10 Sep 2014

[PENTING] LUHAM: Majlis Syura Ulama Melampaui Bidang Kuasanya - Ulasan GB


Majlis Syura lampaui kuasa campur isu MB'

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor.

Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS.

Katanya, PAS bersetuju mengadakan kerjasama politik dalam Pakatan yang disahkan dalam muktamar PAS dan tidak pernah dibatalkan, maka Majlis Syura mahupun PAS mesti bertindak selari keputusan muktamar itu.

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU).

"Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.


"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan.

"Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan muktamar itu sendiri?


"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat

Kenyataan itu adalah hasil mesyuarat lajnah itu semalam bagi membincangkan keputusan mesyuarat MSU sehari sebelumnya yang menyokong keputusan Hadi itu.

Kelmarin, MSU menegaskan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan berdasarkan fasal 26(1)(a) dan Fasal 26(9)(m) perlembagaan parti.

Hal ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahu kerusi menteri besar kekal di tangan PKR.

Abang Kardee berkata LUHAM turut berpendapat MSU tiada keperluan untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan parti mengenai isu ini.


Malah Lajnah itu menyatakan sekalipun MSU berkuasa memutuskan sebarang perselisihan faham, ia perlulah dirujuk terlebih dahulu dan bukannya mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat keputusan tersebut.

"Jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan fasal 88(1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

"Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter”," kata beliau. -mk


Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara.

Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.

"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.


"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jawatan Presiden PAS berkonsepkan Perlembagaan, iaitu kuasa dan peranannya dihadkan Perlembagaan, maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut amat asing dan tidak boleh dipertahankan.

Mengulas tentang kenyataan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menyokong tindakan Hadi pada 7 September lalu, Kardee berkata, mesyuarat Luham semalam juga memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan menteri besar Selangor.

Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

"MSU silap menyatakan bahawa kuasa presiden di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa yang bersifat mutlak atau “veto”," katanya.

Katanya, MSU tidak berhak menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS dalam isu menteri besar, malah tidak ada keperluan untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidang kuasa badan tersebut seperti yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

Jelasnya, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (referral) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan ketiadaan rujukan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu adalah “non-starter," katanya.

Katanya, isu pelantikan menteri besar Selangor melibatkan isu penyusunan, pengaturan dan pelaksanaan strategi politik yang jelas di bawah bidang kuasa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 26 (9) (a) Perlembagaan PAS.

"Oleh itu, jika MSU ingin menambah kuasa presiden yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan, maka perlulah dibuat pindaan perlembagaan di dalam Muktamar," tegasnya.

Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR.

"Luham percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama Adun PAS turut dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, tidakkah ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? Oleh itu, Luham berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Awal-wal lagi GB dah kata sebelum ini, bahawa pemimpin PAS semua peringkat mesti tahu dan patuhi bab undang-undang. Jangan salahguna kuasa, jangan cakap tak tentu hala, jangan tabur keaiban dan fitnah merata-rata.

Semua perkataan, semua tindakan kita, tak kira pangkat dan kedudukan seseorang adalah tertakluk kepada undang-undang. Jangan mentafsir undang-undang ikut sesuka hati, seperti "kata pemutus adalah pada Presiden parti". Itu tak betul dari sudut perundangan kerana seperti kata Setiausaha LUHAM di atas MSU perlu merujuk kepada Lujnah Undang-undang & Hak Asasi Manusia di dalam menghurai, menjelas dan mentafsir mana-mana perlembagaan parti. Bukan ikut tafsiran sendiri.

Kuasa dan keupayaan pemegang jawatan bergantung kepada dan terhad kepada jawatannya dan tidak boleh melakukan apa-apa yang tidak diberikuasa kepadanya. Tindakan sedemikian adalah dianggap sebagai ultra vires atau 'lampau kuasa'.

Setiap bidang itu ada keahliannya. Oleh itu hormatlah keahlian orang lain di bidang masing-masing jika anda ingin orang lain menghormati keahlian anda di dalam bidang anda.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh bekas calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:


A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

Semenjak isu MB Selangor ini timbul, GB dan beberapa yang lain telah dimaki, dicerca dan dihina terutama oleh golongan yang menamakan diri mereka penyokong ulama, (malah ada yang mencadangkan supaya GB dipecat dari PAS), namun itu semua tidaklah menjejaskan samasekali perjuangan GB untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Segala kutukan, cacian dan makian itu bakal kembali kepada orang yang melakukannya. Dan setiap orang yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan, hatinya sentiasa tenang kerana yakin hukum Allah tetap berjalan sepanjang masa dan bahawa "sibghah Allah" itulah yang terbaik dan terindah senantiasa...

SELAGI MAJLIS SYURA ULAMA TIDAK DIPERBETULKAN SELAGI ITU JANGAN ADA MANA-MANA PIMPINAN MEMAKSA WALA DARI PARA AHLI KERANA TANPA MSU YANG BETUL, MAKA CIRI SESEBUAH JEMAAH ISLAM BELUM DIPENUHI DAN LANTARAN ITU TIADA PERSOALAN "WALA" BOLEH DITIMBULKAN







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI







31 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan,

Cara terbaik ialah setiap organ PAS seperti MSU, Dewan Ulamak, JKPP perlu ada ex-officio yang berpengetahuan undang-undang dan perlembagaan PAS untuk dijadikan rujukan semasa mesyuarat.

Barulah tak jadi masaalah hentam ikut suka. Kehadirian ex-officio ini tidak diperlukan didalam setiap mesyuarat. Apabila ada mesyuarat yang memerlukan pandangan perundangan atau perlembagaan PAS, maka dia dijemput.

Amuraria berkata...

siapa diantara sibengung & bahlol main undang-undang sendiri? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Masih diperingkat "cakap", langsung tidak boleh tukar atau sekat keputusan Ulama President dan MSU.

Kenapa? Kerana Ulama Pas mulia telah "define" diri sendiri ter-tinggi dalam parti maka semua percakapan orang lain boleh diabaikan tanpa sebarang kesan.

Masalah ini akan memanjang samapai pas dapat 0 kerusi dipantai timur, dan kalah di Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Parti ini penuh dengan Ulama yang BEGITU mulia, bukan seje melayu, cina dan india di semenajung sokong, tetapi anak Sabah dan Sarawak pun suka.

Confirm akan dapat masuk putrajaya. Ulama Mulia Hadi akan diangkat sebagai PM malaysia.

Dengan sikap suci mulia Ulama pas yang mulia (iaitu, tidak tipu undi, tidak tikam rakan, tidak fitnah wanita, tidak putar balik percakapan walaupun dalam satu meysuarat sama, tidak hantar 2-3 surat dengan nama lain-lain walaupun diminta hantar satu surat jer) Dakwah dah begitu Berjaya.

Tanpa Nama berkata...

SOKONG LUHAM & GB 300%

Tanpa Nama berkata...

Kamu sbgai golongan ulama hnya layak mentafsir bab2 dlm bidang keagamaan shja, hormati lah golongan org yg mahir dlm bidang msing2.. Jka presiden perlu di ambil tindakan amat2 dialu2 alukan Demi kebaikan parti yg berlandaskan ISLAM sbgai Teras perjuangan..

Tanpa Nama berkata...

Look at this so call president of grant party, and his UG, they just don't bother to whatever other people said including law expert.

So what can you GB and members of party do? The president has no problem to self-declare as dictator (semua kena ikut dia, dia boleh putus perkara besar walaupun dia tu tak sama dengan majority AKC), so you cannot make him from the lowest the be further lower.

This problem gonna take weeks and months until the moment PAS got 0 seats in many upcoming elections.

Your party is suck, end up created a dictator and you all can just do heboh blog/forum, while he enjoy big return with smiling face.

Heaven? Hell? Only if people like him ever care go to heaving or hell!

Tanpa Nama berkata...

wala? wala? wala?

mana boleh wala jika MSU terang2an dieksploitasikan oleh golongan sang menantu? Gila apa nk suruh wala?

Unknown berkata...

Excerpt from Anonymous 9:28

"...and you all can just do heboh blog/forum, while he enjoy big return with smiling face...."

I agree, nothing much that we can do except heboh in blog/forum...

nevertheless, we have to do whatever possible, expose the matter widely, bring up all facts, garner all experts and intellectuals within the party so as to create awareness among members with the hope that one day, we can change the status quo...

I know it is a tough job, but I believe, with the sincerity and perseverance, God will help us.

Unknown berkata...

Statement dari LUHAM ini berita baik buat semua pejuang rakyat.
Sudah sampai ketikanya Hadi Awang berundur atau dimundurkan.

Hadi wajib ditolak kerana jelas beliau adalah pemimpin yg menganut fahaman feudal yg beku yg berakar dari warisan syirik sembah raja.

Sila rujuk dua kenyataan yg dibuat oleh Hadi, pertama ketika sidang akhbar dirumahnya menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB & kedua pidatonya terbarunya dalam majlis penjelasan isu2 semasa di Marang beberapa hari yg lalu.

Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab telah memberikan tafsiran yg salah & mengelirukan tentang konsep Raja Berperlembagaan.

Di sidang akhbar dirumahnya ketika beliau cuba mempertahankan TSKI beliau mengatakan "kita tidak boleh membelakangkan Sultan" sedangkan Sultan memang perlu dikebelakangkan dalam urusan politik.

Raja Berperlembagaan bermakna peranan & kuasa Raja telah dibataskan oleh undang2. Raja Berperlembagaan bermakna Raja tidak boleh campur tangan dlm urusan politik & pentadbiran negara selain bidang kuasa terhad Baginda dlm urusan pentadbiran agama Islam & adat istiadat Melayu. Ini cukup jelas.

Kalau tidak mahu membelakangkan Sultan, Sultan perlu hadir dlm setiap mensyuarat EXCO, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,Syura Ulama, hatta hadir di muktamar PAS! Kenyataan ini bukan hanya tidak tepat malah pandir!

Tindak tanduk Hadi Awang ini adalah pengkhianatan yg cukup besar bukan hanya kepada PAS & PR tetapi terhadap tokoh2 pejuang Melayu progresif yg terdahulu yg telah berjuang dgn sengit menentang Fahaman feudal yg mahu memutlakkan kekuasaan Raja dalam semua hal ini sehingga kuasa politik dapat dimiliki oleh rakyat jelata.

Sekarang Hadi Awang mahu menyerahkan kembali kuasa politik yg telah diperoleh ditangan rakyat secara jerih payah, kembali secara mutlak kepada golongan Monarki!

Malah faham feudal yg sesat ini mahu dipakai pula ke kebatang tubuhnya dalam bentuk pemusatan kuasa mutlak Presiden.

Ini sangat2 salah & tidak betul.

Agenda persekongkolan sesat Feudalisme golongan elit monarki dengan Feudalisme Ulama yg jelas mengkhianati perjuangan kuasa politik rakyat jelata ini wajib ditentang hingga ke akar2nya!

Tanpa Nama berkata...

Geng ulamak memang tak faham undang-undang kecuali jika ambil bidang undang-undang.Itu sebab Hadi Awang langgar perlembagaan,Harun Din pun sama Nik Zawawi pun sama begitu jugak Stopa Ali.Depa tafsir perlembagaan ikut otak sendiri.Ada peguam-peguam dlm.PAS tak mau rujuk,malu takut orang kata buta undang-undang.Malu dan segan tak bertempat.Sekarang sudah terima padahnya.Depa lebih dengar nasihat Dr-Dr yg punya kepentingan peribadi dari JK Dan Lajnah party.

Tanpa Nama berkata...

Nak dikatakan apa lagi beb. Kalau parti islam lain di luar negara seperti ikhwanul muslimin tahu apa yg pas buat skg,i confirm pas akn dipandang hina oleh diaorg sebab sanggup bersengkongkol dengan parti haram yg ditubuhkan oleh penjajah.

Tanpa Nama berkata...

Makin lama makin ramai yang sudah tidak wala' dengan Tuan Presiden. Apa mau jadi ini macam?

air gunung berkata...

Sgt menarik hujah sedara tan melaka.

in response to Statement dari LUHAM ini berita baik buat semua pejuang rakyat. Sudah sampai ketikanya Hadi Awang berundur atau dimundurkan. Hadi wajib ditolak kerana jelas beliau adalah pemimpin yg menganut fahaman feudal yg beku yg berakar dari warisan syirik sembah raja. Sila rujuk dua kenyataan yg dibuat oleh Hadi, pertama ketika sidang akhbar dirumahnya menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB & kedua pidatonya terbarunya dalam majlis penjelasan isu2 semasa di Marang beberapa hari yg lalu. Hadi Awang secara tidak bertanggungjawab telah memberikan tafsiran yg salah & mengelirukan tentang konsep Raja Berperlembagaan. Di sidang akhbar dirumahnya ketika beliau cuba mempertahankan TSKI beliau mengatakan "kita tidak boleh membelakangkan Sultan" sedangkan Sultan memang perlu dikebelakangkan dalam urusan politik. Raja Berperlembagaan bermakna peranan & kuasa Raja telah dibataskan oleh undang2. Raja Berperlembagaan bermakna Raja tidak boleh campur tangan dlm urusan politik & pentadbiran negara selain , by Tan Malaka.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg susah sangat ni, gantikan saja Presiden PAS dengan orang yang lebih berwibawa....

in response to Makin lama makin ramai yang sudah tidak wala' dengan Tuan Presiden. Apa mau jadi ini macam? by Anonymous

Ibn Sabil berkata...

Jangan risau dan bimbang. Allah akan tetap menghukum Haji Hadi dan para pendokong dan penyokongnya. Dah ternyata jelas Hadi Awang BERSALAH kerana tidak mengikut Perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Presiden nak kuasa vetokan? Ni gunalah kuasa di dalam FASAL 15(1)(c)... vetolah banyak-banyak.

PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,
PAS ke hadapan, Binasa UG,

Tanpa Nama berkata...

PAS jadi cacamarba kerana presiden dan msu jado gila dikerjakan oleh menantu. betul wa cakap sama lu...

Tanpa Nama berkata...

kerap baca komen dari pendokong TGHA supaya PAS keluar dari PR aka tidak bertahaluf lagi...tanda2nya adalah perebutan kerusi prk p.kubor...

saya agak bersetuju...dan nak tengok sangat apa berlaku pada PAS pasca bersendirian dalam perjuangan....mungkin ini adalah eksperimen untuk berjuang seorang diri yang kali keberapa dalam PAS...

cerita semakin menarik...

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah penyokong PAS dan telah mengundi PAS di dalam dua kali pilihanraya yang lalu. Saya memang ikuti perjalanan parti ini walaupun saya belum mnjadi ahli. Yang jelas kepada saya walaupun ada pemimpin PAS menafikan ialah terdapat dua kumpulan besar di dalam PAS iaitu kumpulan ulamak jumud dan kumpulan mukmin progresif.

Kumpulan ulamak jumud ini macam tidak berapa ikhlas perjuangan mereka. Begitu juga dgn para penyokongnya. Mereka suka memaki hamun, bertindak kasar malah suka mencaci-caci walaupun kepada rakan-rakan mereka di dalam parti. Perangai mereka lebih
kurang UMNO juga. Mungkin sebab itu mereka dikenali UG - UMNO Group dalam PAS.

Rasanya selain dari Presiden dan seluruh MSU, ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS yang bertaraf UG yang perlu didedahkan supaya ahli-ahli PAS dan rakyat tahu. Mereka ini buta undang-undang. Diantaranya termasuklah:

Tuan Ibrahim Tuan Man
Nasruddin Hassan Tantawi
Nik Abduh Nik Abd Aziz
Idris Ahmad
Zuki Marzuki
Ahmad Yaakob
Mohd Amar Nik Abdullah
Iskandar Abdul Samad
Mohd Khairuddin Othman
Razman Zakaria
Mohd Saiful Bahari

Pastikan sangat mereka kalah kalau mereka bertanding di dalam pilihanraya nanti. Jika mereka menang mereka akan naik tocang dan akan salahguna kuasa spt Haji Hadi dan MSU. Dan Pakatan Rakyat mendapat nama busuk.

Tanpa Nama berkata...

jadikan muktamar nanti(muktamar pemilihan-2015?)medan memilih Pres sampai kebawah..calon baru.Alternatif kedua tubuh parti baru(dari Pasma ok ku)..cerita banyak pun tak guna..mereka masih disana..kata la camne pun.masa tu usul pinda consti mana yg kelabu asap atau peraturan yg lapuk

Isu tafsiran U2/consti PAS..LUHAM hanya cuba menafsirkan mengikut perkiraan mereka.Org lain juga berhak tafsir juga sebaliknya.Penafsiran LUHAM bukan la muktamad betul atau qatie..,namun wajar di perhausi dan diambil kira.LUHAM juga bukan badan yg atau sayap yg ada otoriti untuk tafsir..tp apa salahnya LUHAM dipanggil..untuk menghalusi aspek tu.

Tanpa Nama berkata...

anon 9:32

LUHAM adalah sebuah lujnah. Badan yang diamanahkan untuk menghurai dan mentafsirkan Perlembagaan PAS apabila ada kekeliruan. LUHAM adalah terdiri dari para peguam.

Kenyataan yg dikeluarkan adalah bersifat kolektif dan bukan pandangan perbibadi seorang AJKnya.

Oleh itu menuduh LUHAM tidak berotoriti di dalam mentafsir Perlembagaan PAS adalah tidak tepat dan tidak wajar...

----

Tanpa Nama berkata...

Banyak lgi yang tertinggal tu terutama pemimpin lapisan pertama UG yang berada dalam MSU, Dewan Ulamak. Maksukkn juga nama SU MSU dan Dewan Ulamak sekali. Yang lain cari sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jika Presiden membuat keputusan menghantar 3 nama tidak selari dengan keputusan AJK Pusat pada 17hb satu kesalahan, keputusan wakil PAS (diketuai Timbalan Presiden) menyetujui hanya 1 nama pada 17hb juga satu kesalahan.

Begitu juga sebaliknya. Jika Presiden tak salah (mengetepikan keputusan ijmak AJK Pusat), Timbalan Presiden juga tak salah menggunakan budi bicara sendiri pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

tiada dinyatakan mana proviso LUHAM adalah badan otoriti yh muktamad menafsirkan apa2 yng berkait dgn PAS..dalam consti..

peguammudapas berkata...

Anon 10:00

Semua Lajnah tidak diberikan privionya dalam perlembagaan pas.

Untuk makluman LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan oleh parti "di dalam apa-apa urusan perundangan dan segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

-peguammudapas

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah masih ramai lagi yg waras dan berpegang pd kebenaran dlm Pas. Hj Hadi dan geng UG jgn ingat Pas ini milik korang yg khianat. Pas milik ahli2nya yg ikhlas dlm perjuangan dan semua umat Islam Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan UG khianat kepada penyokong dan ahli Pas, mereka terlalu memandng hina orang bukan ulama..?

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagi yg tertinggal tu...
Haji Hadi
Harun Din
Stopa Ali
Insyaallah pada PRU akan datang aku sesekali tidak akan undi geng2 UG ni...katakan tidak kepada Geng UG!!!...

Tanpa Nama berkata...

Pas takkan kemana selagi berpresidenkan Haji Hadi... maka kempunanlah semua penyokong pr utk lihat putrajaya ditawan pada pru akan dtg...Haji Hadilah hero dan penyelamat sebenar kepada umno...Hidup Haji Hadi hidup umnoooo....

Tanpa Nama berkata...

Anon 10.00am.
Dlm.organisasi PAS terdapat pelbagai Lajnah yg punya fungsi masing-masing,membantu melicinkan perjalanan party.Lajnah-lajnah ni tidak tercatit dlm.petlembagaan namun tetapl punya fungsi dan kerja yg dipertangung-jawabkan.Tak pernah ke masuk mana-mana party politik atau NGO.