9 Sep 2014

PRK Pengkalan Kubor, Kubor Untuk Siapa?


PKR beri Pengkalan Kubor pada PAS

PKR memberi laluan kepada PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang sebelum ini ditandingi PKR.

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Azizah, keputusan itu dibuat untuk "berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, utuh dan sepakat".

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum BN dijangka mengumumkan calon mereka di Tumpat, esok.

Wakil rakyat sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN mati akibat kanser hati, 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pilihan raya kecil pada 25 September. -mk

Serah Pengkalan Kubor cetus kekuatan baru PR

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata penyerahan semula Dun N1 Pengkalan Kubor oleh PKR kepada PAS petanda kekuatan baru Pakatan Rakyat akan bermula.

Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, Dun ini akan dapat diambil semula.

“Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,”ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini.

Menurutnya, ia sebagai mengambil kira perlunya parti-parti Pakatan Rakyat bertolak ansur, memahami dan berjiwa besar demi kesepakatan menentang Umno BN.
-HD


ULASAN GB

Sukar untuk meramalkan bagaimana keadaan pilihanraya Pengkalan Kubor tatkala PAS & PKR sedang melalui gelombang besar ekoran isu MB Selangor.

PAS memang berharap untuk bertanding. Sejak awal lagi beberapa kenyataan telah dilakkan menyatakan PAS berhak untuk bertanding di Pengkalan Kubor. Justeru itu PAS perlu buktikan ia mampu, sekurang-kurangnya untuk mencapai keputusan yang setara atau lebih baik dari calon PKR di dalam PRU13 yang lalu.

Ia juga menjadi medan ukuran setakat mana pertelingkahan PAS-PKR memberi kesan ke atas pengundi secara umumnya.

Di pengkalan ada kubor, tetapi entah kubor siapa... harap-harap BN.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR berikan Dun pengkalan kubur kepada Pas dengan tujuan supaya penentangan Pas terhadap jawatan MB Selangor akan jadi sejuk. Pas pasti akan terhutang budi. Sekiranya PKR tetap bertanding di Pengkalan Kubur dan kalah, Pas pasti akan bertambah meluat ke atas PKR.

bat8 berkata...

Tuan

Untuk rekod sepanjang tempoh DUN Pengkalan Kubur wujud, PAS hanya menang 3/4 kali sahaja. Umno yang banyak menang.

PKR telah membuat keputusan yang bijak. Mereka tidak ada kekuatan langsung disini. Kekuatan untuk membantu PAS pun amat kecil jika tidak dibantu oleh cabang-cabang lain di Kelantan.

Kita mahu melihat Nik Amar dilantik menjadi pengarah PRK ini. Kita nak tengok kehebatan menyusun gerak kerjanya adakah seperti kehebatan mulutnya yang takde brake. Nik Amarlah pencatur utama bagi PAS Kelantan.

Bukan kita penyokong je nak lihat kemampuan Nik Amar, orang PAS yang lagi kenal Nik Amar pun nak lihat. Dia jangan buat helah biasa, bila kena pikul tanggungjawab sebagai ketua, selalu nak menolak, nak tolak kepada orang ja ji benda tu tak ada kat tangan dia. Time nak terima kredit, dia nak duduk depan.

Tanpa Nama berkata...

Buatlah apa yang PAS fikirkan baik...mahu bertanding sudah diberi laluan...tak perlu kecoh2...
Apa pun yang PAS rasa, tindakan PKR dilihat lebih baik dalam usaha mengurangkan pergeseran dengan PAS. PAS perlu belajar lebih berhemah...Bukan pepat di luar rencong di dalam.

Tanpa Nama berkata...

Pkr x de kekuatan dr akar umbi sebenarnya, terutama di Ktan. Tambahan dgn krisis dalaman parti dan isu Mb sgor. Jadi ini jalan mudah utk tidak tanggung malu lebih besar. Nak jaga hubungan baik dgn Pas & dap adalah alasan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Dah ada org yg boleh baca niat hati org Lain. Hebat. Spt anon 9.41

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan bat8.Tak sabar nak lihat siapa yg akan terkubur diPengkalan Kubur.

Tanpa Nama berkata...

PKR di pimpin Presiden yang tak banyak cakap tapi bijak,Pas dipimpin Presiden yang banyak cakap termasuk auta...

Tanpa Nama berkata...

Pas UG akan bagi laluan kepada UMNO, kalau PKR bertanding Pas UG akan lawan PKR?