21 Okt 2014

Anjing Itu Tidak Pernah Minta Dilahirkan Sebagai Anjing!


Ulama putar belit, ampu seperti anjing jelirkan lidah, kata bekas mufti

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu.

Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

“Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat.

“Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah,” katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.

Asri berkata anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya, seperti juga ilmuan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia.

Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.

“Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya.

“Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.


“Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain,” katanya.

Semalam, bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata program "I Want To Touch A Dog" anjuran umat Islam di Selangor satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Katanya jika ulama berpegang atas prinsip ilmu, mereka akan mendapat kemuliaan, namun jika gopoh dengan silauan tawaran dunia, samalah golongan itu seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

“Ya, ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.

“Namun walau apa pun keadaannya, mereka tidak boleh menyeleweng fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah.

“Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia,” katanya.

Asri berkata beliau bukanlah menyokong kempen menyentuh anjing seperti yang digambarkan media tertentu, namun hanya bercakap dari dimensi teks Islam berkaitan anjing dan bukannya mengenai kempen berkenaan.

Katanya apa yang cuba dibangkitkan hanyalah untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing.

“Saya tidak menyatakan sokongan atau pun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan.

“Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.

“Jika saya ingin menyokong atau pun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini,”
katanya. -TMI

ULASAN GB

GB hairan mengapa isu "acara sentuh anjing" tiba-tiba menjadi polemik yang begitu hebat.

Sedangkan matlamat utama acara itu sepertimana yang disebutkan oleh penganjur adalah untuk "hilangkan perasaan takut terhadap anjing"."

Pelbagai persepsi negatif dilemparkan yang kebanyakannya hanya bersifat prejudis, lebih buruk apabila ianya cuba dipolitikkkan oleh sesetengah pihak.

Lebih teruk ada ulama-ulama dan para pengikutnya cuba menunjukkan anjing itu sebagai makhluk yang hina, lantas lansung tidak boleh disentuh, tidak boleh bela dan sebagainya.

Kebenarannya, menyentuh anjing tidak haram. ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun ‎najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.

Di kalangan masyarakat Melayu Islam, telah ditanamkan perasaan takut dan benci terhadap anjing sekian lama. Sehingga dilemparkan kayu, batu dan ada kes sebelum ini yang sampai memanah anjing.


Sedangkan anjing itu anjing. Dia tidak pernah meminta dirinya untuk dilahirkan ke dunia sebagai anjing. Ia sebagai makhluk Allah yang lain, menumpang kehidupan di dunia ini. Tetapi mengapa umat Islam perlu menghina anjing? Apa hak manusia untuk menghina makhluk Allah yang lain?

Bagaimana agaknya jika manusia yang menghinakan anjing itu dulu dilahirkan sebagai seekor anjing? Apa perasaannya jika ia dihina, dibaling tak tentu pasal, dibenci, dicerca, disiksa, didera dan seumpamanya?

Dan sampai bila umat Islam berbangsa Melayu yang ada di dalam negara ini perlu phobia dengan anjing dan tidak mengasihi malah suka bertindak agresif ke atas makhluk Allah tersebut?

Jangan sampai di hari akhirat nanti, manusia-manusia yang menghina anjing itu akan ditukarkan menjadi anjing-anjing belaka untuk merasakan apa juga penghinaan yang mereka telah lakukan terhadap anjing semasa di dunia ini!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan kita bukannya hina anjing, tahu anjing pun makhluk Allah, malah ada anjing yg cerdik dan berbakti pd tuannya (kes yg bukan islam yg bela anjing).

tapi kita tak maulah buat benda sia2 pi pegang anjing lepas tu nak kena samak, kalau terlupa samak kan dah lagi haru - solat pun x sah.

tu saja - tapi yg hairan program tu dpt sambutan hangat dan nampak org islam sgt teruja utk pegang anjing macam tak pernah nampak anjing sebelum ni.

Ebra Heim berkata...

Assalam...saudara GB setengah manusia Melayu yg pandai ni sebenarnya mengambil kesempatan "Pukul Anak Sindir Menantu" tu yg nampak melalut setengah ulasan mereka...nasib baik yg menganjur tu Melayu kalau Cina gegak gempita negara Malaysia agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Gelagat anjing memang menyeronokkan Kecuali anjing tak bertuan Semasa berkebun dahulu kita ada anjing pendatang dan bila di halau anjing tu tak pergi jauh walaupun kita acah acah baling batu Anjing yg kita namakan snowhite tu tetap datang balik Kita saja tak bagi dia makan tapi setelah seminggu kita pun bagi lah dia makan dan buatkan tempat dia tidur

Tapi satu tabiat snowhite ni dia akan kutip selipar dan pakaian jiran tanah sebelah Kita pun bagitahu jiran tersebut dgn harapan ampaian nya di tinggi kan dan selipar di sorokkan Tapi malangnya snowhite telah diberi racun Sedih 😓

Setiap hari snowhite akan sambut bila kita sampai dan berlari lari menghantar kita pulang Pernah sedang kita meletak baja dan bersihkan rumput pada pangkal pokok snowhite tanpa kita sedari berada dibelakang dan dekat sangat dgn kita

kita suruh dia pergi dan riang nya snowhite berlari sekeliling kebun kita dan datang balik ikut mana kita pergi

kita terasa kita bukan se orang bila ada snowhite

Tkasih GB kerana sudi benarkan kita berkongsi cerita ini

Tanpa Nama berkata...

Pada aku komen MAZA membentangkan statement utk org islam berpikir secara lebih kritikal dan tidak jumud dlm melihat sesuatu perkara yg kontroversi. Menyentuh anjing tidak haram tp ada syaratnya. Tp. Kita bermazhab syafie ini jelas haramnya dgn syaratnya. Tp spt yg dijelaskan oleh agamawan, tiada faedah yg kita dapat dgn menyentuh anjing. Baik menyentuh kepala anak yatim. Besar rahmatnya. Aku selalu sentuh kepala isteri aku sbb dia anak yatim. Tapi aku bersetuju sgt dgn statement ulama mcam anjing kalo menyorokkan fakta yg benar hanya mengharapkan balasan dunia, itu lagi penting utk kita lihat dari kes anjing ni. Tapi biasalah org malaysia ni. Islamnya begitu cetek, agamawan pun begitu selective. Yg agamawan kerajaan dgn caranya, agamawan PRnya dgn cara selectivenya. Tak ramai yg nak membantu utk memberi penerangan, mendidik dan yg penting berdakwah secara hikmah. Kebanyakkan demi menjaga kepentingan sendiri. Dr MAZA ni tunggu masala nak kena bantai oleh agamawan lain. So. Tak selesailah polemik ini. Masing2 nak tunjuk siapa lebih alim dan hebat... Bukan nak selesaikan masalah... Aku lebih nak kenenkan kpd hj hadi kita n agamawan di pas. Sbb anda semua pun lebih kurang agamawan yg berkepetingan juga..Enough said.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan admin...presepsi itu yg perlu di perbetul...bukan membawak ke politik bagai!!!

Tanpa Nama berkata...

Pegang anjing tak boleh... haram. Tapi jadi macam anjing tak apa...

Amuraria berkata...

penganjur tu 'kutu'runan syed dari al habshee iaitu keturunan pembelot & penyangak ! ingat orang kuat menyalak umporno cheras ? ingat arwah bekas pengerusi dewan perniagaan melayu pulau pinang yang mahu seleweng tanah wakaf tn hj kasim di jalan datuk keramat george town ? semua geng ni adalah penyamun mengalahkan penyamun tarbus dan ali baba ! anjing pun tah takut kat depa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Cerita mengenai Rabiatul Adawiah seorang pelacur yg sedang berjalan tiba2 melihat seekor anjing yg sedang kehausan lalu beliau mengoyakkan pakaiannya membuat tali timba yg diikat pada kasutnya untuk mengambil air dlm perigi untuk diberi minum anjing itu. Pada masa itu juga Allah mengampunkan segala dosa Rabiatul. Adakah Rabiatul menghina ulamak?

Tanpa Nama berkata...

yang pasti haram ialah bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim...hari-hari dipaparkan di kaca tv, media massa...sama ada golongan pemimpin, artis dan orang awam...perbuatan yang pasti berdosa, lebih teruk dari sentuh anjing.....yang ni mufti tak nak tegur

bat8 berkata...

Anon 12:38

Saya sokong pandangan sdra.

Tanpa Nama berkata...

MANE LEBIH TEROK..ANTARA ANJING DAN "HANNJIIINGGGG
"

Tanpa Nama berkata...

kazim ellias dah mcm anjing...

terjelir-jelir mengampu kerajaan...

ust 7k...

tak ada duit jgn mimpi bole jemput mengajar

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan nak sokong sgt program pegsng anjing ne. Ye la ade yg kata harsm ade kata idak...
yang saya peliknya semua nak menyalak....tapi program tv dsb yg jelas haram knpa semua pakat bisu...
kenapa ???

Tanpa Nama berkata...

Kata GB matlamat utamanya supaya tidak takut denan anjing...kalau macam itu kenapa tak bawak anjing berkeliaran tepi jalan tu.

Anjung berkata...

sepatutnya dibuat secara tertutup, maka peluk ciumlah anjing itu.

jika dibuat kempen pula utk umum maka cendikiawan terpaksa bersuara kerana ia isu sensitif melibatkan umat.

tidak ada sesapa membenci dan menghina anjing. cumanya anjing terdedah kpd menyebabkan najis kpd kita dan org islam sebaiknya suci dpd najis sentiasa.

anjing memang tk salah, org yg gian nk sentuh yg kurang akal buat kerja tk faedah.

Tanpa Nama berkata...

I feel honoured! Tq bat8.

Bab Najis berkata...

mamat kupiah yg panah anjing tu patut kena qisas... hukum balas balik.

perbuatan dia tu atas sifat buruknya saja, bukan dpd islam. jgn samakan kupiah dgn islam.


Tanpa Nama berkata...

Acara pegang anjing ni ikut pada niat le. Jika bagi tujuan pendidikan spt untuk menghilangkan rasa takut atau fobia kepada anjing saya kira boleh kerana hasilnya nanti kita tidak ada persepsi buruk terhadap anjing dan tidak akan menginayakan lagi makluk Allah swt itu.Orang islam terkenal kerana bersikap buruk terhadap anjing contoh ada 'Haji' yg sanggup memanah seekor anjing.Ini memberi imej yg buruk terhadap agama islam itu sendiri.

roninmalaya berkata...

Anjing tu ciptaan tuhan gok. jangan kite sampai tahap menghina atau membunuh anjing tanpa sebab.

yang jelas dan disetujui semua ulama air liu anjing najis yang berat dan perlu disamak.

anjing ning plok binatang yang sering menjelirkan lidah, air liur sering menitik dan suka menjilat badannye.

jadi keberangkalian kite terkena air liur anjing memang tinggi. jadi aku hairan kenapa perlu kite nak peluk anjing bagai untuk tunjukan kasih sayang kononnya.

alasan kite bleh samak tu memang btoi. tapi jangan laa kite ambil mudah sangat. macam kalu kite berdosa pun kite bleh bertaubat. tapi takkan kerana itu kite nak buat dosa hari-hari plok.

akal ade ka

Tanpa Nama berkata...

Satu propaganda khas utk yg mudah melatah.. A p c o sgt bijak mengunakan apa2 saje yg sentitif pada umat islam.. Demi utk meraih kembali sokongan umat melayu.. Ekeke tak caya selidik siapa penganjurnya, dapatlah puncanya.. Siap ada approval dr jabatan agama..

Tanpa Nama berkata...


"kita suruh dia pergi dan riang nya snowhite berlari sekeliling kebun kita dan datang balik ikut mana kita pergi

kita terasa kita bukan se orang bila ada snowhite

Tkasih GB kerana sudi benarkan kita berkongsi cerita ini

October 21, 2014 at 12:34 PM"

Anon 21/10/14 at 12:34 pm,

Cerita anda sangat mengesankan. Kasihan snowwhite dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

Apalah punya bodoh umat melayu mr.bean nak fobia sangat dengan anjing. Daripada lu nak isukan perkara ini baik lu isukan masalah produk makanan di malaysia yang menggunakan bahan yang datang dari babi / khinzir. Yang mana lagi serious sekarang hal anjing yang tiada dinyatakan dalam Al - Quran bahawa bintang ini haram atau KHINZIR alias BABI yang terang dan bersuluh haram dinyatakan di dalam Al - Quran?

Gunalah otak lu beb untuk berfikir kerana lu dikira derhaka juga kepada Allah kalau lu tak guna kurniaan Allah SWT untuk berfikir.

IbnAbdHalim berkata...

Apabila tidak mendalami hukum maka anjingpun menjadi masalah besar pada umat Melayu. Hukum terang dan jelas, cuma ada perbedaan antara mazhab. Yang jelas haram dalam Islam pula tak kisah pula para pengulas. Judi, minum arak, berzina , rasuah dikalangan umat tidak pula heboh seperti hebohnya isu sentuh anjing sehinggakan para mufti dan JAKIM pun bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Apa macam dengan "rasuah"?

Tanpa Nama berkata...

Komen ulama pas mulia (dr mkini) : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjur program program kontroversi menyentuh anjing Ahad lalu sebagai ada “ulat dalam kepala”.

pak maun berkata...

Aku setuju

Tanpa Nama berkata...

apasal muka Kazim Elias nie keruh sangat....

tak nur sedidik pon di muka x mcm ust lain....
ni ler susah dok menjelir selalu dan menjilat BN....

ada masuk ke bro....

muka dah hitam legam bukan taraf ustaz....

hina angjing kerana namanya....
hina manusia kerana kata-katanya...

menyanyi lagu hindustan dulu ust kazim..

Tanpa Nama berkata...

Orang Orang Melayu terus membahalol kan bangsa dengan cerita Anjing dan Sentuh , dan berapa ramai sangat Melayu Melayu yang ber kejaran mencari peluang Anjing dan Sentuh ???

Melayu makin bahalol dengan ber lalu nya masa , tanpa menyedari setiap hari mungkin beratus ratus Melayu yang mengkejari Duit Haram Rasuah dan makan minum dari nya , yang lebih buruk kesan di dalam agama dan kehidupan.

Tidak pula ulamak dan mufti kerja kuat melarang keras aktiviti ini di kalangan Melayu dan Islam.

Apa kah kejadian Bangsa Melayu sememang untuk jadi Bahalol , lebih teruk otak pemikiran nya dari ANJING ???

Sedih kan...

Tanpa Nama berkata...

Alih isu dgn isu.

Tanpa Nama berkata...

Sheikh Mohammad al-bahloul, seorang wali Allah, adalah abang kpd Harun al-Rashid. Meninggal pada 191H dan dimaqamkan dikota damsyiq, Syria.