menunjukkan tidak konsistensi dalam keterangannya Saiful.


Menurutnya, bukti itu tidak ada dalam senarai dan ia perlu dipertimbangkan tidak boleh diterima dan kewajarannya (weightage) (dalam pertimbangan) adalah dicabar."

Karpal, katanya, telah bertanya Saiful (sama ada) gel KY itu sesuatu yang difikirkan kemuduan (afterthought) dan saksi itu bersetuju. Laporan polis yang dibuat tidak menyebut tentang gel itu."

8.47am: Gopal berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah silap bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya telah mentahkikkan:

Perkara ketiga, dia berkata, adalah hak pembelaan untuk menguji pernyataan pegawai polis Jude Pereira dalam menjalankan siasatannya.

Dalam menyentuh alasan pertama rayuan itu, Gopal berkata Saiful mendakwa dia takut untuk membuat laporan polis.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu menambah bahawa Dr Osman menyatakan bahawa pada mulanya Saiful tidak bersedia untuk membuat laporan itu.

"Dokuman ini (laporan perubatan) telah ditunjukkan kepada Saiful dan dia menafikannya?"

Saiful berkata dia telah bertemu dengan seorang pegawai kanan polis (Mohd Rodwan) dan menghubungi IGP.

Beliau berkata seseorang yang tidak mahu diliwat tidak akan membeli pelincir.


Katanya, kehadiran gel itu adalah suatu perkara yang meragukan.

9.45am: Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.

Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.

Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa.

Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie.

Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar).

Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful.

9.40am: Peguam Gopal berkata, walaupun menghantar surat peletakan jawatan, Saiful pergi ke rumah Anwar dan malah menyajikan minuman di sana.

Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed) Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah dimasukkan ke dalam duburnya.

"Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur."

Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi.

Saiful, kata Gopal, kemudiannya bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis.

9.30am: Peguam Gopal Sri Ram mula berhujah. Beliau berkata tidak ada saksi kepada dakwaan jenayah itu.

Gopal berkata Saiful mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan itu (liwat) dan pelincir digunakan (KY jelly).

"Ini adalah keterangannya bahawa perbuatan itu begitu kuat, dia memicit tuib jeli dan ia (jeli) jatuh ke karpet.

"Saiful berkata ia mencuci dirinya sendiri dan menghantar emel untuk meletak jawatan sebagai pembantu Anwar."

9.27am: Peguambela utama Gopal Sri Ram mahu membaca senarai pemerhati antarabangsa tetapi Ketua Hakim Arifin berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia sudah diketahui.

Gopal memberitahu mahkamah bahawa pihak peguambela menambah satu lagi alasan rayuan.

Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah alasan tambahan itu.

9.22am: Peguambela Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa empat orang akan menyampaikan hujah bagi pembelaan - Gopal, Surendran, Ram Karpal dan Sangeet.

Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketua.

Terdapat perubahan dalam panel hakim - Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali.

9.10am: Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga kelihatan di mahkamah, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, pemangku pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan penyokong kuat parti itu Ronnie Liu.

Galeri awam yang mempunyai kira-kira 70 tempat duduk sudah penuh sesak.

"Kalau tak cukup kerusi, boleh sertai saya di kandang tertuduh," kata Anwar berseloroh. 8.59am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram.

8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah.

Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu.

Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian.

8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar.

Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam.

Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah.

Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar.

8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah.

7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman.

Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis.

Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi.

6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar.

Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama.

Apapun nasib Anwar, kelebihan di pihak PR

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Datuk Dr. A. Kadir Jasin menyatakan sebahagian kekuatan Pakatan Rakyat (PR) berpunca daripada kelemahan Barisan Nasional melainkan parti itu sudah pulih sepenuhnya daripada bencana ‘Tsunami Cina PRU 2013′.

Bahkan, BN juga tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada memenjarakan Anwar.

“BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR dari “suite”nya di penjara. Seandainya kes tersebut digugurkan pula, maka jadilah beliau “makhluk suci” yang kalis fitnah,” katanya di dalam blog www.kadirjasin.blogspot.com/

Tambah Kadir lagi, terdapat beberapa senario yang akan terjadi antaranya jika Anwar masuk penjara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR akan kehilangan ketua yang karismatik, tetapi memperoleh simpati.

“Setelah bercakaran dan kacau-bilau akibat krisis Menteri Besar Selangor, PR memerlukan simpati dan persefahaman penyokongnya,” jelas beliau lagi.

Manakala, jika Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa Anwar tidak bersalah, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah oleh musuh-musuhnya.

“Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah kukuh,” katanya.

Jelas Kadir lagi, ramalan PR akan hancur musnah kalau Anwar dipenjarakan hanyalah premature. Sebaliknya simpati yang tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk memperkukuh dan memperluaskan sokongan.

Kadir menjelaskan terdapat dua pemangkin yang membuatkan PR berjaya sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.

“Daripada aspek psikologi pula, PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat bahawa mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri,” katanya lagi.

Kadir turut memberitahu bahawa antara faktor lain yang memihak kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda.

“Selain veteran seperti Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti-parti PR, terutamanya PKR dan DAP digerakkan oleh generasi pelapis.

“Gabungan kepemimpinan pelapis yang meluas dengan bilangan pemilih muda yang semakin meningkat boleh menjadi dorongan (impetus) kepada parti-parti PR untuk terus berpakat walaupun wujud perbezaan ideologi dan dasar yang ketara,” katanya.
-FMT


Yusuf al-Qaradawi: Anwar tidak patut dituduh tanpa asas

Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam, Yusuf al-Qaradawi menyatakan adalah tidak patut bagi badan kehakiman ditukar supaya menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes.

Katanya, perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi dan bukan untuk mencari kebenaran.

“Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin ternama dengan sejarah, pengalaman, perjuangan, kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini.

“Anwar sewajarnya dilayan setimpal dengan jasa perjuangan serta kerja gigihnya, bukan mengenakan beliau dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas,” jelas ulama itu.Tambah Yusuf lagi, mahkamah sebelum ini telah membebaskan Anwar daripada tuduhan itu, tetapi jelas terdapat pihak yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

“Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari.

“Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara.

“Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya.






akan cuba dikemaskinikan sentiasa. Sila refresh setiap 10 minit.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKHIRNYA DI ISTANA KEHAKIMAN tapi yg ASAS telah dibuat iaitu kajang move
KAJANG MOVE : Saya memahami kajang move sebagai menyediakan asas jika anuar ke penjara. Ramai tahu Khalid akan tidak mampu meng utuhkan PKR jika anuar didlm penjara. Jika dulu azizah sbg penyatu pakatan rakyat selaku KETUA PEMBANGKANG, tapi KINI jika Khalid sure tak boleh harap. Anwar PERCAYA kesinambungan PKR & PR hanya kekal mantap jika MB Selangor samada Azizah atau Azmin.
Mencadang Azmin pasti ada tentangan dalaman dan di dulukan nama Azizah supaya solid sokongan, Jadi apa pilihan apabila Azizah tidak diterima MAKA Azmin sebagai ganti- suka tidak suka dalaman PR terpaksa setuju Azmin as MB.

Anwar semestinya puas hati jika tidak azizah pun no 2 harapannya ada iaitu Azmin. Ya kerana Azmin adalah teruji kesetiaan jika disbanding Ijam, Ruslan, DLL.
Jadi jika pun Anwar dlm penjara > Azmin ada selaku MB dinegeri kaya dgn reserve yg boleh jana momentum PKR. SIAPA yg anda percaya Khalid ke Azmin ke yg mampu menerus legacy Anwar. Jika tidak PKR boleh jadi Semangat 46 berkubur kerana kurang dana. Jadi Khalid mesti diganti...... ITU YG SAYA FAHAM APA ITU KAJANG MOVE.

oleh
utuhkabin

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim budak kampong saja tapi contoh melayu terbaik dengan kerja kuat , tabah dan tanpa rasuah menongkat langit , sekarang menjadi melayu professional dan bijak berfikir.

raut muka pun bukan muka bahalol yang banyak terdapat dalam umno dan pas. ini ter bukti lagi dengan muka muka penyokong Anwar Ibrahim nampak bijak dan professional serta tabah.

kes ini hanya lah mainan Anwar Ibrahim untuk membukti kan orang orang melayu rata rata bahalol , otak sempit dan malas , serta gila kan suapan untuk hidup.

hanya lah melayu saja yang dapat mengubah nasib melayu di masa hadapan , dan orang itu adalah Anwar Ibrahim.

itu fakta jelas yang menakutkan mamak mamak dari dulu kini dan selama nya.

Tanpa Nama berkata...

f**k to BN! malaun ni dh byk merosakkan moral anak2 m'sia. now, kids want to know what is 'dubur''liwat''air mani' and so on. they are curious... must stop this kind of politic lucah...

Tanpa Nama berkata...

In the first place, WHY ANWAR TAK INITIATE 'PERMATANG PAUH MOVE' supaya Azizah boleh jadi CM Penang? adakah Anwar & Azizah tiada sokongan dari Cina DAP?

Rambo berkata...

mempercayai fitnah liwat ini benar adalah symtom kebodohan akal manusia berDNA ungka yg ramainya diwarisi penyokong umno.

kes fitnah liwat semata2 kejahatan politik umno melenyapkan suara pemimpin yg membela rakyat.

jgn cari sebab2 lain... kecuali anda bebal

Tanpa Nama berkata...

Aku tetap sokong Anuar walaupun dia d penjara.

Tanpa Nama berkata...

Aku juga sependapat dgn utuhkabin, cuma aku tak pandai sangat menulis macam mu.




Seniwoman berkata...

Kes ini sepatutnya dibuang oleh hakim perbicaraan sebaik saja selesai pihak pendakwa memberikan keterangan dulu. Namun keputusan akhirnya membebaskan Anwar adalah tepat sekali.
Nyawa UMNO amat bergantung kpd fitnah seumpama ini dulu, kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Orang jenis macam Anwar ni akan menjadi bertambah kuat lagi ada lah Apa lagi umur dia dah ujung ujung senja Dia akan mengambil kesempatan untuk menyucikan diri untuk mendekatkan diri dengan Allah dalam perjuangan demi rakyat dan keadilan sejagat Dia bersedia di korbankan

MSU tak banyak sikit terasa malu dengan keberanian Anwar sebagai pemimpin Islam Sebalik memberi sokongan kepada Anwar MSU cuba mengagalkan dengan menyusahkan Anwar dengan cara UG

Anak anak muda akan terus mengenali Anwar dari pemimpin UG seperti mana kita mengenang Ustad Fadzil ketika ini

bat8 berkata...

Tuan

Satu perkara yang terlepas pandang ol3h kita t3ntang Anwar terutama cai-cai UMNO. Ilmu ugama Anwar juga tinggi walaupun tidak setinggi TGHH. Bagaimana dia bol3h mengharungi pelbagai masaalah yang dilontarkan ol3h seluruh jentera s3buah kerajaan jika tanpa iman dan kenyakinan ugama yang mantap.

TGHH ilmu ugamanya tinggi. Baru kena saman kes fitnah pil khuda, dah berterabur. Kekuatan ilmunya b3nar-benar diuji ol3h Allah. Kita lihat berbezaan antara Anwar dan TGHH dalam menghadapi dugaan k3hidupan. Jauh bezanya.