12 Okt 2014

Belanja JPM Terus Meningkat Bawah Najib, RM19.5 Bilion Untuk 2015


Perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus meningkat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jumlah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

2003, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk JPM hanya RM3.6 bilion. Jumlah itu meningkat lebih empat kali ganda dalam Bajet 2015.

Menurut anggaran daripada Kementerian Kewangan, JPM dijangka akan membelanjakan sejumlah RM19.1 bilion pada 2015 berbanding RM16.5 bilion pada tahun ini.

Jumlah ini merupakan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan untuk tahun ini.

Peruntukan itu meliputi bidang yang luas, termasuk latihan badan kehakiman, sekolah tadika, keselamatan negara, tenaga nuklear, hak asasi manusia (Suhakam), perancangan ekonomi, serta stesen televisyen.

Selari dengan itu, sebanyak RM1.24 bilion diperuntukkan untuk membiaya gaji ribuan kakitangannya pada tahun ini.

Pecahan paling besar dari peruntukannya disalurkan untuk perkhidmatan dan perolehan, melibatkan kos RM2.85 bilion pada tahun ini.

Untuk 2015, perkara yang menjadi tumpuan utama ialah “projek khas” dengan peruntukan khusus RM1.6 bilion.

Jumlah itu berlipat kali ganda lebih besar berbanding hanya RM180 juta untuk tujuan sama pada 2014.

Antara program dan agensi bawah JPM adalah program PERMATA – program pendidikan awal dinaungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan juga program indoktrinasi Biro Tatanegara.

Menjelang penghujung 2014, unit PERMATA dijangka akan membelanjakan RM42.8 juta, dengan seramai 40,000 kanak-kanak yang mengikuti programnya. Bagaimanapun, peruntukannya pada tahun depan akan dikurangkan kepada RM30.1 juta.

PERMATA tidak membiaya sekolah berkenaan secara langsung, namun menyediakan “pengurusan, operasi, pemantauan dan sokongan” untuk melaksana program berkenaan.

Sementara itu, unit propaganda kerajaan, BTN dijangka membelanjakan RM64.9 juta pada 2014, dan mendapat peruntukan RM58.6 juta untuk dibelanjakan pada tahun depan. -mk



ULASAN GB

Mahathir telah meletakkan precedent paling buruk di dalam kabinet apabila beliau sebagai Perdana Menteri beliau juga memegang portfolio Menteri Kewangan. Ia kemudian diikuti oleh Pak Lah dan seterusnya Najib.

Penyalahgunaan dana rakyat dan kuasa terlalu luas terbuka apabila jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh seorang perdana Menteri.

Petikan ulasan GB sebelum ini pada 16 Sept 2011 lagi.

Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

Masing-masing PM tersebut dilihat hendak menjaga dan memanipulasi pelbagai kepentingan dengan menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Malah seingat GB, sebelum Pak Lah berundur sebagai PM beliau telah terlebih dahulu menerima tekanan daripada kumpulan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Mahathirlah yang telah meletakkan "precedent" tersebut.

Sudah sampai masanya ia diubah semula dengan Najib menyerahkan portfolio kewangan kepada orang lain sebelum nanti dibongkar segala kepentingan yang beliau ada di kementerian berkenaan.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

Amuraria berkata...

mamak kutti pelingkop turun pulak pada sang pelingkop lagi dan lagi ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

berlaku kerana ada rakyat yang bodoh beri subsidi untuk BN perintah lebih dari 50 tahun

Tanpa Nama berkata...

UG tak kata apa pun, sokonglah tu

Tanpa Nama berkata...

Peruntukan untuk jelajah dunia.