20 Sep 2014

Tolak Atau Terima Jika PAS Dipilih MB Selangor?


Ahli PAS mahu parti tolak jawatan MB Selangor

PAS mesti menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor sekiranya jawatan itu diberikan kepadanya, kata seorang pemimpin akar umbi dari Perlis semasa muktamar parti hari ini.

Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS mesti berpegang teguh kepada prinsip integriti yang merupakan kekuatannya dan berpegang kepada janjinya terhadap rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu kerusi menteri besar Selangor milik PKR.

"Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos,"
katanya.

Penganalisis berkata cara PAS menangani krisis menteri besar Selangor menyebabkan orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap parti berusia 63 tahun itu.

Ini berikutan keputusan yang berbeza-beza diambil dalam hal berkaitan isu itu dan tentang siapa yang selayaknya dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan yang dibuatnya menggoncang hubungannya dengan rakan dalam PR dan menimbulkan spekulasi PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu.

PKR dan DAP kedua-duanya menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Tetapi di dalam PAS, sebahagian daripada mereka mengiktiraf Dr Wan Azizah atau timbalannya Mohamed Azmin Ali, sementara sebahagian lagi mencalonkan 3 nama lain yang diberikan kepada Sultan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menafikan beliau turut mencalonkan seorang pemimpin PAS Selangor untuk jawatan itu.

Terdapat kebimbangan dalam parti itu yang menteri besar Selangor daripada PAS tidak akan diterima kerana ia bertentangan persefahaman yang dicapai memutuskan kerusi itu milik PKR.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata sekiranya pemimpin PAS dilantik menteri besar Selangor, dia tidak akan dapat bertahan lama.

"Sekiranya DAP dan PKR tidak bersetuju dengan menteri besar yang dipilih, Selangor akan jadi kerajaan negeri sementara," katanya.

Seorang lagi perwakilan mengulang kenyataan Mohamad semasa muktamar hari ini, menyeru PAS menolak jawatan menteri besar Selangor itu.

“Kita mahu satu usul tergempar dibentangkan yang menegaskan PAS menolak jawatan menteri besar Selangor atas semangat solidariti dengan rakan kita dalam PR.

"Sekurang-kurangnya kita boleh beritahu rakan kita yang kita menolak jawatan itu. Tetapi, sekiranya Sultan memilih calon PAS juga, apa boleh kita buat?,” katanya. -TMI




Terima saja keputusan Sultan Selangor walau PAS terpilih

BATU PAHAT, 19 SEPT: PAS digesa menerima apa jua keputusan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor baharu sekalipun pemimpin parti itu terpilih.

Perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, ini termasuk sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Siapa saja yang dipilih oleh sultan, kita terima. Kita akan terima walaupun ada pandangan yang kata jika pimpinan, sultan pilih PAS kena bantah, kenapa?


“Kalau sultan pilih kita, sudah tentu kita akan pertahan. Kita minta semua rakan kita mengukuhkan PR dengan terima pilihan itu,” kata perwakilan Terengganu, Mohd Nor Hamzah pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, hari ini.

Ia berlawanan dengan gesaan Perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim yang menggesa muktamar membuat ketetapan supaya menolak jawatan Menteri Besar Selangor jika ia diberi kepada PAS.

Katanya, gesaan itu sebagai menunjukkan PAS sebuah parti yang berpegang pada janji dan mempunyai nilai integriti di mana sebelum ini parti telah memutuskan kerusi itu diberikan PKR.
-selangorku



ULASAN GB

Masing-masing boleh nilaikan dua pendirian yang berbeza di dalam PAS. Satu suruh tolak satu suruh terima jika ADUN PAS dipilih sebagai MB Selangor menggantikan TSKI.

Nampaknya Terengganu seperti tidak hiraukan lagi Pakatan Rakyat, boleh mungkir janji dan tidak perlu lagi patuh perjanjian bahawa jawatan MB Selangor itu milik PKR. Pilihan yang dibuat oleh rakyat tak penting, yang penting pilihan Sultan.

Mahu hidup senang dan kenyang tak kira perbuatan itu (menerima jawatan MB) bermoral atau tidak, beretika atau tidak, berdosa atau tidak walaupun melanggar perjanjian dengan sahabat di dalam Pakatan Rakyat.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





21 ulasan:

Awanama berkata...

Ikut keputusan ulama pas suci mulia contohnya hellfire. Apa yang mereka cakap mesti betul seperti definasi mereka sendiri.

MULIA

Awanama berkata...

kalau Pas terima memang Pas pimpinan Hadi perlu di ganti, tukar Presiden ganti orang lain

Awanama berkata...

kalau Pas tak diketuai Hadi insyaallah isu ni tak timbul

Awanama berkata...

Selagi hadi presideng..sampai mampos aku x kan undi pas..!!!!

Awanama berkata...

Perwakilan PAS darTerengganu wala' kepada Presiden, walau ia bertentengan dengan semangat PR. Dan puak2 PAS Terengganu samalah menteliti dengan peniaga2 ikan di Pasar Payang K.Trg. Sebab itu PAS makanan UMNO Terengganu, walau pun semangat juang tinggi untuk menang tapi strategi kurang. PAS Terengganu patut diserahkan golongan profesional yang berfikiran terbuka.

Awanama berkata...

Ya setuju sgt dgn anon 9:58 am.

Kalau presiden bukan tghh, tentu x jadi kacau mcm sekarang. Punca semua kacau bilau ni adalah presiden sendiri. Dsai mungkin x berunding sesetengah perkara spt langkah kajang dgn tghh mungkin takut rahsia bocor. Kan tghh baik dgn istana s.ngor. bahaya dlm mengatur stategi. aku rasalah. Kena pulak presiden jenis kecik ati dan x reti politik. Hncur.

Cepat2 tukar presiden wahai wakil pemilihan.. jika syg pas buatlah sesuatu. Dunia dah berubah, pas bkn utk melayu kg saja, pas for all kena selari dgn tindakan. Apa guna slogan tapi tindakan sebaliknya. Presiden kena yg bijak dan berpandangan jauh.

Awanama berkata...

Biar Majlis Presiden buat keputusan. Kita akur. Hrp tiada kenyataan luar mesyuarat. Mcm kata Sany Hamzah - Presisen jgn ponteng.

otai umno berkata...

Yang PAS gatal-gatal hantar nama Adun dia apasal???Mau tapi malu!!!Serban besar bakul...cakap menipu sama geng dengan yahudi.

Awanama berkata...

Pemimpin PAS rata rata bahalol tidak kualti pemimpin berjaya dan kualiti otak pun kosong.

Pelabur tak nak datang kalau orang bahalol jaga selangor.


Rakyat selangor bijak pun tak nak orang PAS bahalol dan munidik melain kan mat mat botol dan rasuah lahanat saja.

IbnAbdHalim berkata...

Kalau terima bermakna Pas KHIANAT, noktah!

Ganu Kite berkata...

Satu perkataan sahaja ...
SEDIH ... bila orang Islam memungkiri JANJI apatah lagi dari sebuah parti yang berjuang di atas Panji Islam dengan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
Bila orang kata kat kita, kita marah. Tanya orang Ganu, dah berapa lama dah depa dok saji soalan bocor kat anak-anak depa tu? Inilah mentaliti orang Ganu.

pemerhati berkata...


salam...

bertenang sahabat2. teruk tul Pas loni. semua perkara nk bertelagah ke?
napoknya persaudaraan dan kesatuan dlm Pas ni lemah tul. baru berhdpn nga isu mb s'gor pun, dah hampir pecah Pas. x dop daya kthnn. kembalilah kpd al-Quran sbgaimane yg anda semua sering ucapkn semasa berceramah. cakap kene serupa bikin lah... perpaduan dlm BN lbh utuh wpun mereka x jdkan Islam sbagai pegangan. dlm Pas sendiri pun x sekata..blum lg dlm PR. pah tu camner nk yakinkn rakyat nga Islam. lagumane nk suruh rakyat yakin yg kita leh amik alih pemerintahn negara...

Bersatulah...

Awanama berkata...


padanlah sblum ni Ganu asyik tinggi jer pncapain dlm upsr

Awanama berkata...

Terima jer, buat be berapa tahun pun boleh syok sendiri macam kedah dan t'gannu.

Parti yang penuh ulama mulia suci, mereka semua betul orang lain semua salah. Tak percaya? Tengak definasi Msu

Awanama berkata...

puncanya dr PKR-Anwar tapi PAS pulak yg kena, jika akur saja perintah Sultan kan habis cerita, sendiri yg bermasalah prg lain pulak yg kena.

Awanama berkata...

Islam yg dibawa nabi SAW tidak pernah mungkir JANJI hatta kpd..
-musyrikin Mekah
-Yahudi di Madinah
-TIADA khianat & FITNAH kpd umat
-HARAM ssekali memakan HAQ rkyt/umat dgn BATIL

Islam "KONON2" yg dibawa Pas dibawah pimpinan
Nik Aziz Hadi Haron Din & MSU..
-Semua HANTAM sja
-Fitnah ok
-Khianat ok
-langgar JANJI ok
-RASUAH-curi-rompak pon ok
-U-turn BELIT auta tipu pon ok
-underwear XXXXL yg terang pon ok

Yg ironi nya mrk PERASAN sbg ulamak & mrk WAJIB diwalaq..lagi AJAIB mrk jugak nak main main main tipuAUTA HUDUD..hatta nak kongsi HUDUD dgn setan2 yg dikenali!?
..HUDUD apa ini?
..HUDUD setan2 dikenali??
..HUDUD setan2sarban fakeh suci???

GB..hanya yg tolol BAHALLOL sja yg ada Mursyidol bahallol mcm mrk..

GB..hanya yg bangang jer yg ada ularrmak2 BANGANG mcm mrk..

GB..hanya yg GOBLOK jer ada MSU yg RAKUS kesumat goblok2 sprt mrk..

Mrk sume TAK boleh dipakai & WAJIB dinyahkan..agar umat jgn GELAP buta jd tolol BAHALLOL bangang GOBLOK sprt mrk,, mrk yg lebih jahat & lebih jijik lg MENGELIRUkan drp setan2 yg tlh kita kenali.. NOKTAH!!!

INGAT,
Inilah angkara..
KHIANAT-FITNAH-stelah telan RASUAH!

Bangkai bangkai bangkai RASUAH!!!!!

Awanama berkata...

PAS DAH JADI PARTI PAK LEBAI MALANG SYOK SENDIRI.

bat8 berkata...

Ganu tinggi dlm upsr takde kena meng3nakan PAS. Itu usaha kerajaan UMNO Terengganu. Tak tahu la pulak PAS= UMNO kat Terengganu.

Awanama berkata...

hadi awang perlu dijatuhkan segera

Awanama berkata...

The end justifies the means - Nicolo Machiavelli

Nampaknya fahaman matlamat menghalalkan cara sudah menjadi prinsip sebahagian perwakilan. Tidak kira sama ada cara itu tidak beretika, memungkiri janji atau menipu, yang pentingnya MB Selangor datangnya dari PAS.

Soalan cepu emas, adakah fahaman matlamat menghalalkan cara sudah dihalalkan oleh MSU dan Presiden PAS?

Awanama berkata...

Sebelum PRU 13 Pesuruhjaya Pas Selangor ialah DR Rani. Selepas keputusan PRU 13 Pas mencapai keputusan yg memberangsangkan. Dr. Rani kata Pas tidak mahu jawatan MB, lepas tu apa jadi..... .