20 Sep 2014

[VIDEO] Muktamar Dicemari Dengan Budaya Boo-Memboo Oleh Kumpulan....


Pemuda tegur pemegang diari Hadi kena 'boo'

Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.

Mohd Sany Hamzan (gambar) berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu.

"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul.

"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.

"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.

"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan "setuju".

Mohd Sany yang juga pengarah pilihan raya Pemuda PAS berkata kepimpinan sayap itu juga tidak mahu kepimpinan PAS membuat keputusan sendiri dalam perkara tertentu.

'Kita nak lawan Umno'

"Kita bukan nak lawan siapa, kita nak lawan Umno dan BN, sebab itu kena jaga diari itu betul-betul," katanya.

Dalam perbahasannya juga beliau membangkitkan pendirian PAS mengenai isu pelantikan MB Selangor jika pihak Istana melantik ADUN PAS menjawat jawatan itu, dan ia adalah kerusi MB.

"Sebab itu hari ini, kita nak penegasan semua yang hadir, menyatakan jika baginda sultan lantik daripada ADUN PAS, Pemuda ingin sarankan tolak jawatan MB yang ditawarkan.

"Sebab itu janji kita, janji setia kita dalam Pakatan. Setuju atau tidak," katanya sambil diiringi laungan 'setuju' perwakilan yang hadir.


Bagaimanapun terdapat suara daripada pemerhati yang melaungkan beliau 'turun' dan mengebunya.

"Itu pendirian Pemuda. Itu janji yang kita sepakati," katanya lagi sebelum mengakhiri perbahasannya. -mk


Perwakilan cemuh seruan tolak menteri besar daripada PAS

Seorang perwakilan Pemuda PAS dicemuh apabila beliau dengan penuh semangat menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin daripada PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Insiden itu mencetuskan kekecohan petang ini apabila perwakilan dan pemerhati muktamar bangun dan menjerit "boo" kepada Mohd Sany Hamzah dan mengarahkannya berhenti berucap.

"Jika benar Sultan Selangor lantik menteri besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Pemuda ingin menyarankan supaya kita tolak jawatan itu.

"Setuju semua? Sebab itu janji kita," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini. "Setia kita dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Sebab itu saya nak sebut, kalau mahu ambil kerusi menteri besar, tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita sapu 20 kerusi di Selangor, kita jadi menteri besar," katanya dan mencetuskan kekecohan apabila disambut dengan "boo" oleh mereka yang hadir.

Sany bagaimanapun tenang menerima bantahan dan berkata ia adalah pendirian sayap Pemuda PAS bersama PR.

"Tak apa, saya tidak ada masalah, itu pendirian Pemuda yang kita janji dan sepakati bersama dalam Pakatan," katanya.

Sany turut mempersoalkan peranan Jawatankuasa Disiplin PAS yang dilihat seperti tidak wujud kerana tiada sebarang tindakan diambil ketika ahli parti dan pimpinanannya melakukan kesalahan yang melanggar arahan kepimpinan pusat.

"Betul atau tidak kita ada Jawatankuasa Disiplin, jika ada timbullah, kita mahu mereka berperanan.

"Berkaitan 2 Adun PAS di Selangor, kita tengok pelbagai tohmahan...ada kata pengkhianat, munafik," katanya, merujuk kepada dua Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Kalau kita ada rasa tidak puas hati, ada benda ingin disampaikan, laporan perlu kita beri kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Disiplin.

"Biar mereka tentukan hukuman untuk diberikan kepada 2 Adun itu," katanya.

Sany turut mencadangkan agar PAS mewujudkan jawatankuasa pengurusan krisis yang mana bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan daripada parti apabila berlaku krisis dalaman PAS.

"Kita minta ini diwujudkan segera. Apabila ada isu, semua bercakap. Kita dihalakan mikrofon ini kita akan bercakap," katanya.

Beliau turut menegur pegawai yang bertanggungjawab menguruskan jadual Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk lebih peka dan bertanggungjawab memastikan pemimpin veteran PAS itu menghadiri mesyuarat pimpinan PR.

"Kita nak minta yang jaga diari presiden ambil perhatian, mesyuarat PR kita mahukan kehadiran presiden kita.

"Kita mahu presiden ada dalam mesyuarat PR, tidak kira keputusan mesyuarat kecil atau besar. Kita mahu keadilan,"katanya.

Beliau juga turut memberi amaran kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya berhati-hati membuat keputusan serta tidak membelakangkan PAS.

"Kita mahu beri amaran kepada Anwar dan Kit Siang, nak buat apa-apa keputusan jangan buat keputusan sendiri.

"Berbincang baik-baik, kita nak lawan Umno dan Barisan Nasional (BN). Itu sahaja," katanya.
-TMI



ULASAN GB

Hujjah Sdra Mohd Sany Hamzan adalah baik. Namun terdapat sekumpulan pemerhati yang didatang khas oleh pihak tertentu untuk membuat kucar-kacir di Muktamar PAS Ke 60. Mereka ini bersorak dan memboo kepada perwakilan yang berucap sepertimana yang dilakukan ke atas Mohd Sany Hamzan, wakil Pemuda seperti laporan di atas.

Kita tertanya-tanya sejak bila boo-memboo ini wujud di dalam PAS? Ia bukan akhlaK Islam tetapi ternyata sangat dilakukan oleh kumpulan yang mereka dakwa sebagai pro-Ulama.

Akhlak hodoh dan buruk yang dipaparkan itu adalah satu lagi contoh tipikal golongan yang mengaku menyokong ulamak seperti yang telah GB ulas di SINI. Petikan:

Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.

Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".

Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?

..... Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.

Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian.


Siapa yang ada di belakang kumpulan ini? Cuba kita semak catatan ini:



Ternyata benar apa yang disebutkan oleh seorang perwakilan semalam:

"Kita (mahu) ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.

Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harapan cerah golongan anti UG dicantas dalam muktamar 2015 dan PAS menyertai BN tahun 2016. Tahun 2016 juga PR bakal berpecah dan pada PRU2014, BN menang selesa dengan memenangi 4/5 kerusi Parlimen termasuki 20 MP dari PAS. PAS ditawar 2 jawatan menteri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menggantikan Dato' Jamil Khir. Semua anggota MSU mendapat pingat Dato pasca PRU2014 dan menjadi Lembaga Pengarah GLC. Ada juga anggota MSU yang mendapat Dato' Seri. Presiden PAS mendapat anugerah Tan Sri.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Pebahasan makin hangat. Namun apa yg ditunggu dr golongan prefosional masih belum dijelmakan. Terasa letih ambe menanti walaupun masanya hampir tiba. Nak tunggu pemilihan akan datang terasa agak lama lagi. Masa yg paling sesuai adalah sekarang untuk mengatur langkah PRU14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Mujurlah PAS ada blogger2 spt GB yang membuat ulasan dan pencerahan terhadap isu-isu semasa dengan hujjah2 yg konkrit dan berdalil.Nak harapkan harakahdaily, nampaknya hambar dan hanya melihat dari satu sudut saja... bias sgt.teruskan perjuanganmu GB. Kami ahli-ahli bawahan bersamamu.

Tanpa Nama berkata...

Mcm yakin aja.drp mna dpt sumber ni.

in response to Harapan cerah golongan anti UG dicantas dalam muktamar 2015 dan PAS menyertai BN tahun 2016. Tahun 2016 juga PR bakal berpecah dan pada PRU2014, BN menang selesa dengan memenangi 4/5 kerusi Parlimen termasuki 20 MP dari PAS. PAS ditawar 2 jawatan menteri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menggantikan Dato' Jamil Khir. Semua anggota MSU mendapat pingat Dato pasca PRU2014 dan menjadi Lembaga Pengarah GLC. Ada juga anggota MSU yang mendapat Dato' Seri. Presiden PAS mendapat anugerah Tan Sri. , by Anonymous.

Strategi Perang:Pengenalan berkata...

Isu MB Selangor dah melarat sehingga ke dalam muktamar.

Tanpa Nama berkata...

percayalah mereka dalah syaitan yang bertopengkan ustaz dan ulama...

Tanpa Nama berkata...

ustaz muda mcm nie ker yg hendak di angkat oleh rakyat malaysia jadi peminpin masa hadapan....

fikir-fikir ler rakyat malaysia...
bila x ada hujjah guna doa...
ustaz nie balaci siapa....

Ibn Sabil berkata...

aku nak maki jer org yg memboo tu... tapi sabar je rlah, nanti GB kata tak beradab dan tak berakhlak Islam. Cuma satu saya nak minta GB huraikan dengan jelas kenapa GB tak setuju "cara" TGHH sepertimana yg GB utarakan semasa kita bertemu mlm kelmarin supaya semua ahli2 PAS jelas dan faham.


Unknown berkata...

Insiden "memboo" oleh perwakilan/pemerhati pemuda Pas60 telah mencacatkan perjalanan muktamar ke

Tanpa Nama berkata...

Belum bergabung dgn umno lagi perangai pun dah diikut...
kalau bergabung tak tahulah akhlaknya mcmana...mulai skrg ramai yg dah hilang keyakinan dgn geng ulama mulia suci ni...habislah melingkup pas lepas ni...geng ug perosak pas...

Amuraria berkata...

budaya umporno meresap sudaa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Segala-galanya berpunca dari tuan presiden sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Punca dari Presiden sendiri...Mereka suruh Ahli wala' pada pemimpin...Tp mengapa pula Presiden sendiri menyokong KHALID IBRAHIM yang tidal wala' pada partinya....wall iya zubillah....

Tanpa Nama berkata...

Selain salah gb mata dan tellingga rosak, dap cina pun salah. Buktinya, ulama hellfire telah cakap. Kalau gb Tak percaya maka salah gb lain.

Apa guna masuk pas tapi Tak percaya ulama pas mulia suci? Mereka telah buat definasi bahawa mereka adalah tertinggi termulia di parti.

Grand Marquis berkata...

Korang ni sikit sikit UMNO. Dalam muktamar UMNO pun kita tak tengok perangai puak-puak yang mengaku Islam. Tak de main booooo. Tak de doa melaknat sesama ahli.

Sedarlah korang ni. Sendiri taik penuh, tapi asyik nak salahkan UMNO. Entah ajaran puak mana yang asyik ajar do tuding jari dan salahkan orang lain sedangkan salah sendiri tak nampak.

Hari ini muncul cacian kata puak ni jelmaan syaitan, puak tu rasuah, mimpi iblis, sedangkan puak-puak yang dituduh itu juga yang dok dalam pas selama berpuluh tahun. Apa itu bermakna selama berpuluh tahun kewujudan pas di Malaysia ia dipimpin oleh puak-puak jelmaan syaitan dan kaki rasuah?

Korang ni ahli pas dah tahap kronik. Semua orang boleh nampak kelibat korang, cuma korang ni masih dok berlagak alim, tak nampak kesalahan diri sendiri.

suparjo@blogspot.com berkata...

Pas wajib menghantar surat kepada Umno setiap tahun mengucapkan terima kasih atas kewujudan dan keberadaan Umno dalam pemerintahan sebab tanpa Umno, Pas tidak ada modal politik apa-apa. Begitulah puluhan tahun. Apa juga sikap dan tindakan politik Pas semua disandarkan kepada Umno. Entah di mana harga diri dan imej Pas yang mendakwa membawa Islam sebagai satu cara terbaik dalam parti dan pemerintahan. Ya benar dikata orang bahawa akidah politik Pas ialah "Umno adalah musuh Pas". Bukan nak tegak Islam pun....

Tanpa Nama berkata...

Kena faham ucapan Sdr Sany...beliau bercakap berkenaan isu MB- kalau sultan perkenan PAS jd MB, kita tolak...mmg itu lah yg sewajarnya. Tp sultan pun rasanya dh letih tengok gelagat kita, mintak dgn PKR lebih 2 nama, dibaginya 1 nama jugak smpai 2 3 kali kna berutus surat kpd istana...kalau awal2 PR setuju dgn keputusan jk Pas Pusat utk hntar 2nama, rasanya Selangor dh dpt MB baru drp PKR lebih awal. Skrg dh makin menyusahkan istana...kita pulak nk tolak sesuka hati kalau istana pilih calon kita..lagi lah pjg kemelut ni.. sepatutnya Sany kna ambil kira juga faktor ni. Bukan PR yg berkuasa penuh tetapkan MB.. sebab tu anda kena booo oleh perwakilan. Seolah2 anda nk kemelut ni lg pjg & juga lebih menyusahkan istana.
Walauapapun, sy berharap istana pilih MB dr PKR...abis cerita.. nnt kalau pilih PAS, sy yakin presiden & PJ Selangor yg akan terus dicaci maki oleh penyokong sendiri...bukannya istana...walaupun keputusan akhir drp istana.. sbb puak2 ni mana berani serang istana..

Nazri berkata...

Sebelum masuk ahli Pas, kits sbg kaum muda amat yakin dgn Pas dan berharap PR dpt menggantikan BN. Namun peristiwa mukhtahir ini menyebabkan keyakinan itu lenyap. Serang-menyerang, hina-menghina, boo-mengeboo jadi budaya dalam Pas. Pas bukan parti yg sedia utk bersetiakawan, bukan juga parti yg boleh disepakati, memecah janji, dan tidak boleh dipercayai.

Kepimpinan pas ternyata terlalu lemah, kelam-kabut dan tidak memiliki ciri pemimpin yg baik. Ahli-ahlinya pula sebahagian besar tidak rasional dan lebih suka bercakap drp bertindak. Wala tidak seberapa, rajin tidak kemana cuma besar kepala.

Pas sebenarnya memberi nyawa kepada umno BN untuk bernafas lebih lama, dan pada masa yg sama memberi ruang kpd umno BN membaiki kelemahan diri.

Kita percaya, jika dap bergabung dgn PKR dalam mana2 kawasan pilihanraya, peluang pas until menang adalah 0. Pas dgn golongan berserban yg kononnya bernaung di bawah Islam sebenarnya sedang berusaha merosakkan parti sendiri dan pada masa sama menyebabkan golongan muda menolaknya.

Pas tak akan ke mana. Pas tak akan mampu ke putrajaya. Pas bukan parti Islam seperti yg kita sangkakan selama ini. Pas coma parti yg berpakaian Islam sedangkan tubuhnya lebih teruk drp parti bukan Islam.

Selamat tinggal Pas. Dot

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak dikawal dan ditarbiah ahli2 PAS dengan betul dan tidak dicantas puak2 yang suka buat onar serta tidak menunjukan taat setiaan mereka, maka saya khuatir akan runtuhlah parti Islam ini sebagaimana runtuhnya pemerintahan Al Andalus satu ketika dulu!!

Tanpa Nama berkata...

Mengeboo ni bukan dari UMNO..tapi drp individu PAS yg tak bertamaddun.

Tanpa Nama berkata...

Grand Marquis

Selamat datang. Dah tak seronok ke dok menyakat YB Khalid Samad kat blog beliau. Tak payah nak tumpang semangkok kat sini pula lah.

Sejak krisis MB Selangor, UMNO dah tak dikutuk lagi. Kini sebok dok bantai puak-puak PAS yang dok mengigau siang malam nak masuk UMNO. Takkan terasa pulak sehingga tuan kena masuk kesini nak mempertahankan mereka.

Serah je la kerja membela puak2 ini dibuat oleh geng-geng UMNO tahap foot soldier je la. Tuan peringkat pegawai kalau dalam askar.

zab berkata...

Haha, orang UMNO pon menyampah tengok Pas.

Tanpa Nama berkata...

kesan yang ditimbulkan Presiden yang lemah, masih boleh pegang jawatan sebab tiada ahli Pas yang berani