20 Sep 2014

[VIDEO] Budaya Ejek Berterusan, Hanipa Maidin Tegas Walau Terima Ejekan


Peguam PAS tetap tegaskan parti tidak patut terima jawatan MB walau diejek

PAS meminggirkan rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ketua kerajaan negeri tidak stabil sekiranya ia menerima jawatan menteri besar Selangor, kata peguam parti itu sementara disampuk berkali-kali oleh ahli yang tidak setuju.

Mohamed Hanipa Maidin meneruskan juga dalam gangguan ejekan dari akar umbi PAS di Muktamar ke-60 supaya beliau dapat memberi pandangannya sebagai peguam mengapa ia bukan idea yang baik bagi parti untuk menjadi menteri besar Selasa ini.

"Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita merupakan parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.

"Tambahan lagi jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri,"
kata Hanipa dalam ucapannya hari ini.

"Rakan kita di Pakatan tidak akan menerima parti sebagai menteri besar kerana kita sudah berjanji jawatan itu akan diberi ke PKR."

Semasa beliau memberi pendapatnya, hadirin melaung, "Boleh! Boleh!"

"Boleh apa?" soal Hanipa.

"Jika kita lakukan ini, kita akan hadapi sesuatu yang kita tidak mahu, iaitu pilihan raya negeri.


"Anda boleh boo sepuas hati, boleh jerit sebanyak mana, tetapi saya tidak akan mengalah daripada menyatakan sebab-sebab ini," kata Hanipa yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu.

Khabar angin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS akan menjadi menteri besar Selangor baru pada 23 September semakin hangat.

Khabar angin tersebut meretakkan lagi PAS kerana sebahagian pemimpin dan ahli mahu menerima pilihan Sultan jika PAS dilantik.

Yang lain seperti Hanipa percaya ia akan merosakkan hubungan dengan rakan PR dan mengikis kepercayaan awam kepada parti tersebut.

Sehingga kini kepimpinan parti itu belum lagi muncul dengan pendirian rasmi sama ada menerima jawatan tersebut atau tidak. -TMI


Muktamar: Takbir, jerit tak ubah perlembagaan parti - Hanipa

"Tuan-tuan boleh jerit dan takbir sekuat hati. Undang-undang tak ambilkira kuatnya takbir dan jeritan," kata Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Pas Pusat (LUHAM) Hanipa Maidin semasa diboo oleh perwakilan ketika menjelaskan kenapa LUHAM membuat kenyataan mempertikaikan kuasa presiden baru-baru ini.

"Persoalan timbul apabila LUHAM sentuh Majlis Syura Ulama (MSU) dan presiden, adakah LUHAM bertindak di luar bidang kuasa?

"Saya dan kami berpendapat ia tidak melampaui kerana pertama LUHAM tak ambil kuasa MSU," ujarnya semasa menggulung perbahasan sempena Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di sini hari ini.

Hanipa berkata, sesiapa yang membaca kenyataan LUHAM secara penuh atau istilah read in total, mereka mendapati LUHAM mengiktiraf MSU dalam perlembagaan Pas.

Kepada dakwaan LUHAM ambil kuasa MSU, Hanipa berkata ia dibuat tanpa membawa sebarang fakta.

"LUHAM berpandangan apabila MSU beri kenyataan bagi sokongan pada presiden dan kes Selangor, kami berpandangan ia menyalahi melebihi kuasa yang diberi," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, LUHAM tidak berniat ambil alih MSU

"Cuma Setiausaha LUHAM beri kenyataan mengatakan kita apa salahnya semasa MSU menafsirkan perlembagaan apa salahnya LUHAM dirujuk," katanya sebelum diboo oleh perwakilan dan pemerhati.

Menurutnya, LUHAM tidak menafikan presiden parti boleh buat keputusan tapi mengikut amalan presiden biasanya rujuk kepada LUHAM.

"Kenapa LUHAM buat kenyataan secara terbuka? Saya nak tanya kenapa MSU buat kenyataan terbuka? Mana leih baik menerima pandangan LUHAM yang diamanahkan dalam keadaan LUHAM ada track record bela kes-kes bela melibatkan ahli dan pemimpin parti.

"Kepada soalan kenapa tidak bubarkan LUHAM? Saya tak jadi masalah..Kalau dibubarkan kami peguam-peguam Pas akan terus membela ahli-ahli Pas," katanya.

Jika Pas menerima jawatan MB Selangor yang baharu pula, Hanipa berkata, ia akan akan dicap sebagai mungkir janji dan mewujudkan kerajaan rapuh.
-malaysiagazette



Teriaklah sekuat mana pun


BATU PAHAT: Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Hanipa Maidin menegaskan PAS perlu menolak jawatan Menteri Besar sekiranya ditawarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Hanipa perwakilan PAS dan ahli PAS di Muktamar ini boleh teriak sekuat mana tapi PAS harus perlu membuat keputusan berdasarkan fakta.

“Kita buat keputusan bukan berdasarkan takbir dan teriakan, tapi buat keputusan berdasarkan prinsip yang rasional dan memahami isu sekiranya kita menerima jawatan MB.

“Bagaimana kita nak perintah sedangkan kita tidak mendapat sokongan daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya dalam ucapannya pergulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Namun sekali lagi dewan di muktamar ini riuh dengan cemuhan daripada perwakilan PAS yang berbunyi ‘Boo..Boo’ tanda tidak setuju dengan kenyataan Hanipa.

Tegas Hanipa, beliau tidak kisah sekiranya perwakilan tidak bersetuju kerana beliau percaya PAS tidak akan kekal lama sekiranya menerima jawatan MB.

“Malah, kemungkinan akan berlakunya pilihanraya kecil kerana tidak mendapat sokongan daripada majaroti dalam ADUN dan rakan-rakan dalam PR yang lain.

“Mana boleh kita perintah tanpa dapat sokongan,” soalnya namun masih terus mendapat cemuhan daripada perwakilan lain.

Kata Hanipa sekiranya menerima jawatan MB PAS tidak akan lari daripada bersikap mungkir janji.

“Kita telah janji kepada PKR dan kita perlu menghormati keputusan yang telah dibuat didalam mesyuarat pimpinan PR.

“Anda semua boleh teriak, tapi kita perlu buat keputusan berdasarkan fakta,” ujarnya.

Semalam, Dewan muktamar PAS digamatkan dengan cadangan usul oleh Wakil Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzah yang menggesa semua ahli dalam PAS tolak jawatan Menteri Besar Selangor daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada sesi pagi tersebut muktamar telah kecoh apabila adegan tarik mikrofon antara perwakilan Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin dan perwakilan dari Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar.

Ini berikutan sebelum adegan itu, perwakilan Wilayah Persekutuan PAS itu telah membahas cadangan dengan membaca doa dengan panjang sehingga habis ucapan dan sempat mengutuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selain dua ADUN PAS, Shaari Sungib (Hulu Klang), dan Hasnul Baharuddin (Morib).
-FMT




ULASAN GB

Hairan GB. Bagaimana kumpulan yang mengejek ini boleh dibenarkan masuk. Ia seolah-olah direstui oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS. Unit Amal pun tidak menghalang mereka seperti mereka halang Ustadz Ridzwan Abu Bakar dari Kuala kedah yang menegur wakil Wilayah Persekutuan membaca doa laknat di dalam ucapannya.

Apa agenda yang tersembunyi di sebalik semua kejadian ejek-mengejek ini? Mengapa dibiarkan budaya liar ini berterusan dan menular di dalam parti?

GB puji ketegasan Hanipa berdepan para pengejek berkenaan. Hanipa berhujjah.

Semasa PAS dan pemimpinnya dalam keepayahan diheret ke mahkamah tahu pula cari Hanipa dan LUHAM. Mengapa tak ambil saja para pengejek itu sebagai peguam terutama di dalam kes saman RM2 juta terhadap Abd Hadi Awang?








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mp ini kurang pandai , dia kena tahu ulama pas menang suci mulia Sampai Tahap Tak akan buat kesilapan maka Kita semua ikut ulama pas mulia suci seperti golongan yang pandai buat ejek

Tanpa Nama berkata...

Tengok pembuatan golongan pandai yang kuat boo di belakang, tengok kerja ulama pas mulia iaitu tidak tipu undi Xin, tidak Tikam rakan pr, tidak buat statement u turn, tidak Suka kuasa diktatok, maka gb akan paham kenap cina Suka melayu.

Tanpa Nama berkata...

Mati-mati aku ingatkan Hanifa Maidin diboo oleh perwakilan.

Rupanya pemerhati... memang PAS ganti UMNO, ganti dari sudut adab, sikap dan pemikiran yang taksub assabiyah tanpa mahu mendengar hakikat kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH!!! semakin ramai berani dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Lantangnya mereka menegur Presiden dan ulama Pas, Ulama Pas perlu belajar politik

Tanpa Nama berkata...

Parti Penipu.
Parti Mungkir Janji.
Parti Tikam Belakang.
Parti Tak Boleh Pakai.

Gelaran itulah yang bakal diterima.
Ia akan masuk dalam buku2 sejarah PMR, SPM, STPM dan Sarjana Muda Sastera (Sejarah. Dan aku amat bersetuju!

Tanpa Nama berkata...

Parti cap din ayam

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS terima jawatan MB Selangor, pemimpin2 utama PAS memang takde kemaluan dan harga diri.

maae berkata...

"Apa agenda yang tersembunyi di sebalik semua kejadian ejek-mengejek ini? Mengapa dibiarkan budaya liar ini berterusan dan menular di dalam parti?"

Bukan kah Pas sinonim budaya ini? Ini lah dulang paku serpih...

( Saya tahu komen dari luar di tapis. Greenboc takut dengan kebenaran ? )

Amuraria berkata...

tahniah semakin ramai mangkuk tandas saki baki umporno dalam pas ! sanggup jadi munafik munkir janji tapi menyalak laung konon pejuang islam ! podaah ! ABU & tenyang geng pro-'UG' sampai mati ! Allahu Akhbar !

Tanpa Nama berkata...

kalau pas Terima jawatan MB maka tunggulah keruntuhan kerjaan selangor.pas bakal dimalukan jadi mb paling singkat.kerusi 13 adun akan hilang kalo buat plhanrYa semula.dan itulah um no yg mahu.sy undi pr,Bukan pas, bukan dap atau pkr.kalo pas Teri a,terima lah keruntuhan pas.kebodohan pemimpin pas mmpercepatkn keruntuhn pas.anda boleh boo skrg tp kelak anda bakal menyorok dalam punggung ada sending.kpd dap dan pkr,sy respek prisip dan janji dlm konvensyen lepas.pemimpin pas ug,janji anda sukar percaya.Setinggi mana serban anda skalipun.najis sudah trpalit.kalo mahu terpalit trimalah jawTan MB.

Tanpa Nama berkata...

Tepat setepatnya,
betul sebetulnya.
MB Selangor hak PKR.
Pas tak boleh ambil,
dah ada Kelantan.
Dap tak boleh ambil,
dah ada Pulau Pinang.
Pkr dah ada Selangor,
takkan Pas nak sapu.
Kalau sapu, PRN Selangor
pasti akan diadakan.
Jika berlaku, Pas akan bungkus.
Satu kerusi pun tak dapat.
Pas tak percaya?
Silakan mencuba.

Tanpa Nama berkata...

aku suka pas terima mb selangor lepas tu lingkuplah pas di selangor... jwtn itu tidak akan membawa berkat kerana diperolehi dgn cara yg salah... mengkhinati rakan.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan GB, saya tertanya-tanya adakah yang mengejek ini orang UMNO yang menyusup masuk ke dalam PAS dan menyamar. Kerana sifat ini selalunya perangai penyokong UMNO. Atau pun mereka ini memang ahli PAS cuma sifat angkuh telah menjadikan mereka begitu. INGAT! Allah mengusir Iblis ke bumi kerana sifat angkuh. Jika MB adalah dari PAS maka sia-sialah usaha kita selama ini. Adalah rahsia umum Sultan Selangor pro UMNO.

-RSM-

pemerhati berkata...


salam..

tlglah beradab kalu nk berjamaah. kalu nk laung2, bertempik gitu x payah lah masuk Pas. sy bukan ahli Pas, tumpang malu tgk gelagat macam ni. malu weh kopiah atas kepalo. ingat Islam leh mene nga bersorak g2 ker? usaha x dop mane...myorok jah kuat. bukan nak lwn bola!! tlg lah menerima perbezaan pendapat nga hati yg terbuka...

Spanje pemerhatian sy, x dop org nk membuang Msu. org yg mengkomen hanya nk memperkasakan Msu supaya x lari drp landasan. komen pun nga cara yg beradab dan sopan. Msu pun ahli diapun manusia, mgkn melakukan kslpn dalam membuat sesuatu kptsn.

Dah lah buat prangai cam jahiliyah. baik kita msg2 koreksi diri dan melakukan kije u jamaah dan Islam. kalu ada yg x puas ati nga sesuatu perkara, komen, berlah teguran membina mgikut saluran yg ditetapkn. pamerkan akhlak Islamiyyah.

Tanpa Nama berkata...

Dato Tuan Ibrahim adalah calon terbaik sebagai presiden Pas yang baru. Beliau mempunyai ketokohan mirip almarhum Ustaz Fadhil Noor. Seorang yang sederhana, pernah menjadi selebriti TV, pengalaman beliau dalam Abim, bakat pemimpin warisan selaku anak saudara TGNA dan ilmuan agama serta tokoh akademik ketika menjawat pensyarah kanan di UiTM meletakkan Dato Tuan Ibrahim sebagai calon terbaik untuk memimpin Pas di era yang mencabar ini. Pas boleh disatukan kembali oleh karekter pemimpin seperti beliau.

Tanpa Nama berkata...

ustaz fadhil noor juga yang hebat.

Tanpa Nama berkata...

hadi awang perlu dijatuhkan segera demi perpaduan...

CEO Siber berkata...

Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

Tak perlu berdolak-dalik...

Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini

Tanpa Nama berkata...

Presideng dan puak2 ug munafik nombor wahid!!!! Boleh pergi jahanam..

Tanpa Nama berkata...

anonymous 2.18pm...
memang ahli pas...yg merasakn diri mereka lebih bijak...
kalau rasa lebih bijak..buat usul sruh presiden dn timbalan trun...
pastu calon diri sndiri utk jd presiden...ada brani ke diorang...
memang org islam wajib menyokong kumpulan yang paling kuat mahu dan akan menaikkan,mempertahankan nama dan syiar islam...
tp disini saya ingin tegaskan 'MENYOKONG' dan bukannya 'TAKSUB'..
dalam kes ini penyokong mnjdi taksub...
jika ada parti yng lebih baik dari PAS dlm mendokong perjuangan agama demi kemaslahatan rakyat..
maka orang islam wajib memberi sokongan..

Tanpa Nama berkata...

Inilah bahana RASUAH! RASUAH!!

Rukun2nya..
Wajib wajib buat ONAR
wajib buat KHIANAT
wajib buat FITNAH
wajib AUTA belit pusing2 mcm kelin

buat ONAR..buat khianat FITNAH jgn sampai rahsia rahsia rahsia RASUAH pecah!

Dgn kuasa ALLAH..
500,000 ESOS sudah pecah!

Dgn kuasa ALLAH.. insyALLAH akan terbarai lg juta puloh juta & ratus2 juta yg coba diRAHSIAkan!?

Org yg ada bnyk DUIT(rasuah..}
-boleh upah tukang Boooo!
-boleh pamer kreta mewah
-boleh kontrol unit-Amal
-boleh ada macai blogger
-boleh mcm2 lg weh
-boleh gi London

Utk "cover"LINE, maka dijual lah cerita paling suci yakni HUDUD HUDUD HUDUD seolah2 mrklah org paling SUCI skali disisi ALLAH yg konon2 langsung LANGSUNG takde ambil itu bangkai RASUAH!!?

Mamposs hidup balik pon, HAMPIR takde seorg pon ahli2 Pas yg akan percaya bhw ada lebai kopiah jubah SARBAN
yg dah GEMOK brsantai dgn RASUAH!?

Sbbnya mati2 mrk TAK nak caya dgn isu BANGKAI RASUAH ini adalah krn comel moleknya wayang HUDUD serta bacaan2 doa Arab faseh sifakeh yg boleh AUTA berLAKON jd IMAM bersyarah berkhutbah BERDOA2 jiiihad berjela2!!?

Nah!
ESOS 500,000 sudah diagih kpd mnantu

Nah!
brp bnyk pulak yg TSKI dah agih2 kan kpd exco2 & PJ selangor..sbb tu la wakil Selangor & KL paling kuat mmbela Presideng/msu utk mmbelasah
Mat Sabu!?

Sbb tu laa mati2an TAK mau Wan Azizah jd MB,,takut RAHSIA barai pecah!

Sbb itu laa nak2 sgt2 biar Pas jd MB w.pon jls TERANG2an khianat & trgamak memungkiri JANJI!!!

GB..
"ariinal haqqa-HAQQAN.."
"sekilas pandang ikang diair.."

alahaii..alangkah TOLOL bahallol & beraninya BUDAK2-situa BANGKA yg brkopiah bersarban berjubah itu sggup menipu ALLAH!? silakan lah..

GB..
..dikalangan mrk ada yg ALLAH dah 'hudud'kan pon kedua2 belah kaki kanan & kirinya..adakah sesiapa yg SEDAR @ TAK mungkin akan SEDAR/insaf utk selama2nya..
"..summum bukmum umyum fa hum LAA yarjiuun"

Tanpa Nama berkata...

Ulama PAS yang ibarat katak dalam Al - Quran tidak akan faham apa keadaan sekeliling yang kini dihadapi oleh rakyat Malaysia. Lu cubalah ambil contoh kerajaan Mesir yg dulu diperintah oleh Mohd Mursi yang mana Mohd Mursi sendiri pun bukannya golongan Ulama tetapi golongan profesional. Barulah kerajaan tersebut stabil dan agenda Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan gabungan mantap golongan profesional yg akan mendidik rakyat mengikut keadaan semasa dan golongan Ulama memberi ajaran keagamaan serta nasihat kepada golongan profesional.