21 Okt 2014

[GAMBAR & VIDEO] Bagaimana Kemalangan Ngeri Itu Berlaku...


Kronologi Kemalangan Maut di Lebuhraya Karak

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi telah disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Di bawah adalah kronologi kemalangan di lebuhraya Karak yang berlaku semalam :

  1. Enam buah motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, sebuah trak penunda dikatakan sedang menunda lori pasir seberat 3 tan tersasar arah ketika mendaki laluan lebuhraya yang berbukit lalu menutup ketiga-tiga laluan terbabit.
  2. Seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 dipercayai menekan brek kecemasan lalu hilang kawalan dan tercampak apabila sebuah kereta jenis Myvi menukar laluan secara mengejut dari lorong tengah ke kanan.
  3. Penunggang kedua dan ketiga turut menekan brek lalu hilang kawalan hingga tercampak kira-kira 10 meter. Motosikal terbabit terbabkar lalu menggelongsor ke arah penunggang pertama. Mangsa dihempap motosikal yang terbakar hingga rentung di lokasi kejadian.
  4. Penunggang keempat dan kelima juga tercampak ke lorong kiri manakala penunggang keenam terperosok di bawah kereta jenis Honda City yang berada di lorong kanan. Mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
kemalangan maut motosikal karak highway terbakar
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





21 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Kita bersimpati kepada Mangsa...

Yang beragama Islam...semuga mndapat perlindungan Allah dan Al Fatihah...

Ameen

Awanama berkata...

bawa motor ini memang risiko accident tinggi.

kenapa perlu bawa motor besar laju laju di jalanraya . mencari kematian melalui kemalangan.

seksa kubur sudah ber jalan , sapa pulak nak tanggung jaga anak anak bini yang di tinggal kan ?

orang orang melayu bahalol sikit tak pikir yang burok , dah jadi hal sapa nak jaga anak bini.

bodoh saja !!!

Awanama berkata...

Siapalah empunya myvi yg tiba - tiba tukar lorong secara mengejut? I dulu pernah hampir -hampir accident kerana kereta tiba - tiba tukar lorong. Tengoklah kereta di belakang dulu sebelum tiba - tiba tukar lorong.

diod berkata...

mamat motor konvoi ni memang suka menunggang rapat berderet2. depan aksiden, belakang ikut sama.

Awanama berkata...

Cari pemandu myvi tu

Awanama berkata...

Woi anon 7.23...apsal lu bebal sgt...lu ckp mcm lu baik sgt...ini smua qado dan qadar..cuba la doakan yg baik2..bkn kutuk...mmg manusia sentiasa dlm keadaan lalai...hormatkan sikit mangsa dan kluarga mangsa...bebal..kecik2 tanak mampossss...

Din Aye berkata...

amalkan ayat penggerak sebelum mula perjalanan.

mudah2an barkat solamat.

kwn den amal, satu hari tersekat2, dio tangguh perjalane sambil kena sebate rokok.

then dio mula perjalane, tgh jale jumpa van langar dgn kenderaa lain yg berlaku lebih kure 5 minit sebelum itu.

dia dimujurkan oleh Allah dpd terlibat kemalage itu.

amin

Awanama berkata...

kadang bagus juga peristiwa ni berlaku, harap2 jadi pengajaran kepada pemilik motor besar yng berkonvoi, kadang2 sikap mereka semasa di jalan raya lagak macam gangster, pernah saya sendiri di herdik kerana menggunakan laluan kanan untuk memotong lori besi di plus satu ketika dulu. apa mereka tak boleh sabra sikit untuk pengguna lain memotong ka? wtf

Awanama berkata...

Ajal bukan urusan manusia. Tlah trtulis dalam loh mahfuz. Kalau dah tiba ajal, x sesaat awal atau lambat.

Camne ko tau SEKSA KUBOR sedang berjalan? Ko tau ke pahala dosa setiap hamba Allah

Awanama berkata...

Semua kejadian adalah takdir ketentuan Allah .Kita kena redha.

Cuma perlu perbaiki apa yang dah tersilap .Permulaannya , cara lori itu di'tow'kan .kenapa melintang semua lane ?

Kereta MyVi tu tukar arah kerana elakkkan lori tow yang melintang tu.

Perlu ada garis panduan bila menarik/ 'tow' kenderaan di kawasan laluan sibuk.

Awanama berkata...

Sokong anon 10.07..

Cara mereka bawak motor cara orang sombong.. Lajuuu..

Awanama berkata...

Kena faham kronologi kemalangan tu berlaku.. Jangan cepat salahkan penunggang moto besar je.. Lagipun lebuhraya karak ni memang jalan tak rata dan berselekoh, tak nampak depan sgt..

Ikutkan mereka dah brake awal.. Bukan men langgar je.. Kereta pun braking juga tapi kenapa smpai nk tukar lane dgn laju..

Ini semua takdir. Ajar maut di tangan Allah.

Awanama berkata...

Motor besar ni kalau konvoi mesti laju over speed limit..kalau ada Marshall suka tutup jalan orang lain Jpj kena tengok perkara ni..bolehkah pihaklain mengawal lalu lintas selain pihak berkuasa

Awanama berkata...

Nak ckp psl org cuai kita pun yg tertib ada kalanya cuai cuma teman harap keberangkalian tu dapat di kurangkan

Teman kalau bawak kereta tengah malam tak ada kereta pun teman biasa kan bagi lampu isyarat Pernah anak teman masa kecik dulu tegur teman kenapa bagi lampu isyarat Teman jawab "Jalan ini pun ada yang ghaib guna macam kita" Tapi bila depa semua dah besar pandai bawa kereta teman selalu tegur sebab depa malas nak bagi isyarat lampu

Tapi bila teman tenguk keadaan sekarang tak ramai orang bagi kita jalan bila kita bagi lampu isyarat Teman pernah kena sepatutnya kereta teman boleh masuk tapi teman bagi lah lampu isyarat jugak Pemandu tersebut bukan memperlahankan kereta dia tapi melajukan kereta lagi ada lah

Mungkin kalau ada satu bikers yang jalan dahulu (Lead) jumlah yang terlibat mungkin tak banyak

Semuga roh mereka ditempatkan di tempat yang damai

Awanama berkata...

Lagi satu apakah di negara kita kenderaan seperti lori dan bas tidak di wajibkan membawa satu alat pemadam api ?

Awanama berkata...

These superbikes often very fast. Perhaps they ride 200 km/hr. I experienced being overtake by superbikes only to meet tbe biker die crashing to a car 5 kilometers later. The problem in Malaysia, there are no places to ride fast (except race track). I suugest government build free track of 5 kilometers length around Klang Valley where people can speed their bikes/cars.

Rahim90 berkata...

Aku setuju bahawa 98% geng motor besar ni belagak macam jalanraya bapak dia yang punya !

Awanama berkata...

Sebab musabab, trak penunda tu tak terkawal bawa lori. Aku muskil juga, lori sikit punya besar & berat, sesuai ke ditarik truk penunda tu?

JPJ , tu tugas mu, cari truk penunda tu.

Dah terjadi, semuga keluarga tabah. Untuk kita, agar tak lupa, sebelum start kenderaan, baca le doa.

Awanama berkata...

Anon October 21, 2014 at 1:45 PM, Lu punya English teruk sangat. Macam mana nak capai Wawasan 2020

Awanama berkata...

Lagi tak kena lori yang berat itu penuh dengan muatan pasir


Tambahan komen

Anonymous OCTOBER 22, 2014 AT 2:13 PM said...

Sebab musabab, trak penunda tu tak terkawal bawa lori. Aku muskil juga, lori sikit punya besar & berat, sesuai ke ditarik truk penunda tu?

JPJ , tu tugas mu, cari truk penunda tu.


Awanama berkata...

Tak baik memburukkan orang lain.muhasabah. itu yang penting. manusia tak pernah lari dari silapnyaa. wallahuaklam.