22 Sep 2014

Isu Fitnah: Hj Hadi Boleh Disaman Oleh YB Shaari & YB Hasnul

Dakwaan broker dan barua: Saari tuntut penjelasan Hadi

SHAH ALAM: Saari Sungib hari ini menuntut Datuk Seri Abd Hadi Awang memberi penjelasan berhubung teguran keras Presiden PAS itu terhadap ADUN partinya yang menyokong PKR dalam isu menteri besar Selangor dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.

Malah, ADUN Hulu Kelang itu berkata jika benar dakwaan Hadi bahawa beliau telah dibeli, kepimpinan tertinggi parti itu perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.

"Saya tak tahu apa maksud broker, barua, dicuri dan dibeli jadi PAS terpaksa jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini broker atau barua dan dibeli. Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit?

"Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar, kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran di muktamar tetapi kena melibatkan agensi yang membuat siasatan iaitu SPRM," tegasnya memberitahu Antarapos.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai “barua” kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu.

“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.

“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,”
kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 yang berakhir semalam.

Sehubungan itu, Saari yang dihubungi berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat keahlian parti.

"Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli PAS maka saya terimalah,"
ujarnya.

Bagaimanapun, usaha Antarapos untuk mendapatkan respon ADUN Morib Hasanul Baharuddin berhubung kenyataan presiden PAS itu gagal. -AP


Krisis MB Selangor: 'Tunjuk Bukti Saya Dibeli' - Cabar Saari

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tunjukkan bukti dahulu," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Ahad.

Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

"Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli Exco. Bagaimanapun, Khalid tidak mengadakan rundingan dengan mana-mana Adun bagi mengetahui sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya.

"Matlamat ketika itu adalah menafikan apa yang dilakukan Khalid. Bagaimanapun, peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan daripada seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP telah bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya.

Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar.

"Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan. Adakah ini sebuah parti Islam?

"Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perkwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti," tambahnya.

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor.
-mstar


ULASAN GB

Petang tadi, GB bersembang sambil mengeteh dengan seorang peguam yang juga seorang ahli PAS. Kami berbincang mengenai banyak perkara dan salah satunya ialah isu "broker" dan "barua" yang diungkapkan oleh Presiden PAS di ucapan penggulungan di muktamar semalam.

Menurutnya, apa yang diucapkan oleh Hj Hadi itu sesuatu yang berat, fitnah yang menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat. Apa yang diucapkan oleh Haji Hadi berkenaan sudah boleh menjadi asas bagi tuntutan dalam tort fitnah (defamation) di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957)

Hj. Hadi cukup terkenal dengan membuat fitnah-fitnah melampau ke atas orang yang tidak disukainya. Kes beliau memfitnah bekas calon PKR mengenai isu pil kuda kini masih berjalan di mahkamah. Chegu bard, bekas calon PKR di Sungai Acheh juga telah memfailkan saman ke atas Hj. Hadi. Haji Hadi juga pernah memfitnah bekas calon Kota Damansara dengan isu komunis. Kesemua fitnah itu dilakukan semasa PRU13 sebagai satu justifikasi untuk beliau secara sendirian mengeluarkan watikah untuk calon-calon PAS bertanding di tempat yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh PKR.

Semalam beliau mengeluarkan fitnah lagi.

“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.

“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,”


Adalah jelas yang dimaksudkan dengan "wakil rakyat kita" itu ialah dua ADUN PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Perkataan "beli" di situ menunjukkan bahawa beliau memfitnah YB-YB berkenaan kononnya YB-YB berkenaan menerima bayaran tertentu dan jika demikian tuduhannya, menjadi beban kepada beliau untuk menunjukkan "bukti"nya (evidences). Jika tiada, maka ia jelas satu "fitnah". Kedua-dua Shari Sungip dan Hasnul Baharuddin adalah wakil rakyat yang telah dipilih dan fitnah yang dilemparkan oleh Hj Hadi jelas menjejaskan reputasi mereka sebagai wakil rakyat yang sah. Kedua-duanya berhak dan layak untuk menyaman Hj Hadi bagi menndapatkan remedi pampasan dan gantirugi kerana reputasinya sebagai wakil rakyat telah terjejas di mata masyarakat.

Selain daripada memfitnah, Hj Hadi terkenal juga membuat kenyataan-kenyataan mengaibkan orang lain iaitu terhadap Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kononnya sebagai seorang yang tiada kebolehan, oleh itu tidak layak menjadi calon Menteri besar Selangor.

kesemua fitnah di atas tersebar luas di media masa termasuk video-video di media sosial dan youtube. Dan kesemua pihak yang difitnahkan itu layak untuk menyaman Hj.Hadi di mahkamah. Fitnah yang dilakukan Hj.Hadi jatuh di dalam kategori "libel" bukan sekadar "slander".

Hj. Hadi sanggup memfitnah demi mencapai apa juga tujuannya. Ia seolah-olah menggunakan teknik haiwaniah Machievilisme "Matlamat Menghalalkan Cara" yang bertentangan dengan Islam.

Justeru itu, kaedah yang beliau gunakan itu tidak lagi mewajarkan beliau untuk terus memegang jawatan sebagai Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).

GB telah lama mengingatkan pimpinan PAS bahawa mereka perlu bersedia untuk diheret ke mahkamah pada bila-bila masa. Di dalam satu tulisan GB sempena Maal Hijrah tahun 2009 lagi GB telah menjangkakan:

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan


Wallahu alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saman jangan tak saman dah tentu boleh menang dapat RM2 juta? Kasi ajar sama ini ulama mulut longkang!

ramziredang berkata...

dari segi sepintas lalu..memang nampak reputasi kedua wakil rakyat itu yg rosak,...tetapi jika dilihat dari segi akhlak islam...reputasi hadi yg rosak teruk..malah bukan saja dia merosakkan akhlak Islamnya tetapi natijah yg berat adalah..membawa kepada kerosakan reputasi Islam yg murni di mata bukan Islam.
Dia berada di level yg paling atas di dalam parti yg memperjuangkan Islam..tapi dia berperangai level yg paling bawah.
sudah ramai para ulama di dalam PAS..berwatak ulama tetapi perangai mcm bertanduk.malah dulu pernah 'ketua ulama' menuduh seseorg tanpa bukti. darimanakah susurgalur agama yg dianutinya ini diambil?

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:“sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.(hadis riwayat baihaqi)

Tanpa Nama berkata...

perjuangan dan kepim pinan hj hadi kalau byk memfitnah tak berkat... itu sebab pas pyh nak naik...

Tanpa Nama berkata...

Dah mula nak pecah belah golongan dlm pas.lama 2 org meyampah kpd pati pas.

Tanpa Nama berkata...

Bila hj hadi sebut barua..udah rupa macam PM ucap haramjadah kt peneroka felda. Rakyat tengok macam dh 1 kapal dgn umno.

Tanpa Nama berkata...

Dah setaraf ngan Harus sana sini....

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh salah kan kedua yb tersebut . ini semuanya pas yg lambat buat keputusan kemelut Selangor.

Tanpa Nama berkata...

APA kah layak nya seorang yang bergelarTuan Guru becakap demikian...

Ridd berkata...

Persidangan PAS 2014 yang tiada isi yang baik dan tiada arah hala tuju parti yg boleh memberi pedoman atau dikongsikan bersama rakyat. sebab semua berdiri teguh belakang Presiden takda disebelah atau di baris hadapan..... senang nak KUTUK kut. memang wajar pun.
Persidangan PAS 2014 kali ini yang boleh dikongsikan "MEMBAWA UMMAH KENA BOOOOOO BARUA"

Buat PKR & DAP baik buat keputusan untuk tidak bersama dengan PAS demi kebaikkan PARTI.yang pasti MB baru di Selangor akan di umum minggu depan. sebelum keadaan bertambah teruk baik buat keputusan. Kawan orang Selangor pun dah bosan dengan benda2 seperti ini. Jangan salah kan YB kami Adun Morib. apa yang beliau lakukan atas dasar hormat, sepakat dan setiakawan. Kawan sarankan pada Adun Morib & Adun Hulu Klang buat keputusan, kalau keluar dari PAS bukan jatuh hukum anak derhaka pun. jikalau mak bapak sendiri kawan sarankan TAAT lah. Tapi mereka ni tak perlulah takda apa dosa pun yang jatuh pada YB. masyarakat boleh kata beliau adalah ulamak sekali pun, tapi beliau takda kuasa nak hukum YB. kalau beliau jatuh hukum jugak pada YB makna PAS sudah mewujudkan ketua yang boleh hukum hamba Allah. {pikior sendiri le yop}. Terus perjuangan kamu YB Adun MORIB & Adun Hulu klang.

Yang Ustaz jenis kena beli di Malaysia adalah Ustaz2 Pas yang dah masuk UMNO sepertimana yang pernah berlaku sebelum ni. Itu MAMAT SERBAN yang berselindung disebalik agama, janji fulus masuuk. Masyarakat nak jadi apa bukan masalah dia. beliau mengharapkan akan berlaku sama seperti DSAI semasa zaman Tun Mahathir tapi populasi beliau dari pandang masyarakat amat teruk. Pencaturan zaman yang salah tapi tetap tidak mengalah masih menyusun.

Jawatan MB selangor adalah jalan balas dendam pertama beliau berdua, walaupun masih memikirkan cara untuk kembali dan diterima masyarakat. kesian 2 BARUA ni..1 bekas dan lagi 1 masih status ahli tapi berkerjasama dengan UMNO. harap sampai bila pun Masyarakat Malaysia jangan percaya dengan manusia seperti ni.

UG ni khadam yg anggap kumpulannay paling bahaya tapi masih buta dalam pencaturan politik hari ini. kalau jadi pencuri, UG ni kumpulan penyamun yang samun dikhalayak ramai. lepas tu beli jaket hitam bagi rakan2 PENYAMUN yg lebih 50 oragng pakai sambil untuk beritahu pada masyarakat UG adalah penyamun untuk KRONI dan ayat yang tertulis di jaket Doa Booooo BARUA BARUA....Amiiiiin.

Tanpa Nama berkata...

Tindakan TSKI menjadi pro-UMNO dan tidak taat kepada arahan parti menyebabkan dia dipecat PKR. TSKI akan menjadi liabiliti kpd PR.

Tindakan 2 Adun PAS yalah mempertahankan PR spt diputuskan oleh Muktamar dulu dan checkmate TSKI dari bergabung dgn UMNO. Salute!

TGHH dan puak-puak UG dalam PAS mempertahankan TSKI yang dipecat PKR dan ingin mengekalkan kuasa TSKI dengan bantuan UMNO. Siapa yang barua, kalau dalam masa yang sama mengaku tak nak kerjasama dengan UMNO?

Mungkin TGHH telah hilang sedikit pertimbangan siasah kerana dipengaruhi oleh trojan-trojan spt Zuhdi, sipendoa laknat yang mendapat banyak projek dari UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Dah elok-elok ada kesatuan dalam PAS dipelopori oleh Ustaz Fadhil Noor dengan nama dan semangat perjuangan menjadi harapan rakyat sehinggalah tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Pas, malang sekali Hadi dengan mudahnya merobohkan jenama PAS. Jika dia sayang pada PAS, baiklah turun bersama-sama dengan semua individu yang sekepala dengannya.

Tanpa Nama berkata...

ada student ana kerajaan sekarang menghina ulama tetapi ana jawab semula persoalan student ana tersebut, siapa yang kononnya memperjuangkan islam tetapi menghina ulama? mana lagi zalim? student ana tersebut terus tak terkata apa

Saadun Sulaiman berkata...

Kalau benar kedua dua YB itu nak saman TGHH memang patut pun. Sepatut nya setelah mengetahu kedua dua YB itu tandatanggan SB untuk menyokong DSWA mengapa tak di panggil untuk bersemuka atau hadia kan kedua dua mereka surat tunjuk sebab.

Sebagai seorang president kedua dua perkatan itu tak patut di lafaz kan. Yang boleh melafaz kan ada lah mereka yang bermulut bak longkang.

Din Ayam, tolong lah ajar bapak mertua itu beradab sikit.

Abujehad Al-Amin Qadirghailani Talha berkata...

apa makna barua... check kamus tengok.. jangan jadi barua yahudi sudahlah..

Amuraria berkata...

saman jangan tak saman jika tanpa bukti ! ABU & lawan gerombolan pro'UG' !

Tanpa Nama berkata...

2 adun PAS itu sudah bughah......ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

yg jadi barua yahudi tu yg dpt saham ratusan ribu ESOS, menantu sang guru, lepas tu duduk dlm Majlis Syura buat keputusan utk jjaga kepentingannya.

inresponse to apa makna barua... check kamus tengok.. jangan jadi barua yahudi sudahlah.. by Blogger Abujehad Al-Amin Qadirghailani Talha

Tanpa Nama berkata...

Hadie pa ! Hadie ma ! Aiyo yo

In respon to Dah setaraf ngan Harus sana sini....

sitimunirah berkata...

saya suka baca ulasan2 GB...berilmu ... teruskan menulis GB... x sia-sia saya follow blog ini...

Tanpa Nama berkata...

Dipanggil barua sebab mereka menyokong inspirasi pakatan rakyat.

Maknanya yang pakai vest dan keluar sebelum mat sabu berucap, yang booo pemimpin-pemimpin yang tak pro haji hadi, yang baca doa, yang conteng gambar mat sabu, yang bertakbir ketika haji hadi mencerca orang dan ahli-ahli PAS dll tu secara tak langsung adalah BARUA HAJI HADI?

IbnAbdHalim berkata...

Dia menjatuhkan martabat diri sendiri. Itu suatu petanda tak baik.

Tanpa Nama berkata...

Bravo YB Shaari dan YB Hasnol atas tindakan bersama 28 adun lain yang berdiri dibelakang WAWI,kami sekeluarga dan rasanya majoriti rakyat Selangor yang mengundi pakatan pd PRU13 lepas,terhutang budi atas kesetiakawanan YB berdua.salut!Hadi Awang telah khianat pada kami rakyat Selangor,dan beliau patut minta maaf atas pengkhianatan beliau.Demi Allah kami tidak reda

Tanpa Nama berkata...

Berat nanang doh haji hadi... ganti org lainlah pulok sbg presiden pas...kalu dok...Percayalah pas tak akan kemana dlm politik negara ni...pas akan maju jika dpt singkirkan geng ug yg jadi gunting dlm lipatan...

air gunung berkata...

Yg aku nmpak tghh dah tersumbang langkah dlm game 2 adun nih.brapa lama bro shaari sungip dok bertapa tak berbunyi.bijak dia nih.dia memang tunggu TGHH terbersin seperti kes kota damansara sg pinang n pil kuda.si skrg dia bro shaari dah mula berkokok.dia dah nmpak ayam jantan yg dominan selama ini telah reput TAJInya.so inilah masanya utk menguasai pula.abu urwah ni bkn jenis hangguk geleng mcm geng booo booo bebaru ni.seorg intelek yg mempunyai pengalaman luas dlm perjuangan dlm dan luar negara.beliau telah lama membina ketokohannya dr zaman student lg.pernah mendiami skolah PRC bkt aman selama 60 hari kemudian sambung persekolahan di U kamunting taiping.mampu menulis dgn ingatan dan catatan yg jelas serta tepat semasa berada di PRC (ISA.)Sy rasa kesehatannya skrg terganggu mgkin disebabkan apa yg dilaluinya semasa ditahan dahulu.satu perkara yg menghairankan sy.biasanya ahli PAS seperti mat sabu dll ditahan or saman pasal statement memperjuangkan rakyat.tp TGHH plak terbalik.tak pernah kena tahan dan kena lak saman dgn geng seniri pasal remeh temeh.bkn pasal kepentingan rakyat.hadoiiii.tu pon bkn main lg semangat bertakbir geng boo booo masa dia gulung perbahasan.hmmmmmm aduhaiii.celik tol matahati geng boo booo nie.pejuang sungguuhhhh diaorg neh.

Tanpa Nama berkata...

Ambo dah enam kali mengundi Pas.Penyokong Pas tegar.Tapi denge apa yang berlaku dale Pas sari dua ni.Ambo rasa amat sedih.Ambo tak sangka Adi Awe kacip pil kuda sapa perikat A1.Bercakap tidak langsung bawa image ulama.memalukan.Ambo nasihat kapada golongan yang di Baruakan olih Adi Awe dalam Pas jangan mudah mengalah.Cari langkah terbaik teruskan perjuangan supaya penyokong saperti ambo ni ada tempat untuk tumpang berjuang.Cari jale nyahkan ore saperti Aji Adi dan pengikut nya.Kapada PKR dan DAP nyahkanlah Aji Adi dan Kempulannya dari PR.Allah janjikan Syurga kepad yang Bertaqwa .Yang berjubah berserban berkopiah kalu penipu dan riak Neraka jahanamlah tempatnya.

Tanpa Nama berkata...

Jika kalah BN Tempat yg selayak nya utk jawatan Hj Hadi dlm kabinet ialah tempat Hasam Malek

Patut lah PR sukar nak bg bayangan kabinet walaupun di cabar oleh UMNO

Seteruk teruk Hasan Malek pun tak pernah kena saman psl hal mcm nie

Tanpa Nama berkata...

Barua Itu Berhikmah!

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Kalau kereta accident, kemek sana-sini, maka untuk nak baik pulih, kena ketuk body kuat-kuat. Kalau setakat gosok dengan kertas tisu, habis seratus kotak tisu pun tak ke mana. Ketika ini, kaedah ketuk itulah dikira cara yang paling berhikmah untuk nak baiki body kereta tersebut.

Kalau satu anggota badan contohnya kaki pesakit diabetis dah buruk serta sel-selnya sudah mati dan tidak berfungsi lagi, menyimpannya akan merbahayakan nyawa tuannya, maka ketika itu keputusannya adalah perlu dipotong. Setakat kita sapu dengan losyen, ianya tidak bermakna lagi. Maka, potong kaki adalah cara yang paling berhikmah untuk nak mengubati masalah ini. Bukan bermakna bila doktor buat keputusan untuk potong, doktor tersebut sangat tidak berhikmah dalam merawat pesakit.

Seorang anak yang telah berusia 11 tahun, telah pelbagai cara nasihat dan suruhan dengan cara yang baik dilakukan supaya dia sembahyang tetapi tetap tak berjaya. Maka ketika itu Islam mengizinkan supaya dia dipukul. Maka ketika itu, pukul adalah cara yang paling berhikmah untuk mendidiknya.

Kalau ada orang yang susah nak makan nasihat, macam-macam cara tetap tak berkesan tetapi bila sekali kita kata “Kamu ni bodoh!” menyebabkan dia mula berfikir, ketika ungkapan “kamu ni bodoh!” adalah cara yang berhikmah.

Kalau sekiranya ada hamba Allah ini memang merosakkan keharmonian dalam jemaah. Walaupun yang dia buat itu adalah kesilapan besar, bagi salam dalam sembahyang lebih dahulu dari Tok Imam. Walaupun jadi makmun, suara bacaannya lebih kuat dari bacaan Imam. Tok Imam sedang baca fatihah, dia dah baca surah. Kononnya kerana suara dia lebih merdu. Walaupun begitu masih lagi berdegar-degar mempertahankan diri dan mendakwa bahawa dia tak salah. Bila kena ‘sutir pukulan barua’ maka dia boleh tersentak dan sedar, ketika itu ‘buah barua’ adalah sangat berhikmah.

Apa orang ingat, bila pegang status ulama, maka suara mesti perlahan, lembut dan lemah gemalai. Bila bercakap dengan nada keras dan tegas dikatakan tidak berhikmah? Tak selayaknya ulama bersikap tegas dan keras begitu! Maka orang yang bercakap dengan nada bodoh sebegini seumpama nak baiki kereta yang kemek kerana accident dengan kertas tisu!

Kalau sekiranya jalan dakwah Islam ini dihalang dengan kekerasan dan kekuatan, untuk membersihkannya kita perlu mengangkat senjata untuk menentang musuh, maka ketika itu mengangkat senjata adalah cara yang paling berhikmah.

Kalau sekiranya masyarakat seperti orang asli, mereka perlu diberikan hadiah dan dijamu dengan makanan, barulah mereka bersedia untuk mendengar dakwah kita, maka ketika itu, memberi hadiah dan mengadakan jamuan adalah cara yang berhikmah.

Kalau sekiranya pemerintah yang sudah ditegur dan dinasihati, tiada perubahan dan penambahbaikan dilakukan malah keadaan semakin hari semakin parah, mereka perlu diturunkan. Ketika itu tindakan menurunkan mereka dari puncak kuasa adalah cara yang berhikmah.

Kalau seseorang baling kita dengan tahi, kita balas baling balik dia dengan bunga tetapi balingan bunga kita tidak membawa sebarang erti dan makna, maka baling dengan bunga bukanlah cara yang berhikmah. Orang ini hanya akan berfikir apabila dia juga kena tahi, maka ketika itu balingan dengan tahi adalah cara yang berhikmah.

Saya reka senario-senario di atas untuk menerangkan salah faham yang sering berlaku berkaitan dengan kalimah ‘hikmah’. Ramai orang ingat hikmah itu bererti lemah lembut, kena belai, gosok, kena bagi bunga, tak boleh balas kejahatan orang kepada kita, kena pujuk dan pelbagai lagi.
Hikmah bermakna apakah cara dan kaedah yang paling balik dan berkesan pada waktu itu, ketika itu dan untuk yang dituju itu.

PASTINYA SAYA NIE CETEK ILMU..XDA AUTORITI UTK MENGULAS ISU YG SANGAT BESAR.HANYA ORG YG BERILMU SAHAJA YG MAMPU MENGULAS TTG ISU INI.JADI SAYA JADI PEMBACA YANG SETIA DAN CUBA UTK FILTER ISU INI..KEEP IT UP GREENBOC...O NOCOLOURBOC

Ibn Sabil berkata...

Dr Aman Ibrahim tu orang ganu... kebanyakannya org ganu akan sokong TGHH sebab nk jadikan TGHH sebagai PM. Banyaklah alasan diberikan untuk membela TGHH. Apa yg dilakukan oleh Dr Azman Ibrahim nampaknya menggunakan hukum akal, sdgkan TGHH sendiri x suka orang guna akal, kena pakai hukum Al-Quran Hadith, Ijma & Qias... Persoalan yang Dr.Azman Ibrahim tak jawab ialah apakah FITNAH itu termashuk hikmah jugak? Apakah ulama bebas mengeluarkan fitnah untuk mencapai sesuatu matlamat? Yang ini dia membisu...

Tanpa Nama berkata...

Saya kenal pak abu..seorng yg zuhud pada perjuangannya.....untuk makluman....pak abu memiliki 2 digree ...hidup sekadar apa yg ade....lebih2 lagi..kemana pergi ditemani isteri yg solehah..kak aliza....pernah 1 malam..beliau menziarahi kematian seoarg ahli keluarga penhokong umno di flat colombia au1....menangis penyokong umno tu smbil bgthu yg dia selama inimngutuk pas dan pak abu.....harap pak abu terus istiqamah dalam perjuangannya....

Tanpa Nama berkata...

Hamba mncadangkan agar adun saari & hasnul kluar dri pas, ltk jawatan supya pru kcik blh diadakan, jika mereka mmpunyai maruah then heret hj hadi ke mhkamah krna mmbuat fitnah yg amat besar, dosa mmftnah lbih bsar dr mmbunuh, sbgai org no 2 ulama atrbngsa tdk wajar bkata sedemikian, tdk mcrminkn akhlak sbgai seorang ulama, buat malu shja.... Hamba bertekad tdk akn mngundi lg pas di msa akn dtg sehingga kepimpinan yg ada tdk ditukar.. Wlaupun sdh mnjdi ahli pas seumur hdup....tgu lh saat kejatuhan pas kelak ....

Tanpa Nama berkata...

Mu ni bodo songoti TGHH kata beli buke beli dgn pitih saja..beli dgn kkecek,beli dgn bodek pun beli jugak.. kena pahe getek bahasa bkias..jgn dok mudah nak kata fitnah..nak hurai kot mana mu tu kayu api tak pahe ggapo org ghoyat..

Tanpa Nama berkata...

AnonymousSeptember 22, 2014 at 12:08 AM
Bodo...nak negak benang basahmu dok kena.adakah nabi muhammad tidak berhikmah bila menyantuni org yg kasar trhadap baginda s.a.w?tanpa perkataan "barua" atau maki hamun.
Hikmahkah isu pil kudo??
Hikmahkah isu kominis dun damansara?
Hikmah sangat la bila ulama dengan kata barua gitu?
Anak jika nakal pun dirotan tetapi bukan dimaki hamun barua dan sebagainya.
Orang baling tahi dan kita baling tahi akan jadi balingan tahi tanpa kesudahan.
Dangkal sangat kamu mengatakan itu hikmah.ataukah kamu seorang dari "barua" nya(pinjam perkataan hj hadi yg konon "hikmah" sebagai "hikmah" utk kedunguan anonymous 12 .08am

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Ingatkan UMNO sahaja yang menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara seperti yang diajar oleh Machiavelli, tetapi PAS pun sama. Tiada beza UMNO dengan PAS dalam segi menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara. Semua orang tahu PAS mahukan jawatan MB Selangor dan PM Malaysia. Selepas ini banyak lagi sabotaj yang akan dilakukan oleh PAS terhadap PR dan PKR supaya PKR kempunan menjadi MB Selangor dan PM Malaysia. PAS merasakan mereka lebih layak walaupun rekod mereka di Kedah dan Terengganu sangat menghampakan. Ucapan Presiden PAS semasa muktamar mengenai ekonomi adalah retorik kosong yang mana PAS tidak sekali-kali akan mampu menaikkan ekonomi negeri yang ditadbirnya; apatah lagi untuk ekonomi Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Adun Pas ptt letak jawatan. Adekan prk.. Adun2 pas dipilih kerana dokongan pr. Jika pas rasa besar diri tu lah cara membena harga diri...

in response to Hamba mncadangkan agar adun saari & hasnul kluar dri pas, ltk jawatan supya pru kcik blh diadakan, jika mereka mmpunyai maruah then heret hj hadi ke mhkamah krna mmbuat fitnah yg amat besar, dosa mmftnah lbih bsar dr mmbunuh, sbgai org no 2 ulama atrbngsa tdk wajar bkata sedemikian, tdk mcrminkn akhlak sbgai seorang ulama, buat malu shja.... Hamba bertekad tdk akn mngundi lg pas di msa akn dtg sehingga kepimpinan yg ada tdk ditukar.. Wlaupun sdh mnjdi ahli pas seumur hdup....tgu lh saat kejatuhan pas kelak ...., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

"Barua" UG dah masuk...

Mu ni bodo songoti TGHH kata beli buke beli dgn pitih saja..beli dgn kkecek,beli dgn bodek pun beli jugak.. kena pahe getek bahasa bkias..jgn dok mudah nak kata fitnah..nak hurai kot mana mu tu kayu api tak pahe ggapo org ghoyat.. by Anonymous

zab berkata...

2 YB tu jangan keluar PAS. tunggu je surat disiplin, itu pon kalau puak UG berani la. Lepas tu saman fitnah. Bukti ke atas Presiden dalam video dan audio dah bersepah.

Saya difahamkan puak UG ni merancang sesuatu yang besar lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

'Nate beruk nate anjing'tu cara Berhikmah.Supah maki anak sendiri kerana tak dengar kata dan pendapat anak tak sealiran dengan kita.Tu pun tak pasti lagi kita betul ko anak yang betul.Ambo rasa cara ini cara orang tak berakal atau gila.Kereta accident kerana dreber cuai biasa nya.Jadi kalu accident parak kena istihar total lost kalu kurang parak tukar bodi kit.kalu kemek sikit sikit kena ketuk slow slow.kalu ketuk kuat rosak bahagian lain pula ada pahaaaaaaaaaaaam

Tanpa Nama berkata...

Memang ore tganung suka guna hikmah.Dulu dia maki dan supah 'Derih natang'Tuke supah bulih gapa? Derih jadi menteri.Ubah la perangai tu.ingat tok jahil yah suka menyupah tok guru pun perangai serupa .gayut makmu.

Tanpa Nama berkata...

tak elok la ulama cakap barua..berat tu bunyinya
ulama tu pewaris nabi..cakap kene baik2 macam nabi cakap..

Tanpa Nama berkata...

Syabas kpd dua YB yang berani berhadapan dengan janji buat kpd rakyat.

Sedih kerana 13 lagi ingat president cakap barua lebih besar drpd jutaan rakyat selangof.

Tanpa Nama berkata...

macam sejarah pejuang negara seperti mat kilau dan datuk bahaman dituduh penderhaka oleh penjajah, kini TGHH tuduh pejuang rakyat pula

air gunung berkata...

Bersastera la plak.tang jual pil kuda tu maksudnya jual vitamin utk kuda secara haram.kominis plak maksud gappooo.keh keh keh.dah kantoi tu x yah laa berbelit2 lagi.

in response to Mu ni bodo songoti TGHH kata beli buke beli dgn pitih saja..beli dgn kkecek,beli dgn bodek pun beli jugak.. kena pahe getek bahasa bkias..jgn dok mudah nak kata fitnah..nak hurai kot mana mu tu kayu api tak pahe ggapo org ghoyat.., by Anonymous.

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Syabas YB Saari Sungib! saya sebagai seorang ahli PAS seumur hidup amat mengkagumi prinsip politik saudara yang mana presiden parti wajib akur bukan lagi hanya memerhati perutusan saudara kemanakah lagi hala tuju bangsa melayu islam ini dalam bidang politik? inikah hanya harus menerima segala-galanya agenda kepimpinan tertinggi parti tanpa persoalan?TG Hadi Awang perlu akur Terengganu dan Kedah sudah tewas kembali kepada parti UMNO jika nilai sentimental diserapkan dalam wachana urusan tertinggi parti maka istilah poligami menjadi senjata tajam,pro-aktif malahan amalan mulia diserapkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS yang dihari ini akan bungkus lenyap ditelan zaman?

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB dan Ahli yang berani dalam muktamar, Singkir saja TGHH kalau mahu Pas maju

Kerdil berkata...

BUAT MASA INI TK PERLU SAMANLAH, NANTI DIKATAKAN SAH KENA BELI UTK LAWAN PRESIDEN.

KITA TAWADUK DAN SERAH PADA ALLAH YG MAHA ADIL.

DGN BERSIKAP BEGITU KITA SEBENARNYA MENGAJAR ULAMAK2 IMAM BESAR DALAM PAS BAHAWA SIKAP TAWADHUK DAN MERENDAH DIRI ITU LEBIH DIKASIHI ALLAH DPD EGO BONGKAK DAN GELAR BARUA.

BIARLAH KITA AKUI KITA MEMANG BARUA KEPADA KEBENARAN. BIARLAH BARUA DI MATA HJ HADI ASALKAN KITA TIDAK BARUA KPD KEMUNGKARAN YG AKHIRNYA MENYUSAHKAN RAKYAT.

KITA SEDAR KITA BUKAN ULAMAK, KITA TK PANDAI IKAT SERBAN SEBAB KENA HUJAN TADI MALAM(HJ BAKHIL). KITA SEDAR KITA ORG BERDOSA SEBAB KITA BUKAN PEMIMPIN BESAR GERAKAN ISLAM.

KITA SEDAR KITA BUKAN PANDAI ALQURAN DAN HADITH DAN TIADA KELULUSAN TINGGI AGAMA. KITA SEDAR SENDIRI TIDAK ADA PENYOKONG DIKALANGAN MANUSIA YG RAJIN BERTAKBIR.

KITA SEDAR KITA HINA DINA DIBANDING PRESIDEN IMAM BESAR GERAKAN ISLAM.

MAKA KEPADA ALLAH LAH KITA MEMOHON AMPUN DAN MENYERAHKAN PENGADILAN SEBAB KITASEDAR HIDUP INI SEMENTARA.

SABAR SENDIRIAN MENGINGATI ALLAH ITU LEBIH MULIA. KITA SEDAR UJIAN INI AMAT BERAT KERANA IA BUKAN TUDUHAN MUSUH2 ISLAM DPD ORG KAFIR SEPERTI USDAN ISRAEL TP IA TUDUHAN DPD SEORANG IMAM BESAR PARTI ISLAM............ yang mungkin bertaraf Ayatollah.

Wallahualam

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Dalam sejarah bangsa parsee di tahun 1979 rakyatnya telah bangkit menunjuk perasaan dijalanan tanpa arahan sesiapapun bukannya dari Ayatollah Khomeini yang dibuang/singkir ke Peranchis oleh pentadbiran Shah Reza Pahlavi ketika itu.Ianya disebabkan Shah Reza Pahlavi of Iran telah memekik umpama seorang hilang akal/gila secara langsung di media tv Iran mengatakan dialah direct decendend of Alexander the great infact present day "King of all kings" di Persapolis membuat rakyat Iran merasa malu akan raja/shahnya sendiri lalu menunjuk perasaan dijalanan kerana mereka tidak mudah ditipu disebabkan tamaddun parsee yang amat tinggi dikenali dunia.