22 Sep 2014

[MENYEDIHKAN] Dia Pecah-belahkan Parti & Jauhkan Orang Dari PAS..

Kesan dari kenyataan dan tindakan Presiden PAS, Hj. Hadi yang kini digunakan musuh untuk serang PAS di PRK Pengkalan Kubor.

Ke mana hala tuju ahli progresif dalam PAS?

Soalan sebenar selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang penuh hangat semalam bukan mengenai hala tuju parti itu, tetapi tindakan yang akan diambil ahli progresif dan liberal selepas ini.

Apakah mereka yang tidak setuju dengan cara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konservatif itu akan terus berdiam diri atas nama wala' dan taat kepada pemimpin, atau mengambil sesuatu tindakan.

Berbeza dengan kebiasaan pemimpin tertinggi parti melafazkan ikrar perpaduan dan kesatuan pada penutup persidangan, Hadi pada hari terakhir muktamar melontarkan cabaran kepada mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan beliau agar meninggalkan parti itu.

"Dalam jamaah (parti) hanya ada satu imam. Kalau nak jadi imam juga, cari tanah lain dan buat masjid lain,"
katanya ketika memberikan ucapan penggulungan semasa muktamar di Batu Pahat, Johor semalam.

Ucapan itu adalah yang paling ketara menunjukkan sikap beliau terhadap pihak yang berbeza pendapat dengannya.

Sikap Hadi ini sangat berbeza dengan pimpinan PAS yang lain, termasuk pimpinan PAS sebelum ini.

Bekas presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam usaha menyatukan dua kumpulan besar dalam PAS mengambil pendekatan memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional.


Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali sewaktu penggulungan muktamar semalam berkata, PAS tanpa ulama buta, tanpa profesional tempang.

Ucapan penutup lazimnya digunakan oleh pimpinan PAS untuk menyatukan perbezaan pendapat dalam parti, tetapi Hadi pula mengambil sikap "menghalau" mereka yang tidak bersetuju dengannya.

Awal bulan ini, ketika berdialog dengan penyokongnya di Terengganu, Hadi juga membuat ungkapan hampir sama ketika ditanya mengenai badan bukan kerajaan (NGO) baru, PasMa.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," katanya dalam satu sesi penjelasan isu semasa di Rusila, Marang.

Sejak kebuntuan kes menteri besar Selangor, para pemimpin dalam Jawatankuasa PAS Pusat banyak berbeza pendapat dengan Hadi.

Ia bermula apabila presiden parti Islam itu mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, selepas PKR dan DAP memutuskan menyingkir Khalid dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada waktu itu, sokongan yang dibuat Hadi terhadap Khalid sebelum mesyuarat yang dijadualkan pada 17 Ogos mengejutkan ramai pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya berkata, ia adalah pandangan peribadi Hadi kerana keputusan rasmi belum dibuat.

Ekoran itu, para penyokong Hadi terus menerus menyerang mereka dan memomokkan mereka sebagai tidak wala' dan taat kepada presiden sehinggalah ke muktamar tiga hari yang berlangsung di Batu Pahat, Johor.

Dalam muktamar kali ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian besar menjadi bukti perkara ini.

Pertama, peristiwa 50 perwakilan Pemuda PAS yang memakai jaket "Kami sokong presiden dan Majlis Syura" meninggalkan dewan ketika Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar sayap itu.

Kedua, perwakilan Wilayah Persekutuan Dr Azhar Yaakub berdoa sambil melaknat mereka yang tidak wala' dan tidak taat kepada Hadi.

Ketiga, ketika Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham), Mohamed Hanipa Maidin berkata PAS perlu menolak jika dilantik sebagai menteri besar Selangor, beliau dicemuh dengan seruan "boo" oleh pengikut fanatik Hadi.


Sesuatu yang di luar dugaan apabila beliau dicemuh kerana yang diperkatakannya ialah keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Ketiga-tiga peristiwa ini menjadi titik hitam dalam muktamar itu.

Ke mana hala tuju PAS selepas ini?

Ramai berpendapat cara Hadi memberi ucapan penutup di muktamar itu menunjukkan PAS sedang merancang satu tindakan yang lebih besar dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat selepas ini.

Namun, mereka tidak mahu membuat demikian dalam muktamar.

Ini dibayangkan melalui ucapan penutup beliau dan ucapan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama.

Haron ketika itu berkata tahaluf siyasi dengan Pakatan ada syaratnya. Jika syarat itu dilanggar, ia perlu dikaji semula.

Namun, ketika muktamar panas pada hari kedua sidang, Haron bangkit dan memberi arahan agar tidak dibincangkan lagi soal perbezaan antara presiden dengan pucuk pimpinan PAS yang lain.

"Tindakan besar mahu diambil tetapi tidak mahu dibincangkan dalam muktamar.

"Sebab itu semua usul berkaitan dengan kedudukan PAS dalam Pakatan dan isu menteri besar Selangor tidak dibahaskan," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan.

Persoalannya kini, apakah ahli parti yang tergolong dalam kumpulan liberal dan progresif, dan tidak bersetuju dengan Hadi akan terus wala' dan taat kepada beliau?

Kumpulan yang fanatik ulama jelas mengambil sikap 'mahu membunuh' semua yang berbeza pendapat dengan mereka. Ini diperlihatkan melalui laman Facebook El-Haraki, yang digunakan sepenuhnya untuk menyerang lawannya dalam PAS.

Sebab itulah apabila timbul sahaja isu PasMa, El-Haraki membariskan semua yang dianggap berbeza pendapat dengan Hadi, memegang jawatan dalam NGO baru yang dituduh berhasrat menubuhkan parti politik baru ini.

Kini semua menunggu dengan penuh debaran, apakah sikap yang akan diambil oleh mereka? Berdiam diri dengan wala' dan taat sehingga mereka 'dipenggal' dalam muktamar tahun depan atau bertindak dari sekarang?

Semua mata tertumpu kepada kumpulan yang dilabelkan sebagai Erdogan, progresif atau profesional ini. -TMI


Taksub kerana menganggap seseorang pemimpin sebagai dewa.

Politik negara kita kacau kerana ramainya pentaksub parti. Pentaksub inilah yang memecah belahkan perpaduan sesama kita kerana mereka suka melabel orang, mengata orang dan mencaci orang.

Sepatutnya, sebagai pentaksub parti, peranan kita ialah untuk memujuk orang menyokong kita, bukannya membenci atau menjauhi parti kesayangan kita.

Sepatutnya sebagai pentaksub parti, isu yang kita angkat ialah keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Saya fikir pendekatan ini lebih afdal dalam menarik sokongan rakyat kepada parti kita.

Akhirnya, jika kita adalah pentaksub parti, jadilah pentaksub parti yang jiwanya berisi bukannya beremosi.

Salam.
-Prof Dr Muhammad Agus


ULASAN GB

GB dah kata, setiap ungkapan buruk akan kembali kepada diri sendiri. Pusing dan putarbelitlah makna "barua" itu. Sama seperti haramjadah yang menimpa Najib dulu.

Kini ungkapan "barua" kini kembali kepada si penuturnya.... lihat banner itu.. menyedihkan.... Namun demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Nak sangat berbaik dengan UMNO, itu yang UMNO berikan kepadamu.. fikir-fikirkanlah... apakah kamu tidak berakal?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy harap akan ada org membuat aduan kpd kesatuan ulama sedunia supaya hadi dipecat dari kedudukan dia sbg timbalan. dia tak layak utk duduk kerusi tsb.

sila buat transkrip dlm bhs arab, inggris, perancis dsb dan edarkan dlm media.

bat8 berkata...

Tuan

Kata-kata Mustafa Ali bukanlah serius dan sekadar mahu sesuatu keluar dari mulut sahaja. Kata-kata itu seperti pokok yang dah mati.

Tanpa Nama berkata...

terlajak perahu boleh diundur, terlajak mencaci- pengundi akan membenci lalu cabut lari..bye-bye pas!

Tanpa Nama berkata...

Ya GB,saya sorg suri rumah yg banyak kenalan dari suri2 rumah,yg selama ini saya brainwash mereka utk mengundi pas,ttp hari ini saya teramat malu dan sedih,tak tahu nak cakap apa,malu nak mengaku saya ahli pas,Bila yg bercakap secara ego,sombong adalah ustaz2 terkenal. Saya nampak rupanya Kajang Move itu hebat,Allah memperlihatkan kpd kita siapa yg menggunakan agama utk meraih sokongan,Kawan2 dah cakap next GE lantaklah siapa nak perintah,sama je ahli2 politik tu,dan saya sendiri pun merasakan kenapa saya buang masa beratur pagi2 kerana rupanya akhlak ahli politik tu menakutkan dan memalukan.ni husband saya dah sound tak payah pergilah kalau kuliah ustaz Azhar Yakub,nak cari pergilah cari guru yg mursyid,yg akhlaknya elok,bukan mengata saudara sendiri di khalayak ramai.lepas ni syok jugak x payah buang masa baca harakah.

azid barja berkata...

Sebenarnya, PAS ni Islam level apa? Islam liberal aka progressive aka pluralist ke atau Islam konservatif aka teokratik aka extremist? Kena define Islam macam mana yg PAS bawa. Kalau inbetween tu dah jadi Islam moderate macam UMNO. Kalau cairkan sikit Islam konservatif dan keraskan sikit Islam liberal pun jadi Islam moderate. Kalau Islam liberal, masuk ajela PKR (Allah for all, boleh sokong Israel, semua agama sama etc). Tak faham den. Ada sapa2 boleh explain?

Tanpa Nama berkata...

TAK KIRALAH APA YG BERLAKUU...YG PENTING PR DAPAT MEMERINTAH NEGARA...ABUUUUU

Tanpa Nama berkata...

Jgn pulak terkejut kalau PAS menang di Pengkalan Kubur sbb yg akan memenangkan PAS di sana ia lah UMNO Lepas satu kerusi untung nya berpanjangan

Tanpa Nama berkata...

perlantikan Hj Hadi sbg Timb dlm kesatuan Ulamak rasa nya mcm ada ikhsan seseorg (?)

Mmg patut di adu sebelum perkataan barua dan broker di sebut dlm persidangan Kesatuan Ulamak

In respon to sy harap akan ada org membuat aduan kpd kesatuan ulama sedunia supaya hadi dipecat dari kedudukan dia sbg timbalan. dia tak layak utk duduk kerusi tsb.

Tanpa Nama berkata...

Dah nama pun presiden. Sbg ketua kena buat keputusan. Org lain tak setuju itu hak masing2. Kalau buat keputusan nak ambik pandangan semua ahli tak jadi kerja. Kalau tak bersetuju sgt tahun depan kempen tukaq ikut yg pakat suka.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi dan geng UG dah nekad sekali pun PAS akan hancur ttp masih belum musnah teruk Banner yg kita lihat dgn rasa sedih tidak bg mereka

Kejayaan pemimpin PAS yg pro PR dah menakutkan geng UG sehingga peranan Ulamak tercicir Krn itu mereka UG terpaksa buat pertaruhan yg sgt berisiko

Ahli yg progresif dan liberal masih teragak krn mahu menyelamatkan parti PAS bagaimana pun jgn kan berdiam diri kalau terlewat bertindak pun mrk akan di penggal tahun depan

Bukan nak menghasut Skg bukan utk menentukan hala atau tindakan tp sanggupkah pemimpin progresif dan liberal PAS bermain dgn pertaruhan yg di letakkan oleh kumpulan Hj Hadi dan UG ? Org yg nak kalah sanggup meletakkan pertaruhan yg tak merugikan mereka

Cara Hj Hadi dan pro UG jika mereka dlm kedudukan spt pemimpin Mat Sabu dan yg pro pr mereka sanggup keluar parti dan tubuh parti baru Sbb tu Hj Hadi berani buat kenyataan kalau nak jd imam buat mesjid lain

Tanpa Nama berkata...

Ini lah satu jasa dan bakti yg besar yg di tinggal oleh Hasan Ali dan Khir Toyo kpd UMNO

Org PAS pikir lah sendiri adakah perjumlaan sulit antara mereka berdua terhenti di situ Kalau tak mereka berdua tentu 'barua' dan 'broker' yg mwnghidupkan usaha usaha tersbt

Tanpa Nama berkata...

gb, anwar yg pecah belahkan parti PAS, haru biru PR skrg ni sbb dia nk calonkan juga kak wan dgn LANGKAH KAJANG yg membawa punca kpd masalah ini. YA ALLAH bukalah pintu hati GB agar tidak dibutakan dgn watak anwar. pikirlah dgn waras, ikut hati...mati! doplosen advice.

Tanpa Nama berkata...

Ambo sokong Pas sejak zaman Dato Asri lagi .Pas berlambang bulan bintang.Masuk era Ulamak ambo koho sokong.Era kafir mekafir era dua imam era tak lih make sembelihan ore Umno .Ambo sokong sokmo.Era tu ulamak Pas tibai Penyokong Umno saja.Tapi la ni jadi balik kot abis .Ulamak Pas Aji Adi 'Barua'sama sendiri pun dia supah maki.Ambo rasa dia ni tak betul stesen dah.Jadi dari saat ni ambo tak akan sokong dah puak puak ni.Kalu ada puak puak ni dok kuliah mana mana tempat ambo dan puak ambo tak akan gi dengar.Kalu Bos dia belit set dia pun belit belaka.Ambo akan cari wadah lain untuk beri sokongan.

Tanpa Nama berkata...

50 orang pemuda yang keluar ketika Bang Mat berucap tu semuanya masuk PAS lebih awal dari Bang Mat, dan mereka juga masuk lokap banyak kali lebih daripada Bang Mat...

Tanpa Nama berkata...

taksub bila ada negeri, ada kuasa. tgk after pru14 nnti...

Ibn Sabil berkata...

Anon 4:10 Apa hal plak salahkan GB dan salahkan Langkah kajang? PKR dan DAP relax jer malah bersatu dgn Langkah Kajang, cuma PAS jer lintang pukang. Itupun kerana geng UG punya gila. Nak kekalkan TSKI dan nak buat kerajaan campuran dgn UMNO di Selangor. Allah x izinkan.

in reponse to gb, anwar yg pecah belahkan parti PAS, haru biru PR skrg ni sbb dia nk calonkan juga kak wan dgn LANGKAH KAJANG yg membawa punca kpd masalah ini. YA ALLAH bukalah pintu hati GB agar tidak dibutakan dgn watak anwar. pikirlah dgn waras, ikut hati...mati! doplosen advice. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Pengkalan Kubur menyatukan Pas UG dan UMNO BN dalam satu saf menentang calon bebas

Tanpa Nama berkata...

Singkir TGHH dari Pas, Pas bukan kepunyaan mak bapaknya

Tanpa Nama berkata...

YB bersama Pakatan Rakyat, TGHH kata Pas bersama Pakayan Rakyat, jadi siapa barua???

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan umat islam bertarung sesama sendiri soal furu' menyebabkan YAHUDI dan NASRANI BERTEPUK TANGAN..ini yang tahu agama????

Tanpa Nama berkata...

satu kenyataan sombong dan bongkak dr ulamak.

kalau imam berkiblatkan kuil batu caves takkan nak ikut juga???

Tanpa Nama berkata...

apabila ulama membincang ayam dan telur mana dulu?musuh islam makan ayam dan telur, rakyat kelaparan...

Tanpa Nama berkata...

"Dalam jamaah (parti) hanya ada satu imam. Kalau nak jadi imam juga, cari tanah lain dan buat masjid lain," katanya ketika memberikan ucapan penggulungan semasa muktamar di Batu Pahat, Johor semalam."

Betul-betullah jenis ulama melayu mudah lupa. Dia lupa peristiwa sembahyang dua imam di Terengganu.

Kesian aku tengok ulama-ulama UG ni, bos besar mereka nyanyuk berak rata-rata, jenuh ulama-ulama ini ikut untuk cuci berak tu. Contoh Tuan Ibrahim Tuan Man yang terpaksa mendefinisi semula makna 'beli', dan Nik Abduh yang terpaksa meyakinkan bahawa boleh jatuhkan hukuman dulu kemudian baru bicara. Macam inilah sikap ulama PAS... sampai keakhirnya hudud takkan Berjaya dilaksanakan di Malayasia.

Tahniah Brunei kerana memiliki Sultan dan ulama yang taat dan takut pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Sikit2 anwar sikit anwar..brjaya juge ek umno ni membutakn hati pnyokong tegar presiden pas..

in response to gb, anwar yg pecah belahkan parti PAS, haru biru PR skrg ni sbb dia nk calonkan juga kak wan dgn LANGKAH KAJANG yg membawa punca kpd masalah ini. YA ALLAH bukalah pintu hati GB agar tidak dibutakan dgn watak anwar. pikirlah dgn waras, ikut hati...mati! doplosen advice., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 1000%.... asal bukan hadi...

in response to Singkir TGHH dari Pas, Pas bukan kepunyaan mak bapaknya, by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan parti politik yang di perintah Oleh Presiden....Kalau ahli2 berbeza pendapat dgn nya mesti tunduk atau keluar parti.Sejak bila undang2 baru INI di gubal...PAS only FOR TGHH

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama meluat dgn.mamat ni, tp kena sokong pas sbb nak tukar kerajaan. Tp skrg dah tak mau dah. Bye bye khasim

Tanpa Nama berkata...

Yang salah bkn PAS. Tp org2 yg ada di dlmnya. Sayang krn ada parasit2 yg merosakkan PAS. Parasit ini yg patut dibuang dr PAS supaya ia masih relevan dlm PR.

Tanpa Nama berkata...

Terus terang..saya dh tak baca Harakah lagi. Nk beli untuk ayah baca pun dh tak semangat.

Tanpa Nama berkata...

Untuk maju kehadapan dan mampu bersaing diarena politik Malaysia,PAS tidak ada pilihan lain,kena tukar presidennya.Sekiranya Hadi Awang tidak lagi duduk dikerusi presiden "barua-barua" yg dikelilingnya dan "broker-broker" yg nak tidur sebantal dengan UMNO akan lenyap dengan sendirinya.Percayalah Hadi Awanglah yg menyebabkan kemelut yg sedan berlaku dlm PAS sekarang.

pak maun berkata...

Langkah kajang pulak yang disalahkan. Yang mungkin berpecah akibat dari langkah ialah Pkr, bukannya Pas. Tapi disebabkan ada kepentingan2 tertentu Pas pulak yang berpecah. Dah la tu, sepatutnya muktamar ini dijadikan tempat bersatu semula dikalangan ahli parti disamping mencetuskan ide2 baru utk masa depan tp digunakan utk melepaskan dendam dan amarah dihati. Inikah pemimpin? Pada aku hujung kaki Anwar pun Hj Hadi tak de. Kalau Pas nak berdaya maju, aku rasa Husam lah orang yang paling layak. Walau apa yang lakukan terhadap dia, ada dia melenting mcm Hj Hadi?

Tanpa Nama berkata...

Pada mulanya, sy tak paham Langkah Kajang... Tapi lepas dengar penjelasan /laporan Rafizi Ramli, sy mula paham. Kini, sungguh jelas kenapa PKR tak bincang dulu dgn PAS mengenai Lkh. Kajang.. PAS dibawah TGHH dan geng UG memang X BOLEH DIPERCAYAI ! Apa2 strategi rahsia & kepentingan PR akan berada di tgn UMNO-BN, sedia utk digunakan utk memusnahkan PR.

sb dehlawi berkata...

sokong buah fikiran pak maun. memang husam paling layak jadi presiden pas.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Anwar bila laksana langkah kajang, TGHH dan UG terpaksa langkah lintang pukang

Tanpa Nama berkata...

singkir TGHH dari Presiden tidaklah membatalkan syhadah....

Tanpa Nama berkata...

Ada juga org kata broker tu bukan bermaksud urusan jual beli guna wang. Cuba Tanya yg jadi broker saham, broker Tanah atau apa-apa broker pun depa tu dpt duit atau tidak. Kalau nak backing pun biar berpadanan.

Tanpa Nama berkata...

harapan yang cerah kepada calon bebas yang akan bertanding pada pru14 ditempat ada kerusi pas bertanding

Tanpa Nama berkata...

dgn sebab Hj.Hadi ramai yang telah memanggil PAS sebagai Parti Barua di pengkalan Kubor